KAISAR BINTANG
3 stories
Penjejak Kubur by maercaestro
maercaestro
  • WpView
    Reads 70,421
  • WpVote
    Votes 6,577
  • WpPart
    Parts 60
Tahun 2099, dunia kini sedang bergelut dalam perang yang berpanjangan. 95% kematian di bumi ketika ini adalah di medan perang. Jadi dengan beratus juta mayat bergelimpangan di sana, siapa yang perlu menguruskannya? Ketika inilah wujudnya Penjejak Kubur, mereka diupah oleh ahli keluarga untuk mencari mayat waris mereka yang terkorban. Mereka perlu mengemudi kubur yang tak henti-henti dibedil perang, demi memenuhi permintaan ahli keluarga yang sedang berkabung. Azrahel, seorang penduduk Bandar Kersani, merupakan penjejak kubur dengan 10 tahun pengalaman. Dia diupah oleh seorang usahawan bagi mencari suaminya yang terkorban di medan perang. Tapi apa yang ditemui Azrahel, mengejutkannya dan boleh menggegarkan seluruh Bandar Kersani.
TALE OF THE GREAT IMMORTALS[C] by MuhdHayatulAkmal
MuhdHayatulAkmal
  • WpView
    Reads 309,184
  • WpVote
    Votes 24,029
  • WpPart
    Parts 84
Dunia, sentiasa berputar menunjukkan bulan dan matahari kepada setiap makhluk bernyawa. Dan selama itu jugalah aku hidup, mencari ketenangan diri dari memori silam. Hidup? Aku dah hidup untuk beratus tahun lamanya. Dah banyak perkara yang aku jumpa. Perang? Dah beribu perang aku ikut. Semua adalah kerana nafsu aku untuk membunuh. Aku tak pernah ada kawan sejati. Ibu bapa? Aku pun tak tahu di mana. Abang? Tak ada. Adik? Juga tak ada. Kembar? Ya, aku ada kembar. Kembar tak seiras. Sama macam aku, dia juga sudah hidup untuk beratus tahun lamanya. Malah, dia adalah kembar yang membesar dengan aku. Walaupun begitu, aku tahu apa tugas aku di muka bumi ini. Mengapa hanya aku dan kembar aku sahaja yang boleh hidup untuk beratus tahun lamanya. Mungkin untuk beribu tahun lamanya. Satu sahaja. Untuk menjaga keamanan dunia. Kau fikir senang? Kau seorang nak jaga satu pelosok dunia. Tapi aku tak kisah. Sebab aku tahu, untuk beratus tahun lamanya aku hidup. Kisah aku mungkin bermula di sini.
TALE OF RESURRECTION ANCIENT DRAGON LEGEND SIRI KEDUA[HIATUS] by MrSky03
MrSky03
  • WpView
    Reads 57,204
  • WpVote
    Votes 3,205
  • WpPart
    Parts 35
Eym,Seorang remaja lelaki yang tinggal bersama atuk dan kakaknya.Namun selepas Atuknya memberitahu perkara tentangnya.Pelbagai cabaran bahaya yang mendatang sehingga dia tidak mampu menjalaninya. Luka dihatinya bertambah parah apabila atuknya yang menjaga sejak dari kecil mati kerana berjuang Selepas sekian lama,Kakaknya pula pergi meninggalkannya seorang diri. Dia mula menghilangkan diri untuk mencari punca sebenar kematian kakaknya dan kembali muncul. Semua rakannya terkejut dan gembira.Kerana seorang kawan yang selalu susah senang bersama muncul kembali. Namun langit tidak selalunya cerah,Apabila dia memasuki Akademi dan berjumpa dengan seorang lelaki.Rahsia demi rahsia yang telah terbongkar,hatinya kembali perit. Dia perlu menyelamatkan ahli keluarga dari sang raja jahat. Zeref iaitu dewa kegelapan.