AISARA
2 stories
Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️) by ReginaAkhira
ReginaAkhira
  • WpView
    Reads 2,536,505
  • WpVote
    Votes 106,449
  • WpPart
    Parts 177
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu, bayang hitam seolah-olah menghantui hidup Ayrena. Namun, siapa sangka corakan takdir menyatukan mereka berdua di atas satu ikatan. Satu janji telah di buat untuk melindungi gadis itu. "Aku boleh carikan Adrian. Tapi dengan syarat. Kahwin dengan aku!" -Darren Del Lucca Tatkala bahagia kian terasa, satu kebenaran yang terungkap menyebabkan Ayrena hilang arah. Lelaki yang bergelar suaminya selama ini, merupakan seorang Mafia yang sangat berkuasa. "Antara cinta dan kuasa, awak akan pilih kuasa awak, kan?" -Ayrena Rosebell "You know which one I will choose, Ayrena." -Darren Del Lucca Saat ego masih utuh, perasaan yang sudah tersemai dinafikan. Pelbagai tragedi yang berlaku membuatkan banyak rahsia mula terungkap. Kebahagiaan diragut sekelip mata saat pengkhianatan mula bermaharajalela. "Sejak aku dan kau disatukan, sejak itu aku berjanji untuk lindungi kau hingga akhir nafas aku. Kau tak boleh mati, kau janji dengan aku untuk kita hidup bersama. Jadi, aku nak kau bertahan. Untuk aku, untuk kita!"-Darren Del Lucca
AISARA: KETIKA WAKTU BERBICARA (E-BOOK)  by Syaf_Asriqa
Syaf_Asriqa
  • WpView
    Reads 25,049
  • WpVote
    Votes 975
  • WpPart
    Parts 17
"Bukan dia dah mati ke?" - Nur Inara Di saat Inara masih dalam proses menyembuhkan hatinya dengan pemergian Aisar Mumtaz, takdir berkata lain tatkala pemuda itu tiba-tiba muncul. Sesuatu yang paling mengejutkan tatkala Aisar muncul di hari pernikahannya dan Zulfan! Malahan, sekelip mata saja status dua sahabat itu berubah menjadi pasangan suami isteri. Zulfan undur diri. Aisar pula mara ke hadapan. Membibitkan beribu persoalan di benak fikiran Inara. Manakan tidak, semuanya berlaku dalam masa yang begitu singkat! Mahu membuat keputusan saja Inara kesuntukan waktu. Namun, itulah realitinya. "Kenapalah aku boleh terkahwin..."- Nur Inara "Mudah! Sebab... kita berdua saling mencintai. Bila dua hati saling bersatu, maka ikatan cinta pun boleh terbina."- Aisar Mumtaz Itu jawapan Aisar setiap kali Inara mempersoalkan takdir buat mereka. Bila Inara menidakkan perasaannya, Aisar pula menyedarkan. Maka, bermulalah kehidupan baharu di antara AISARA. Bukan lagi hubungan persahabatan melainkan ikatan suami isteri. Hari demi hari, Inara belajar menerima takdir yang tertulis buatnya. Hingga akhirnya, baik Aisar mahupun Inara, keduanya bahagia tatkala melayari bahtera perkahwinan. Namun, siapa sangka di sebalik kematian palsu Aisar, ada sesuatu yang disembunyikan oleh pemuda itu. Bukan mudah untuk Aisar menjelaskan hal yang sebenar kepada Inara. Ada nyawa yang menjadi cagaran di sebalik kematian palsunya! Bahkan, menjadi pengawal peribadi Datuk Sri Lee seakan-akan menjadi 'sumpahan' buat Aisar. "Pilihan ada di tangan kau. Sama ada bersekutu dengan aku atau kau akan terima jenazah isteri kau depan pintu rumah." Tatkala musuh menjadi perantaraan di antara AISARA, Aisar turut mengeluarkan taringnya. Sudah masanya dia kembali beraksi demi melindungi pengarang jantungnya! Akankah kisah AISARA berakhir dengan sebuah kebahagiaan yang didambakan oleh dua insan yang saling mencintai?