qilahsemmm's Reading List
2 stories
𝗗𝗘𝗡𝗗𝗔𝗠 𝗗𝗔𝗡 𝗖𝗜𝗡𝗧𝗔 by qtprinc3ss
qtprinc3ss
  • WpView
    Reads 2,425,332
  • WpVote
    Votes 64,565
  • WpPart
    Parts 60
𝓼𝓮𝓬𝓸𝓷𝓭 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 𝓸𝓯 𝓓𝓪𝓷𝓲𝓮𝓵 𝓪𝓷𝓭 𝓐𝓮𝓲𝓼𝔂𝓪 🌺 Aydan yang telah kematian kekasihnya kini dipaksa berkahwin dengan pilihan mummynya, Alya. Rumah tangga mereka tidaklah teruk dan tidaklah juga manis. Aydan yang masih lagi bersedih atas kematian Ezzara tidak mungkin akan menyentuh wanita lain walaupun itu adalah haknya sebagai seorang suami. Baginya, Alya tidak patut diperlakukan seperti pelacur yang disentuh atas dasar nafsu semata mata. Namun, apabila sudah tinggal sebilik dan tidur sekatil, cinta pasti berputik jua. Aydan mula melayani isteri selayaknya namun hal tak terduga terjadi menyebabkan si isteri terluka. Atas desakan papanya, Aydan membawa Alya berbulan madu dan sekaligus mengambil peluang tersebut untuk memujuk si isteri. Rumahtangga yang dibina baru menjejak bahagia, hadir pula sebuah kebenaran. Karlisa yang menyimpan dendam kerana Aydan menolak cintanya bertekad untuk menghuru harakan hidup Aydan. Ezzara telah lama dibunuh namun dia masih gagal mendapatkan lelaki itu jadi, dia merencanakan sesuatu yang baru. Isyahani yang tidak sengaja mendengar rencana jahatnya itu diugut dan dibunuh tanpa belas kasihan. Tidak cukup itu, Alya dan bayinya yang baru beberapa minggu di dalam kandungan turut menjadi mangsa Karlisa. Aydan kesal. Dia bangkit dari kisah sadisnya dan menukarkannya kepada kisah kejam. Dia dan adik-ii nya berpakat. Karlisa harus menerima hukuman bagi segala perbuatan kejamnya. ⚠️ 2018 copyright
KERANAMU TUAN ZIYAD by karnadyapublishing
karnadyapublishing
  • WpView
    Reads 25,846
  • WpVote
    Votes 136
  • WpPart
    Parts 5
Gara-gara tertumpahkan air secara tidak sengaja kepada anak majikannya pada hari pertama bekerja, menyebabkan hidup Insyirah sentiasa disusahkan oleh Ziyad sejak insiden tersebut. "Kau buta ke? Tak nampak aku lalu sini tadi? Ke kau memang tak tahu buat kerja?" "Ss... saya minta maaf tuan." Marahlah macam mana pun, katalah apa sekalipun, Insyirah tetap bersabar. Perkenalannya dengan Harraz, yang bekerja sebagai pemandu membuatkan hubungan kedua mereka menjadi rapat. Adanya Harraz yang sentiasa menolongnya ketika berada di dalam kesusahan membuatkan Insyirah bersabar untuk terus bekerja di Zainal Holdings. Cinta yang mula berputik di antara mereka berdua membawa keduanya sehingga ke perancangan untuk berumah-tangga, biarpun sepupu Insyirah, Aira memandang sinis akan perkahwinan tersebut. Kerana satu kejadian, tanggapan Ziyad yang menganggap Insyirah sebagai seterunya mulai berubah. Hati gadis itu ingin ditawan, tapi sayangnya sudah terlambat. "Saya dah cintakan orang lain" - Insyirah. Ziyad kecewa setelah cintanya ditolak oleh Insyirah. Dia punya segala-galanya, tapi bukan cinta Insyirah yang diingini. Satu malam, terjadinya peristiwa yang mengubah segala-galanya. Insyirah meletakkan kesalahannya itu sepenuhnya kepada Ziyad. Tidak perlu dipujuk atau dirayu. "Manusia boleh berubah, kan?" - Ziyad Namun, ketentuan Allah melebihi segala-galanya. Kalau dah memang jodoh, tetap takkan ke mana, biarpun sungguh dia benci lelaki itu. Segala-galanya Insyirah lakukan hanya demi Qayyim. Ziyad pula menerima kerana rasa bersalah yang masih ada. "Dan abang memang tak boleh jadi macam Harraz pun sampai bila-bila. Syira kena terima hakikat tu. Tapi, selagi abang suami Syira, abang tetap akan jaga Syira dan Ayim sampai bila-bila. Walaupun Syira tak suka, faham?