Novel
3 stories
Dekat Padamu - Sarnia Yahya by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 455
  • WpVote
    Votes 13
  • WpPart
    Parts 11
DEKAT PADAMU ISBN No : 978-967-11741-0-4 JUMLAH MUKA SURAT : 517 BLURB :- Rasa cinta yang terlewat hadir, haruskah dilepaskan pergi? Bagi Iskandar, perkahwinannya bersama Tini adalah satu kesilapan dan masalah rumahtanggannya sering diluahkan pada Syafiqa, arkitek serta sahabat baik adiknya. Lama kelamaan perasaannya jadi berbeza dan dia cuba luahkan rasa hati melalui gurau senda. 'Nanti Ika akan jadi isteri bongsu abang' - Iskandar Bagi Syafiqa, dia membantu apa yang patut. Iskandar sudah dianggap sebagai abangnya sendiri. Saat rumahtangga Iskandar terpaksa dileraikan, dia turut merasa kecewa. Lantaran itu, tatkala Iskandar meluahkan rasa hatinya, dia terpegun kehilangan kata. 'Ika tak dapat terima abang.' - Syafiqa Namun, Iskandar tetap mencuba. Kerana cinta, dia mahu sentiasa ada di sisi Syafiqa dalam susah dan juga senang. Demi cinta, dia sanggup menjadi apa saja untuk Syafiqa. 'Macamana abang masuk?' - Syafiqa 'Abang kan Spiderman.' - Iskandar
Bahagia Dalam Rahsia - Rafina Mimi by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 230
  • WpVote
    Votes 1
  • WpPart
    Parts 10
ISBN No : 978-967-0657-05-9 JUMLAH MUKA SURAT : 385 BLURB :- Mengisahkan gadis bernama Adilah Farha, bekerja sebagai pembantu rumah di kediaman mewah majikannya yang mempunyai salasilah keturunan raja. Kejadian malang menimpanya apabila dia diperkosa oleh Wadi Ridhuan. Lebih menambahkan nasib malang Adilah Farha apabila dia di dapati hamil akibat daripada kejadian itu. Hasrat hati mahu memperisterikan Farha untuk menebus kesalahannya di tentang keras oleh Dato' Wan Chik dan Datin Wasilah sehingga memaksa Wadi Ridhuan membawa Farha ke sempadan Thailand untuk bernikah. Pernikahan secara rahsia itu hanya di ketahui oleh Mak Hendon yang merupakan pengasuh kepada Wadi Ridhuan semasa lelaki itu masih kecil. Bahagia mula tercipta di antara kedua-duanya namun kebahagiaan itu terpaksa pula di sorok-sorok supaya Dato' Wan Chik dan Datin Wasilah tidak mengesyaki apa-apa. Hari berganti minggu dan minggu berganti bulan, perut Farha semakin membesar dan keadaan itu menimbulkan rasa curiga di hati Datin Wasilah sedangkan sepengetahuannya Farha belum berkahwin dengan sesiapa. Rahsia mula terbongkar apabila Datin Wasilah mula hilang sabar kerana kemusykilannya tidak di jawab oleh Farha sehingga memaksa Datin Wasilah bertindak kejam. Apabila rahsia mula terbongkar, Datin Wasilah mencari helah untuk memporak-perandakan rumahtangga anaknya dengan melemparkan fitnah dan tuduhan yang tidak berasas. Lebih menyiksakan jiwa Farha apabila Bella yang merupakan gadis pilihan Datin Wasilah untuk disatukan dengan Wadi Ridhuan sering menyakiti hatinya dengan mencari peluang untuk berdamping dengan lelaki itu. Berjayakah Datin Wasilah memisahkan Wadi Ridhuan daripada Adilah Farha? Apakah usaha Bella untuk mendapatkan lelaki yang dicintainya itu? Dan, apakah Wadi Ridhuan terpaksa mengalah dengan keadaan demi membuatkan Farha tidak lagi menanggung sengsara? Category: Novel.
Loket Zinnia - Ayumi Syafiqah by LoveNovelPublishing
LoveNovelPublishing
  • WpView
    Reads 411
  • WpVote
    Votes 0
  • WpPart
    Parts 10
LOKET ZINNIA ISBN: 978-967-11741-4-2 JUMLAH MUKA SURAT 545 BLURP: Dua tahun menyulam cinta bersama Hayyan Rizqi, Zenia cukup bahagia. Apatah lagi apabila buah hati sering ada menemani sepanjang bergelar mahasiswa. Segala kekurangan Zenia diterima Hayyan seikhlas hati. Kasih sayang Hayyan terus mengikat hati Zenia untuk terus jatuh cinta. Janji untuk hidup bersama selepas tamat pengajian dilakar indah berdua, semakin utuh dari hari ke hari. "I'm gonna be your husband someday, so don't forget to put my name on the list. Okay?" - Hayyan. Namun, cinta yang disangkakan akan berakhir bahagia, terputus di tengah jalan apabila Azfar muncul dalam hidup Zenia. Pesona Azfar membuatkan hati Zenia tersasar jauh. Bicara dan janji manis lelaki itu menjadikan Zenia lupa siapa yang selama ini menghuni hatinya. Lalu, Hayyan dicurangi dengan tegar. Dia leka dengan cinta yang ditabur Azfar sehingga sanggup menduakan Hayyan yang setia. "Saya janji saya takkan sia-siakan awak. Saya boleh bagi lebih daripada apa yang Hayyan pernah bagi pada awak. Percayalah, sayang." - Azfar Pada ketika seluruh jiwa dan raga diserahkan kepada lelaki itu, Zenia ditinggalkan bagaikan sampah. Zenia merayu, tetapi Azfar tetap melangkah pergi. Zenia hilang punca. Ingin dipohon kemaafan Hayyan, dia malu untuk berdepan dengan lelaki itu lagi. Ingin pulang ke pangkuan keluarga, terasa maruahnya hancur dengan cemuhan yang tiada henti. Lantas, ke mana lagi harus dibawa diri yang bagai sudah tiada harganya lagi? Bersama Adam, Zenia belajar membina kehidupannya semula, jauh daripada segala-galanya... sehinggalah takdir membawa Hayyan dalam hidupnya buat kali kedua . "Selepas apa yang terjadi, kenapa dia juga yang awak pilih?" - Hayyan. "Sebab saya tak mampu nak pilih awak, Hayyan..." - Zenia. Janji yang pernah terlakar, masihkah ada ruang untuk memulakannya sekali lagi?