🖤🌹
4 stories
Rindu Kita Yang Dulu ✔ by -athrh-
-athrh-
  • WpView
    Reads 127,812
  • WpVote
    Votes 5,136
  • WpPart
    Parts 37
"Sepuluh tahun aku tertanya-tanya mana silapnya aku? Apa yang aku dah buat sampai dia menghilang begitu saja? Dan sekarang, dia muncul semula macam tak ada apa yang berlaku. Perit lagi bila dia layan aku macam orang asing. Orang yang langsung dia tak kenal." Selama sepuluh tahun wanita ini hidup dalam kekeliruan. Mengapa kawan baiknya sejak daripada kecil lagi pergi meninggalkannya tanpa jejak? Tidak tahu mana silapnya Naura Aralyn yang membuatkan Sayf Malik lenyap daripada pandangannya. Keluarga Sayf masih berhubung dengan keluarga Aralyn walaupun telah berpindah, namun tidak buat dua insan yang dulunya pernah bergelar sahabat menjauhkan lagi hubungan akrab yang dibina mereka selama 15 tahun itu. *** "Say, kau janji dengan aku tau yang kau tak akan tinggalkan aku walau apa-apa pun yang terjadi." "Aku janji. Mana boleh aku tinggalkan kau, Aran," jawab Sayf sambil mengusap kepala Aralyn yang menyebabkan rambutnya menjadi serabut. Mereka memandang ke arah pemandangan matahari terbenam di pantai di kawasan perumahan mereka, sambil berada di atas pokok yang menjadi tempat kegemaran mereka untuk melepak pada usia remaja ini. *** "Beri saya sebab kenapa awak menghilang macam tu je? Saya tunggu awak setiap tahun untuk jumpa saya, tapi awak tak pernah-pernah muncul!" "Ada aku suruh tunggu?" Sayf memandang kosong wajah Aralyn tanpa sebarang emosi. -Naura Aralyn -Sayf Malik
Lelaki Bertopeng Putih by nurdinie03
nurdinie03
  • WpView
    Reads 15,849
  • WpVote
    Votes 1,495
  • WpPart
    Parts 10
REWRITE VERSION | SEQUEL H426 ×××× LELAKI BERTOPENG PUTIH. Seorang lelaki yang bekerja sebagai orang dalam polis. Namanya disanjung kawan dan digeruni lawan. Identitinya terus kekal rahsia dengan topeng putih di mukanya. Tapi, di kehidupan biasanya, dia ialah Haries Naim. Lelaki yang ceria dan gemar mengusik. Meskipun sentiasa ditekan dari pelbagai pihak, Haries tetap ceria. Sehinggalah suatu hari, dia dikejutkan dengan keputusan Datin Naina yang menginginkannya berkahwin. Tiga bulan masa diberi untuk Haries berkenalan dengan gadis pilihan, Raihanah Jazmin. Sebab yang dikemukakan oleh ibunya sudah cukup buat Haries menerima dengan rela biarpun hatinya mahukan sebaliknya. Kehadiran seorang lelaki yang lumpuh separuh badan, Fariel mengundang tanda tanya. Lelaki itu seolah-olah ada rahsia yang disimpannya. Dan rahsia itu diceritakan dengan melindungi Raihanah. "Saya memang tak kuat. Tapi saya tahu, saya perlu lindungi dia, Haries." - Fariel Masalahnya terus bertambah apabila keluarganya seringkali diserang algojo-algojo yang menyimpan dendam di hati. Tapi, hairannya, target sebenar mereka, bukan keluarga Haries tapi... Raihanah. "Dendam ini takkan jumpa penamatnya selagi hembusan nafas ini bukan yang terakhir." - Yanny The Surrogate Saat itu, Haries mula mempersoalkan semuanya. Kepercayaan, harapan dan sebuah kisah hitam. Terlalu banyak rahsia yang mereka simpan. Terlalu banyak penipuan yang mereka ungkapkan. Di pertengahan kisah hidupnya, seorang Haries Naim akhirnya berantakan. Jiwanya kacau dan celaru. Lelaki Bertopeng Putih tersungkur di kaki takdir. Dan persoalannya... mampukah dia bangkit kembali? "Rahsia, pengkhianatan dan cinta. Aku tak pernah tahu rasanya sakit macam ni sekali, Farhan." - Haries ×××× Tarikh mula : 190321 Tarikh akhir : - Genre : action + romance + mystery Status : on going Cover by : @azleyanaaa
Juvana [BBB] ✓ by laszentio
laszentio
  • WpView
    Reads 35,296
  • WpVote
    Votes 4,073
  • WpPart
    Parts 30
[#] Winners Of Wattys2020 Kau pernah dengar tentang Jenayah Juvana ? Atau pernah terbaca mana-mana artikel berkaitan Juvana ? Tak ? Tak apa. Aku akan ceritakan apa itu jenayah juvana sekali gus menceritakan kisah hidup aku sebagai seorang pelajar juvana. Nama aku Taufan. Ini bukan saja kisah aku tapi, terdapat juga kisah 'kawan-kawan' aku yang meringkup di sekolah neraka ini. ------ WARNING !!! : CURSING WORDS : HASH WORDS : MATURE CONTENT LIKE DRUGS, TORTURING AND ETC Read by your own risk. All characters belong to Monsta and Animonsta. Some others characters from me.