Khairina527's Reading List
25 stories
HUBBY = STUDENT by Afna31
Afna31
  • WpView
    Reads 1,388,012
  • WpVote
    Votes 64,671
  • WpPart
    Parts 47
Kahwin dengan anak murid? Althea buat rolling eye. Itu kisah typical Melayu. Tapi itu cerita sebelum dia belum posting lagi. Kisah lepas posting? "Cikgu, nak kahwin dengan saya tak?" "I love you cikgu." Althea sengih sampai gusi. Hari-hari dengar ayat yang sama daripada pelajar Tingkatan Enam, dia lali. Itu gurauan sahaja. Tidak perlu ambil pusing. Namun tidak setelah kemunculan seorang pelajar baru. Hidupnya berubah 24 jam. Haru biru. Dek kerana satu peristiwa dia bertaraf isteri kepada anak muridnya. Kalau yang jenis stok-stok-bakal-menantu-cair-mak-mentua-sejuk-mata-memandang takpelah, tapi? Suaminya taraf mafia sekolah. Ketua gangster. Ketua ponteng sekolah. Dan ketua segala kes langgar peraturan sekolah. Althea pening sendiri. Bagaimana dia menghadapi kereneh anak muridnya aka suaminya sendiri? Bagaimana dengan pihak sekolah?
Dia Amanah Buatku | 𝐂 by flowerryian
flowerryian
  • WpView
    Reads 288,120
  • WpVote
    Votes 11,772
  • WpPart
    Parts 62
KARYA PERTAMA Arash Arjuna, seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disenangi ramai kerana akhlaknya yang murni. Dia diberikan didikan agama yang mencukupi tetapi setiap insan pasti mempunyai kekurangan tersendiri. Aleeya Mikayla, dia bekerja sebagai seorang pakar bedah jantung yang cemerlang. Dia dikurniakan keluarga yang bahagia pada mulanya tetapi berubah sekelip mata kerana satu tragedi hitam yang melanda keluarganya. "Saya memang hidup hanya untuk dipersalahkan ke? Saya tak mampu nak hadap." - Aleeya Mikayla "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Arash Arjuna - "Mungkin kau adalah jawapan pada semua doa yang aku langitkan." - Arash Arjuna "Saya tak sebaik yang awak fikirkan. Saya pun benci diri saya apatah lagi orang lain?" - Aleeya Mikayla Apa yang akan terjadi di antara mereka selepas ini? ⚠ cliche ⚠ typo di mana-mana ⚠ DILARANG PLAGIAT Start - 27/9/2024 End - 7/5/2025
Beauty Soul by babybreath05
babybreath05
  • WpView
    Reads 71,689
  • WpVote
    Votes 4,070
  • WpPart
    Parts 44
"Aku pendosa yang sudah kembali kepadaMu." Setiap hamba melakukan dosa dan setiap dosa dilakukan perlu bertaubat begitu juga dengan Iman al-Muadzam. Dia adalah pendosa yang kembali kepada Tuhan setelah melakukan dosa besar kepada Pencipta. Namun saat hati ingin berubah tidak semua semudah yang disangka kerana berubah adalah jihad yang melawan segala hasutan iblis serta hawa nafsu. Saat Iman jatuh sedalam lautan ada An-Nur Malika yang sedia membantu, ada huluran tangan sedia menarik Iman keluar dari lautan dalam itu dan ada semangat yang tidak pernah lebur dalam membantu Iman bangkit. Kerana Malika percaya, pendosa seperti Iman patut dibantu hijrahnya. Satu cara yang Malika fikir untuk membantu Iman bahkan dapat membantunya jauhi zina serta mengungkapkan rasa hati kepada Iman. Kahwin. "Yakin ke akan berhasil?" Iman al-Muadzam. "Yakinlah bagaimana kita yakin pada Tuhan dan yakinlah bagaimana kita yakin dengan patner haram kita." An-Nur Malika. Jawapan sinis Malika berjaya membuat hati Iman remuk, tetapi sedikit sebanyak ucapan Malika membuat diri Iman sedar akan khilafnya. Malika baik tetapi dia tidak baik bahkan jauh dari kata boleh buat Imam tetapi Malika tetap Malika. Hanya Iman sahaja yang dia mahu. Start: 4/1/24
Mr.Cruel (TERBIT) by ReginaAkhira
ReginaAkhira
  • WpView
    Reads 2,710,590
  • WpVote
    Votes 16,752
  • WpPart
    Parts 16
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu, bayang hitam seolah-olah menghantui hidup Ayrena. Namun, siapa sangka corakan takdir menyatukan mereka berdua di atas satu ikatan. Satu janji telah di buat untuk melindungi gadis itu. "Aku boleh carikan Adrian. Tapi dengan syarat. Kahwin dengan aku!" -Darren Del Lucca Tatkala bahagia kian terasa, satu kebenaran yang terungkap menyebabkan Ayrena hilang arah. Lelaki yang bergelar suaminya selama ini, merupakan seorang Mafia yang sangat berkuasa. "Antara cinta dan kuasa, awak akan pilih kuasa awak, kan?" -Ayrena Rosebell "You know which one I will choose, Ayrena." -Darren Del Lucca Saat ego masih utuh, perasaan yang sudah tersemai dinafikan. Pelbagai tragedi yang berlaku membuatkan banyak rahsia mula terungkap. Kebahagiaan diragut sekelip mata saat pengkhianatan mula bermaharajalela. "Sejak aku dan kau disatukan, sejak itu aku berjanji untuk lindungi kau hingga akhir nafas aku. Kau tak boleh mati, kau janji dengan aku untuk kita hidup bersama. Jadi, aku nak kau bertahan. Untuk aku, untuk kita!"-Darren Del Lucca
(E-BOOK) MUNGKIN INI TAKDIRNYA by faatulips
faatulips
  • WpView
    Reads 303,728
  • WpVote
    Votes 11
  • WpPart
    Parts 22
[CEO & LAWYER EDITION] Sebuah karya daripada Faatulips "Takdir itu indah, jika ikhlas dan reda sentiasa menghiasi hatimu." Selepas membawa pulang segulung ijazah undang-undang dari England, Anisa Sherryna hanya mengimpikan ketenangan serta peluang untuk membina kerjaya di tanah air sendiri. Namun, belum sempat dia melangkah jauh, impian itu terhenti apabila ibu bapanya menetapkan perkahwinan aturan keluarga dengan seorang lelaki yang tidak pernah dikenalinya, iaitu Ammar Faiz. Di sudut kota yang lain, Ammar Faiz yang merupakan seorang Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang tegas terperangkap antara cita-cita dengan ugutan bapanya. Demi mempertahankan kedudukan syarikat yang dibina dengan titik peluhnya sendiri, Ammar terpaksa mengalah lalu menerima Anisa sebagai isteri, walaupun hatinya sarat dengan niat yang tersembunyi. Dua jiwa daripada latar belakang yang berbeza kini disatukan tanpa kerelaan. Di sebalik sikap dingin dan perjanjian silam Ammar, terselit bibit kemesraan yang mula menerbitkan rasa kasih. Namun, ketika kebahagiaan mula bercambah, bayang-bayang kisah lalu kembali untuk menuntut kemaafan serta tempat di hati Ammar. Kehadirannya membawa badai yang besar dan menguji keteguhan rumah tangga mereka. Mampukah Anisa bertahan apabila ketaatannya dibalas luka? Adakah Ammar mampu melupakan masa lalunya sebelum ikatan perkahwinan mereka pula yang terlerai? Mungkin Ini Takdirnya
SECRET MISSION:BLACK MARIA [TERBIT] by thenssya
thenssya
  • WpView
    Reads 188,127
  • WpVote
    Votes 3,948
  • WpPart
    Parts 9
Perjodohan ? Cinta pandang pertama ? Cinta sejati ? Semua berkaitan cinta tidak pernah dipercayai oleh seorang gadis bernama Rose setelah melihat kehancuran teman karibnya sendiri kerana sesuatu yang namanya , cinta . Dirinya sulit untuk mendekati lelaki dengan pemikiran lelaki dan cinta hanya mendatangkan kesakitan bukanlah kebahagiaan buat nya . Namun semuanya menjadi berbeza setelah perkahwinannya bersama Leftenan Megat Harash , dia mengenal erti cinta . Kebahagiaan rumah tangga dan keberuntungan seorang wanita adalah memiliki suami yang tiada penghujung rasa cintanya . #1 World " Rose , diri aku berharga untuk negara . Sudikah kau berkongsi dengan mereka dalam ikatan yang sah ? " Leftenan Megat Harash " Iyea , hanya kasih ini ... Hanya kasih yang aku inginkan " Rose Helyna UNTUK BACAAN MATANG KERANA MENGANDUNGI AKSI DAN ADENGAN BERBAHAYA !!
Her Protector  | ᥴ (TERBIT PBAKL'26) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 4,630,973
  • WpVote
    Votes 54,611
  • WpPart
    Parts 17
Arash Zayden, salah seorang anggota unit pasukan khas Polis Diraja Malaysia. Pulangnya ke tanah air tanpa sebarang niat untuk menaruh rasa pada sesiapa pun termasuklah pada bekas teman wanitanya. Takdir yang disusun dari awal, titik sentuh pada garis masa yang bersilang dengan seorang gadis mengubah segalanya. Daisha Sofea, gadis yang tidak beruntuk soal kasih sayang. Setelah perginya insan yang bergelar ibu, dia hilang individu yang menjadi tiang kekuatannya. Layak ke bagi Daisha Sofea untuk memberi peluang pada lelaki lain sedangkan atas sebab lelaki jugalah, hidupnya penuh dengan parut.
Her Imperfect Guy [completed] by aylamalikha
aylamalikha
  • WpView
    Reads 169,665
  • WpVote
    Votes 11,058
  • WpPart
    Parts 50
YARA | HUD "Kerana ketidaksempurnaanmu sentiasa terlihat indah di mataku." Di sebalik keteguhan susuk tubuh itu serta dalam kedinginan tingkah yang dipamerkan, ada satu rahsia gelap yang cuba disoroknya serapi yang mungkin. Hud Zarrar. Pada perspektif manusia, dia sempurna. Punya tampang yang memikat jiwa-jiwa yang memandang, punya pangkat dan kerjaya. Pakej lengkap idaman wanita seMalaya! Namun jauh di sudut jiwanya, dia seratus lapan puluh darjah daripada semua itu. Pertemuan Yara Alayna dengan lelaki itu hanya satu pertemuan klise. Lelaki itu bos, dia pula pekerja. Persis drama di kaca televisyen. Namun begitu, dalam klise itulah yang membuatkan Yara lebih mengenali seorang Hud. Hud yang pada hakikatnya tak pernah segagah yang disangka. Hud yang rapuh. Hud yang masih dibayangi masa silamnya. Kisah lampau yang cukup gelap dan mengerikan. "Saya bukan seperti apa yang mereka fikirkan, Yara. They don't even know who I am, so do you. You know nothing." - Hud Zarrar "In case awak terlupa, tak ada manusia yang sempurna atas dunia ni." - Yara Alayna Benar. Manusia itu sifatnya penuh kepincangan. Sama ada nyata atau tidak, itu semua aturan-Nya. Pada saat hakikat sebenar itu dibongkar, masih adakah ruang buat lelaki itu dalam hidup Yara? *** start : 15/8/21 end : 3/12/21 © Ayla Malikha 2021