iam_ishaaa's Reading List
6 stories
Cara Untuk Jatuh Cinta (COMPLETED) by ashamrzki_
ashamrzki_
  • WpView
    Reads 213,692
  • WpVote
    Votes 9,326
  • WpPart
    Parts 51
⚠️: Banyak typo. Sorry tau. Qairul Darween dipinang seorang gadis berusia 22 tahun, membuatkan dia hanya mampu tercengang. Dia cuba untuk memberi alasan di mana pinangan itu tidak munasabah, namun Puan Diana sudah tekad untuk menerima pinangan tersebut. "Mama gurau kan?" - Qairul Darween "Mama serius. Angah ni dah lama sangat bujang. Bujang terlajak dah bagi mama. Dan Hayfa ni dah lama suka angah. Sejak dia datang majlis persandingan adik tiga bulan lepas." - Puan Diana "Angah ni, tak sempurna untuk jaga anak orang mama." - Qairul Darween "Mama nak angah bahagia." - Puan Diana. Tidak mahu mengecewakan hati si ibu yang terlalu mengharapkan dia untuk bahagia, Qairul akur untuk menerima pinangan itu walaupun dia masih terasa egonya bagai di calar. Tapi, bagaimana dia mahu bahagiakan si tunang jika dia sendiri tidak tahu cara untuk bercinta? ------- Penulisan pertama yang Asha tulis dalam POV ketiga. Jadi, mungkin kekok dan cringe banyak dua juta ganda.
Bukan Cinta Sempurna ✓ by thebellesa
thebellesa
  • WpView
    Reads 2,428,537
  • WpVote
    Votes 28,778
  • WpPart
    Parts 12
(Terbit PBAKL 2024) (ADAPTASI DRAMA AKASIA BUKAN IPAR SEMPURNA DI TV3) Warning: Stories ini memerlukan tahap kesabaran yang tinggi. Mertua puaka HAHA. Blurb di dalam. Mula: 31/08/2021 Tamat: 30/3/2022
Cinta Dalam Diam [TERBIT] by Shieyruna
Shieyruna
  • WpView
    Reads 3,984,439
  • WpVote
    Votes 43,056
  • WpPart
    Parts 20
📌 TERBITAN ANAASA PUBLICATION Sejak pertemuan pertama sudah menjentik hati Syed Haiqal tanpa dia sedar. Hati yang tertutup dibuka semula untuk Awina Aleeya yang tiba-tiba jadi calon jodoh yang tidak disangka. "Sampai hati lupa nama boyfriend olok-olok awak ni." - Syed Haiqal. Awina Aleeya pula entah bagaimana boleh terikat menjadi milik Syed Haiqal. Menerima lelaki itu sebagai suami tanpa alasan kukuh hatta rasa cinta. Yang dia tahu Haiqal sangat menjengkelkan. "Mengada nak panggil abang. Awak tu tua tujuh tahun daripada saya. Elok panggil pakcik je. Dengan misai jambang semua tu..." Namun hari demi hari, Awina Aleeya semakin jatuh dengan usikkan dan layanan Haiqal yang terkadang membuai hatinya. Dan bila kedua hati mula bersemi, ada yang datang kembali untuk menuntut kebahagiaannya bersama Syed Haiqal. Maira Annisa tidak akan berdiam diri. Syed Haiqal menolak kehadirannya dan tidak mahu beri peluang kedua. Maka akan dia pastikan hubungan itu sehancur yang mungkin. COMPLETE : 3 AUG 2016 H A K C I P T A T E R P E L I H A R A Kau COPY Kau BANGANG! Best Achievements : #23 in Romance #22 in Romance #18 in Romance #8 in Romance #7 in Romance #2 in Romance
F. L. Y. (TERBIT) by NajwaRahman91
NajwaRahman91
  • WpView
    Reads 6,512
  • WpVote
    Votes 544
  • WpPart
    Parts 16
TRIGGER WARNING: SUICIDE ATTEMPTS, SELF-HARM IDEATION. Johanna Sofea, gadis kasar yang dimasukkan ke sekolah asrama penuh kerana satu peristiwa hitam ketika di sekolah lamanya. Pertemuan pertamanya dengan Hadi Azraff, ketua pelajar di sekolah asrama itu tidak bermula dengan baik. Johanna yang lepas laku, Johanna yang kasar, Johanna yang keras kepala dan... JOHANNA YANG BERANI FLY KELUAR ASRAMA! "Head boy!" Hadi yang baru nak berjalan berpaling, "Kalau kau nak cari pasal, esok aje. Karang Cikgu Lah patah balik, aku dah tak boleh tolong kau." Johanna buat muka. Tangannya menyeluk poket hoodie di belah kanan. Pick gitar miliknya dikeluarkan, tangan Hadi ditarik, "Nah!" "Apa ni?" Hadi mengerutkan dahi. Johanna jungkit bahu, "A token of gratitude, I guess! Tanda terima kasih sebab tak cakap dengan Cikgu Lah kau jumpa aku kat sini." Hadi angkat bahu lalu terus berlalu. Johanna buat muka. Buat baik salah, cari pasal pun salah! Hadi pening kepala! Gadis itu terlalu licik dan nakal! Dalam pening kepala, hati Hadi senang dengan kehadiran gadis itu. Suatu hal terjadi, Johanna rasa dirinya dikhianati. Kehilangan orang tersayang merungkai segala kisah duka Johanna. Johanna mula berdendam, hati mula membenci dan Hadi Azraff tersenarai dalam carta kebencian Johanna. Namun bukan hanya Hadi dia benci, malah dirinya sendiri tidak mampu dia cintai lagi! Tiga belas tahun berlalu, Mereka dipertemukan semula. Johanna masih membenci, Hadi masih menanti. Bila Hadi buat rancangan gila, Johanna terpaksa menurut walau tak rela. Berjayakan Hadi melenturkan hati keras Johanna yang masih membenci? Bagaimana pula dengan Johanna yang masih hidup dengan kisah lama yang menyakitkan hati? Berjayakah dia belajar mencintai diri sendiri setelah sekian lama membenci?
Hot Trio Series: Tuan Shahrul Mateen [ Terbit]  by Hashily90
Hashily90
  • WpView
    Reads 108,697
  • WpVote
    Votes 1,709
  • WpPart
    Parts 13
SHAHRUL MATEEN x ALAILA SOFEA Shahrul Mateen jejaka kegilaan ramai wanita. Oleh kerana dia kaya, kacak dan peramah, hal ini membuatkan ramai wanita yang menyukainya. Namun disebabkan satu peristiwa dia menutup pintu hatinya pada wanita. Disebabkan situasi yang mendesak dia terpaksa mencari calon isteri secara kontrak. Alaila seorang gadis yang kasar dan bergaya ala-ala lelaki. Dia menutup hatinya untuk lelaki kerana trauma akibat dikecewakan. Disebabkan tekanan hidup dia menjadi seorang yang dingin dan sukar di dekati. Tetapi dengan kehadiran Shahrul, hidupnya berubah tiga ratus enam puluh darjah. Disebabkan terdesak dan memerlukan dana kewangan Alaila bersetuju untuk kahwin kontrak dengan Shahrul. Karekter Shahrul yang gila-gila dan sukar di ramal sangat berlawanan dengan Alaila, menjadikan situasi perkahwinan mereka turun naik seperti roller coaster. Di saat hati Shahrul terpaut pada Alaila, mampukah dia melembutkan hati Alaila yang seperti queen Iceberg itu? "Aku rasa, aku ni cukup tampan. Umpama jejaka terhangat di pasaran. Tak kan itu pun kau tak nak." (Shahrul) "Tuan ni kalau tak puji diri sendiri tak sah kan. Tampan apanya, kat bukit bintang tu belambak je stock muka macam Tuan ni. Lelong satu sepuluh ringgit pun belum tentu ada yang nak okey." (Alaila) "Amboi, amboi mulut kau tu. Dah ada insuran belum. Jangan sampai aku lumur sambal belacan kat mulut kau tu nanti." (Shahrul) "Aku bayar upah kau jadi isteri aku setahun. Kau perlukan duit untuk perubatan Lana kan." (Shahrul) "Kenapa Tuan nak pilih perempuan tomboy macam saya untuk jadi isteri Tuan. Bukan Tuan tak suka perempuan kasar ke?" (Alaila) "Sebab aku, kau tak perlu tahu. Yang penting peluang ni sekali je aku buka. Kau pilih nak terima atau tidak." (Shahrul) Amaran 💢Dalam ini ada scene yang menggunakan kata-kata kasar 💢sweet, hot and spicy 💢Typo bersepah kalau boleh bersabar sila baca. Tak ada paksaan untuk membaca.
INDAH CINTAKU (TERBIT) by msroses_
msroses_
  • WpView
    Reads 753,749
  • WpVote
    Votes 6,122
  • WpPart
    Parts 10
3rd story 💛 Berkahwin dengan sepupu? Tak pernah terlintas langsung dalam fikiran Dayana Aleesa. Apatah lagi dengan abang sepupunya yang agak pendiam itu. Bercakap pun tak pernah tiba-tiba ibu suruh kahwin? Alasan ibu supaya senang ada orang jagakan Yana yang kerja jauh daripada ibu. Ish tak nak lah! Bukannya Yana tak boleh jaga diri sendiri. Bagi Izhan Hakimi pula, hidupnya sendiri pun tak terjaga, boleh pulak mama suruh dia kahwin dengan adik sepupunya yang banyak mulut tu? Memang tak lah! Ingat Izhan ni babysitter ke? Masalahnya yang dia kena jaga tu bukan baby. Dah boleh jadi mak baby dah. Ish tak nak lah! Buat serabut kepala otak je nanti. "Yana boleh jaga diri sendiri. Abang Iz tak payah jaga pun. Lagipun Yana bukan budak kecik.." - Dayana Aleesa "Okay" - Izhan Hakimi "Nanti kita tak payah la tinggal sekali, Abang Iz..Bukannya ibu dengan Maklong tahu pun" - Dayana Aleesa "Okay" - Izhan Hakimi Senang betul kerja bila dapat suami pendiam macam ni. Semua dia okay kan aje. Tak banyak cakap. "Mulai sekarang, abang Iz akan jaga Yana. Yana tanggungjawab abang Iz" - Izhan Hakimi Eh? Kenapa lain pulak ceritanya? Selami kisah santai bagaimana si mulut becok dan si mulut batu mengenali hati budi masing-masing dalam melayari bahtera perkahwinan mereka.