teh list
180 stories
Dendam Dalam Cinta [REVAMPED] by marleenotme
marleenotme
  • WpView
    Reads 711,674
  • WpVote
    Votes 22,078
  • WpPart
    Parts 85
"So keturunan Ghaz la ni? So kenapa dengan mamat tu? Kenapa tiba-tiba topik pasal dia?" - Yusra "Aku... minat dekat dia." - Eliya Saat itu, pertama kali Yusra mendengar nama itu. Ghaz Syahrin. Nama yang pada awalnya asing, kini menjadi mimpi ngeri dalam hidupnya. Yusra cuma gadis biasa yang datang dari keluarga sederhana. Nasib menyebelahinya apabila dia berjaya menempatkan diri di universiti berprestij, dikelilingi anak-anak bangsawan. Tapi segalanya berubah selepas kematian sahabat baiknya, Eliya. Hidupnya musnah sekelip mata. Yusra dipaksa berhenti pengajian, dan lebih kejam. Dia dituduh sebagai pembunuh Eliya. Dunia yang pernah terang, kini gelap sepenuhnya. Lebih parah, Ghaz Syahrin, lelaki yang dulunya hanya nama dalam perbualan ringan, kini menuntut balas. Dendamnya membara atas kematian kekasihnya, dan Yusra menjadi sasarannya. "Jangan sentuh aku, Ghaz Syahrin. Aku jijik!" - Yusra "Kalau kau jijik, aku sepuluh kali ganda jijik dengan pembunuh macam kau." - Ghaz Syahrin Antara cinta yang tak sempat berputik dan dendam yang tak mahu padam, mereka terperangkap dalam permainan perasaan yang tiada penghujungnya.
FOREVER MINE | COMPLETE by _darkquill
_darkquill
  • WpView
    Reads 1,606,805
  • WpVote
    Votes 40,876
  • WpPart
    Parts 79
Dia satu-satunya matahari yang menceriakan suasana keluarga Tengku 'Armirul Qarl. Kerana kisah silam itu, tiada lagi senyuman yang terukir. Saban malam tidurnya sering dihantui mimpi buruk. Sejak peristiwa itu dia trauma dan kemurungan sehingga sanggup mencederakan diri sendiri. Tidak sanggup melihat keadaan anaknya begitu, Tengku 'Armirul Qarl memilih untuk merawat anaknya dengan rawatan exposure therapy melalui hypnotise. "Along!!! Angah!!! Abang!!! Tolong Adik", jerit budak perempuan itu. Jeritan itu membuatkan Aqieef yang sedang jogging terhenti. Dia menoleh ke arah suara itu. Kakinya pegun untuk seketika. Kepalanya tiba-tiba berdenyut. "Arghhh", jeritnya kuat. Tangannya pantas mencapai phonenya lalu mendail nombor Adwa. Dia meringkuk sambil memegang kepalanya yang sakit. "I NEED YOU NOW!!!" - Tengku Aqieef Darweesy "Princess?! Are you okay?" - Tengku 'Arwish Qaiesy Qarl "Adik takut", - Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl "What if Ummi pinang kau? Kau terima ke?" - Tengku Aqieef Darweesy "No!! Saya tak nak. Tak ingin la saya jadi isteri awak" - Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl "I'm gonna make you falling love with me" - Tengku Aqieef Darweesy "Don't you dare to touch me" - Tengku 'Armielya Qaiesy Qarl "Maafkan abang...Abang mengaku abang salah tapi demi Allah abang tak buat" - Tengku Aqieef Darweesy Apa yang terjadi antara mereka? Apa yang 'Armielya takutkan? Kenapa dengan Aqieef? Apakah kesudahan cerita mereka? Adakah pertemuan mereka hanyalah secara tiba-tiba? 🔞 Bacaan matang ⚠️ Typo bersepah ⛔️ Grammar error Published: SEPT 2023 Completed: MARCH 2024
Fahrin Mikael: Love and Addiction (TERBIT) by nssignature
nssignature
  • WpView
    Reads 2,182,913
  • WpVote
    Votes 111,010
  • WpPart
    Parts 32
Terbit PBAKL 2026 bawah rumah penerbitan Idea Kreatif Sequel of: Ammar Zahrain: The Obsessive Husband & Fathi Gabrielle: A Broken Soul Fahrin Mikael | Ayla Zayra
ARABELLA [21+] by trivixxkles
trivixxkles
  • WpView
    Reads 57,378
  • WpVote
    Votes 810
  • WpPart
    Parts 106
"Dia adalah Christina Arabella-ratu di empayar kecantikannya sendiri, namun hamba kepada hutang dan percaturan ayahnya. Dipaksa mengikat janji setia dengan seorang lelaki yang lebih kotor daripada debu, Bella memilih untuk melarikan diri ke dalam kegelapan malam Manhattan. Namun, di celah neon ungu Eclipse Club, dia tersungkur di kaki seorang 'syaitan' yang jauh lebih berbahaya. Lucian Verya. Lelaki yang tidak mengenal belas, pemilik kota yang dingin, dan pemegang kunci kepada neraka yang Bella panggil sebagai pelindungan. Satu tamparan mendarat, satu nyawa dipertaruhkan, dan satu pandangan mata yang merobohkan seluruh tembok pertahanan Bella. Apabila sang ratu yang hancur bertemu dengan raja yang tidak berperasaan, adakah cinta akan menjadi penyelamat, atau sekadar racun yang mempercepatkan kematian?" ⚠️ AMARAN : Bacaan Matang (21SX) & Gangguan Emosi
Secretly Yours, Aiden by ariana_arahman
ariana_arahman
  • WpView
    Reads 315,279
  • WpVote
    Votes 7,694
  • WpPart
    Parts 49
Alisha tidak pernah menyangka lelaki yang hanya mampu dipandang dari jauh akhirnya menjadi suaminya sendiri. Perkahwinan rahsia itu menemukan dia dengan Aiden .Lelaki pendiam yang terlalu sukar dibaca. Sedangkan Alisha pula sentiasa merasakan dirinya tidak pernah setaraf dengan Aiden. Namun satu perkara yang Alisha tidak tahu Aiden sudah lama jatuh cinta padanya.
AATHIF'S | You Are Only Mine, Dear." | (LATE UPDATE) by Estelle_Rose3
Estelle_Rose3
  • WpView
    Reads 20,549
  • WpVote
    Votes 935
  • WpPart
    Parts 24
KARYA KEDUA ESTELLEROSE Pada usia enam belas tahun, Tunku Adreana Aqilah tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah sekelip mata. Dia dipaksa berkahwin oleh ibunya sendiri - bukan dengan lelaki biasa, tetapi dengan seorang duda yang pernah bercerai. Siapa sangka, di usia mudanya yang sepatutnya digunakan untuk mengejar pelajaran, Adreana terpaksa memikul tanggungjawab sebagai seorang isteri. Dalam masa yang sama, ibunya lebih mementingkan status keluarga, sementara saudara-maranya pula memandang rendah terhadap dirinya. "Awak pasti nak kahwin dengan budak macam saya?" - Tunku Adreana Aqilah "Yes, I'm sure. Since I'm the one who propose on you." - Tengku Aathif Haidar Perkahwinan yang berlangsung atas kehendak keluarga itu mula membuka lembaran rahsia yang gelap. Dalam diam, Tengku Aathif Haidar menyimpan dendam berdarah dan kisah silam yang menghantui dirinya. Adreana mula keliru - antara kepercayaan terhadap suaminya atau ketakutan yang semakin mencengkam. Dia yakin Aathif tidak akan mampu menahan sikapnya, namun lelaki itu tetap teguh di sisinya. "Awak takkan mampu tahan dengan saya!" - Adreana "If I can't stand you, it means you're not for me. But even so, I want you and no one else. You're mine, Flower." - Aathif Siapakah sebenarnya Aathif Haidar? Apakah rahsia di sebalik auranya yang kekal misteri? Mengapa dia digelar The Ruthless dan The Angel of Death? Sebuah perkahwinan tanpa cinta yang sarat dengan dugaan, rahsia, dan pengkhianatan. Adreana harus berjuang mempertahankan pendidikannya, kewarasannya, dan rumah tangganya - saat musuh-musuh mafia mula memburu dirinya dan suami yang tidak pernah dia kenali sepenuhnya. Mampukah mereka bertahan dalam badai yang menyatukan dua jiwa berbeza dunia ini? Author Note: Maaf atas kesamaan Nama, alur cerita atau kesalahan ejaan atau tatabahasa. Late update
His Penicillin (Complete) by nurevegenia
nurevegenia
  • WpView
    Reads 67,659
  • WpVote
    Votes 2,185
  • WpPart
    Parts 88
2nd Book | PANDORA series | Cecil Adonis & Sylvia Elena | Cecil membesar tanpa kasih sayang. Kehilangan ibunya, diabaikan ayahnya dan hanya diselamatkan oleh Akitora, lelaki misteri yang menjadi 'father figure' dan membawa Cecil menubuhkan Serenity, organisasi yang menyelamatkan kanak-kanak. Pertemuan dengan Sylvia Elena mengembalikan ketenangan yang hilang. Bagi Cecil, Sylvia ialah penawar yang menutup luka lamanya. Namun, rahsia dan trauma yang dipendam membuatkan Sylvia menjauh, merasakan dirinya hanya diperlukan bila Cecil mencari bahagia. Satu pertengkaran memutuskan hubungan mereka. Sepuluh tahun kemudian, takdir mempertemukan mereka semula. Cecil muncul dengan identiti baharu, cuba menawan hati Sylvia sekali lagi. Tetapi masa lalu yang menghantuinya kembali, memaksa Cecil memilih untuk melarikan diri atau akhirnya berjuang untuk cinta yang pernah dia lepaskan.
THE REVENGE BEGINS © by _niahara_
_niahara_
  • WpView
    Reads 962,157
  • WpVote
    Votes 32,577
  • WpPart
    Parts 88
TUNKU ZAYN QAISER | DINDA ANAYLA "Kenapa aku?! Kenapa mesti aku yang kena tanggung semuanya?" "Salah kau cuma satu. Sebab kau berkongsi darah yang sama dengan dia." Dinda Anayla, kelahirannya hanya untuk dibenci. Dianggap pembawa malang, dipersalahkan atas kematian ibu kandungnya dan akhirnya kehilangan satu-satunya tempat untuk dia berlindung. Hidupnya tidak lebih dari bayang-bayang yang tidak pernah diingini sesiapa. Malam itu, dia dijual oleh darah daging sendiri. Terhumban ke kancah kegelapan, di sebuah kelab malam yang sepatutnya menjadi noktah segalanya. Namun, di saat dia hampir tenggelam, seseorang menariknya keluar. Dia diselamatkan. Itulah yang dia sangka. Namun, hakikatnya penyelamat yang dianggap malaikat itu adalah pemilik neraka yang lebih gelap. Di sebuah pulau terpencil, dia dikurung, diseksa dan dijadikan boneka dalam permainan dendam yang dia sendiri tidak mengerti. "Sejak kau bawa aku ke sini, hanya jasad aku je yang bernyawa." "Dan kau tak boleh mati, selagi aku tak izinkan." Bagaimana dia harus bertahan bila setiap jalan keluar telah tertutup? Bila hatinya mula goyah dengan musuh yang sepatutnya dia benci? Adakah dia mangsa... atau sekadar bidak dalam permainan ini? ⚠️ TRIGGER WARNING & MATURE CONTENT ⚠️ Cerita ini mengandungi unsur emosi berat, keganasan serta adegan yang mungkin mengganggu sesetengah pembaca. Tidak sesuai untuk pembaca di bawah umur atau mereka yang mudah terpengaruh dengan kandungan sebegini. 📌 Baca atas risiko sendiri! 📌 Jika tidak selesa, sila skip atau berhenti membaca. 📌 Author tidak bertanggungjawab atas sebarang kesan emosi yang mungkin timbul. You've been warned! 🚨
IVAN QIDRAN by Daniaaryanna
Daniaaryanna
  • WpView
    Reads 1,903,675
  • WpVote
    Votes 55,223
  • WpPart
    Parts 70
STATUS: COMPLETE IVAN QIDRAN x AERIS ALAIA Disebalik wajah ceria Aeris Alaia tersembunyi luka yang tak pernah sembuh. Membesar dalam dunia yang tidak adil, ibu yang bergelut dengan sakit mental, ayah tiri yang penuh kekerasan, dan bayang seorang ayah kandung yang langsung tidak pernah dikenalinya. Sehinggalah takdir mempertemukan dia dengan seorang lelaki asing yang sering muncul tanpa diundang, Ivan Qidran. Dari situ, hidup Aeris mula berubah. Hidup yang dulunya kelam kini mula bercahaya. Dalam satu keberanian yang hampir dianggap gila, Aeris melangkah lebih jauh. "Awak, awak nak kahwin dengan saya tak?" - AERIS ALAIA "Desperate sangat ke kau ni sampai ajak aku kahwin?" - IVAN QIDRAN Saat Aeris cuba mendekat, Ivan sentiasa memilih untuk menjauh. Ada benteng yang sengaja bina antara mereka. Katanya, Aeris hanyalah 'adik'. Tapi benarkah sekadar adik atau itu cuma alasan untuk menyembunyikan rasa aneh yang semakin bercambah? "Kerana janji dan amanah, takdir kita tercipta."
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,281,016
  • WpVote
    Votes 90,438
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.