_liafit's Reading List
50 stories
Pilihan untuk dia  by _yeenyeen
_yeenyeen
  • WpView
    Reads 92
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 3
Short story Inara Sofea. Gadis ceria, peramah, dan terkenal di sekolah kerana bijak serta aktif dalam sukan. Tapi di balik senyuman manisnya, ada luka lama yang dia sembunyikan. Zayyan Faris. Jejaka kacak, pandai, dan idola ramai. Nampak sempurna, tapi sebenarnya hidupnya tidak mudah-dibesarkan tanpa kasih seorang ayah, hanya ditemani seorang ibu yang jadi kekuatannya. Mereka berdua? Musuh sekolah. Setiap hari penuh dengan sindiran dan persaingan. Tapi siapa sangka... dari benci yang membara, lahir satu perasaan yang lain-rindu. Dan bila takdir menemukan mereka semula, persoalannya cuma satu: Mampukah dua hati yang pernah saling membenci, akhirnya belajar untuk saling mencintai?
MILIK SEORANG KOMANDO by izanynajwa
izanynajwa
  • WpView
    Reads 7,937
  • WpVote
    Votes 229
  • WpPart
    Parts 26
Dia bukan lelaki biasa. Dia tidak menyentuh tanpa sebab. Tidak berbicara tanpa tujuan. Tapi setiap geraknya-memilukan. Dan setiap diamnya-menyiksa. Dr. Adiela Sophelia, seorang pakar bedah trauma, ditugaskan ke Kem Perdana GGK setelah berlaku satu insiden besar di sempadan yang mengorbankan ramai anggota. Di kem elit itu, dia bertemu Leftenan Komando Adriel Isacc-lelaki yang memegang rahsia pasukan, dan juga luka paling dalam dalam jiwanya. Adriel bukan hanya komando terbaik negara. Dia ialah bayang-bayang yang pernah selamatkan negara ini dari kehancuran dalam satu misi sulit yang 'dipadam' dari sejarah rasmi. Tetapi harga kepada keberanian itu ialah trauma, kehilangan, dan mimpi ngeri yang tidak pernah pergi. Pertemuan mereka dimulai dalam dingin dan ketegangan. Tetapi dalam sunyi hutan, di celah misi dan darah, cinta mula bercambah-dalam diam. Namun, cinta dalam dunia mereka bukan semudah itu. Apabila satu konspirasi besar dalam ketenteraan terbongkar, Adiela menjadi sasaran. Demi menyelamatkan nyawa wanita itu, Adriel terpaksa memilih antara amanah negara atau cinta hatinya. Dan lebih kejam-antara hidupnya atau memori cintanya sendiri. Milik Seorang Komando bukan sekadar kisah cinta. Ia adalah peperangan emosi, keberanian, dan pengorbanan. Dan bila ingatan mula pudar, mampukah cinta itu terus hidup... atau ia akan hilang bersama lelaki yang pernah memiliki seluruh hatinya?
KITA BERTEMU DI GARIS TAKDIR (SHORT STORY) by Cikariana_
Cikariana_
  • WpView
    Reads 73
  • WpVote
    Votes 18
  • WpPart
    Parts 4
Kadang, cinta datang tanpa diminta - cukup satu pandangan, dan hati mula berbicara sendiri. Qisya Rayna, gadis Malaysia yang memiliki sebuah kedai bunga kecil di pinggir Kuala Lumpur, tidak pernah menyangka hidupnya akan berubah hanya kerana sebuah kafe baharu di seberang jalan - Mahendra Cafe. Setiap pagi, ketika dia menghias jambangan di hadapan kedai, matanya sering mencari sosok lelaki yang berdiri di belakang mesin kopi. Lelaki itu - Zaydan Mahendra, barista dari Indonesia yang baru membuka kafenya beberapa bulan lalu. Kemeja hitam, apron coklat, rambut sedikit kusut... semuanya tampak biasa, tetapi entah mengapa, setiap kali Zaydan tersenyum, dunia Qisya terasa berhenti sejenak. Ada sesuatu pada cara lelaki itu menyeduh kopi - tenang, berhati-hati, seolah-olah setiap titisnya menyimpan sebuah cerita. Sejak hari pertama kafe itu dibuka, Qisya mula mencari alasan untuk melintas jalan. Kononnya mahu menawarkan bunga segar bagi menghiasi meja pelanggan, sedangkan hakikatnya, dia hanya mahu melihat Zaydan dari dekat. Setiap senyuman yang dibalas, setiap sapaan yang singkat, sudah cukup untuk membuat jantungnya berdetak lebih laju daripada bunyi mesin espresso di kafe itu. Hari demi hari, pertemuan mereka menjadi rutin kecil yang tidak pernah dirancang. Daripada ucapan "selamat pagi" yang ringkas, hingga renungan yang berbalas tanpa suara. Zaydan mungkin tidak tahu, tetapi bagi Qisya, dialah inspirasi di sebalik setiap kuntuman bunga yang mekar di kedainya. Tiada janji manis, tiada kisah dramatik - hanya kisah sederhana tentang seorang gadis yang berani menyimpan rasa dalam diam, dan seorang lelaki yang akhirnya menyedari bahawa takdirnya mungkin telah menunggu... di seberang jalan. Kerana kadang, cinta tidak bermula dengan kata-kata, tetapi dengan tatapan pertama di garis takdir.
Cinta Yang Telah Mati [ C ] by thederyshaa
thederyshaa
  • WpView
    Reads 150,696
  • WpVote
    Votes 4,621
  • WpPart
    Parts 80
His Second chance " Cintakan abang sekali lagi sayang " Megat Qays Hilman, 30 tahun - jutawan muda yang punya segalanya: harta, kuasa, wajah kacak. Namun di sebalik kesempurnaan itu, dia lelaki yang dingin, penuh ego, dan menyimpan luka yang menjadikan hatinya keras bagai batu. Hanan Arisya, 25 tahun - gadis biasa yang kasar bahasanya, namun jauh di sudut hati, dia seorang yang manja dan lembut. Hidupnya berubah 360 darjah apabila dipaksa berkahwin dengan Hilman atas rancangan keluarga. Bagi Hilman, perkahwinan itu satu beban. Baginya, Hanan hanyalah "perempuan murahan" yang merampas kebahagiaannya. Bagi Hanan pula, Hilman adalah lelaki yang tak pernah berhenti melukakan hati dan harga dirinya. Namun semakin lama mereka bersama, semakin jelas satu perkara: dendam tidak selamanya mampu menutup rasa. Luka yang dalam, penghinaan yang kejam, dan tangisan yang tertahan... adakah semuanya akan berakhir dengan kebencian, atau lahirnya sebuah cinta yang baru? Di antara ego seorang lelaki dan ketabahan seorang wanita, siapakah yang akhirnya akan kalah - dan siapakah yang akan benar-benar terluka? Megat Qays Hilman X Hanan Arisya Book 1 by thederyshaa
ZAFRAN'S: BEHIND HIS GUARD (OG) by _pnurain
_pnurain
  • WpView
    Reads 792
  • WpVote
    Votes 69
  • WpPart
    Parts 13
"Antara dua hati yang sunyi, hadirnya menjadi penyembuh yang indah." Haris Zafran | Nadira Irdina Haris Zafran, seorang pegawai tentera yang tegas dan dingin, menyimpan rahsia besar dalam hatinya. Trauma selalu menghantui setiap langkah dan malamnya. Setelah bertahun-tahun berjuang di medan perang, dia pulang membawa beban yang sukar diluahkan, menjadikan dirinya sukar membuka hati pada sesiapa. Nadira Irdina, wanita lugu dan polos, yang menolong neneknya menguruskan homestay di kampung. Hadir dalam hidup Haris dengan kehangatan yang tak pernah dia kenali. Kelembutan dan kejujuran Nadira menguji keteguhan Haris yang selama ini terbina dari kekerasan dunia luar. Namun, di sebalik kelembutan itu, Nadira sendiri menyimpan luka yang belum sembuh. "Aku tak perlukan simpati. Aku cuma mahu berdiri sendiri." - Haris Zafran "Kadang-kadang, kita perlu biarkan diri kita disayangi sebelum boleh sembuh." - Nadira Irdina Dua jiwa yang berbeza, disatukan oleh takdir, berusaha untuk menyembuhkan luka masing-masing. Dalam sunyi dan sepi, mereka belajar erti cinta yang sebenar. Bukan hanya dari kata, tapi dari kesetiaan, pengorbanan, dan harapan. Namun, perjalanan itu tidak mudah. Haris yang tegas dan penuh rahsia sukar untuk membuka hatinya, manakala Nadira yang lembut pula sentiasa bimbang akan trauma masa lalunya berulang. Apakah Haris mampu melepaskan bayang-bayang masa lalunya? Mampukah Nadira menemukan kekuatan untuk percaya semula? Dan apakah mereka mampu sembuh dalam satu cerita yang baru?
Azran Melissa (SU) by haz_lee
haz_lee
  • WpView
    Reads 156
  • WpVote
    Votes 37
  • WpPart
    Parts 6
Usai sepuluh tahun perkahwinan Melissa dan Hazrel berakhir dengan luka yang tidak pernah dia bayangkan. Atas alasan kononnya Melissa mandul, Hazrel menceraikannya dan menjadikan hidupnya neraka-dipukul, dihina, dan ditindas oleh suami serta wanita simpanannya. Saat Melissa akhirnya memilih untuk pergi demi menyelamatkan maruahnya, dia tidak tahu bahawa bahaya yang lebih gelap menantinya. Tanpa pengetahuannya, Melissa dijual sebagai cagaran hutang kepada lelaki yang Hazrel sendiri takut untuk disebut namanya-Azran Louis, seorang ahli perniagaan tegas dan berpengaruh, terkenal dengan reputasi kelam yang tidak ramai berani cabar. Bagi Azran, Melissa bukan sekadar 'barangan' yang diserahkan kepadanya. Sejak pertama kali melihat wanita itu, dia tahu Melissa bukan seseorang yang mampu dia lepaskan begitu sahaja. Namun bagi Melissa, hidup bersama Azran terasa seperti keluar dari mulut buaya, masuk ke mulut harimau. Berkali-kali dia cuba melarikan diri, tetapi Azran sentiasa menemui cara untuk mengikatnya kembali-termasuk sanggup ditangkap basah hanya demi memastikan Melissa kekal berada di sisinya. Dalam ketegasan dan misteri Azran, Melissa mula melihat sesuatu yang Hazrel tidak pernah beri: perlindungan, kesetiaan, dan kasih yang tidak dipaksa. Tetapi parut lama masih menghantui. Melissa takut untuk percaya, takut untuk membuka hati, dan takut untuk jatuh cinta sekali lagi. Antara trauma yang masih mencengkam dan peluang untuk sebuah permulaan baru, Melissa harus memilih-terus berlari... atau akhirnya berani mempercayai lelaki yang sanggup melakukan apa sahaja untuk melindunginya.
SAYAP YANG PATAH  by Thekhalif_
Thekhalif_
  • WpView
    Reads 51
  • WpVote
    Votes 17
  • WpPart
    Parts 4
Muhammad Adrian Zahran menyimpan luka yang tidak pernah sesiapa tahu. Demi keluarga, dia belajar menahan sakit, menyembunyikan duka, dan berkorban dalam diam. Hidupnya berjalan dalam sunyi tanpa warna, tanpa harapan, tanpa keinginan untuk mencintai atau dicintai. Hinggalah takdir mempertemukannya dengan Nuha Fahana. Gadis itu hadir dengan tawa yang ceria, hati yang cekal, dan semangat yang tidak pernah luntur. Di sebalik kelembutannya, Nuha membawa cahaya dan tanpa sedar, dia mula menyentuh ruang hati Adrian yang telah lama gelap. Namun, tidak mudah untuk memulihkan sayap yang telah patah. Luka Adrian terlalu dalam, dan masa silamnya terlalu menyakitkan. Apakah cinta Nuha cukup kuat untuk menyembuhkan? Atau mampukah Adrian membenarkan dirinya untuk percaya semula? Kerana ada kalanya, cinta bukan tentang memiliki dua sayap untuk terbang... tetapi tentang keberanian untuk terbang semula walau dengan satu yang telah retak.
HATI YANG KEMBALI BERNYAWA by Thekhalif_
Thekhalif_
  • WpView
    Reads 205
  • WpVote
    Votes 51
  • WpPart
    Parts 12
Sinopsis: Muhammad Fahmi, 27 tahun, dari luar kelihatan tenang dan teratur-lelaki yang jarang berkata-kata, namun sentiasa kelihatan terkawal. Tapi jauh di sebalik ketenangan itu, dia menyimpan luka yang dalam, hasil zaman kanak-kanak yang penuh trauma dan penderaan. Hatinya hampir hancur, jiwanya terpecah, dan dia kini hidup dengan Dissociative Identity Disorder (DID)-gangguan mental yang membuatkan dirinya berkongsi tubuh dengan identiti-identiti lain. Setiap hari adalah perjuangan. Perjuangan untuk kekal waras. Perjuangan untuk tidak hilang. Perjuangan untuk terus hidup dalam dunia yang tak pernah dia pilih. Namun hidupnya mula berubah apabila dia bertemu Nur Maisarah, seorang gadis ceria dan peramah yang datang dalam hidupnya tanpa diduga. Maisarah melihat Fahmi bukan sebagai 'orang sakit', tetapi sebagai manusia yang sedang berjuang. Senyumannya, kejujurannya, dan sifatnya yang penuh belas perlahan-lahan membuka pintu hati Fahmi-pintu yang selama ini terkunci rapat oleh ketakutan dan trauma. Tetapi mampukah cahaya Maisarah menerangi kegelapan dalam diri Fahmi yang dipenuhi dengan identiti dan kisah silam yang berselirat? Mampukah Fahmi menerima dirinya sendiri, dan memberi peluang kepada cinta yang mungkin satu-satunya penyelamat? "Hati yang kembali bernyawa" adalah kisah tentang jiwa yang retak, tentang harapan yang datang dalam bentuk manusia, dan tentang cinta yang mampu menyentuh bahagian terdalam hati yang pernah hancur.
Takdir Kita Berdua by Cikariana_
Cikariana_
  • WpView
    Reads 622
  • WpVote
    Votes 60
  • WpPart
    Parts 20
"Takdir Kita Berdua" Cinta yang bermula bukan dari pilihan, tetapi dari satu takdir yang tak mampu dielak. Tengku Muhammad Huq Iskandar - lelaki berusia 25 tahun, dingin dan sukar didekati. Anak sulung kepada Tengku Ismail, pewaris empayar perniagaan M.HUQ SDN BHD. Dia memiliki segalanya: harta, kuasa, dan kedudukan. Namun di sebalik wajah tanpa riak, tersimpan luka silam dan prinsip yang tak mudah dilentur. Nur Arin Ameera Mustafa - gadis berusia 23 tahun yang polos, manis dan lemah lembut. Kesederhanaannya menjadikan dia istimewa. Tetapi sikap terlalu percaya pada manusia telah mengheretnya ke lembah pengkhianatan. Dia diuji hingga nyaris kehilangan maruah dan harapan. Pertemuan mereka bukan dirancang. Dalam satu peristiwa hitam, dia hadir sebagai penyelamat - dan akhirnya, suami. Perkahwinan mereka bukan kerana cinta, tetapi kerana tanggungjawab. "You are mine, sweety." - Tengku Muhammad Huq Iskandar "Tak, saya bukan milik awak!" - Nur Arin Ameera Disaat kasih mula bertunas dalam diam, hadir dua manusia dari masa lalu membawa dendam dan racun. Hariz - lelaki yang pernah mengecewakan Arin, kini kembali menuntut cinta yang telah dia sia-siakan. Alice - wanita yang tak mampu menerima hakikat kehilangan Huq, sanggup menghancurkan sesiapa sahaja demi memiliki lelaki itu kembali. "Aku takkan biarkan kau bahagia, Huq... Arin milik aku!!!" - Hariz "Huq milik aku! Bukan perempuan murah macam kau!" - Alice Dalam dunia yang penuh helah dan permainan jiwa, adakah cinta yang lahir dari perkahwinan paksa ini mampu bertahan? Adakah mereka akan berkorban demi mempertahankan mahligai yang dibina? Atau... mereka akan terkorban dalam permainan dendam dan cemburu yang kejam? "Dengan lafaz akad nikah, dia telah menjadi tanggungjawab untuk aku jaga... sampai ke hujung nyawa." - Tengku Muhammad Huq Iskandar
Your Last Love (OG) by _pnurain
_pnurain
  • WpView
    Reads 513
  • WpVote
    Votes 61
  • WpPart
    Parts 11
Sinopsis Qaayed Aqashah | Eldariya Azzalea Eldariya Azzalea - seorang gadis yang dambakan kasih sayang yang tidak pernah dia rasakan seumur hidupnya. Dibenci oleh kedua dua ibu bapanya atas kematian adik nya, membuat kan diri nya terus menerus diabaikan keluarga. Kemunculan sosok misterius yang membantu, seakan-akan memberikan sinar baru di dalam dirinya. Yakin dengan rasa yang ada, dirinya tekad ingin merasakan lagi hangat nya pertolongan yang diberikan tersebut. Qaayed Aqashah - Dikurniai rupa yang rupawan dan serba serbi mewah tidak membuat nya sedikit pun berbangga diri. Cukup sempurna semuanya melainkan dengan kisah cinta hidup nya. Tidak bersedia untuk menjalin hubungan cinta dengan mana mana gadis hanya kerana pernah disakiti. Pertemuan kecil yang tidak disengajakan antara kedua- dua belah pihak, mula membibitkan rasa kasih dan sayang Eldariya Azzalea kepada Qaayed Aqashah. Pertolongan kecil yang dihulurkan buat Eldariya Azzalea, membuatkan si gadis tertanya-tanya dan tercari-cari siapa kah sosok yang telah menjadi hero buat nya. Qaayed Aqashah yang sentiasa menolak hadirnya cinta dan Eldariya Azzalea yang sentiasa mendambakan kasih sayang. "I love you." - Eldariya Azzalea "I'm sorry. But I don't." - Qaayed Aqashah Tidak pernah kenal erti kata mengalah, Eldariya Azzalea gigih mencuba untuk meraih cinta si hero dimalam harinya. Bertahan di tengah tengah ketidakpastian cinta sang jejaka. Mampukah si gadis bertahan? Kehadiran sosok penting secara tiba-tiba di kehidupan sang jejaka, menggoyahkan lagi tembok yang sedia dibinanya. Pada akhirnya, mampukah mereka bertahan?