Wshwhewhw's Reading List
196 stories
Derita Seorang Maira  | C by Sophianyy
Sophianyy
  • WpView
    Reads 779,081
  • WpVote
    Votes 26,635
  • WpPart
    Parts 56
Maira - 22 Tahun - 156 cm - 20/8 Hayyan - 25 Tahun - 189 cm - 15/6 Maira Seroja - Selalu didera oleh keluarga kandungnya sendiri dari kecil sehinggalah dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang lelaki yang tidak dikenali olehnya, Maira dipaksa berkahwin dengan lelaki itu atas kerana ibu bapanya tidak dapat membayar hutang. Setiap hari pasti ada sahaja kesalahan atau nasib malang Maira sehingga membuatkan dia dimarah,didera dan juga dipukul setiap hari oleh ibu kandungnya Maira tidak dapat lari dari derita tersebut. Sehinggalah dia berkahwin adakah derita itu masih ada...
𝐇𝐋𝐆│Cousin Or Husband? βœ” by lazysya
lazysya
  • WpView
    Reads 572,778
  • WpVote
    Votes 13,202
  • WpPart
    Parts 51
π“Šˆπ’†œπ•³π–šπ–˜π–‡π–†π–“π–‰ π•Ύπ–Šπ–—π–Žπ–Šπ–˜ 𝐕𝐨π₯ πŸπ’†œπ“Š‰ (Vol 1 & 3 finished!!) 𝐇𝐒𝐬 𝐋𝐒𝐭𝐭π₯𝐞 𝐆𝐒𝐫π₯ "𝐈𝐟 𝐒𝐭'𝐬 𝐦𝐞𝐚𝐧𝐭 𝐭𝐨 π›πž, 𝐒𝐭'π₯π₯ π›πž" Their story without your vote is Nothing --- Kisah di antara 𝐌𝐒π₯𝐚𝐬𝐑 𝐇𝐲𝐝𝐒𝐫 dan π•π’π¬πžπ«π«πš π‘π‘πšπžπ§π²π¬. Persahabatan, kebencian, dan cinta yang perlahan-lahan tumbuh di antara dua jiwa yang berbeza. Setelah bertahun-tahun menimba ilmu di Jepun, Serra pulang ke tanah airnya-tanpa menduga bahawa dia akan menumpang di rumah maksunya buat sementara waktu. Masalahnya? Abang sepupu yang pernah menjadi 'musuh ketatnya', Milash Hydir. Serra fikir Milash masih seperti dulu: dingin, menyakitkan hati, dan suka mencari pasal. Tapi kali ini... pelik. Milash tak layan dia macam dulu. Malah, dia nampak lebih matang-lebih... tenang. Serra terkejut, sampai terkentut (oops!) bila Milash langsung tak kisah dengan kehadirannya. Tapi hati ini, walau keras macam ais, boleh juga cair bila dipanaskan lama-lama. Dan hati beku Milash akhirnya goyah, sedikit demi sedikit, pada gadis kecil yang dulu pernah dia benci. Serra pula? Dia masih dihantui cinta masa lalu. Tapi prinsip Milash tetap satu: "I want it? It's already mine." Bila cinta dan benci bertukar tempat... siapa yang akan tersungkur dahulu? --- ~sequel brother or husband. ~read with your own risk. ~dont plagiat (a lot of kesalahan tatabahasa and grammar) Start : 17092023 End : 01102023
πŸ”žSiblings series 3-The Perfect Enemy : Naqiu Al-Haq  by AENJIM
AENJIM
  • WpView
    Reads 430,706
  • WpVote
    Votes 16,151
  • WpPart
    Parts 72
SERIES 3 Spin off The Loyal Hunter Pantang berjumpa pasti bergaduh! Pertemuan pertama kali menimbulkan salah faham. Padahal si lelaki sudah suka. " Awak kena kahwin dengan saya." - Naqiu Al-Haq " Lelaki sewel!."- Malaika Umaira Kebetulan yang tak dirancang, si gadis merupakan adik kepada pegawai atasannya. " Saya suka adik tuan!" - Naqiu Al-Haq " Kenapa mesti adik aku?" - Maleeq Uqail Setiap kali berjumpa mesti tiada hal-hal yang indah untuk mereka berdua. Hingga satu saat Ika tak dapat lagi menolak kehadiran Naqiu. Dia rasa Naqiu memerlukannya. Naqiu si lelaki yang paling pandai bersembunyi di sebalik topeng wajah yang ceria. Hubungan mereka erat dan rapat sehingga menimbulkan rasa ketidakpuasan si sahabat baiknya. " Untuk pengetahuan kau, perempuan yang aku cerita pada kau dulu tu adalah tunang kau ni. Aku yang cintakan dia dulu dari kau" - Syahran Zulkarnain Naqiu keliru. Rasa diri dipermainkan oleh si tunang. Namun, jodoh mereka tetap kuat. Mereka tetap disatukan. Dia cuba menyakiti tapi hati tetap mencintai. Di kala kebenaran terungkap si isteri sudah pergi jauh darinya. Membawa satu rahsia bersama selama 6 tahun lamanya. Kepulangan isteri menggembirakan hati dia. Dan paling mengejutkannya adalah si isteri sudah mempunyai lelaki lain. Mampukah dia meraih cinta isterinya kembali? Siapa lelaki yang sudah bertakhta di hati isterinya itu?
Pikat Hati Dr Jerk βœ“ by aprilhann___
aprilhann___
  • WpView
    Reads 1,147,139
  • WpVote
    Votes 37,558
  • WpPart
    Parts 45
Detik pertama mata Una melekat pada wajah kacak Rees. Hati Una sudah terpaut. Tanpa ragu, Una dah letak nama Rees di tempat paling tinggi dalam carta hatinya. Una yakin cuma Rees Aiden yang dia mahukan. Justeru, Una mula mengejar sekeping hati milik Rees . Tanpa lelah! "Kalaulah kan abang Rees diberikan satu hajat untuk ditunaikan. Abang Rees nak buat hajat apa?" "Kalau Una kan. Una nak minta hajat supaya abang Rees suka Una balik pastu kita kahwin. Then live happily ever after"- Una Itu hajat seorang Husna Nashwa di saat umurnya 16 tahun. Dan ini pula jawapan Rees... "Hajat aku pula, aku nak minta supaya hajat kau dibatalkan" Bertahun Una mengejar Rees tapi hati Rees tetap kalis dengan cinta Una. Una mula buntu sehinggalah Rees terpaksa menikahinya atas desakan mama Sara. Una bahagia. Rees terseksa. "Aku dah kahwin dengan budak macam kau pun dah satu jenis penyeksaan bagi aku. Duduk sebumbung dengan kau?Huh! Bertambah-tambah lah seksaan aku" Una nekad nak tundukkan Rees. Tapi bila Una bertukar jadi makhluk tuhan paling sexy. Rees pun ikut sama bertukar jadi makhluk tuhan paling beku. Bila Una menggoda persis ulat bulu naik daun, Rees naik tarafkan Una jadi ulat beluncas. Bermacam jurus cinta Una keluarkan untuk memikat, semuanya Rees tangkis dnegan mudah. Tapi Una kan anak komando pencen. Mana boleh mengalah! Walaupun kata-kata dan layanan kasar Rees sering kali menggores hati Una. Sikit pun Una tak putus asa kerana bagi Una cuma Rees Aiden saja yang sentiasa ada di hati nya. Kata kak Raihan...'You know that you really love someone when you dont get mad at them for breaking your heart' Tapi selama mana Una dapat bertahan andai Rees berterusan menyakiti sekeping hati miliknya. Hati Una mulai lelah mengejar. "Does it hurt?" - Rees "Everytime!" - Una Akan tetapi, a wise man once said there is no remedy for love but to love more. Jadi apa pilihan mereka berdua? Apa Una akan terus mencintai atau mungkin Rees yang mulai mencintai?
MR PRINCE'S PRISONER [complete] by Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    Reads 746,981
  • WpVote
    Votes 34,656
  • WpPart
    Parts 76
Putra Kim Mikail x Najeeha Sudah jatuh di timpa tangga! Menjadi tawanan penyamun pula! Begitu lah nasib diri seorang janda muda bernama Najeeha. Ingatkan berkahwin dengan lelaki yang di cintai, diri nya boleh hidup bahagia. Rupa-rupa nya semua itu bukanlah seindah yang di sangka bila si suami berkahwin lagi dan dia diceraikan saat si suami melafazkan akad dengan wanita lain. Dapat pulak ibu mertua mulut puaka, lagi la bertambah rasa pedih di dada. Setahun bergelar janda, bekas suami berubah menjadi gila talak. Tapi Najeeha bukan lah perempuan lemah yang akan mudah untuk di pujuk rayu semula. Biarpun dia orang susah, tapi dia ada harga diri. Apa Adam ingat dia kain buruk? Bila masih cantik, pakai, bila dah buruk buang? Dia satu-satu nya anak kampung wanita muda pertama yang menjadi nelayan. Jadi jangan pandang rendah pada kaum wanita. Dia harus akur dengan takdir hidup nya. Dia masih ada nenek dan adik yang perlu di suap mulut mereka. Hidup Najeeha berubah 180 darjah ketika dia sedang menangkap ikan di tengah laut, dia telah menyaksikan satu kejadian pembunuhan yang berlaku di atas sebuah kapal. "May nakakakita sa atin na pumatay ng kriminal kanina, Kim" - Han "Tangkap dia! Huwag mo siyang palayain" - Mr Prince Berjayakah Najeeha melarikan diri? Di saat dia cuba menghidupkan enjin bot, enjin bot pula mati. Geng penyamun pula sudah berdesup-desup terjun ke dalam bot kecil mahu mengejar nya. Dan Najeeha terus menjadi tawanan dalam kapal besar itu selama 14 hari lamanya. "Ni bukan tempat saya! Lepaskan saya!" - Najeeha "Kau akan jadi tawanan aku selama-lamanya" - Mr Prince "Kenapa awak kejam sangat?" - Najeeha "Dahil Mahal Kita, Jeeha.. " - Mr Prince Pertemuan ini telah membibitkan rasa cinta pandang pertama dalam hati Mr Prince, putera raja Kepulauan Kristal. Benarkah wujud nya Kepulauan Kristal? Yang di perintah oleh seorang Raja yang tidak pernah di ketahui pun kewujudan nya? ▢️Karya adalah 100% idea asal penulis sendiri Mi_Amethyst
[ C ] | Rayyan Ardel Shah: The Annoying Bodyguard Husband [BAKAL TERBIT 2026] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 722,548
  • WpVote
    Votes 26,865
  • WpPart
    Parts 58
Elara Saffiya, seorang gadis berumur dua puluh lima, hidup bebas mengikut rentak sendiri: tanpa peraturan, tanpa sekatan, dan tanpa sesiapa mampu menundukkannya. Namun, satu perintah daripada ayahnya, Dato' Seri Zayden Khalid, mengubah seluruh dunia Elara. Perkahwinan yang dijanjikan sebagai hukuman dan bukannya cinta membuatnya terperangkap dalam ikatan yang bukan dipilih sendiri. "Papa dah bagi amaran dulu. Sekarang kamu dah calarkan maruah papa lagi sekali. So this time, no more warnings. This is the only way to make you learn." - Dato' Seri Zayden Khalid Rayyan Ardel Shah, pengawal peribadi Dato' Seri Zayden Khalid; lelaki dingin yang muncul tanpa amaran, bukan sahaja bakal menuntut haknya sebagai suami, tetapi juga menjadi pengawal, penguji, dan guru tanpa belas kasihan. Tingkahnya tenang, kata-katanya tajam, dan matanya mampu menembusi dinding ego Elara yang selama ini kukuh. "Kalau bukan sebab bapak kau, aku lagi rela kahwin dengan kuda kat kandang belakang ni daripada kahwin dengan kau yang mulut macam bontot kuda pakai sarung nangka. Tak ada beza," - Rayyan Ardel Shah Setiap hari bersama Rayyan adalah peperangan diam, pertukaran kata-kata kasar yang sarat sindiran, dan ujian sabar yang memaksa Elara menilai semula segala prinsip dan kebebasannya. Dalam rumah kampung lama yang jauh dari gemerlap dunia kota, Elara terpaksa menghadapi realiti baru: kemewahan bukan lagi ukuran, ego bukan jawapan, dan cinta tidak semestinya hadir di permulaan. Dari pertengkaran yang pedas hingga malam yang sepi, setiap detik mengajar Elara satu perkara; bahawa untuk belajar tunduk pada hati, kadang-kadang perlu membiarkan diri tersakiti terlebih dahulu. "Aku sumpah... aku akan pastikan kau menyesal. Kau takkan mampu untuk simpan aku, Rayyan. Kau yang akan lepaskan aku sendiri. Ingat tu!" - Elara Saffiya Apakah Elara mampu mengekalkan identiti dan kebebasannya, atau dia akan rebah di bawah kuasa Rayyan yang dingin tapi misteri? Start: 6 JAN 2026 End: 22 MAC 2026
Sedetik Lebih [COMPLETE] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 1,589,539
  • WpVote
    Votes 83,256
  • WpPart
    Parts 102
Maryam Elara tidak pernah menyangka, takdir akan menemukan dia semula dengan lelaki yang pernah menjadi suaminya, Raif Kaysan. Di sebuah majlis penuh gemerlapan, dia hanya seorang cleaner, sementara lelaki itu kini seorang CEO yang gah berdiri di puncak kuasa. Namun, tatapan Raif padanya bukan lagi penuh kasih, tetapi sarat dengan benci dan dendam yang bertahun-tahun terpendam. "Dahulu kau tinggalkan aku macam sampah. Sekarang kau datang sebagai apa? Cuma cleaner aje?" Raif melayan Maryam tak ubah seperti sampah, menghina dan merendah-rendahkannya tanpa belas. Dia mahu wanita itu merasa sakit, sama seperti luka yang Maryam tinggalkan dalam hidupnya dahulu. Tambah pula Maryam beralih kerja disyarikatnya, seakan membuka ruang untuk dia menjalankan misi dendam. "Jangan sebut nama aku, Jangan mengadu apa-apa pada aku, dan pastikan jarak kau berdiri 5 meter dari aku, faham?"-Raif Kaysan "Baik, brader."-Maryam Elara "Apa kau cakap?"-Raif "Tadi cakap tak boleh panggil nama, saya panggilah brader."-Maryam Setiap hari, Maryam hanya diam dan menerima segala perlakuan dingin Raif tanpa membantah. Dia tidak melawan, tidak juga merungut, meskipun lelaki itu menggunakan pangkatnya sebagai bos untuk membuli dan merendahkannya sesuka hati. Namun, tanpa sedar, sesuatu dalam diri Raif mula berubah. Dendam yang sekian lama membara perlahan-lahan pudar, digantikan dengan perasaan yang sepatutnya tidak wujud lagi, rasa yang pernah dia buang jauh-jauh dahulu. Kenapa? Kenapa hatinya mula goyah? Kenapa, setelah semua yang berlaku, dia masih mahu mencintai wanita itu? "Kalau masa berbaki sedetik lebih sekalipun, aku takkan patah balik pada kau."-Raif "Saya faham, jadi tak perlu bazirkan sedetik lebih itu untuk saya lagi."-Maryam Namun... adakah pertemuan Maryam membawa sebuah rahsia yang tersimpan sekian lama? Dan jika masa itu memiliki sedetik lebih lagi... apakah ia akan dipenuhi dengan cinta, atau terus dihimpit oleh dendam?
Farhat's  by MySerraa
MySerraa
  • WpView
    Reads 418,153
  • WpVote
    Votes 19,048
  • WpPart
    Parts 77
[Book 11] Short, not so short story. Kisah Uqael Farhat yang dibelenggu perasaan cinta tetapi status 'sepupu' membataskan segalanya. Dia terpaksa berundur demi melihat wanita yang dia cinta bersama lelaki lain kerana restu keluarga yang tidak berpihak kepadanya. Bagaimana cara dia dapat menghakis perasaan itu? Bagaimana dia dapat melupakan Fatima jika dari kecil mereka bersama? Tambah pula dengan kehadiran seorang gadis bernama Eleisha yang menjadi peneman di kala dia sunyi menanti Fatima. Patutkah dia terus mengikut kata hati atau membiarkan ego yang membuat pilihan? Benarkah perasaan yang ada buat Fatima adalah cinta, dan bukan obses? Dan benarkah perasaan buat Eleisha yang sehabis daya diabaikan itu bukan cinta? Di saat dia buntu dan keliru, dia menyakiti hati yang tulus berharap. Sehingga satu masa, hati itu mula mengalah dan mengundurkan diri. Dapatkah dia perbetulkan kesilapannya? Atau dia akan kehilangan kedua-duanya? [Sinopsis lengkap tersedia sebelum prolog]
MUTE by SyaffMaii_
SyaffMaii_
  • WpView
    Reads 530,547
  • WpVote
    Votes 9,060
  • WpPart
    Parts 35
"Are u guys kidding me? Tak tengok ke keadaan mak saya macam mana? And you still ask about this contract?" Alea Irdina "Apa kata Cik yang menggantikan Puan Norizah?" Terlopong mulut Alea Irdina apabila dia terpaksa menggantikan ibu angkatnya yang koma menjadi seorang pembantu rumah. Namun, saat pertama kali Alea menjejakkan kaki ke banglo milik majikannya itu, dia terpaku. Banglo itu tidak ubah seperti kawasan larangan yang ditinggalkan. Kolam ikan kering kontang, pasu bunga pecah bertaburan, dan dedaun kering menyelubungi setiap sudut halaman. Ezra Malique, seorang lelaki workaholic yang dingin dan hanya mementingkan kerjaya. Baginya, rumah hanyalah persinggahan untuk melepaskan lelah sebentar sebelum kembali ke pejabat. Malah lelaki itu pernah tidak pulang ke rumahnya sebulan. " Kau rasa apa tajuk berita esok kalau usahawan hebat macam kau kena tangkap basah?" Alea "Kau nak main kotor dengan aku?" Ezra