EVANS SERIES
3 stories
Kerana Dia [C] by tyracaramel
tyracaramel
  • WpView
    Reads 510,520
  • WpVote
    Votes 22,572
  • WpPart
    Parts 75
COMPLETED Evans's Series [#1] Pulang ke Malaysia? Belacan? Nasi lemak? Tak! Memang teruk! Muhd Danial Evans,lelaki kacukan barat yang nakal,manja dan degil yang terlalu sayangkan dunia Los Angelesnya. Bila dipaksa pulang ke Malaysia,mulalah mahu memberontak. Ditambah pula terpaksa bersekolah di kampung. Lagilah dia terasa terseksa! Macam rusa masuk ke kampung! Namun,setelah bertemu dengan anak pengetua sekolahnya,Siti Nur Rosalinda membuatkan Danial bersemangat mahu ke sekolah. "Habis tu nak panggil kau Ros la ni? Muka tak cantik macam bunga Ros pun." - Danial "Habis tu,awak? Macamlah bagus sangat." - Ros Semuanya bertambah huru-hara apabila Danial dan Ros bakal dikahwinkan dalam masa terdekat. Semuanya kerana Danial! Mampukah mereka berdua mengatasi hal rumahtangga mereka pada masa akan datang?
Kembalinya Seorang Bidadari [C] by tyracaramel
tyracaramel
  • WpView
    Reads 373,430
  • WpVote
    Votes 14,052
  • WpPart
    Parts 49
COMPLETED Evans's Series [#1] - A sequel to Kerana Dia "Ros Idris? Ni bukan ke Ros? Kenapa muka dia ada dalam majalah?" Seperti yang dijanjikan,Rosalinda akhirnya kembali selepas tiga tahun sebagai seorang model muslimah. Dalam tempoh tiga tahun,dia banyak belajar perkara baharu dan mula membina hidup baru. Danial Evans,bekas suami Rosalinda yang kini sedang mengalami masalah kemerosotan syarikatnya menjadi runsing.Syarikatnya hampir muflis disebabkan buatan orang. Hidupnya tidak seindah seperti yang dikhabarkan pada orang ramai. "Ros? Ros,ingat saya? Dah lama kita tak jumpa. Saya.. Rindu." Danial meluahkan perasaannya tatkala dia terserempak atau terjumpa dengan Rosalinda setelah sekian lama tak jumpa. Bahagia tak terkata apabila dapat melihat dan menatap lagi wajah bidadarinya yang dulu. Fikirnya,Rosalinda akan memberi respon yang baik.Namun,sebaliknya pula yang jadi. Rosalinda naik berang. Dia menolak Danial mentah-mentah kerana tak mahu berjumpa dengannya. Luka yang baru sembuh kembali berdarah. "Awak dengar sini Danial Evans. Saya dah ada tunang. Jangan sesekali ganggu saya. Kalau nak jumpa Hariz,jumpa dekat rumah mama saya. Jangan cari saya!" Rosalinda melepaskan kemarahannya. "Aku Emir,tunang Ros.Boleh aku tahu apa hubungan kau dengan Ros?" Emir,kini menjadi pengganti Danial. Memegang gelaran tunang kepada Rosalinda sudah hampir setahun. Dia bukanlah calang-calang orang. Emir yang bergelar artis yang baru dalam bidang lakonan kini sedang menjalinkan hubungan cinta dengan model muslimah yang sedang hangat namanya. Danial sudah pasti tercabar. Dia semakin nekad untuk mendapatkan semula cinta Rosalinda.Janjinya,dia kan satukan semula keluarga kecilnya. Dia mahukan keluarga kecilnya seperti dulu. Walau apa pun yang jadi,dia tetap akan dapatkan Rosalinda. "Kau nak tahu aku siapa?" Danial tersenyum sinis. "Aku kekasih hati Rosalinda. Dunia dan akhirat."
Faiq Evans [C] by tyracaramel
tyracaramel
  • WpView
    Reads 146,715
  • WpVote
    Votes 6,060
  • WpPart
    Parts 55
COMPLETED Evans's Series [#2] Faiq Evans, lelaki yang terkenal dengan sifat misteri pada dirinya. Tiada siapa pun tahu tentang latar belakang keluarganya. Tiada siapa pun yang tahu tentang kebenaran tentang dirinya. Dia hanya dikenali sebagai Faiq, lelaki yang malu dan kurang berkomunikasi dengan orang di sekelilingnya. Dia hanyalah seorang pelajar kolej pada siang hari. Tetapi malam? Dia seorang buaya darat yang dikenali sebagai Evans di seluruh kelab malam yang terdapat dalam Kuala Lumpur. Dia bukan seorang pelajar yang kelihatan begitu lembab, tetapi dia adalah seorang lelaki yang membawa seribu tanda tanya kepada pelajar-pelajar lain. "Aku suka dia.. Tapi, aku tengok dia terlalu pendiam. Aku pula segan nak tegur dia." Adelia, pelajar perempuan yang menuntut pelajaran di tempat yang sama dengan Faiq. Cuba 1001 cara untuk menegur dan membuat Faiq untuk berbicara dengannya. Perkenalan di antara Faiq dan Adelia yang penuh muslihat. Hanya lelaki itu yang tahu kebenarannya. "Lia! Adelia Qistina! Abang tak izinkan Lia keluar!" - Faiq Evans "Kalau aku tetap nak keluar? Nak buat apa? Nak lafaz cerai ke? Buatlah! Memang itu yang kau nak, kan? Aku mudahkan kerja kau sekarang, Faiq. Take it or leave it. Aku tunggu keputusan kau sekarang." - Adelia Qistina Apabila muslihat Faiq terbongkar, segalanya menkadi huru-hara. Kehidupan Faiq yang senang berubah menjadi huru-hara dalam sekelip mata akibat menganiaya perempuan yang tidak bersalah. "Dendam dan ego abang hanya membei duri pada abang. Lia tak bersalah tapi abang hukum sayang. Abang hukum sayang seperti tiada hari esok. Abang minta maaf, sayang.." - Faiq Evans Dan, Faiq sedar bahawa karma itu ada. •COMPLETED