Never click suspicious links
Reminder: Wattpad will never ask for passwords, payment information, or other sensitive account security details.
Learn more
Book
200 stories
His Game Changer | #2 Taruhan Akhir | His Deceit Series by GirlCrush_Yaya
GirlCrush_Yaya
  • WpView
    Reads 170,540
  • WpVote
    Votes 15,605
  • WpPart
    Parts 47
━ 𝐈 𝐒 𝐀 𝐀 𝐂 ❝ One last bet he couldn't surrender ❞ Nur Kaymelia Dia tak pernah sangka akan dikaitkan dengan seorang lelaki yang hidup dalam kegelapan duniawi, berpesta tanpa batas, berjudi seperti tiada nilai hidup, dan mempermainkan wanita persis kepingan cip di meja kasino. Kaymelia membenci lelaki itu. Sejak di universiti, dia sudah melihat bagaimana Isaac menganggap segalanya sebagai permainan, termasuklah harga diri seorang wanita. Malah dia sendiri pernah dipertaruhkan untuk ditundukkan, umpama maruahnya hanya sekadar satu cabaran yang perlu ditakluk. Namun, Isaac gagal. Dan Kaymelia bangga kerana dia tak pernah menjadi salah seorang wanita dungu yang jatuh dalam perangkap lelaki itu! . . Isaac Abraham Ungkapan 'KALAH' tak pernah ada dalam kamus pertaruhannya. Apa sahaja yang dimahukan, sering muncul sendiri tanpa dikejar. Tetapi tidak Nur Kaymelia. Kaymelia tak seperti wanita lain yang mudah terpesona dengan ketampanan atau senyuman menggodanya. Kaymelia terlalu suci, terlalu teguh dengan agama, dan terlalu yakin bahawa dirinya lebih mulia berbanding seorang Isaac. Dan itulah yang membuatkan Isaac tercabar! . . Namun pertaruhan takdir tak pernah mudah ditebak. Dalam sebuah reunion, mereka dipertemukan semula. Kebencian Kaymelia masih segar terhadapnya. Dalam satu malam yang penuh muslihat, satu pertaruhan terakhir dibuat. Pertaruhan yang akhirnya mengubah segala-galanya. Kerana pada pagi berikutnya, Isaac harus bangun sebagai seorang lelaki yang mesti BERTANGGUNGJAWAB. Namun, bagaimana mungkin dua jiwa yang berbeza pegangan hidup, dipaksa bersatu? Nur Kaymelia, yang bermaksud cahaya pohon-pohon hijau di syurga, bertemu seorang jejaka yang tak ada langsung ciri-ciri seorang ahli syurga. Dalam taruhan akhir yang penuh tipu daya ini, siapakah yang sebenarnya harus mengalah? Isaac, Kaymelia, atau hati mereka sendiri? ❝ don't get to close, it's dark inside. It's where my demons hide ❞ WARNING: COPYCAT WILL ROT IN HELL
HIS PAST:ELDIAN AMIR(COMPLETE) by nurluvie
nurluvie
  • WpView
    Reads 156,890
  • WpVote
    Votes 7,518
  • WpPart
    Parts 34
[C O M P L E T E] "you're my first love and you always win in my heart." Eldian Amir, seorang jejaka dingin, tidak melayani wanita. Bekerja keras dalam syarikatnya sendiri. Nur Dhia Zafira, gadis yang dulunya playgirl dan mampu mematahkan hati Eldian dengan sikap curangnya. Tanpa sedar sekali lagi takdir menemukan mereka. "Kau buat apa kat sini?"-Eldian Amir. "Interview kerja."- Nur Dhia Zafira. Eldian menerima gadis itu bekerja disyarikatnya kerana dia masih mencintai perempuan itu. 5 tahun dia menjaga hatinya dan berharap Dhia kembali semula. "Kahwin dengan aku."-Eldian Amir. "Saya bukan perempuan yang baik untuk awak."-Nur Dhia Zafira. Eldian tidak berputus asa terus sahaja berjuang mendapatkan hati gadis itu. Mampukah Eldian menambat hati gadis itu? Adakah Dhia sudah berubah menjadi seorang yang setia? ⚠️:Jangan meniru kata-kata kesat didalam cerita ini ⚠️:No plagiat ⚠️:MATURE READERS ONLY! Start:21/6/23 End: 24/1/24
CLEANERGIRL FOR ME:NAUFAL LUTHFAN XAVIER (COMPLETE) by nurluvie
nurluvie
  • WpView
    Reads 392,247
  • WpVote
    Votes 23,127
  • WpPart
    Parts 40
𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 7 [C O M P L E T E] "You are for me." Naufal Luthfan Xavier, jejaka dingin namun kegilaan wanita. Tidak berminat untuk bercinta namun hatinya dapat dicuri oleh seorang gadis yang hanya bekerja sebagai tukang bersih dipejabatnya. Farah Nur Aisyah, gadis yang dapat mencuri hati Naufal dengan senyuman manisnya. Seorang gadis biasa dan hanya belajar sehingga SPM sahaja oleh kerana keluarga tidak mampu menampung kos pembelajarannya. Masing-masing menafikan perasaan, Naufal sungguh mencintai Farah begitu juga Farah, namun dia sedar darjat dia dan Naufal jauh sekali. "Aku suka kau."-Naufal Luthfan Xavier. "Sedar darjat kita, Tuan Naufal. Sungguh jauh macam langit dengan bumi."- Farah Nur Aisyah. Lama-kelamaan perasaan tidak dapat dibendung lagi. Mereka akhirnya melafazkan cinta mereka. "Will you marry me?"-Naufal Luthfan Xavier. "Yes. I will."-Farah Nur Aisyah. Tetapi semua terhalang akibat abang Farah tidak merestui mereka. "AKU TAK NAK KAU KAHWIN DENGAN MAMAT NI!"-Faris Nor Aifiq. Farah mula buntu apabila diugut oleh abangnya. Faris Nor Aifiq seorang penagih dadah. "Kau kahwin dengan dia aku bunuh mak."-Faris Nor Aifiq. Farah mula tak keruan. Adakah perkahwinan mereka diteruskan? Apakah kesudahan cerita mereka? Sila lah baca. ⚠️:Mature readers! ⚠️:No plagiat(sepuk kang) ⚠️: Jangan mengikuti kata-kata kesat didalam story ini terima kasih. Start:6/3/23 End:9/6/23
HIS DANGEROUS OBSESSION | 𝑴𝒐𝒐𝒏 𝑺𝒆𝒓𝒊𝒆 by moonshinekamari
moonshinekamari
  • WpView
    Reads 47,601
  • WpVote
    Votes 1,506
  • WpPart
    Parts 41
Ahvi Marcelene tidak pernah merasa disayangi. Sejak kecil, dia hidup dalam bayang-bayang kakaknya, Nathaira, yang mendapat segala-galanya-kemewahan, kasih sayang, dan penghormatan. Ahvi? Dia hanyalah seorang yang diperlakukan seperti pembantu dalam keluarganya sendiri. Satu hari, seorang lelaki berbahaya muncul dalam hidup mereka-Devan Gavriel, ketua mafia yang ditakuti ramai. Devan mahu memperisterikan anak perempuan Davis Lycan. Tetapi Nathaira menolak mentah-mentah lamaran itu. Untuk menyelamatkan nama baik keluarga, Ahvi dipaksa menggantikan tempat kakaknya. Berkahwin dengan Devan bukan sekadar perkahwinan biasa. Ia adalah satu hukuman-atau mungkin takdir. Devan bukan lelaki biasa. Dia kejam, penuh obsesi, dan tidak pernah membiarkan sesuatu yang menjadi miliknya terlepas. Ahvi adalah miliknya. Dan dia akan memastikan dunia tahu bahawa Ahvi hanya milik Devan Gavriel. Namun, semakin lama Ahvi mengenali suaminya, semakin dia menyedari satu perkara-di sebalik kegarangan dan kekejaman Devan, ada rahsia gelap yang lebih menakutkan. Dan kini, dia bukan sekadar isteri kepada seorang mafia. Dia adalah kunci kepada sesuatu yang lebih besar... Sesuatu yang boleh mengubah hidupnya selama-lamanya.
I Remember You | ✔ by MiraHaniya
MiraHaniya
  • WpView
    Reads 335,139
  • WpVote
    Votes 19,982
  • WpPart
    Parts 55
~Berikan hatimu padaNya, kau akan rasa cinta sebenar dalam kau mencari aku~ Kisah Hafiz dan Amelia - publish pada 2018 dan diedit semula pada 2019 ••• "Tolong..." ❄ Hanya perasaan belas pada mulanya kerana gadis itu kehilangan kedua dua orang tuanya dalam satu kemalangan sehingga menyebabkan Amelia mengalami amnesia. Detik waktu, hati mula mencambahkan rasa sayang. "Awak ada saya, Lia." ❄ Bila kasih mula berputik, lamaran dihulurkan. "Saya serius nak kahwin dengan awak." ❄ Namun, bukan semudah impiannya. Mukhriz, bekas kekasih Amelia hadir menghalang hubungan mereka. "Kau patut bersyukur aku tak bunuh kau. Kalau kau masih nak teruskan pertunangan bodoh kau ni, aku akan pastikan kau mati." ❄ Jodoh ditetapkan. Gadis itu menjadi miliknya. "Keputusan abang, nikah dengan Lia adalah keputusan yang paling tepat abang buat dalam hidup abang." ❄ Namun bertubi tubi ujian melanda setelah itu. Amelia hilang upaya. Saat dia jatuh tersungkur, Hafiz setia di sisi. "Jangan pernah berhenti berharap pada abang sebab abang takkan berputus asa dengan Lia." IRY ~ How could a heart like yours ever love a heart like mine? © 2018 / 2019
Extraordinary Wife by BabyRyens
BabyRyens
  • WpView
    Reads 951,243
  • WpVote
    Votes 65,493
  • WpPart
    Parts 95
Siri Keenam. Roland Ren, anak sulung daripada tiga adik-beradik iaitu Riley dan Xendra. Sekali pun dalam seumur hidupnya tak pernah sekali terlintas untuk bercinta. Namun apakan daya... Malam dia mana ia berjumpa seorang gadis lengkap berpakaian gaun seksi yang menunjukkan bahagian belah pahanya telah mengubah seluruh jalan hidupnya tanpa dipinta. "Aku tolong kau sebab aku tak sengaja langgar kau malam tu. Lagi satu, pompuan jenis apa yang muncul dari hutan?" -Roland Ren. Niat cuma ingin membantu, namun lain pula yang ditafsirkan oleh ibu bapanya. "Fine. Mama faham along cuba nak tolong dia. Tapi kenapa sampai nak bawa masuk bilik?!" - Putri Risha. "So, daddy akan serahkan takhta daddy if along kahwin dengan minah empat mata tu? Okay, along setuju." -Roland Ren. Cinta tak semestinya indah. Apatah lagi perkahwinan tanpa cinta. Sikap Roland Ren yang lebih mementingkan kumpulan mafianya membuatkan Mia Aurora berasa tersisih. Hari demi hari berlalu, siapa kata cinta tak boleh berputik? Sikap Mia Aurora yang terlebih bendul menyebabkan Roland gemar membuli gadis itu. "Awak nak apa? Pinggan tu saya dah basuh tadi. Kenapa nak basuh lagi sekali?" -Mia Aurora. "Sebab aku yang suruh. Nak jadi isteri baik kenalah ikut cakap suami. Muah!" -Roland Ren. Tanpa Roland Ren sedari, isterinya itu menyimpan sejuta rahsia yang cukup besar. Tiada siapa pun dalam kalangan ahli mafia itu mengetahui siapa dirinya atau kebolehan istimewanya. Mia Aurora bukan gadis seperti yang dianggap oleh Roland Ren. Dia gadis yang sukar untui ditemui. Malah, gadis yang sangat istimewa. "Saya boleh nampak peratus nyawa orang dan boleh sembuhkan diorang kalau saya nak. Cuma biarkan saya sentuh mana-mana anggota badan diorang dan diorang akan sembuh." -Mia Aurora. #Permulaan pada cerita The Last Survivor. #The Last Survivor akan datang lepas cite ni habis. #Kena baca betul-betul. Jangan skip.
Pikat Hati Dia by Adell_99
Adell_99
  • WpView
    Reads 5,654
  • WpVote
    Votes 233
  • WpPart
    Parts 21
Nur Aleeya Hasya pernah percaya pada cinta pertamanya-hingga ia berubah menjadi luka. Aidan Rizqi, lelaki yang dia sangka akan menjadi selamanya, perlahan-lahan menjauh. Dingin, tak lagi peduli, dan akhirnya meninggalkannya demi pilihan keluarga. Hati Aleeya hancur, keyakinannya terhadap cinta turut musnah. Namun, hidupnya tak berakhir di situ. Dengan sokongan sahabat-sahabat setianya, dia bangkit perlahan-lahan. Dan saat itulah dia bertemu dengan Leftenan Komander Rhael Izdhan-lelaki beruniform yang serius, susah didekati, dan langsung tak menunjukkan minat padanya. Tapi Aleeya tak mudah mengalah. Kalau dia boleh terluka kerana cinta, kenapa dia tak boleh cuba bahagia semula? Rhael pada mulanya hanya mahu menjaga jarak. Tapi gadis bernama Aleeya ini lain macam. Semakin dia cuba menafikan, semakin dia terjerat. Aleeya bagaikan ombak yang tak pernah lelah menghantam dinding pertahanannya-dan sebelum dia sedar, dia sudah mula membalas gelombang itu. Dari kisah yang bermula dengan air mata, Aleeya menemui seseorang yang membuatnya ketawa lagi. Dan laut yang selama ini menjadi dunia Rhael... akhirnya menjadi tempat yang menyembuhkan hati Aleeya.
Suratan Takdir Untukku by liaatishaa
liaatishaa
  • WpView
    Reads 5,194,221
  • WpVote
    Votes 115,697
  • WpPart
    Parts 58
Kerana satu insiden yang tidak di ingini telah menjadikan mereka sepasang suami isteri. Bukan atas kemahuan diri, bukan atas kerelaan hati. Safa Safiyyah, dirinya akhirnya dibuang keluarga. Dicurangi suaminya sendiri dan dibenci oleh semua. Dirinya dibuang ibarat anijing kurap, tanpa bantuan sesiapa kecuali Tuhan Yang Maha Esa dia menghadapi ujian itu dengan penuh sabar. Ihtisyam Arif Aqil, terasa dirinya teraniaya dna akhirnya membenci isterinya sendiri. Mencurangi isterinya bersama kekasih hatinya. Insiden yang tidak diduga telah mengakibatkan dirinya menjadi seorang suami. Baru sahaja cinta mulai berputik, ujian pun muncul. "Safa Safiyyah, aku ceraikan kau dengan talak satu" Adakah sinar kebahagiaan dalam hidup Safa? Mampukah Arif memenangi hati Safa? Apakah keluarga Safa menerimanya semula? Siapakah yang memerangkap mereka?
ZARITH'S: HER COMMANDO [C] by sdaniella___
sdaniella___
  • WpView
    Reads 1,070,604
  • WpVote
    Votes 45,808
  • WpPart
    Parts 82
Aiman Zarith x Aufyaa Imani [𓂀 ʙʟᴀᴄᴋ ᴅᴇᴍᴏɴ ꜱᴇʀɪᴇꜱ ɪɪ 𓂀] ‼️WARNING‼️ - Might contain sensitive issues. Read on your own risks. Sinopsis: Aiman Zarith merupakan seorang anggota pasukan khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang dikenali sebagai VAT69. Serbuan yang dilakukan oleh pasukan yang diketuai Zarith enam tahun lalu di sebuah rumah pelacuran milik sebuah kumpulan pengganas yang dikenali sebagai Venom telah menjadi titik pertemuan Zarith dan seorang gadis bersama seorang bayi perempuan. "Kau bawa anak kau ke tempat macam ni? Untuk apa? Untuk tengok aksi kau dengan jantan dalam bilik ni?" - Aiman Zarith Aufyaa Imani merupakan seorang gadis biasa yang lahir dari sebuah keluarga yang cukup harmoni. Kematian ibunya akibat kanser mengubah seorang ayah penyayang menjadi bengis, kaki pukul, kaki judi dan kaki minum. Kejadian satu malam yang mencambah kebencian dalam hati Aufyaa terhadap si ayah sehingga dia tidak lagi memerlukan sosok seorang ayah dalam hidupnya. "Aku tahu pandangan orang macam kau pada golongan lorong macam kami. Tapi kau langsung tak ada hak untuk menghina, terutama sekali anak haram yang kau sebut tu." - Aufyaa Imani Sepanjang enam tahun selepas serbuan di rumah pelacuran dan bubarnya Venom, Aufyaa menghabiskan waktunya mencari rezeki untuk menyara diri dan bayi yang dijaga. Sehinggalah takdir menemukan semula Zarith dan Aufyaa selepas enam tahun membawa haluan masing-masing. Takdir apa yang sudah tertulis untuk mereka sehingga mereka dipertemukan semula? Start: 11 MAY 2024 End: 24 MAY 2025
Takdir terakhir kita [C]  by luving_belle
luving_belle
  • WpView
    Reads 1,307,535
  • WpVote
    Votes 852
  • WpPart
    Parts 1
Qaireen Medina lahir dalam keluarga yang sepatutnya menjadi perlindungan, tetapi bagi dia, rumah itu tidak lebih dari sebuah neraka. Hinggalah satu hari, dia berjumpa dengan Aiden Mikhail secara tidak sengaja apabila cuba untuk mencari ketenangan di kampung halamannya. "Cik?" - Aiden Mikhail Lelaki itu bukan penyelamat yang Qaireen pernah terfikir untuk dia taruhkan harapan. Tapi entah kenapa lelaki itu menjadi tempat yang membuatkan dia rasa selamat dan selesa untuk bercerita. "Kenapa beli? Saya tak suruh pun..." - Qaireen Medina "Tak apa lah, Allah kan suka kalau kita mudahkan urusan orang lain. Kiranya aku mudahkan urusan kau dari kena cari ayam gunting kat kedai lain lah ni." - Aiden Mikhail ••••• start : 5 March 2025 end : 5 December 2025