flwsniee_fra
Tuan Ashiraf Maysaa, seorang gadis pelukis berusia 20 tahun, hidup dengan luka yang tidak pernah sembuh. Selepas kehilangan ibu bapa dan mengalami trauma diculik oleh bekas kekasih yang obsessed, dia cuba mencari kebahagiaan semula. Tetapi cinta yang sepatutnya memulihkan malah menghancurkannya lebih teruk.
Diteror oleh dua lelaki, seorang playboy manipulatif dan seorang psychopath yang obsessed. Mental health Maysaa runtuh sepenuhnya. Walaupun abangnya, Irshark, dan keseluruhan The Horacio Dynasty, cuba melindunginya, Maysaa sudah terlalu hancur.
Dalam satu malam yang kelam, Maysaa kehilangan kawalan semasa anxiety attack teruk dan mati lemas dalam kolam di mansion. Kematiannya mencetuskan peperangan dendam yang brutal, keluarganya memburu dan membunuh semua yang bertanggungjawab.
Tetapi dendam tidak dapat mengembalikan Maysaa. Yang tinggal hanyalah penyesalan, kehilangan, dan luka yang tidak akan pernah sembuh.
*Sila baca dengan berhati-hati jika anda sensitive terhadap mental health issues*