arisafarhana's Reading List
17 stories
Aku Suami Kau Isteri ✅ by anissyaaa
anissyaaa
  • WpView
    Reads 3,958,063
  • WpVote
    Votes 12,185
  • WpPart
    Parts 17
"Mana kau tahu aku tak ada perasaan?" tingkah Danish. "Yalah, awak tu nak senyum pun susah," "Habis tu kau nak aku senyum macam orang gila kat tepi jalan baru ada perasaan?" ujar Danish. "Tak payah! Sebab awak tu memang dah tak betul!" Qira membalas geram disertai jelingan tajam. Hari demi hari Qira dan Danish bertikam lidah. Danish dengan sikapnya yang dingin dan sukar mengalah sentiasa menjengkelkan Qira. Namun begitu, ada sesuatu mengenai diri Danish yang membuatkan gadis bernama Qira ini menjadi istimewa dalam hidupnya. Danish tak pernah mengenal erti cinta sebenar jadi sebagai isteri ianya menjadi tanggungjawab Qira untuk menjagar suaminya erti cinta. "Wei mak nenek, kau kena ingat aku ni suami kau tu isteri," "Tahulah!" Semakin hari, Qira semakin mengenali Danish. Walaupun Danish sentiasa dingin namun lelaki itu sentiasa berada di samping Qira di saat gadis itu memerlukan seseorang. Sikap Danish berbeza apabila dia bersama Qira. Tanpa Danish sedari hatinya sudah mula menyayangi sang isteri. "Aku takkan lepaskan Qira walau apapun yang berlaku. Dia isteri aku, aku akan jaga dia sehingga nafas terakhir aku," " Danish?" "I said call me abang," pinta Danish tegas. Qira sekadar tersengih. ***** P/s : This is the ideas that has been written only for draft . So, there will be many grammatical error, and typo. Give my story a chance and don't forget to vote my story and leave comment. Enjoy reading...
Malaikat Tak Bersayap [✔] by tienqowiy
tienqowiy
  • WpView
    Reads 379,321
  • WpVote
    Votes 36,106
  • WpPart
    Parts 53
2020. Firjani Adiratna akhirnya dapat menghembus nafas lega setelah melangkah keluar daripada Henry Gurney School. Aku bukan tipikal gadis ayu seperti orang lain. Aku adalah aku. Dengan kes jenayah yang aku lakukan, tiada siapa yang mahu mendekat. Yang paling penting, tiada siapa yang dapat ubah aku. Bekerja di underground menguatkan lagi mental dan fizikalnya. Dia mengendahkan segala apa yang diperkatakan kepadanya. Aku tak kisah. Hadirnya seorang lelaki yang hendak ambil tahu semua tentangnya sangat-sangatlah serabut! Dasar mamat bomba gila! "Marry me." - Qaayed Wakeel "Apa? " - Firjani Adiratna "Jom nikah, aku malaslah nak tatap muka kau tanpa ikatan ni." - Qaayed Wakeel "Aku tak pernah suruh kau tatap muka aku pon! Blah lah kau! " - Firjani Adiratna WARNING: Terlalu banyak typo, read on your own risk. 100% straightly from my idea No plagiarism allowed, thank you. ©TIENQOWIY #1 in action - 12/3/21 , 8/9/23 , 10/9/23 #1 in thriller - 14/3/21, 29/1/24 #1 in humor - 09/08/23 #1 in romance - 20/3/24 Start: 1/7/2020 End: 1/10/2020
IZZ ARYAN © by thusfthi
thusfthi
  • WpView
    Reads 268,276
  • WpVote
    Votes 9,067
  • WpPart
    Parts 38
'Cinta tak semestinya memiliki' "Izz akan pergi. Tapi daddy akan menyesal kerana percayakan lelaki itu. Izz akan pastikan daddy menyesal dan kau Izhaan, hidup kau tak akan aman." - Izz Aryan Izz telah dibuang daripada keluarga Dato' Afzan setelah difitnah oleh saudara kembarnya sendiri. Sungguh dia tidak sangka kehidupannya akan berubah 100% bermula pada hari dia melangkah keluar dari banglo mewah itu. Hidupnya yang dulunya mewah bertukar menjadi susah. Tapi dia bukannya lemah, Izz tetap meneruskan juga kehidupannya. Dalam dirinya dilanda kesusahan, Izz berkenalan dengan seorang gadis yang agak brutal bernama Raysha Izreen. Raysha adalah semangat baru untuk Izz meneruskan kehidupan. Izz dan Raysha telah berjanji akan menjadi sahabat buat selama-lamanya. "Kenapalah kau baik sangat dengan aku Izz. Bagaimana aku nak lepaskan kau kalau begini. Bagaimana aku nak padam perasaan aku terhadap kau Izz" -Ray / Raysha Izreen Raysha terpaksa memendam perasaannya terhadap Izz. Dia tahu Izz sudah lama meminati seorang gadis bernama Elina. Sakitnya memendam rasa hanya dia sahaja yang tahu. Saat perasaan sayangnya semakin membua-buak, muncul pula seorang lelaki bernama Izhaan. Dia langsung tidak mengenali lelaki itu apatah lagi jatuh cinta pada lelaki itu. Kegilaan Izhaan menambahkan rasa benci Ray terhadapnya sahaja. ××××× Copyright © 2019 by thussss_ Cerita ini adalah rekaan semata-mata dan tiada kaitan dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. Sebarang persamaan adalah kebetulan dan tidak disengajakan. Elemen sensitif di dalam cerita ini hanya hiburan dan teladan sahaja. Elemen sensitif juga tidak berniat untuk memprovok sebarang isu sensitif. 🔒Start : 7th February 2019 🔓End :11th February 2019 🎉Achievement × #Teen No 1 (23 July 2019)
C | Flirt by oddishh
oddishh
  • WpView
    Reads 327,994
  • WpVote
    Votes 31,408
  • WpPart
    Parts 35
💌 before marriage story of aku dan crush aku yang introvert Walaupun pernah direject dengan perkataan kasar waktu sekolah dulu, Amirah masih tidak tawar hati apabila dia bertemu semula crush berat mulut dia itu di universiti. Malah, dia masih lagi ingin mencuba nasib. Cubaan mengorat diberikan setiap kali pertemuan antara dia dengan crush bernama Fahri itu. Ending dia obvious; Fahri akan jatuh cinta jugak dengan Amirah. Tapi berapa kali cubaan mengorat baru Fahri nak suka? Berapa kali rejection yang Amirah perlu hadap untuk meraih cinta Fahri? note: cerita ini prequel 'cuddle', tapi boleh baca sebagai standalone. (:D) [warning] cerita ni bagi cringe & second hand embarassment © oddishh 2021. all rights reserved.
Jiran Paling Annoying© by haniswrite
haniswrite
  • WpView
    Reads 100,496
  • WpVote
    Votes 7,324
  • WpPart
    Parts 63
﷽ 𝑇ℎ𝑖𝑟𝑑 𝐵𝑎𝑏𝑦 @haniswrite Narissa Safiyya - Seorang penulis novel yang tidak diketahui identitinya , hanya mahu dikenali dengan nama pena iaitu Srikandi Rahsia. Seorang penulis bestseller yang hidup bagaikan terperuk di dalam hutan. Turut bekerja sebagai seorang tutor peribadi kepada seorang budak lelaki berumur 5 tahun bernama Elhan. Setelah tiga tahun mengajar, tidak pernah dia sangka bahawa ayah Elhan Khalish iaitu Arman Khaliq duda anak seorang mempunyai perasaan istimewa buat Narissa Safiyya. "Sudikah awak jadi peneman hati saya buat selamanya?" - Arman Khaliq "Give me time, Encik Arman. Saya harap Encik faham," - Narissa Pengenalan bersama Izdan Nadeem Lee tidaklah seindah mana apabila lelaki itu menggelarnya stalker. Lagi tak indah apabila lelaki itu ialah jirannya yang selama ni suka membiarkan kucing milik lelaki itu dibiarkan membuang hajat di depan rumahnya. Damn! Izdan Nadeem Lee alias jiran troublemaker tahu yang dia penulis! Rahsia terbongkar, Narissa risau identiti nya dijeja. Jadi, dengan syarat mengarut Izdan Nadeem, dia harus ikut telunjuk lelaki itu. "Kalau awak tak nak identiti awak kantoi, awak kena ikut syarat saya," - Nadeem Lee "Tak adillah macam ni, ni dikira ambil kesempatan!" - Narissa Safiyya "Do I care?" - Nadeem Lee Akhirnya, Narissa Safiyya mengalah. Karenah lelaki itu diturut juga. Hati dan perasaan ditolak tepi demi identiti yang dijaga rapi. Dia perlu kerana itu adalah kelemahan terbesarnya dalam hidup. Janji ditabur sehidup semati. Kepercayaan diberi. Jika diuji dengan dikhianati atau mengkhianati, mampukah Narissa bertahan lagi? Atau adakah Narissa Safiyya akan lebih memilih Arman Khaliq, duda anak seorang yang lebih matang dan berkualiti? 'Saya kenal sayang saya!' "If you are reading this story on any other platform other than Wattpad you are very likely to be at risk of a malware attack. If you wish to read this story in it's original, safe, form, please go to www.wattpad/user/hanisw
Lelaki Bertopeng Putih (HIATUS) by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 177,722
  • WpVote
    Votes 17,122
  • WpPart
    Parts 36
[KARYA KEDUA - REWRITE VERSION AVAILABLE] Tajuk : Lelaki Bertopeng Putih Previously known as : The After Story Genre : Romance Action Status : Hiatus Maklumat tambahan : Sequel Hacker 426 Cover by : @azleyanaaa ×××× HARIES NAIM. Dia seorang lelaki ceria yang nakal dan gemar mengusik orang yang tersayang. Dalam kenakalan dan senyuman yang sering dipamerkan di hadapan semua orang, siapa saja menyangka... dia merupakan Lelaki Bertopeng Putih. Lelaki yang digeruni kerana kehandalannya dalam menisankan kumpulan-kumpulan kongsi gelap di Malaysia. Kehidupannya sebagai seorang LBP dan CEO syarikat AmiZa Holding sudah cukup menguji mental dan fizikalnya. Tapi hidup tak kenal erti rehat. Entah kenapa dan sebab apa, mamanya, Puan Sri Naina memaksanya berkahwin dengan seorang gadis pilihan mamanya. Klise? Sangat. Hingga buat Haries sakit kepala memikirkan perkara itu. Untuk apa Puan Sri Naina memaksanya sebegitu sedangkan sebelum ini, wanita itu bukannya kisah sangat akan status bujangnya. Umur Haries pula tak sampai 40 tahun pun untuk layak digelar Antertu. Apa niat sebenar Puan Sri Naina dalam mendesaknya berkahwin? Fikirannya bertambah berat apabila dia perlu memberikan komitmen yang lebih untuk tugasnya kali ni. Ya, tugas untuk menghapuskan kumpulan kongsi gelap paling terkenal di Malaysia, The Oscura. Semudah itukah kumpulan itu bakal dilenyapkan? Sedangkan 426, penggodam terkenal pun langsung tak berani menjanjikan kemenangan berada di pihak mereka. Mindanya juga kian kusut tatkala dia antara sedar dan tidak, sudah mula menyimpan perasaan dan angan-angan dengan gadis pilihan mamanya, Raihanah. Di pertengahan kisah hidupnya, seorang Haries Naim berantakan. Jiwanya kacau dan celaru. Tekanan mulai mengganggu perasaan. Lelaki Bertopeng Putih mulai tersungkur di kaki takdir. Dan persoalannya... mampukah dia bangkit kembali?
hello husband by zuleezan
zuleezan
  • WpView
    Reads 1,331,777
  • WpVote
    Votes 43,589
  • WpPart
    Parts 40
Kisah tentang seorang jururawat yang berkahwin dengan seorang doktor. "apa abang buat dekat wad sayang?" "abang dapat transfer sini. Kena jaga wad ni 6bulan. Kenapa?" "apa??!" Atas permintaan sofea, hubungan mereka dirahsiakan. Nanti orang sibuk tanya macam macam katanya. Tapi hari hari ada je orang mengorat suaminya, doktor pelatih la, MO la, HO la, jururawat lah. "Ni tak boleh jadi!!!" kata sofea
Takdir Dia by nurinnzulkifli
nurinnzulkifli
  • WpView
    Reads 370,783
  • WpVote
    Votes 12,165
  • WpPart
    Parts 82
Aisy Wardina, seorang pengusaha homemade cake bersama sahabatnya, Dahlia. Kek mereka dilabelkan sebagai kek laku keras di Bandaraya Kuala Lumpur itu. Mana tidaknya, rasa kek mereka yang sedap dan tak terlalu manis itu sentiasa menjadi sebutan orang ramai. Tambah pula dengan harga yang murah! Pertemuan dengan Irfan Fakhri, anak bongsu Datin Fatiha yang merupakan salah seorang wanita tersohor yang menempah keknya, membuat hatinya jadi tak keruan. Jika mahu dibandingkan Fakhri dengan abangnya, Farhan, memang seperti langit dan bumi. Farhan beku, dingin. Fakhri pula baik dan sopan, bukan macam abangnya! Insiden yang 'hampir sama' menemukan Aisy dan Farhan, begitu jua menemukan Aisy dan Fakhri. "Weh, kau buta ke apa? Tak nampak aku tengah reverse kereta?" - Izz Farhan "Sorry, saya betul-betul tak sengaja! Awak okay?" - Irfan Fakhri Baik betul Fakhri, Aisy yang bersalah tapi dia pula yang minta maaf. Jatuh hati? Aisy keliru dengan perasannya. Kenapa semudah itu hatinya terbuka untuk mencintai lelaki? Selama ini, hatinya itu dibiarkan saja kosong tanpa penghuni. "Ri tak sayang Aisy. Kalau tak sayang, macam mana nak kahwin?" - Irfan Fakhri Rupanya dalam diam, Fakhri menyimpan rasa terhadap Fiya, tunang abangnya. Aisy pula bertepuk sebelah tangan dalam menyimpan rasa. Kecewa? Tidaklah sampai begitu sekali. Aisy percaya, apa yang digariskan oleh Tuhan itu baik-baik belaka. Siapa sangka, Aisy bertemu jodoh dengan Farhan. Namun, bahagia memang jauh dari sangkaannya. Farhan masih menyimpan hati terhadap Fiya. Dalam hatinya cuma Fiya, Fiya dan Fiya. Walaupun Fiya sudah menjadi adik iparnya sendiri. Ya, Fiya disatukan dengan Fakhri. "Kau jangan ingat kau dah menang." - Izz Farhan "Terima jelah kau tak ada jodoh dengan Fiya." - Irfan Fakhri Mampukah Farhan menerima kenyataan itu? Aisy pula, bahagiakah dia saat terasa dirinya semakin terpinggir? Mampukah dia bertahan ketika diuji buat kesekian kalinya?
Pikat Hati Dr Jerk ✓ by aprilhann___
aprilhann___
  • WpView
    Reads 1,142,092
  • WpVote
    Votes 37,527
  • WpPart
    Parts 45
Detik pertama mata Una melekat pada wajah kacak Rees. Hati Una sudah terpaut. Tanpa ragu, Una dah letak nama Rees di tempat paling tinggi dalam carta hatinya. Una yakin cuma Rees Aiden yang dia mahukan. Justeru, Una mula mengejar sekeping hati milik Rees . Tanpa lelah! "Kalaulah kan abang Rees diberikan satu hajat untuk ditunaikan. Abang Rees nak buat hajat apa?" "Kalau Una kan. Una nak minta hajat supaya abang Rees suka Una balik pastu kita kahwin. Then live happily ever after"- Una Itu hajat seorang Husna Nashwa di saat umurnya 16 tahun. Dan ini pula jawapan Rees... "Hajat aku pula, aku nak minta supaya hajat kau dibatalkan" Bertahun Una mengejar Rees tapi hati Rees tetap kalis dengan cinta Una. Una mula buntu sehinggalah Rees terpaksa menikahinya atas desakan mama Sara. Una bahagia. Rees terseksa. "Aku dah kahwin dengan budak macam kau pun dah satu jenis penyeksaan bagi aku. Duduk sebumbung dengan kau?Huh! Bertambah-tambah lah seksaan aku" Una nekad nak tundukkan Rees. Tapi bila Una bertukar jadi makhluk tuhan paling sexy. Rees pun ikut sama bertukar jadi makhluk tuhan paling beku. Bila Una menggoda persis ulat bulu naik daun, Rees naik tarafkan Una jadi ulat beluncas. Bermacam jurus cinta Una keluarkan untuk memikat, semuanya Rees tangkis dnegan mudah. Tapi Una kan anak komando pencen. Mana boleh mengalah! Walaupun kata-kata dan layanan kasar Rees sering kali menggores hati Una. Sikit pun Una tak putus asa kerana bagi Una cuma Rees Aiden saja yang sentiasa ada di hati nya. Kata kak Raihan...'You know that you really love someone when you dont get mad at them for breaking your heart' Tapi selama mana Una dapat bertahan andai Rees berterusan menyakiti sekeping hati miliknya. Hati Una mulai lelah mengejar. "Does it hurt?" - Rees "Everytime!" - Una Akan tetapi, a wise man once said there is no remedy for love but to love more. Jadi apa pilihan mereka berdua? Apa Una akan terus mencintai atau mungkin Rees yang mulai mencintai?
Beautiful Lies  by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 12,037,929
  • WpVote
    Votes 486,963
  • WpPart
    Parts 84
Satu pertaruhan, dua jiwa. Di antara Aiden dan Melissa, siapa dulu yang bakal kecundang?