Cerita best
19 stories
Mr. & Mrs. Liar - Fazlyn Ridz by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 1,088
  • WpVote
    Votes 6
  • WpPart
    Parts 11
TAJUK: MR. & MRS. LIAR PENULIS: FAZLYN RIDZ ISBN NO: 978-967-2185-09-3 HARGA: RM 27.00(SM), RM30.00(SS) Oleh sebab cintanya kepada Hani terkandas kerana Kamil, Putra menyepi sekian lama tanpa didampingi wanita. Sehinggalah dia bertemu dengan Tania, adik angkat a.k.a. sepupu kepada Kamil yang pernah menjadi racun dalam hubungan cintanya dahulu. Lalu dia mendapatkan gadis itu dengan tipu daya. Anehnya, kerap kali lelaki menipu wanita untuk mengecewakan. Ironinya Putra menggunakan penipuan untuk mengikat Tania kepadanya. Watak lelaki jahat terus dimainkan untuk melihat sejauh mana tipu daya Tania kepadanya pula. Walaupun tahu Tania berpura-pura, dia nekad mahu memiliki gadis itu biarpun tanpa restu bapanya. Ada sebabnya! "Bukan you yang jahat. I yang jahat selama ni." - Tania "Give me the knife, baby. I tak marah. I tak sengaja, sayang." - Putra Tania pernah melalui kisah hitam menderita penyakit PTSD. Sakit yang turut didorong oleh didikan Puan Sri Karmila, ibu Kamil. Memori bapa kandung membunuh ibu kandungnya bukan mudah untuk dipadamkan. Tetapi menjalani hidup bersama Putra, hidup Tania berubah. Dia bahagia! 'I'm going to take shower. If you play with my underwear again, you aren't getting any of my pancakes for breakfast. I'm serious, Putra. It wasn't funny! '- Tania "Manalah I tahu. Itu tak macam seluar dalam pun. Selalunya seluar dalam you... err. Apa namanya tu?" - Putra Hidup sebagai suami isteri telah menggembirakan Tania. Tetapi ada yang belum selesai. Hani muncul dalam hidup Putra bersama Daniel. Daniel, anak kandung Hani membuka rahsia besar tentang Kamil dan Putra. Apakah rahsia itu? Rentetan kisah lalu orang lain, mereka berempat yang mengutip hasilnya. Duka! Sengketa demi sengketa membuatkan mereka terpaksa berpaut kuat antara satu sama lain agar tidak terpisah. Mr. & Mrs. Liar... mereka tenggelam di celahan tipu daya. Bersama-sama mereka berusaha melepasi ranjaunya!
H.I.M - Fazlyn Ridz by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 1,147
  • WpVote
    Votes 4
  • WpPart
    Parts 11
TAJUK: H.I.M PENULIS: FAZLIN RIDZ ISBN N0: 978-967-0907-42-0 NURUL AFYRA... Bercinta dengan orang lain, kahwin dengan orang lain. Takdir mendatang apabila tunangnya Naquib memutuskan ikatan pertunangan sehari sebelum nikah. Tidak cukup itu, penghinaan diberikan kepada keluarganya.Dihantar seorang lelaki asing sebagai galang ganti. Dalam keadaan genting, Afyra bersetuju demi maruah diri dan keluarganya. Permulaan hidup bersama itu memang aneh. Lelaki itu tidak dikenali. Namun sedikit rasa dalam hati mengesan, ada kelainan pada keperibadian lelaki itu walaupun si suami berahsia entah kenapa. AHMAD FAKHRI RIZAL... Adik kepada Naquib. Fakhri rela menikahi Afyra demi beribu sebab. Cantik, datang dari keluarga kaya dan alim, itu antara sebabnya. Siapa kata hidup mereka tidak dilanda masalah pada permulaannya, namun ujian kecil itu tidak mampu menjadi kudis kepada mereka. Mereka semakin teguh membina ikatan cinta bersama. Sebaliknya, abang kandung dan ibu tiri, teman-teman yang disangka sahabat... mereka semua itulah yang menjadi barah dalam kehidupan Fakhri dan Afyra. Fakhri hampir terjatuh dalam hidupnya, namun ada seorang wanita yang setia di sisi. Itulah isterinya. Memberi semangat, menjadi penawar dan penglipur lara Fakhri. Fakri tidak pernah berputus asa. Dia seorang lelaki yang cekal. Dia dikurniakan Allah kepandaian. Kebijakan Fakhri mula mendapat perhatian. Dia mula bangkit semula sehingga membuka mata setiap orang yang merendah-rendahkannya. Hero In A Million! Dialah seorang lelaki istimewa di mata mentuanya. Hero kepada isteri dan anak-anaknya. Seorang sahabat kesayangan kepada sahabatnya. Juga seorang anak yang pemaaf kepada bapanya. Dia tidak sempurna. Namun lelaki seperti dia hanya ada satu dalam sejuta!
Big Boss I Need You by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 9,718
  • WpVote
    Votes 189
  • WpPart
    Parts 11
TAJUK: BIG BOSS I NEED YOU! PENULIS: MELL MARIANN ISBN NO: 978-967-2185-59-8 HARGA: RM 28.00 (SM), RM 31.00 (SS) BLURB: "Marry me." Tak ada angin, tak ada ribut. Tiba-tiba saja dia diajak kahwin. Memanglah Awaanis fikir lelaki tak dikenali itu gila. Ingatkan kisah lelaki itu termati di situ. Tapi lain pula jadinya. Lelaki itu rupanya big boss di kilang tempat dia bekerja! "Tuan Adriy!" - Awaanis "Jom." - Adriy "Jom apa?" - Awaanis "Jumpa ayah awak." - Adriy Adriy terus mendesak. Awaanis pula curiga. Big boss ajak minah kilang sepertinya berkahwin, tentulah mencurigakan! Bagi Adriy pula, apa saja permintaan datuknya, pasti dipenuhi. Walaupun diminta bernikah dengan cucu saudara lelaki tua yang baru ditemuinya itu. Dia punya motif tersendiri. "Please help me..." "Then, will you marry me?" Demi bapanya, Awaanis terpaksa merelakan pernikahan terjadi antara mereka. Mengenali Adriy, banyak derita yang sebenarnya dipendam oleh suaminya itu. Mampukah Awaanis menyusuri jiwa sunyi lelaki itu?
Encik Ulat Buku - Yumi Hyra by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 222
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 11
TAJUK: MUTIARA DALAM DEBUAN KABUS PENULIS: MANAF HAMZAH ISBN NO: 978-967-2467-47-2 HARGA: RM32.00(SM), RM 35.00 BLURB: Dia seorang perempuan yang cantik. Dia telah ditemui cedera parah akibat kemalangan langgar lari. Tetapi sebaik sahaja sedar daripada koma, dia hilang daya ingatannya. Tidak ingat akan namanya yang sebenar. Apatah lagi masa lampau yang pernah dilalui. Kotak fikirannya kosong sama sekali. Dia seperti sudah menjadi orang baharu. Dia lantas dikenali sebagai Aslin, isteri kepada Uzzam Zulkarnain. Seorang isteri yang dikatakan 'melampau'. Seorang isteri yang curang... "Sebaik kita keluar dari kereta ni, perhubungan kau dengan aku tak lagi seperti suami isteri. Kau akan tidur di bilik orang gaji." - Uzzam Bagaimanapun, dia kemudiannya faham bahawa rumah tangganya sememangnya sudah lama goyah. Bak retak menanti belah. Tidak pernah ada kemesraan dan kesefahaman antara dia dan suaminya. Malahan, dia akan diceraikan... "Kau tak layak jadi isteri Uzzam... Disebabkan itulah dia bercadang untuk berkahwin dengan aku..." - Nora Asyikin Dalam tidak ingat apa-apa, dia dalam dilema. Pelbagai persoalan bertubi-tubi muncul dalam kotak fikirannya. Justeru, dia pun cuba memperbaiki diri dan rumah tangga demi mengambil peluang keemasan ketika dia masih hilang daya ingatan. Mengharap agar masih ada peluang kedua buat dirinya. Namun hasratnya itu terhambat apabila mendapat tahu pula dia merupakan isteri kepada lelaki lain. Dan namanya yang sebenar ialah Airina. "Nama dia Airina, isteri aku... jangan sesekali sentuh isteri aku." - Ghazali "Kalau dia ini isteri kau, apa buktinya?" - Uzzam Maka hidupnya makin bergolak dalam dilema dan tanda tanya. Dia Aslin, ataukah Airina? "Memang dasar perempuan murahan. Dah terbalik agaknya dunia ni..." - Puan Masirah Namun dengan hati kental dan semangat waja, dia akan cuba mencari huraian tentang siapakah dirinya yang sebenar walaupun dia akan menempuh bahaya...
My Bibik My Darling - Aein Dhiyauddin by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 2,682
  • WpVote
    Votes 39
  • WpPart
    Parts 12
TAJUK: MY BIBIK MY DARLING PENULIS: AEIN DHIYAUDDIN ISBN NO: 978-967-2467-52-6 HARGA: RM 28.00(SM), RM 31.00(SS) BLURB: Najah Sofea binti Tajul - Bibik di rumah Puan Sri Rokiah Irfan Haris bin Khairul Azlan - Cucu Nyonya Mansur a.k.a. cucu majikan Najah yang sangat menjengkelkan; membuli Najah sesuka hatinya. Suatu hari terjadi satu peristiwa yang menyebabkan mereka disatukan. Najah dan Haris sama-sama menolak. "Saya nak cari suami yang boleh bimbing saya ke jannah. Dia tu bau-bau syurga pun tak ada." - Najah "Kau bukan taste aku. Lagipun aku tak sentuh perempuan low class macam kau!" - Haris Irfan Haris, pada zahirnya kelihatan seperti calon ahli neraka. Solat memang tidak pernah, minuman keras diteguk seperti air sirap dan teman wanita keliling pinggang. Pendek kata, memang tiada langsung ciri-ciri calon penghuni syurga. Namun, siapa kita untuk menentukan syurga neraka orang lain. Mungkin esok lusa Allah akan berikan hidayah agar lelaki itu insaf dan bertaubat. Insya-Allah syurga baginya. Mereka melayari bahtera rumah tangga yang porak-peranda dan penuh dengan kekecohan. Haris dengan egonya yang tidak mahu menerima Najah, manakala Najah pula sibuk berusaha menarik suami bau-bau nerakanya ke jalan syurga. "Jangan nak jadi ustazah kat depan aku, boleh tak?" - Haris "Kalau saya ustazah, saya dah baca talkin kat telinga tuan. Biar Tuan Haris insaf." - Najah Di sebalik kekecohan dan hubungan kusut Haris dan Najah, muncul pula Dayana yang masih tidak putus asa menagih cinta Haris. "Haris, apa lebihnya dia berbanding I? Dia cuma orang gaji." - Dayana Najah menjeruk rasa dengan keegoan Haris. Puas dia cuba menambat hati suaminya. Muncul pula seseorang daripada masa lalunya. Seseorang yang membuat dia terpaksa menyingkap semula kisah silamnya. "I love you... I tahu you masih sayangkan I, cintakan I... I yakin you tak cintakan Haris." - Asyfar
Girl Marry Me - Arsya Aisya by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 448
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 10
TAJUK : GIRL MARRY ME PENULIS : ARSYA AISYA ISBN NO. : 978-967-2467-56-4 HARGA : RM27.00 (SM) / RM30.00 (SM) BLURB: "Kahwin dengan saya?" Qayyum dan Syifaa bertemu secara kebetulan di bumi Paris saat kedua-duanya terluka ditinggalkan insan yang tersayang; Syifaa yang dibelenggu masa lalu dan Qayyum yang berani mencuba. Beberapa jam dilamar Qayyum, Syifaa nekad meninggalkan bumi Paris. Mustahil lelaki itu mampu menerima masa lalunya. Kembali ke Malaysia, dia perlu berdepan dengan kebencian orang tuanya. Itu sangat memedihkan, namun tidak mengapa. 26 tahun lalu dia mampu menghadapinya, apalah sangat seketika cuma. "Aku bukan papa kau! Jangan sesekali kau panggil aku papa lagi. Jauhkan diri kau daripada Adam dan Dila. Jangan ganggu hubungan mereka." - Encik Arash "Inilah jantan yang menyundal dengan kau tu? Huh! Tak malu pula terang-terangan berhubungan. Lagi bagus daripada jantan yang dulu." - Puan Zuyyin Kata-kata seorang ibu dan ayah sangat memeritkan jiwa seorang Nur Syifaa Zulaika. Kisah hidupnya bukan seperti Cinderella, bukan juga seperti Rapunzel. Kisah dia kisah duka yang tidak bertemu noktah bahagia. Berkalung duka di perjalanan yang nampak tenang, Qayyum kembali. Permainan takdir dilancarkan oleh Syifaa dan Allah memilih takdirnya dengan Qayyum. Di akhir kalam usaha, dia menyerah. Menerima lamaran lelaki itu tetapi bukankah dia sudah katakan, kisah dia kisah duka yang tiada noktah bahagia. Saat dia bahagia dengan Qayyum, kebenaran muncul. Tentang Dila, Ryan dan juga Sarah. Bagaimana dia mahu melangkah sekarang? Adakah perlu dia sekali lagi bersaing dengan masa lalu? Pedih! Ia sangat memedihkan. Cinta memerlukan pengorbanan, tapi bukan mengorbankan! KAPSYEN: Bertemumu menjadikan aku seperti Calla Lily
Hey, My Husband! - Mia Azwari by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 2,910
  • WpVote
    Votes 38
  • WpPart
    Parts 11
PENULIS : AZIEANA ISBN NO. : 978-967-2467-57-1 HARGA : RM28.00 (SM) / RM31.00 (SS) BLURB: Aydan nekad mengakui keburukannya di hadapan perempuan yang tidak kenalinya, gara-gara geramnya kerana asyik digesa oleh Puan Sri Hayati supaya dia segera berkahwin. "Dari segi luaran, I ni nampak hebat, tapi hakikatnya I ni jenis lelaki yang panas baran, pengotor, suka sepah-sepahkan semua barang dalam bilik, letak pakaian merata-rata, termasuklah seluar dalam I." - Aydan Anis yang terkejut segera meninggalkan restoran tempat janji temunya dengan si tunang. Dan ketika itulah baru Aydan sedar yang dia tersilap cakap. Sangkanya, itulah perempuan yang sepatutnya dia jumpa. Rupa-rupanya, dia tersalah orang. Argh... malunya! Sebagai seorang anak, Anis akur dengan jodoh yang telah diaturkan untuknya. Namun bahagia yang diharap bersama Syaqeer ditabur pahitnya hempedu. Penceraian yang diminta, dibalas dengan lafaz talak tiga! Hidup sendirian, Anis harus bekerja kembali. Akhirnya dia nekad untuk menghubungi Aydan dengan harapan lelaki itu dapat memberikan peluang pekerjaan kepadanya. Sebenarnya, Aydan pernah menawarkan dia bekerja semasa mereka bertemu buat kali kedua. Ketika itu dia bekerja di chalet. Peluang untuk Aydan mendapatkan Anis terbuka apabila mereka bekerja sebumbung. "Cara encik pandang muka saya tu macam ada sesuatu yang pelik kat muka saya aje." - Anis "I pernah melamar you untuk jadi isteri I. You lupa? Lamaran yang sebelum ini masih valid dan tak ada tarikh luputnya." - Aydan Pada masa yang sama, Syaqeer tiba-tiba muncul untuk kembali semula kepada Anis. Untuk mengelak daripada terus diganggu oleh Syaqeer, Anis menerima Aydan. Tapi hubungan mereka bukan semudah yang mereka sangkakan. Wujud pula Safiera dan Zureen yang merebut hati Aydan, dan Syaqeer yang mahu kembali semula kepada Anis. Berjayakah hubungan Aydan dan Anis dipertahankan apabila wujud insan lain yang mahu menggugat hubungan mereka? KAPSYEN: Mencintaimu merupakan perkara terindah dalam hidupku!
Jodoh Sebelah Pintu by DeknaLee
DeknaLee
  • WpView
    Reads 69,920
  • WpVote
    Votes 1,761
  • WpPart
    Parts 15
Cerita ni diadaptasi ke drama lakonan Emma Maembong dan Kamal Adli. Mona Airawani bakal dijodohkan dengan lelaki yang penuh misteri bergelar Alang. Mereka berdua sering berhubung melalui telefon tanpa Mona tahu siapa gerangannya. “Kalau saya bagitahu awak nama penuh saya, awak boleh janji sesuatu tak?” ~Encik Tunang Tubi. “Janji apa?” ~Mona “Janji yang awak gantikan tempat saya bila akad nikah nanti? Awak jabat tangan dengan tok kadi dan biar saya yang ambil tempat awak. Bersimpuh di belakang.” ~Encik Tunang Tubi. Selepas kata-kata itulah, Mona tidak lagi mahu mengambil tahu tentang identiti bakal tunangnya sehinggalah mereka bertunang. Mereka merancang mengadakan pertemuan pertama namun Mona terpaksa membatalkannya apabila terserempak dengan kedua-dua jirannya yang berperangai hantu di tempat yang sepatutnya dia dengan tunangnya berjumpa. Irfan dan Badrul! Pulang sahaja ke rumah, Mona mendapat tahu bahawa tunangnya merupakan jiran di sebelah pintunya sahaja! Adakah tunangannya itu Badrul Syah? Lelaki yang suka mencari gaduh dengannya? “Ganasnya akak. Tutup pintu guna kepala lutut.” ~Bad “Nak tutupkan mata orang dengan kepala lutut ni pun boleh.” ~Mona. Atau tunangannya itu sebenarnya Amirul Irfan...? “Ala, Mona, bolehlah... tadi tengok macam tak best. Bila tengok lidah Mona yang cute rasa aiskrim tu, automatik abang rasa...” pap!! Tak sempat dia sambung, sudah terpacak aiskrim kon di atas kepala dia. “Automatik rasa sejuk kat atas kepala, kan?” ~Mona Semenjak mengetahui siapa tunangannya, hidup Mona mulai kusut dibelenggu rasa bersalah kerana pernah melayan tunangnya dengan buruk. Hubungan mereka juga sering diganggu pihak ketiga. Berjayakah Mona dan tunangnya mengatasi masalah itu? Dan, siapa seb
Romantika 4 Hari 3 Malam - Wizana Emilia by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 6,007
  • WpVote
    Votes 13
  • WpPart
    Parts 10
Lana Analia... memang menjadi impiannya untuk menjadi seorang wartawan yang hebat. Dia ditugaskan untuk menulis rencana untuk ruangan Blind Date. Janji temu demi janji temu diatur. Setiap kali itu, dia berharap agar dipertemukan dengan lelaki sempurna. Namun entah apa malangnya, lelaki-lelaki yang ditemuinya ada sahaja yang tidak kena. Playboy, cakap besar, anak manja, sombong, selekeh, pengotor dan macam-macam lagi. Psiko pun ada! Menerusi artikelnya disampaikan setiap kekecewaan itu. Terus-terusan pula rencananya mendapat pujian dan semakin diminati sehingga namanya dikenali ramai. Tanpa diduga, hadiah percutian eksklusif 4 hari 3 malam di Pulau Impian yang dimenanginya mencipta pertemuan tanpa dirancang. Seorang lelaki yang dianggapnya panas baran telah berjaya mencuri hati dan jiwanya. Segala-galanya cukup indah sepanjang 4 hari 3 malam di pulau itu. "Jangan lupakan saya!" - Amar "Tak mungkin!" - Lana "Janji?" - Amar "Janji!" - Lana "Awak jangan tipu tau. Awak janji kat atas awan ni!" - Amar "Ya! Tak tipu! Saya janji kat atas awan!" - Lana Namun, kata cinta tidak sempat dilafaz. Salah faham menyebabkan Amar pulang lebih awal. Lana kehairanan kerana ditinggalkan tanpa pesan. Berkali-kali cuba dihubungi lelaki itu, tapi Amar seolah-olah hilang begitu sahaja. Lana putus harap. Dia cuba meneruskan hidupnya seperti biasa, namun percutian itu telah mengubah dirinya. Rindu dan cintanya terlalu dalam buat Amar. Kenangan demi kenangan begitu payah dilupakan. Lana penat dan hampir berputus asa. Satu demi satu berlaku. Kisah cinta yang tidak kesampaian, konflik, tragedi serta pembunuhan kejam. Juga kisah tentang lelaki misteri yang menghantar warkah-warkah biru yang cukup menakutkan. Dia mengambil keputusan untuk meletakkan jawatannya. Percutian indahnya bersama Amar dijadikan bahan coretan terakhirnya dalam ruangan Blind Date. Sempatkah lafaz cinta yang tertangguh diucapkan? Mampukah kenangan indah di Pulau Impian diulang kembali?
Dia... Tukang Kebun - PUBLISHED by AeinDhiyauddin
AeinDhiyauddin
  • WpView
    Reads 13,887
  • WpVote
    Votes 89
  • WpPart
    Parts 7
Gembur tanah kat rumah orang-orang kaya biasanya kerja siapa? -Wazif Amsyar Tukang kebun - Hana Imelda Dah tau tukang kebun buat apa tanya lagi... Takkanlah posmen pulak yang gembur tanah kat rumah orang kaya - Wazif Amsyar Tukan kebun itu bukan sebarang orang. Sangat kacak malah boleh dikatakan tukang kebun itu tidak layak menjadi tukang kebun. Bagi Hana tukang kebun kacak itu seharusnya menjadi tukang jaga hati dia aka suami tersayang. Nakal Hana muncul secara semula jadi setiap kali berdampingan dengan tukang kebun itu. Cik Hana percaya tak kalau saya cakap saya ni dah ada isteri - Wazif Amsyar Kalau awak suami orang dan awak bahagia dah tentu awak tak ada kat sini. Mesti awak ada masalah rumah tangga kan. Tinggalkan aje isteri awak tu. Kahwin dengan saya - Hana Imelda Pengakuan Wazif buat hati Hana kucar-kacir. Dia mahukan tukang kebun itu untuk dirinya. Tetapi tetap juga tukang kebun itu menolak. Hana nekad hendak bawa tukang kebun itu lari ke Siam. Tapi dia terlupa sesuatu. Bukan dia yang akan berjabat tangan dengan tok kadi. Demi misi aku. Aku sanggup jadi tukang kebun - Wazif Amsyar Wazif Amsyar... Dia lelaki misteri. Demi misinya dia sanggup menyamar menjadi tukang kebun. Siapakah dia sebenarnya? Apakah misi yang membuatkan dia sanggup melukakan hati Hana yang polos? UNTUK PEMBELIAN SILA WHATSAPP 0163231480