LianaShuhada's Reading List
4 historias
QAYDER : MR COLD por Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    LECTURAS 11,674,585
  • WpVote
    Votos 396,050
  • WpPart
    Partes 58
# 1st Hello Mister! Series. • He's as cold as a polar bear, but he can be a hot tempter. | Polar Bear × Clematis | RAJA QAYDER hanyalah seorang lelaki biasa yang lebih suka stay low dan tak sukakan sebarang populariti atau publisiti murahan. Dia cuma mahu jadi dia dan impiannya cuma satu. Mahu menjadikan Airaa, gadis manis bertudung litup sebagai isteri. NAWRA ASYALAA pula seorang supermodel terkenal. Katanya dia punya bentuk tubuh yang lebih cantik dan curvy berbanding model biasa. Seksi. Kaya. Dilimpahi job modelling sentiasa. Orangnya diva yang amat. Satu peristiwa serangan ketika runaway untuk jenama butik paling mahal di Malaysia mempertemukan dia dengan seorang mamat kutub utara. Dingin dia negatif infiniti darjah celsius. Tapi malangnya, si hot Nawra Asyalaa terjatuh suka dengan si kutub utara, mamat ais tu. Asyalaa mula mencari dan terus mencari sehingga jumpa. Dan Nawra mula obses di akhirnya. "Boleh kita berkenalan?" -Asyalaa "Sorry. I hate orientation." -Qayder Wow. Jual mahal. I likey... Pelbagai cara Nawra cuba untuk pikat dan tundukkan polar bear dari kutub utara. Dari buat-buat dingin sama sehingga cubaan menggoda. Tapi tetap tak jalan. "Pakai seksi macam mat lampir berkemban. Fesyen apa ni mak cik?" -Qayder "F you!" -Asyalaa Oh. Polar bear dari kutub utara tu nak kahwin dengan Mira Filzah idaman hatinya. Okey. "Murah sangat ke harga diri kau?" -Qayder "I don't care because at last... you're mine." -Asyalaa Tapi hakikatnya... lelaki itu lebih berbahaya. Bukan hanya hot dan beku semata-mata. "Be careful with my temper. But watch out more for my tempting session as i won't make it easy on my prey." -Qayder. Okey. Okey mister 'tempter'. Saya pun sukakan cabaran.
Bukan Yang Sempurna por TiyaBella
TiyaBella
  • WpView
    LECTURAS 478,897
  • WpVote
    Votos 13,964
  • WpPart
    Partes 37
Dhia Aryana seorang gadis manja dan cantik. Perwatakannya yang sedikit kasar membuatkannya berbeza dari wanita lain. Walaupun luarannya tampak kasar namun hatinya tetap seorang wanita. Yang mampu menangis dan kecewa. Izz Ilham pula lelaki yang suka menggangunya. Hari berganti hari membuatkan perasaan kasih dan sayang mulai muncul menyapa diri. Ah! Indahnya bercinta dan berkasih sayang. Akhirnya perkahwinan mereka didirikan atas dasar cinta. Satu persatu terjadi yang membuatkan Dhia Aryana bingung. Apa yang menyebabkan Izz Ilham berubah? " ketakutan yang paling besar bukanlah sewaktu saya kehilangan awak. Tapi ketakutan yang paling besar dalam hidup saya adalah saat melihat awak tidak bahagia. " - Izz Ilham. Apa yang terjadi? Apa yang meracuni fikirannya? Highest ranking #88 in romance
DALAM BENCI ADA SAYANG por roese_rosy
roese_rosy
  • WpView
    LECTURAS 2,416,996
  • WpVote
    Votos 61,260
  • WpPart
    Partes 72
Hanya satu kesilapan dua hati yang saling membenci terpaksa disatukan. Bila akad sudah dilafaz satu hati sudah menerima seadanya. Satu hati lagi masih membenci. Masihkah ada kebencian itu sampai bila-bila? Hati yang keras akan cair juga akhirnya. Namun siapa kita yang hendak menghalang takdir Illahi? Bila bahagia sudah menjelma akan adanya pengorbanan yang terpaksa dilakukan secara tiba-tiba. Tegarkah dua hati itu menerimanya? Atau hanya pejamkan mata dan salah seorang beralah demi sebuah kebahagiaan? Jika benci boleh menjadi sayang, apatah lagi sebaliknya.. Ini kisah Tengku Hayden & Dalia Imaani. ❤
KIRITO : THE TRUE LEGEND [LONG HIATUS]  por KhaiShif
KhaiShif
  • WpView
    LECTURAS 211,330
  • WpVote
    Votos 19,671
  • WpPart
    Partes 48
(KARYA KELAPAN KHAISHIF) Asli daripada : Khaishif Beautiful cover by : Khaishif NO COPY! ⚠️ Kirito Sasaki, putera sulung kerajaan Esfahan. Namun pangkatnya sebagai putera sama tarafnya dengan seorang hamba. Diberi layanan seperti sampah tiap kali kakinya melangkah keluar daripada istana raja. Malah hampir seluruh rakyat kerajaan Esfahan membenci dirinya . Cerita ini bermula pada ketika dia berumur 5 tahun lagi , apabila sang peramal terhebat iaitu Irulan datang menjejak kaki ke istana kerajaan Esfahan. Hanya untuk memberitahu bahawa ' Ada yang terkuat daripada yang terkuat akan memerintah Dunia 'dalam kalangan keluarga diraja itu . Ramalan tersebut berjaya mengaburi mata raja dan permaisuri, kerana ketika itu permaisuri Daisy kebetulan mengandung anak kedua keluarga diraja kerajaan Esfahan. Malah mereka beranggapan bahawa 'yang terkuat' itu adalah anak yang berada dalam kandungan permaisuri Daisy kerana Kirito Sasaki adalah seorang yang 'cacat' . Dia langsung tidak memiliki kuasa seawal usia mudanya yang ketika itu berumur 5 tahun. Bukan seperti kanak - kanak yang lainnya, yang memiliki kuasa seawal usia mereka 3 tahun lagi. Tetapi tanpa mereka sedari, Kirito Sasaki memiliki daya IQ yang tinggi. Pemikirannya jauh lebih matang daripada orang dewasa di luar sana. Hal ini membolehkan dia mengetahui keadaannya yang dipinggirkan oleh keluarga sendiri kerana tidak mampu membanggakan mereka dengan kuasa. Perkara ini tidak berlarutan lama apabila, ada yang sedang bangkit di dalam diri Kirito Sasaki secara perlahan-lahan. Malah bakal mengubah persepsi rakyat kerajaan Esfahan suatu hari nanti. || Pewaris sebenar underworld bakal bangkit ||