Aireenarianna
- Reads 1,369
- Votes 178
- Parts 11
Pesan Terakhir Season 2
Peringatan π
Untuk lebih memahami jalan cerita, anda perlu lah membaca cerita Pesan Terakhir dahulu. Kisah ini berkait rapat dengan kisah pertama.
Sinopsis
Kepahitan kisah silam cuba dilupakan, Raihana ingin keluar dari lorong hitam itu. Dia ingin memulakan hidup baru.
Namun tidak semudah itu, untuk keluar dari lorong gelap itu dia harus membayar kesemua hutang bapanya. Bukannya berharga RM1000 namun RM100000.
"Kau nak keluar dari sini sangat kan? Aku bagi kau masa 3 bulan untuk langsaikan semua hutang bapak kau tu! Kalau kau tak bayar dalam tempoh yang ditetapkan, aku akan jual kau di negara jiran!"
Raihana sanggup melakukan apa sahaja demi melangsaikan hutang nya. Tidak kiralah jadi cleaner mahupun tukang cuci pinggan di sebuah restoran. Asalkan dia dapat bayaran.
Jayden Iskandar, lelaki yang penuh misteri. Datang menghulurkan bantuan di saat Raihana benar-benar memerlukan. Lelaki itu umpama pelindung, yang tepat muncul dikala dia memerlukan bantuan.
"Kahwin dengan aku Hana, aku akan pastikan hidup kau bahagia." - Jayden
"Carilah perempuan yang lebih sempurna Jay, kau akan benci aku kalau kau tahu kisah silam aku." - Raihana
"Kisah silam aku lebih teruk dari kau Raihana. Aku tak perlukan kesempurnaan, aku cuma mahukan keikhlasan."- Jayden.
Apabila kisah silam itu terbongkar, semuanya seakan memori terpahit dalam kisah mereka. Raihana tidak mampu berundur lagi, perjalanan nya penuh dengan liku-liku kesakitan.
Start : 21/12/2021
End : -
Beautiful Cover from @KuSyifaa_