Nur
180 stories
QAIS HANZALAH'S : HIS PRECIOUS BELAHAN JIWA  [COMPLETE] by sopheahadie
sopheahadie
  • WpView
    Reads 66,806
  • WpVote
    Votes 2,194
  • WpPart
    Parts 52
Qais Hanzalah, seorang anggota dari pasukan elit Grup Gerak Khas (GGK) berpangkat kapten, tekad dalam hidupnya bahawa dia tak akan berkeluarga kerana baginya, negara adalah keutamaannya. Namun, segalanya berubah takdir mempertemukannya dengan seorang gadis yang bernama Alma Miqayla. Alma Miqayla, seorang guru sekolah yang mempunyai satu sejarah hitam bersama dengan 'kacang hijau'. Baginya, semua makhluk berkacang, tak kisah lah hijau mahupun biru, semuanya sama. Tak berguna. Berjanji dengan diri sendiri yang dia akan menjauhkan dirinya dari golongan itu. Pertemuan antara Alma dan Qais telah menimbulkan bunga-bunga cinta dalam hati mereka berdua. Namun, setelah mengetahui tentang sejarah hidup Alma, Qais mula ragu. Mampukah Alma menerimanya? Mampukah dia mengubati luka Alma. Demi mendapatkan seorang Alma Miqayla, Qais Hanzalah sanggup melakukan apa sahaja termasuklah merahsiakan siapa dirinya dari gadis itu. "Awak kerja apa ye sebenarnya Qais?" - Alma Miqayla "Saya kerja coach je, train orang." - Qais Hanzalah Akhirnya mereka bersatu sebagai pasangan suami isteri yang sah. Sedang menikmati alam rumah tangga yang mula bahagia, kebenaran mula terbongkar apabila Alma ditugaskan untuk menjadi guru pemantau di sebuah kem manakala Qais pula sebagai kem komandan kem tersebut. Di situlah hubungan antara kedua mereka teruji. "Kenapa awak tak beritahu saya siapa awak sebenarnya?" - Alma Miqayla "Sebab abang tak nak hilang sayang. Abang takut sayang tak akan terima abang bila sayang tahu siapa abang sebenarnya. abang tak sanggup hilang belahan jiwa abang." - Qais Hanzalah Apakah kesudahan kisah Alma dan Qais? Pilihan manakah yang Qais akan utamakan, negara atau isterinya? Adakah Alma menyesal bersuamikan seorang tentera? Mampukah mereka bahagia semula?
His Bambina by sffullmoon_
sffullmoon_
  • WpView
    Reads 3,214,577
  • WpVote
    Votes 137,883
  • WpPart
    Parts 95
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? Layak ke kau untuk suka aku? Dengar sini, aku tak akan pernah suka dekat kau, faham? - Fahim Mikhael Logik ke perasaan cinta tu daripada budak umur 19 tahun terhadap orang dewasa 23 tahun? Kerana benci Fahim mengambil remeh tentang cinta yang dikatakan oleh Sophea. Bagi nya Sophea yang berumur 19 tahun tidak mengerti apa itu maksud cinta sebenar. Hubungan yang terputus dahulu kini datang kembali apabila kedua nya sudah ada kerjaya masing-masing. Besar sangat ke salah I pada you, Sophea- Fahim Mikhael You tanya I? Ia tak besar Fahim tapi cukup untuk bagi I merana - Aryanna Sophea Fahim akui yang dia dah termakan dengan kata kata sendiri. Disebabkan kata-kata sepupunya, dia benci Sophea serta merta tetapi benci bertukar jadi cinta bila cerita sebenar terbongkar. Dia mahu kan gadis itu semula, Sophea berubah 360 pada pandangan nya. Sophea yang dia kenal tidak sama sekali dengan Sophea yang berada di depan matanya sekarang ini.
ZAFRAN'S: His Precious Belle (C) by Missailynn
Missailynn
  • WpView
    Reads 2,072,601
  • WpVote
    Votes 92,717
  • WpPart
    Parts 56
TENGKU ZAFRAN & IRENE ISABELLE START : 1 MARCH 2025 END : 7 JUNE 2025 The Grand Elite High School. Dua nama menjadi bualan para pelajar dan guru. TENGKU ZAFRAN ADHA. Pewaris TZ Security yang petah, genius, nakal dan tinggi egonya. IRENE ISABELLE. Pewaris Magical Musicworks berdarah campuran, cantik, bijak dan berprinsip tinggi. "So... you are Tengku Zafran? The second place?" -Irene "And you are... Irene Isabelle?" -Tengku Zafran Pertemuan mereka bukan kisah cinta pandang pertama, tetapi permulaan kepada satu perang kecil yang berpanjangan. Dua pelajar terhebat yang tidak pernah berhenti bersaing demi kedudukan nombor satu. Namun segalanya berubah apabila Irene tiba-tiba menghilang dua minggu sebelum SPM, selepas pemergian bapanya. Meninggalkan Tengku Zafran dalam tanda tanya yang tak pernah terjawab. 13 tahun kemudian, Irene kembali ke Malaysia... dan tanpa disangka, Tengku Zafran muncul semula dalam hidupnya. Bukan sebagai lawan lama, tetapi sebagai pengawal peribadinya. Irene menolak tapi lelaki itu mendekat. Niatnya jelas mahu melindungi Irene, tanpa mengharapkan apa-apa balasan. Hanya disebabkan satu malam, semuanya musnah. Malam yang mengikat status mereka sebagai suami isteri dalam keadaan yang tak pernah mereka pilih. Irene terperangkap dalam trauma dan rasa hilang arah. Tengku Zafran pula dihimpit rasa bersalah, namun nekad untuk memperbaiki semuanya, walau tiada cinta antara mereka. "You ruined me, Zaf. Macam mana you nak expect I hidup dengan you?" -Irene "I know. And I don't deserve your forgiveness. But please Irene... let me spend the rest of my life trying to make things right. Even if it means giving up everything I have." -Tengku Zafran Tiada cinta. Hanya luka, janji dan ikatan. Mampukah dua jiwa yang pernah berlawan, akhirnya belajar untuk berdamai dalam satu ikatan? Dan mampukah cinta lahir... dari malam yang sepatutnya tak pernah berlaku?
KAISER : The Hidden King by -theals
-theals
  • WpView
    Reads 1,019,015
  • WpVote
    Votes 51,342
  • WpPart
    Parts 68
[ COMPLETED ] Ayden Kaiser, kuasa raja. Itulah maksudnya sekali gus membentuk keperibadiannya yang agak dingin dan misteri. Siapa sahaja yang tidak mengenali Benjamins? Keluarga mafia terkuat di US dengan legasi paling mewah. Namun di sebalik keluarga tersebut , pelbagai rahsia kotor disimpan. Kerana satu peristiwa, lelaki itu dibawa ke Malaysia bersama bapanya menyebabkan dia yakin bahawa semua penyeksaan bakal terhenti. " Don't be stupid. You won't be any fun if you're dead. " Raiz Affan, dia hilang segalanya pada waktu muda menjadikan dia seorang anak yatim piatu kemudian dibesarkan oleh ibu dan bapa saudaranya. Satu peristiwa tersebut , cukup membuatkan dia trauma. Malah dia sudah bersumpah untuk membalas dendam kematian ibu bapanya itu. Jika nyawa dia bakal terlibat, dia rela berkorban. " Aku tak sangka selama ini orang yang aku cari itu engkau. " Naayla Zahra, seorang gadis yang tidak sedar dia sudah terperangkap dalam bahaya sepanjang hidupnya. Apakah yang bakal dia lakukan apabila mengetahui siapa Ayden Kaiser dan perasaan sebenar Raiz Affan? Dapatkah dia meluahkan perasaan yang lama terpendam sebelum Raiz pergi membalas dendam? " I thought I could trust you! " The Hidden King. " Be mine and I'll treat you like a real Queen. "
AFFAN_ADRA | In Editing by MissHumairah27
MissHumairah27
  • WpView
    Reads 654,136
  • WpVote
    Votes 25,129
  • WpPart
    Parts 94
Affan Adry x Afaf Adra 'Dia adalah amanah yang akan aku jaga sehingga akhir hayat.' Afaf Adra binti Mohd Azhar. Seorang gadis bertubuh berisi, berpenampilan sederhana, dan penuh rasa rendah diri. Gummy smile-nya manis, tapi baginya tak cukup untuk menarik perhatian sesiapa. Jauh di sudut hati, dia menyimpan rasa pada seorang lelaki. Barista di kafe kegemarannya. Tapi dia tahu, lelaki sebaik itu mustahil untuk dimiliki. Hanya diari menjadi tempat untuk dia meluah. 'Saya sukakan awak. Tapi, mustahil untuk awak suka orang macam saya. Saya ni tak cantik.' 'Fii Amanillah the guy I odore the most' Affan Adry bin Mohd Fathi. Berkulit hitam manis, pemilik kafe yang sentiasa tenang dan berprinsip. Dalam diam, dia memerhati gadis itu dan mula menyimpan perasaan pada gadis itu. Di saat dia yakin untuk melamar, takdir menguji mereka dengan perpisahan yang menyakitkan. 'Cik Adra, beri peluang pada saya untuk bahagiakan awak sebagai suami awak, boleh.' - (Fa) Namun satu kejadian tidak menduga terjadi mereka terpisah. Beberapa tahun berlalu, takdir menemukan mereka semula. 'Fi hifzillah fi amanillah' - saya tinggalkan awak dalam jagaan DIA, Semoga DIA temukan kita tepat dengan caraNya [Fa] Sebuah kisah tentang cinta yang dipendam dalam diam. Diungkap dalam doa dan diuji oleh takdir. Bertahun berlalu dan mereka sedar bahawa, cinta yang sebenar bukan milik kita, ianya amanah dari Allah.
MY COINCIDENCE BRIDE ~ Ebook by Mi_Amethyst
Mi_Amethyst
  • WpView
    Reads 392,155
  • WpVote
    Votes 10,412
  • WpPart
    Parts 32
ARJUNA HANIF x TIARA ADELIA Tiara Adelia, bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah agensi pelancongan. Dia hanyalah seorang gadis biasa yang sudah menjadi anak yatim piatu semenjak berusia 16 tahun lagi. 3 tahun menjalin hubungan cinta dengan Mirwan Maliki, hidup Tiara benar-benar bahagia. Terasa dirinya benar-benar disayangi dan dicintai oleh Mirwan. Lelaki itu selalu ada disaat dia memerlukan. Lelaki itu selalu ada melindungi disaat dia dalam kesusahan. Namun siapa sangka, bahagia yang hadir itu, direnggut pergi tanpa Tiara pernah terfikir perkara itu akan berlaku ke atas dirinya. Dikhianati dalam diam oleh kekasih hati, perempuan mana yang kuat untuk menerima? Semakin luka parah hatinya bila Mirwan mengakui sudah mencintai wanita lain dalam diam, dan lelaki yang dicintai sepenuh hati itu akhirnya memilih untuk menikahi wanita lain. Rasa kecewa itu begitu menjerut tangkai hati Tiara. Demi untuk melupakan rasa kecewa, dia bekerja tanpa henti membawa pelancong ke luar negara. Dan pertemuan dengan seorang jejaka ketika dia hadir ke majlis perkahwinan Mirwan, telah menjadi titik permulaan hidupnya sentiasa dipertemukan dengan lelaki tampan itu. 3 bulan mereka tidak berjumpa selepas pertemuan pertama itu. Akhirnya bumi Korea kembali mempertemukan mereka. Arjuna Hanif, seorang juruterbang Malaysia Airlines berpangkat kapten. Lelaki yang pada mulanya bermulut pedas. Namun, bila berdepan dengan Tiara, dia boleh berubah menjadi manis, semanis gula. Tiara mengelak, Arjuna pasti akan mendekat. Satu persamaan antara mereka, dikecewa dan dikhianati oleh orang yang mereka sayang tanpa mereka tahu yang pasangan mereka itu bakal berkahwin antara satu sama lain. Lantas, mereka tak ubah seperti Sugar and Spice. Manis dan pedas, seperti rencah kehidupan yang mereka lalui. Adakah Arjuna dan Tiara memang ditakdirkan untuk bersama? Atau cinta lama Tiara dan Arjuna akan kembali semula kepada mereka suatu hari nanti?
THE DEVOTION [EBOOK] by bintangwrites
bintangwrites
  • WpView
    Reads 1,874,433
  • WpVote
    Votes 27
  • WpPart
    Parts 4
⚠️ known before as @Mrs Arfan Daniel❗ *** COMING SOON EBOOK! *** Second book of '𝒯𝒽𝑒 𝒮𝑒𝓇𝒾𝑒𝓈' 🌸 - WARNING: BACAAN MATANG. ADA SEDIKIT SCENE ROMANCE 18SX. BACA MENGIKUT KESESUAIAN UMUR. JIKA MASIH BERKERAS, IA NYA MENJADI TANGGUNGJAWAB PEMBACA SENDIRI. Arfan Daniel, Kerana cemburu, maruah seorang gadis yang dicintainya dirampas begitu sahaja. Namun, Arfan merupakan seorang pencinta sejati, saat bibirnya menuturkan "abang akan bertanggungjawab", ditunaikan kata-kata tersebut. Cintanya ikhlas, ikhlas buat seorang ratu yang sentiasa bertakhta di hatinya. Marisa Hani, Benci menjadi satu-satunya perkara yang tersemat di hati Marisa buat lelaki bernama Arfan. Dirogol, dimarahi, ditengking, dikawal malah hubungannya dengan lelaki yang dicintai turut hancur kerana Arfan. Namun, takdir tetap takdir. Kalsom, ibu kepada Arfan meminta Marisa untuk menerima Arfan sebagai suami. Tanda "bertanggungjawab" ke atas perbuatan memalukan Arfan. Marisa sangkakan Arfan akan menyakitinya seperti selalu namun sangkaannya meleset disaat, dirinya dijaga tidak ubah dari seorang ratu. Malah, disaat lelaki itu tidak mempunyai segalanya, Arfan rela memberi nyawanya demi kebahagiaan Marisa. Sikap Arfan melembutkan sekeping hati Marisa. Muncul satu perasaan aneh, cinta? Ya, Marisa cintakan Arfan. Di saat bahagia muncul di dalam perkahwinan mereka, rumahtangga mereka diuji. Hubungan mereka diuji. Hati Marisa hancur di saat mengetahui Arfan bakal menikahi wanita lain, segala janji lelaki itu hanya sekadar menanam tebu di bibir. Marisa kecewa, segera diri dibawa pergi bersama anak yang baru lahir jauh dari pandangan Arfan. Setahun berlalu, Takdir mempertemukan mereka. Arfan segera melutut merayu namun Marisa tidak peduli. Hatinya mati setelah kejadian setahun lalu. "Abang.. Mohon sayang dengar penjelasan abang."_ARFAN DANIEL Berjayakah Arfan melunturkan kembali hati sang isteri untuk kembali kepada dirinya?
Kerana Dendam [Terbit] by daisyxdahlia
daisyxdahlia
  • WpView
    Reads 1,424,845
  • WpVote
    Votes 22,324
  • WpPart
    Parts 25
Adam Hirdy | Azalea **TRIGGER WARNING** READER DISCRETION IS ADVISED. This story may be upsetting for some readers, as it explores themes of mental illness and trauma. It also includes sensitive content such as sexual assault, violence, kidnapping, murder, self-harm, and suicide. If any of these topics are triggering for you, please consider skipping those parts or stop reading altogether.
EVE [COMPLETE] by _HerVioletta98
_HerVioletta98
  • WpView
    Reads 22,945
  • WpVote
    Votes 1,003
  • WpPart
    Parts 58
1. EVE Arsya Althea Binti Arman Akhtar anak kacukan Indo-Malay. Siapa tidak kenal sikap kasar dan dinginnya seperti ratu ais. Arsya merupakan adik kepada seorang geng motor di Indonesia. Kepulangannya ke Indonesia adalah untuk mencari siapa dalang di sebalik kemalangan yang menimpa abang kandungnya. Dalam mencari dalang kemalangan abangnya. Muncul seorang lelaki misteri yang menyelamatkan dia daripada mangsa buruan geng motor yang lain. Evren Hakimi. Lelaki bermata hijau. Kacukan Turki-Malay. Seorang yang misteri dan muka beku yang sukar dijangka sikapnya. "Motor buruk kau ni esok aku tolong hantarkan." Evren Hakimi. "Motor buruk kau kata? Motor aku punyalah premium kau cakap motor buruk. Motor sendiri pun hauk. Ada hati nak kutuk motor aku!" Arsya Althea. "Nice Canim.I love this position more. So, can you just stop talking right now Canim?" Evren Hakimi. Semakin Arsya menjauh, semakin dia mendekat. Wajah beku dengan sikap yang misteri membuatkan Arsya kalah dengannya jua. Namun, pertemuan antara Arsya Althea dan Evren Hakimi bukan satu kebetulan apabila Arsya tahu siapa Evren Hakimi yang sebenarnya. Siapa lelaki misteri yang muncul dalam hidupnya secara tiba-tiba?Dapatkah Arsya mencari siapa sebenarnya identiti lelaki bermata hijau ini? Apa kaitan Evren Hakimi dan Ayden Al-Fatih, abangnya?Siapa dalang di sebalik kemalangan Abang Ayden? Start: 28 Mac 2023 End: 24 Mac 2024 *Typo bersepah, nanti" sy edit ya😴 🧩This gorgeous cover is edited by @raisynee
HER POSSESSIVE DARKNESS by daminmeen
daminmeen
  • WpView
    Reads 16,399
  • WpVote
    Votes 784
  • WpPart
    Parts 6
" You are mine! ", bentak lelaki itu dengan kasar. " I will do whatever it takes to make you mine. " Beberapa orang pengawal peribadi lelaki tersebut mula mendekati ke arah Sabrina yang masih kaku. Tangan gadis itu ditarik dengan kasar oleh mereka. Kornea mata coklat yang langsung tidak menunjukkan sebarang ekspresi itu ditatap sekilas sebelum pandangannya menjadi gelap. " I can give you the world, Sabrina. I know that love takes time and I will give you as much as it takes but still you are mine. " ____________________________ Apabila Sabrina Elmeidra, seorang penulis terkenal di dunia maya mendapat tawaran untuk menerbitkan bukunya yang berkonsepkan genre romantik dan juga popular di kalangan remaja dan dewasa oleh sebuah syarikat yang terkenal dan berjaya di New York. Tanpa berfikir panjang, dengan segera gadis polos itu bersetuju. Cayden Zander merupakan seorang ketua mafia yang paling digeruni di kota New York, dan di seluruh negara tersebut. Lelaki kejam ini juga adalah pewaris kepada The Black Dragon iaitu kumpulan kongsi gelap bapanya. Dia sudah terbiasa dengan mendapati segala yang dimahukan olehnya. Disebabkan hutang seorang gadis, dirinya berkait dengan Sabrina Elmeidra. Dan pada pertama kali, dia menatap wajah gadis itu. Lelaki kejam ini tahu bahawa gadis polos tersebut adalah gadis pilihan hatinya. _______________________________ Bagi insan kejam yang bernama Cayden Zander, Sabrina Elmeidra adalah sinar kebahagiaan baginya namun bagaimana pula dengan gadis itu? Mampukah Sabrina menerima dan membalas kembali cinta Cayden? Atau cinta yang ditunggu selama ini hanyalah cinta bertepuk sebelah tangan sahaja? _______________________________ 𝐴 𝐷𝐴𝑅𝐾 𝑅𝑂𝑀𝐴𝑁𝐶𝐸 𝑁𝑂𝑉𝐸𝐿 ⚠️Ⓦ︎Ⓐ︎Ⓡ︎Ⓝ︎Ⓘ︎Ⓝ︎Ⓖ︎⚠️ 🚫ʜᴀʀsʜ ᴡᴏʀᴅs ᴀɴᴅ ʙʟᴏᴏᴅ ᴄᴏɴᴛᴇɴᴛ🚫