Julieyanaaa
- Reads 455
- Votes 117
- Parts 13
Buka sahaja mata, dia sudah berada di tempat lain. Bukan tempat asalnya. Dia dikata gila hanya kerana mengakui dirinya Permaisuri.
Dia tidak gila. Dia memang Permaisuri. Tapi, tiada siapa percayakan dirinya.
Lelaki yang menjumpainya pun tak percaya dirinya. Bermacam cara sudah dia buat untuk membuktikan dirinya Permaisuri. Semuanya tidak berjaya.
Demi menjaga nama baik si lelaki, mereka terpaksa mengikat hubungan halal.
Apa yang terjadi bila Permaisuri hidup dengan rakyat biasa yang bekerja sebagai tentera laut? Bolehkah Permaisuri hidup dengan normal dengan keadaan baru?
"Maaf, Beta tak makan ikan sebegini."
" Kau nak makan ikan macam mana lagi? Yang bergrill? Yang besar? Yang dari laut? Ke dari laut antartika?"
"Beta mahukan ikan dari Kingdom Beta. Bukan ikan sembarangan yang ditangkap dan dijual di pasar. Sungguh menjijikkan."
Bila si lelaki sudah hilang sabar, si permaisuri turut hilang sabar. Dia mahukan hidupnya semula!
Berjayakah Permaisuri mendapatkan identitinya semula? Kekalkah hubungannya dengan lelaki yang bergelar suami?
Timbulkah perasaan yang dinamakan cinta di antara mereka?
Rakyat atau suami?Atau dua-duanya sekali? Manakah pilihan hati Permaisuri?
Nantikan-
(100% dari idea author yang hilang akal sebab acc lama tidak dapat di log in lagi)
(Hanya rekaan semata-mata)
(Don't take it serious)
(mohon faham perasaan author)
❌🚫dilarang menciplak,mengambil idea,jalan cerita dari buku ini tanpa izin dari penulis buku ini. Harap maklum