MektonGojes's Reading List
12 stories
Swords Beneath The Crown by risyathequill
risyathequill
  • WpView
    Reads 92
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 2
Di Aurethia, orang miskin diajar untuk patuh. Menundukkan kepala. Menelan penghinaan. Dan menerima bahawa hidup mereka tidak pernah lebih berharga daripada perintah Diraja. Inara Amani memilih untuk melawan. Namun untuk melawan sebuah kerajaan, dia memerlukan kuasa. Dan untuk mendapatkan kuasa itu, dia perlu menjadi Adikara, pasukan elit tertinggi Aurethia yang hanya memilih seratus orang daripada puluhan ribu calon setiap tahun. Untuk menjadi Adikara, dia perlu bertahan dengan Haidar Al-Fateh. Lelaki yang terlalu tangkas. Terlalu keras. Terlalu menyebalkan. Lelaki yang tidak pernah membiarkannya berputus asa walaupun Inara sendiri sudah berkali-kali mahu menyerah. Namun Haidar menyimpan satu rahsia. Dia bukan sekadar seorang calon. Dia sedang dilatih untuk menjadi Supreme Commandor of Adikara, lelaki yang suatu hari nanti akan memiliki kuasa lebih besar daripada mana-mana tentera di Aurethia. Inara masuk ke Adikara untuk mengubah nasib hidupnya dan penduduk Lower Aureth District. Haidar masuk Adikara untuk menjadi orang yang bakal mengawalnya. Dan apabila impian mereka akhirnya bertembung Inara mungkin perlu memilih antara sistem kerajaan yang mahu dihancurkannya atau lelaki yang selama ini mengajarnya cara untuk melawan dan mengenal erti cinta?
The Guy Next Door by risyathequill
risyathequill
  • WpView
    Reads 3,313
  • WpVote
    Votes 234
  • WpPart
    Parts 13
Bagi Aurellia Sabrina , lelaki itu hanya bebanan dalam hidup seorang wanita. Sampah masyarakat. Hanya tahu menyakitkan hati perempuan. Dia benci dan teramat benci dengan kaum Adam. Hal ini disebabkan melihat sahabat karibnya sendiri dicurangi oleh teman lelakinya. Bermula detik itu, dia sudah berazam untuk tidak ingin menikahi lelaki melayu di negaranya sendiri. Aurellia benci! Benci! Dan kebencian yang tertanam semakin dalam menusuk apabila Aurellia dapat tahu jiran baru di sebelah rumahnya ialah seorang lelaki alias anak kawan papanya sendiri. Lelaki itu mencabar untuk mengubah pendiriannya terhadap kaum 'Adam'. Aurellia pantang dicabar. Dia menyahut dengan berani kerana dia percaya lelaki itu akan gagal! Betulkah Adrian bakal gagal? Berjayakah Adrian dengan cabarannya untuk melembutkan hati Aurellia sekeras batu itu?
The Mafia's Lover by risyathequill
risyathequill
  • WpView
    Reads 372,860
  • WpVote
    Votes 5,661
  • WpPart
    Parts 26
Warning: 18+ story. Mia, seorang anak yatim piatu yang polos dan naif, meninggalkan kampung halaman untuk menuntut ilmu di Kuala Lumpur. Kehidupan barunya yang asing dan penuh cabaran membuatkan dia mudah terpedaya. Tanpa disedari, Mia dijemput ke sebuah parti liar dan secara tidak sengaja terperangkap dalam bilik Hans, seorang lelaki tampan tetapi terkenal sebagai playboy yang hanya menginginkan hubungan tanpa ikatan. Rasa jijik dan benci terhadap dirinya sendiri membelenggu Mia selepas insiden itu. Namun, takdir menemukan mereka sekali lagi dalam keadaan yang tidak disangka. Hans muncul sebagai penyelamat ketika Mia hampir dijual kepada seorang Dato tua oleh maksu dan paksunya. Apakah yang akan berlaku kepada Mia selepas ini? Mampukah dia melarikan diri dari bayang-bayang gelap yang menghantui hidupnya? Atau adakah kehadiran Hans, lelaki yang pernah mencemarkan harga dirinya, menjadi penyelamat dan mengubah takdirnya? "You're like a drug to me,Mia. I can't get enough of you.'' - Hans bisik lembut di cuping telinga Mia.
The Flowers You Never Loved | C by cocoanotes_
cocoanotes_
  • WpView
    Reads 116,441
  • WpVote
    Votes 3,308
  • WpPart
    Parts 64
Mereka bermula sebagai musuh di sekolah, sebelum perasaan itu berubah menjadi sesuatu yang tidak pernah dinamakan. Namun jarak memisahkan, dan dia menghilang tanpa khabar. Apabila takdir mempertemukan mereka semula, cinta terasa asing-dan ada sesuatu yang perlahan-lahan memusnahkan hati.
VOUS DETEST by yuyuaira
yuyuaira
  • WpView
    Reads 561,973
  • WpVote
    Votes 23,391
  • WpPart
    Parts 56
[KARYA KETIGA YUYUAIRA] ~~~ NAURA ZULAIKHA Ibu bapanya meninggal dunia sekali gus menjadikan dia sebagai anak yatim piatu pada usianya 15 tahun. Mulai saat itu dia dijaga oleh sahabat ibunya memandangkan ibu dan bapanya juga yatim piatu. Dia disenangi oleh semua orang sekelilingnya kecuali anak lelaki keluarga angkatnya. Sejak kali pertama bertemu dia dibenci oleh lelaki itu. Tidak pernah sekali pun dia dilayan dengan baik oleh lelaki itu. Ditakdirkan untuk menjadi isteri orang yang bencikan dia sangat sukar dan sulit. RAYQARL AYDEN Kehadiran gadis itu di dalam kehidupannya membuatkan dia rasa seolah-olah dia dipinggirkan walhal kasih sayang yang diterima sama sahaja. Kebencian dia pada gadis itu membuak-buak. Perkahwinan yang diamanatkan oleh datuk mereka menambahkan lagi bara kebencian yang mendalam di hati. Namun, perkahwinan itu juga menjadi peluang untuk dia menyeksa gadis itu dari segi mental. Dia bukanlah seorang yang suka menyakiti fizikal seseorang tetapi dia hanya ingin menyeksa mental gadis itu. Makin lama bersama makin dia sedari bahawa hatinya telah lama terpaut pada sang isteri namun saat itu si isteri telah berubah menjadi dingin dengannya. Pelbagai cara dilakukan supaya hati si isteri mampu ditambat kembali. ✧══════•❁❀❁•══════✧ START: 20 APRIL 2020 PUBLISH: 06 OKTOBER 2021 ENDING: 21 OKTOBER 2021
DIA, LELAKI MISTERI✓ by allyn_allyn
allyn_allyn
  • WpView
    Reads 861,923
  • WpVote
    Votes 45,231
  • WpPart
    Parts 64
Awalnya hidup dia sama sahaja seperti manusia lain. Bangun pagi, bersiap pergi kerja, pulang kerja dan tidur. Itulah yang berulang-ulang setiap hari. Sehinggalah suatu hari, matanya telah menyaksikan satu mayat yang terkujur di atas jalan, dengan dikelilingi oleh ramai lelaki bertubuh tegap dan berpakaian serba hitam. Mungkin nasib baik tidak menyukai dirinya, sudah tentulah perbuatan itu diketahui dan dia menjadi buruan penjenayah serba hitam itu. Ya, jalan cerita memang cliché apabila dia dikejar sehingga tersesat memasuki lorong kecil. Lari punya lari, jalan keluar tetap tidak dijumpai. Kalau dah namanya jadi buruan, mestilah sampai ke lubang cacing hidupnya diburu. Walau jauh mana dia menjauhkan diri. Sungguh, dunia terasa terlalu kecil apabila sekali lagi dia dipertemukan dengan si pemburu. Tetapi dalam dua situasi yang berbeza. Pemburu hidupnya ialah seorang lelaki. Dan lelaki itu, terlalu misteri untuk dijangka apa yang berada di fikirannya. Sungguh! All Right Reserved By Ally
MISS BRUTAL ENCIK MAFIA || EDIT by FatinMairah
FatinMairah
  • WpView
    Reads 373,012
  • WpVote
    Votes 1,206
  • WpPart
    Parts 3
Mafia? Gadis belasan tahun? Gadis liar? Selalu menimbulkan masalah "Campak la aku dekat mana pun kau nak. Aku boleh hidup la..." dengan bangganya dia berkata - Ariana Dahlia "Sekali jer aku kata you're mine. Sampai mati kau aku punya!" sinis saja dia berkata - Syed Ryan Asyraf After I destory your body. I'm going to hold you in my arms and ...tell you why I Need You. #firststory AMARAN!!!? Story saya. Ikut style saya. Korang xsuke? Boleh go..dipersilakan keluar dari sini. Idea kejap ade kejap xde. So kalau ade idea saya update. Xde idea senyap-ii sudah. Awak tak suke typo? Jangan bukak story ni. Saya tak suke haters Menggunakan bahasa dan ejaan yg sering digunakan. So jangan pandai-ii nak tegur Awak mencarut,kutuk story ni or what? Ehh jangan la...takut nanti saya terikut same pastu terbuat dekat awak pula. Hehe Bagi thu awal-ii ni english saya tersangat la broken. So kalau ade kesalahan dan sebagainye tegurlaa. Sebab saya pun manusia biasa yang banyak melakukan kesalahan.
Her Crazy Ex-Boyfriend by bukanzeus
bukanzeus
  • WpView
    Reads 287,739
  • WpVote
    Votes 15,584
  • WpPart
    Parts 10
Rank: #1 in Posesif, #1 in Putus, #1 in Pengkhianatan, #2 in Clbk, #3 in Mantan, #1 & #5 in Cemburu, #5 in Perselingkuhan Alessio adalah pemimpin sebuah anak perusahaan besar. Tampan, kaya raya, dan cerdas membuatnya menjadi pria idaman semua wanita. Namun hanya satu wanita yang diidamkannya. Rheana, sang mantan kekasih. Hubungan mereka kandas setelah 6 tahun bersama. Rhea sendiri yang memutuskannya. Jelas saja, wanita mana yang mau melihat kekasihnya bercumbu dengan wanita lain? Apalagi wanita itu adalah rivalnya. Alasan Rhea bukan hanya itu. Alessio sebagai kekasih tampak tak pernah memedulikan Rhea lagi. Kalau bukan Rhea yang mengawali percakapan, mungkin pria itu sudah lupa bahwa ia memiliki kekasih secantik Rhea. Kini tak ada lagi Rhea yang menghubunginya pada tengah malam, Rhea yang datang siang hari untuk memberinya bekal, Rhea yang bermanja ria padanya. Alessio yang diputuskan sang model papan atas itu tentu tidak menerima. Hari-harinya mulai berantakan. Terlihat dari penampilannya yang urak-urakan, pekerjaan yang terbengkalai, dan sikapnya yang makin hari makin menyebalkan. Niat Alessio ke Bali untuk menjernihkan pikirannya pun harus gagal saat ia melihat sang mantan kekasih sedang bermesraan dengan pria lain di pantai. Sialnya, pria itu adalah pegawainya sendiri-Daniel Wright. Sejak itu maraklah kasus penindasan di kantor yang dipimpin Alessio. Sebagai atasan, pria itu dengan semena-mena membuat peraturan baru yang bahkan tak masuk akal. Ia yang terbakar api cemburu saat melihat Rhea kini memberi bekalnya untuk Daniel pun merebut paksa makanan pria itu. Misi Alessio hanya 2. Mendapatkan Rhea-nya kembali dan menyingkirkan siapapun yang menghalanginya. Termasuk Daniel.
HURT SERIES 2 : AKU, KAU LUKAI [EBOOK] by thezyrose
thezyrose
  • WpView
    Reads 45,358
  • WpVote
    Votes 1,783
  • WpPart
    Parts 26
[STATUS: COMPLETED-EBOOK] Mahligai yang diimpikan berkekalan hingga ke akhirnya, tidak menjadi kenyataan. Aralyn dicurangi oleh suami sendiri malah dijatuhkan talak. Perginya Aralyn membawa diri dan hati yang terluka jauh dari yang lain. Lima tahun Aralyn menghilangkan diri, akhirnya dia pulang ke tanah air bersama kanak-kanak lelaki. Aralyn tidak pernah mengharapkan pertemuan lagi dengan Aidan setelah dirinya diusir pergi lima tahun yang lalu. Kehadiran Aidan menganggu ketenteraman Aralyn. Malah menggugat dirinya saat Aidan mengetahui rahsia yang Aralyn simpan. "Five years you dissapear. Where you have been, Lyn?" - Aidan Syauqi. Bukan itu saja, permintaan bekas ibu mentuanya untuk menerima Aidan kembali membuat Aralyn berada dalam dilema. Antara rasa cinta yang sudah hilang dan rasa sayang terhadap ibu mentuanya, Aralyn tidak punya jawapan. "Mami ada satu permintaan." - Puan Sri Maria. Aralyn semakin buntu apabila Aidan seakan mendesak dirinya. Malah perubahan Aidan seakan menggugat rasa hati Aralyn yang sudah lama hilang itu untuk tumbuh kembali. Aralyn nekad dengan keputusannya. Tetapi mampukah Aralyn dan Aidan bahagia jika masih ada rahsia yang tersimpan rapi? Mampukah mereka mengecapi bahagia yang hancur dipertengahan jalan lima tahun yang lalu? Dan benarkah cinta Aralyn sudah hilang untuk Aidan? I terima you kembali bukan kerana I cintakan you. - Aralyn Naqiba. By HezyRose. STRICTLY NO PLAGIARISM!!! Allright reserved by HezRose. ©Copyright 2018
Bidadari Milik Dia (Tamat) by Yoursrara_
Yoursrara_
  • WpView
    Reads 655,131
  • WpVote
    Votes 15,938
  • WpPart
    Parts 53
❝𝑩𝒊𝒅𝒂𝒅𝒂𝒓𝒊 𝑻𝒆𝒏𝒈𝒌𝒖 𝑨𝒅𝒂𝒎 𝑯𝒂𝒓𝒓𝒊𝒔.❞ "Tengku Adam Harris!Lepaskan saya!"-ketus Sarah "In your dream!Aku takkan pernah lepaskan kau lagi Sarah!"-kata Adam "Awak dh gila ke Tengku Adam Harris!"-ketus Sarah "Ya!aku mengaku aku gila!aku gila Sebb kau Puteri Nur Sarah!aku tak peduli kau nk ikut aku cara paksa atau rela!suka atau tak!Aku tak peduli!Kau milik aku dan selamanya jadi milik Tengku Adam Harris!"-teriak Adam 💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖💖 Janji 5 tahun dahulu musnah.Hidupnya tak tentu arah kerana seorang gadis yg di cintainya pergi meninggalkannya.Majlis Perkahwinan yg ingin berlangsung hancur sekelip mata kerana pengantin perempuan lari "Siap kau Puteri Nur Sarah!kalau aku dpt kau...aku takkan lepaskan kau!Kau milik aku seorang!Milik Aku!" ✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨✨ 🔊 Assalamualaikum semua♥️Amaran⚠️¹⁰⁰% Idea sepenuhnya terinspirasi dari saya. Dilarang mengciplak/mengplagiat !Jika ada yg kesamaan mungkin itu hanyalah kebetulan💗 Hello readers sekalian!Jemput baca cerita kedua Tor!Semoga kalian suka!Terima kasih banyak-banyak!I love you all💖Ni random story ya!tak de ml character disini.Terinspirasi dari Tor sendiri