AnisFad's Reading List
190 stories
SISA RASA [C] by queenyikah_
queenyikah_
  • WpView
    Reads 507,872
  • WpVote
    Votes 17,431
  • WpPart
    Parts 50
✅Revamp : 85% ✅Add Part : 95% ✅Cut Part : 70% ✅New Title. Old title 2023-2024 - Mr Psycho Husband. ------------------ Kerana terlampau sayang dia sanggup buat apa sahaja asalkan wanita dia ingini itu tetap bersamanya. Pantang melihat wanita dia cintai bermesra dengan lelaki lain. Perasaan cemburu mula menguasai dirinya sehingga tidak sedar dia telah menyakiti wanita itu. "Aku dah cakap dah dekat kau jangan sesekali dekat dengan jantan lain selain aku. Tapi kenapa? Kenapa kau susah sangat nak dengar cakap aku ha, sayang?" - DANISH HAZIQ "Eish sayang, lepas lah! Sakit tahu tak!" - LYDIA MARISSA "Ouh kau tahu sakit? Tapi sakit lagi hati aku tengok kau dengan jantan lain tahu tak!" - DANISH HAZIQ Sanggupkah Lydia mempertahankan dirinya dengan lelaki itu? Lelaki yang kuat cemburu dalam segala hal bila berkaitan dengan lelaki? "Betul awak sayangkan saya?" - LYDIA MARISSA "Ya. Aku sayangkan kau. Sangat." - DANISH HAZIQ "Jadi lepaskan saya." - LYDIA MARISSA Dang! Terasa berat permintaan itu meniti keluar dari celahan bibir wanita yang dia sayang. Melepaskannya pergi? Adakah permintaan Lydia akan di tunaikan oleh Danish? "Aku terlampau sayangkan kau sampaikan perempuan dekat luar sana pun aku tak pernah rasa wujud dalam hidup aku. Hanya diri kau sahaja yang aku mahu, Lydia" - DANISH HAZIQ -------------------------------------------- ⚠️PEMBACA MATANG. ⚠️CERITA INI REKAAN SEMATA MATA. ⚠️CRINGE & KLISHE ⚠️HIDUP KEKADANG KENA CHILL JUGAK. SO JANGAN NAK TAKE SERIUS SANGAT. ⚠️IF ADA TYPO AND KESALAHAN TATABAHASA MAAFKAN SAYA SERTA ABAIKAN DAN CUBA FAHAMKAN. TAK FAHAM KOMEN. ‼️LARANGAN KERAS JIKA ANDA PLAGIAT KARYA SAYA. IDEA 100% DARI OTAK SAYA SENDIRI. JANGAN JADI OTAK LEMBU MALAS HENDAK BERFIKIR UNTUK KARANG CERITA. ---------------------- Start : 30 MAY 2023. End : 19 APRIL 2024.
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 707,676
  • WpVote
    Votes 26,559
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
Takdir Dua Empayar [Complete] by Hazelquinzell
Hazelquinzell
  • WpView
    Reads 93,813
  • WpVote
    Votes 5,338
  • WpPart
    Parts 53
"Perkahwinan mereka bukan bermula dengan cinta... tetapi takdir dua empayar." Di sebalik nama besar, kekayaan, dan dunia elit yang penuh aturan, Tengku Ameer Rayqal dan Ellara Arissa dipertemukan demi menyatukan dua empayar paling berpengaruh di Malaysia. Satu perkahwinan yang pada awalnya hanya dianggap strategi keluarga. Namun tanpa mereka sedar, di sebalik protokol, media, dan tekanan dunia korporat lahir satu perasaan yang perlahan-lahan mengubah segalanya. Saat cinta mula hadir selepas akad, mereka terpaksa belajar bahawa menjadi suami isteri bukan sekadar berkongsi nama tetapi berkongsi luka, rahsia, dan hati. Dalam dunia yang sentiasa memerhati, mampukah dua hati benar-benar bertahan apabila takdir, keluarga, dan empayar terlalu besar untuk dilawan? Takdir Dua Empayar kisah cinta selepas perkahwinan antara dua waris yang terperangkap di antara tanggungjawab dan perasaan. 🌻 Karya Agung ByHas🌻
𝐓𝐇𝐄 𝐊𝐈𝐍𝐆 𝐎𝐅 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀 [ TERBIT ] by Varyyana
Varyyana
  • WpView
    Reads 346,802
  • WpVote
    Votes 14,460
  • WpPart
    Parts 93
THE ALEXANDER FIRST SERIES "Loyalty is everything. Betray me, and you won't live to regret it you'll die to regret it." "I rule the streets, but my heart belongs to you alone." "No one dares touch what's mine... and that includes you." "I protect what's mine, and you... you're everything." - TENGKU KEN ALEXANDER -
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,557,627
  • WpVote
    Votes 82,370
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
DIPLOMATIC LOVE OF A FIREFIGHTER 2 by AKLLYSH
AKLLYSH
  • WpView
    Reads 1,982
  • WpVote
    Votes 67
  • WpPart
    Parts 51
sila baca DLOAF revamp edition terlebih dahulu ~
Diplomatic love of a firefighter ( Revamp) by AKLLYSH
AKLLYSH
  • WpView
    Reads 13,195
  • WpVote
    Votes 1,036
  • WpPart
    Parts 106
Revamp edition Tengku Adrian Qaulalhaq- Seorang anggota bomba muda yang komited dengan kerjanya berjumpa dengan Allysha Khalila yang merupakan seorang ahli diplomat muda Malaysia. Disebabkan perasaan insecurity menyelubungi dirinya membuatkan Allysha menjauh dari Adrian. Mampukah cinta yang Adrian berikan terhadapanya membuatkan perasaan insecure yang berada di dalam diri Allysha itu sembuh sepenuhnya?
AIDAR by theaciels
theaciels
  • WpView
    Reads 277,918
  • WpVote
    Votes 10,747
  • WpPart
    Parts 37
[Evermore Series #2] Greedy Love ⋆͛︎ Leftenan Muda Aidar Gael. Sempurna dari segi wajah dan badan. Ada masanya sengal, ada masanya dia tak boleh dicabar. Dia pernah menjalinkan hubungan dengan Ruby Harzen, gadis yang berasal dari keluarga berada. Hubungan mereka bergelar status suami isteri. Kerana satu salah faham, Ruby membawa dirinya pergi dari hidup Aidar. Dia menganggap perkahwinan mereka tamat di situ saja. Dia sangka dia tak akan berjumpa dengan Aidar lagi. Tapi kisah mereka belum tamat. "Kau memang tak malu kan?" "Ya, tak malu. Atau kau tak tahu perangai suami kau memang macam ni lepas kau larikan diri empat tahun yang lepas?" Siapa sangka Aidar berani mencarinya setelah empat tahun mereka berpisah? Dan lagi gila bila Ruby dapat tahu Aidar tak pernah lepaskan dia sebagai isterinya. "Kesayangan Aidar, jangan tinggalkan aku lagi." Dia ibarat permata. Permata yang paling bernilai dalam hidupnya. Aidar tak mahu kehilangan Ruby untuk kali kedua. Gadis itu, isterinya dan milik dia sampai bila-bila. Aidar akan berjuang untuk kembali berada di sisi Ruby.
𝐁𝐢𝐥𝐚 𝐇𝐚𝐭𝐢 𝐌𝐞𝐧𝐜𝐢𝐧𝐭𝐚𝐢 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 421,227
  • WpVote
    Votes 20,802
  • WpPart
    Parts 79
𝐐𝐚𝐬𝐡 𝐈𝐥𝐡𝐚𝐦 | 𝐅𝐚𝐭𝐞𝐞𝐧 𝐍𝐚𝐟𝐢𝐬𝐚𝐡 "Mencintaimu seperti mana aku mencintai-Nya." Bagi Fateen Nafisah, cinta itu sederhana kerana hati manusia dipegang oleh-Nya. Sejauh mana pun mencintai, takkan dapat menghalang seperti mana takdir Tuhan yang sudah tertulis. "Kalau nak cari calon suami untuk Esah, kena cari yang hebat-hebat. Handsome macam yang Esah cakap sebelum ni, sebab Esah cantik." - 𝐅𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀𝐇 Dulunya sekadar gurauan, tetapi siapa sangka gurauan itu telah menjadi kisah nyata buat seorang gadis muda bernama Fateen Nafisah. Hadirnya seorang jejaka kacak mengubah nasib hidupnya. "Kita kahwin. Benarkan abang jadi suami Esah." - 𝐐𝐀𝐒𝐇 𝐈𝐋𝐇𝐀𝐌 Qash Ilham, seorang pahlawan muda yang berjiwa keras. Gagah perkasa seperti saat orang ramai menatap matanya. Prinsip hidup lelaki itu membawa pesonanya. Bila hati mencintai, sekalipun mata tak terlepas daripada memandang figura yang menarik perhatiannya. "Between a man and a woman, it's often the woman who falls in love more easily because her heart listens before her mind speaks." - 𝐅𝐀𝐓𝐄𝐄𝐍 𝐍𝐀𝐅𝐈𝐒𝐀𝐇 "Behind a woman's love lies a man's silent prayer." - 𝐐𝐀𝐒𝐇 𝐈𝐋𝐇𝐀𝐌 Benih-benih cinta mulai tumbuh. Saat kasih dan sayang semakin bercambah, hubungan itu semakin erat. Rindu kepada si pemilik hati. ⚠️ No Plagiarism Allowed