ROMANCE ✔ℂℍ𝕆𝕊ℍ𝔸ᴀᴡᴀʀᴅ
5 stories
KASIH SEMENTARA by kalcakkanim
kalcakkanim
  • WpView
    Reads 6,915
  • WpVote
    Votes 1,245
  • WpPart
    Parts 58
SAD ROMANCE | CONFLICT | SLICE OF LIFE Pertemuan seorang gadis dan seorang jejaka membuatkan hati mereka mulai bertaut. Hubungan yang pada awalnya dizahirkan sebagai kawan berubah ke hubungan yang lebih serius. Kerana suka sama suka, cinta sama cinta, akhirnya SYAFIQ AIMAN dan DAMIA QISTINA disatukan dengan ikatan pernikahan. "Lain kali kahwin dengan orang kaya barulah terjamin hidup tu. Ni tak, kahwin dengan penjual sate buat apa!" - MAK SITI. "Mak! Sudahlah tu. Penatlah hari-hari nak bertekak benda yang sama ja." - Damia. Pernikahan itu bagaimanapun tidak diterima baik oleh ibu dan kakak Damia yang hidup tergilakan harta dan mata duitan itu. "Jika dia bukan jodohku, aku reda Ya Allah." - NURUL NAJIHAH Pernikahan itu juga menambahkan kekecewaan Najihah, seorang ustazah ayu, lemah-lembut dan baik yang dalam diam menaruh hati kepada abang pelajarnya yakni Syafiq. Tapi betul orang kata, awal perhubungan bersama pasangan memang manis dan wangi sahaja semua. Yang selebihnya? Selebihnya itu terbukti sehinggalah dengan adanya kehadiran Zaid Zaffran, seorang CEO merangkap bos Damia. "Saya rasa penatlah dengan perkahwinan saya tu." - Damia. "Kenapa?" - ZAID ZAFFRAN. "Suami saya tu tak macam awak." - Damia. Sikap Damia yang baik dan tak pedulikan wang ringgit pada mulanya kini berubah drastik. Dia sedikit demi sedikit bagaikan menjauh dari Syafiq. Termakan dengan hasutan jahat ibunya. Ditambah lagi selepas lahirnya anak bernama Faliq, anak istimewa hasil bahtera perkahwinan bersama suaminya itu membuatkan Damia bencikan Syafiq sepenuhnya. "Aku benci budak tu! Aku benci kau Syafiq! Aku menyesal kahwin dengan kau!" - Damia. "Mana janji yang pernah awak buat dulu? Mana cinta yang awak pernah bagi dulu?" - Syafiq. Kini Syafiq tersedar. Dirinya itu hanyalah tempat persinggahan wanita itu. Kebahagiaannya bersama gadis bernama Damia Qistina hanyalah SEMENTARA baginya. Apakah kesudahan kisah mereka? SESUNGGUHNYA, KIFARAH ITU ADA.
Dalam Dakapan Ruhi by _louvrees_
_louvrees_
  • WpView
    Reads 13,480
  • WpVote
    Votes 1,982
  • WpPart
    Parts 26
Habib Ruhi. Nama yang indah, seindah tuannya. Namun, hanya dirinya yang tahu betapa hidupnya diselaputi dosa sebagai seorang manusia. 11 tahun hidupnya hanya bertemankan pagar besi. Siang malam pun Habib hampir lupa bagaimana keadaannya. Sungguh, pengalaman perit itu cukup untuk membuatkan Habib insaf dan ingin bertaubat dari kehidupan silamnya. Namun, kerana lumrah manusia. Sekali bergelar banduan, selamanya akan dipandang busuk oleh masyarakat. Habib memilih untuk menjauhkan diri. Sakit telinganya mendengar tohmahan orang sekeliling walaupun dia sedar itu semua balasan daripada dosa lalunya. "Saya suka awak." -Daneen Aria Hanya ada seorang, yang tak pernah serik ingin meraih perhatiannya. Puas dibebel, puas telinga si gadis dipiat oleh si ayah yang tak mahu anaknya terlibat dengan lelaki penjenayah seperti Habib. Daneen Aria tak pernah kisah. Asalkan, Habib membalas perasaan yang mula tumbuh dalam hatinya. "Awak, jangan lari! Habib kekasih saya, tunggu!" -Daneen Aria Daneen terlalu nekad menginginkan Habib dalam hidupnya. Gara-gara Daneen, Habib terperangkap dengan tipu daya gadis itu hingga mereka akhirnya disatukan. "Kau buat aku nampak lagi jahat dekat mata semua orang. Apa salah aku dengan kau?" -Habib Ruhi Saat bahagia mula hadir ingin menyapa, Habib sekali lagi dituduh atas kesilapan yang bukan dari dirinya. Habib difitnah kerana hasad dengki manusia. "Saya tak sangka awak macam ni. Saya ingat awak dah berubah!" -Daneen Aria "Dengan nama Allah aku bersumpah... Daneen Aria, kau akan menyesal dengan apa yang keluar dari mulut kau hari ni!" -Habib Ruhi Dan bila saat itu tiba, masihkah layak seorang Daneen Aria berada dalam dakapan Ruhinya? Start : 10 Julai 2021 End : --entahla labu cover from @syameerazrina
The Ella's : Ini Hidup Aku (NO-EDIT/RAW - On Hold) by flizwn
flizwn
  • WpView
    Reads 28,368
  • WpVote
    Votes 3,542
  • WpPart
    Parts 80
RAW VERSION FULL WITH FLAWS "Aku tak minta banyak. Aku cuma nak hidup dengan tenang, tolonglah!" - Ella Dia, Ella. Hidupnya mungkin serba tidak indah tapi harapan membuatkan dia hidup hari demi hari. Satu persatu kisah tersingkap. Satu persatu juga manusia muncul dalam hidupnya. Dia tidak mahu menjadi tamak. Dia lepaskan impian dan angan. Dia terima semuanya agar hatinya tidak terluka terlalu dalam. Dia hanya mahu mengukir sebuah senyuman. "She's hurt and lost." "You never gonna be left behind." Mula menulis : 22 Januari 2020 Akhir : *masihbernafas* Credit to Liamysrh for beautiful cover Credit to Google Images, Unsplash for every images in this chapter Credit to all inspired characters
AMBER- CODE NAME: DARK [TERBIT PBAKL] by Angel_k20
Angel_k20
  • WpView
    Reads 214,571
  • WpVote
    Votes 4,868
  • WpPart
    Parts 9
AMBER- CODE NAME: DARK "Kalau ada sesiapa yang cuba jadi tikus... pastikan bangkai mereka tidak pernah ditemui." Sebagai DARK, Aariz Iktizar hanyalah bayang dalam dunia perisikan. Senyap. Tepat. Mematikan. "Kau dalam bahaya!" - Aariz Iktizar "Di mana-mana pun petaka setia mengintai." - Amra Khayra Mampukah Aariz melindungi segalanya, atau dia akan kehilangan kedua-duanya? "Sikit masa lagi, kau akan jadi gila. Kau akan rasa kehilangan... sama macam aku rasa sekarang."
HER, COFFEE | completed ✓ by hannazhya
hannazhya
  • WpView
    Reads 162,410
  • WpVote
    Votes 10,859
  • WpPart
    Parts 16
𝐀𝐌𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐃𝐙𝐑𝐀 - Dia sukakan kopi. Cintakan minuman itu sehingga kini bergelar pengusaha francais kopi terkemuka, Her Cuppucino. Dan sebagaimana kopi, sebegitulah Amaya. Keras dan pahit. Tapi, Amaya bencikan kopi hitam! Jangan setitik pun kopi hitam muncul di depan mata! 𝐈𝐙𝐙 𝐈𝐒𝐇𝐑𝐀𝐐 - Dia pengarah muda yang sukakan kopi hitam tanpa gula. Bak katanya, 'ringkas dan padu'. Hanya kerana satu usahasama antara dua syarikat, mereka bertemu. Awalnya, hanya atas urusan perniagaan. Namun, lain yang terjadi apabila Izz tertarik dengan citarasa Amaya. "Awak buka kedai kopi, tapi awak benci kopi hitam?" - Izz Ishraq "Everyone is allowed to have their own preferences." - Amaya Adzra Tetapi, bagi Izz, ada sesuatu yang pelik soal Amaya. Ini bukan hanya soal citarasa, tapi sebuah kisah. Kisah kenapa boleh terbentuknya seorang Amaya yang pahit dan keras seperti kopi. Amaya tak pernah mengharapkan kasih sayang. Baginya, kasih sayang itu mahal harganya. Dia pilih untuk berdiri sendiri. Simpan segalanya sendiri. Kerana itulah dia, Amaya Adzra. Namun, di saat Amaya alami kehilangan terbesar dalam hidupnya, muncul Izz yang menghulur tangan dan kasih sayang. Benteng yang dibina hampir rebah, namun siapalah dia dengan seorang Izz Ishraq, yang jauh lebih hebat? 𝐀𝐦𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐧𝐲𝐮𝐦 𝐬𝐢𝐧𝐢𝐬. "𝑴𝒚 𝒑𝒂𝒔𝒕 𝒊𝒔 𝒆𝒙𝒂𝒄𝒕𝒍𝒚 𝒍𝒊𝒌𝒆 𝒂 𝒄𝒖𝒑 𝒐𝒇 𝒄𝒐𝒇𝒇𝒆𝒆. 𝑰𝒕'𝒔 𝒂𝒔 𝒃𝒍𝒂𝒄𝒌 𝒂𝒔 𝒅𝒆𝒂𝒕𝒉 𝒂𝒏𝒅 𝒂𝒔 𝒅𝒂𝒓𝒌 𝒂𝒔 𝒆𝒗𝒊𝒍." 𝐈𝐳𝐳 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚𝐬. "𝑩𝒖𝒕 𝒂𝒍𝒔𝒐, 𝒂𝒔 𝒘𝒂𝒓𝒎 𝒂𝒔 𝒂 𝒉𝒖𝒈. 𝑨 𝒄𝒐𝒎𝒇𝒐𝒓𝒕. 𝑨 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒔𝒚𝒎𝒃𝒐𝒍." Kerana seperti kopi, Amaya Adzra punya kehangatan di sebalik kepahitan itu.