Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
hazwaniyazid's Reading List
2 stories
Di Lautan Biru [C] by EiSeoya
EiSeoya
  • WpView
    Reads 553,977
  • WpVote
    Votes 22,699
  • WpPart
    Parts 51
Kata orang, perempuan masuk bidang ketenteraan adalah manusia paling gila dan berani mati. Dianggap bersifat lemah dan semestinya tingkah laku feminin haruslah dijaga. Kelayakan badan beruniform hanya berpihak pada insan bergelar lelaki. Benarkah kenyataan ini? Tentunya tidak. Eleanore. Gadis yang mempunyai keinginan untuk menjadi salah satu anggota TLDM di Lumut, Perak. Mengikuti jejak langkah abangnya dalam TUDM. Beza cabang, sama peranannya. "I'm Eleanore Dhia Binti Elias. Call me Eleanore. I'm ready to serve you all," - Eleanore Dhia Taqiyyah. Tidak dinafikan bukan dia seorang sahaja anggota perempuan yang melibatkan diri dalam TLDM. Ada juga di unit lain. Pemilihan kepakaran dalam juruplot taktikal peperangan telah menyatukan Eleanore bersama tiga puteri yang lain. Mereka ibarat bunga yang mekar dikelilingi padang rumput yang luas. Pada satu saat, Eleanore terlihat jejaka yang sangat dikenalinya menjadi jurulatih untuk kumpulannya. Terasa seperti dirancang baik pertemuan mereka oleh Allah. "Kenapa kau terdetik hati nak masuk TLDM? Jarang jumpa spesis macam kau masuk kepakaran sini," - Al-Fajar Qarizh. "Aku nak buktikan yang perempuan layak untuk menjadi salah satu pejuang negara dan boleh jadi setaraf dengan pejuang lelaki yang lain," - Eleanore Dhia. Impressive. Satu aura pejuang yang kuat dalam diri Eleanore membuatkan Fajar tertarik untuk mengenalinya lebih mendalam. Semakin lama mereka bersama, semakin banyak ujian yang menimpa Eleanore hinggakan banyak rahsia yang terbongkar terutamanya Fajar. "Aku milik kau. Kau milik aku. Dan kita berdua milik negara. Andai salah seorang daripada kita mati syahid satu hari nanti, teruskanlah perjuangan kita dan jangan sesekali berundur untuk mengalah terlalu awal," - Al-Fajar Qarizh [Start: 1 May 2024 End: 28 Sept 2024 ] [100% karya asli] [1st Version]
Haizel: Ms Astrophile by AshyikinHelvins
AshyikinHelvins
  • WpView
    Reads 1,041,373
  • WpVote
    Votes 37,475
  • WpPart
    Parts 68
#not edited 𝑅𝒶𝒿𝒶 𝐿𝓊𝓉𝒽 𝐻𝒶𝓎𝓎𝒶𝓃×𝒲𝒾𝒹𝑒𝓁𝒾𝒶 𝐻𝒶𝒾𝓏𝑒𝓁 Widelia Haizel hanya mencari ketenangan di pantai, tetapi bertemu dengan Raja Luth Hayyan-seorang lelaki yang tersilap sangka dia sedang merancang untuk membunuh diri. Pertemuan pertama mereka penuh dengan ketegangan dan kata-kata pedas, memulakan hubungan yang tidak seperti biasa. Apabila mereka bertemu semula sebagai bos dan pekerja, ketegangan mereka semakin memuncak hingga Raja Luth terpaksa membuat tawaran yang tidak masuk akal: melamarnya sebagai isteri untuk melarikan diri dari masalah peribadinya sendiri. "Haizel, kahwin dengan aku." -Raja Luth Hayyan. "Saya tak nak kahwin dengan bos. Kalau di takdirkan semua lelaki di dalam dunia ni dah pupus dan bos seorang je yang ada dalam dunia ni, saya tetap tak nak kahwin dengan bos." -Widelia Haizel. Widelia, yang awalnya menolak tawaran tersebut, akhirnya terdesak untuk menerima lamaran itu sebagai jalan keluar dari bekas tunangnya yang terus mengganggu. "Tentang lamaran hari tu masih available lagi ke bos?" tanya Widelia dengan wajah menahan malu. "Kenapa? Kau berminat ke? Dah tukar fikiran?" "Saya setuju bos!" ujar Widelia dengan yakin. Dari perkahwinan yang tidak berdasarkan cinta tetapi atas alasan pelik, Raja Luth dan Widelia mendapati diri mereka terperangkap dalam sebuah hubungan yang penuh dengan konflik, namun penuh juga dengan penemuan diri dan perasaan yang tidak dijangka. Dalam perjalanan ini, mereka mungkin menemui bahawa cinta sebenar tidak selalu datang dalam bentuk yang kita jangkakan. Allah is the best planner. Perkara jodoh itu macam 'Alif Lam Mim' surah Al-Baqarah. Maksudnya, hanya Allah yang tahu.