Snamie14's Reading List
10 stories
What If I Never Love Again? by kiranashah
kiranashah
  • WpView
    Reads 12,892
  • WpVote
    Votes 616
  • WpPart
    Parts 8
Kebahagiaan milik pasangan bahagia, Adrian dan Irene terlalu sempurna dimata dunia. Manakan tidak, segala kasih, cinta, dan kemewahan dikongsi bersama dan mereka saling melengkapi. Kehadiran sepasang cahaya mata kepada pasangan ini menambahkan lagi sinar di dalam kehidupan harian mereka. "We'll stay like this forever, sayang?" -Irene Alvena. "Forever." -Adrian Khaer. Kepercayaan penuh diberi kepada si suami yang sibuk mencari nafkah buat mereka sekeluarga. Ayat-ayat cinta diungkap setiap hari kepada Irene, membuat wanita itu bahagia tanpa risaukan apa-apa. Sehingga... "Apa kurangnya saya, Adrian?" -Irene Alvena. "Cinta saya pada awak dah tak sama macam dulu. Awak yang tak boleh terima, jangan salahkan saya." -Adrian Khaer. Sangka Irene, hatinya cuma retak seribu. Tetapi, hatinya hancur, ranap sepunah-punahnya selepas mengetahui sebab sebenar Adrian berubah. "I told you, don't go through a men's phone." -Darena Hanriq. Mampukah Irene mempertahankan hubungan yang dibadai ombak paling kuat kali ini? Masih samakah debarnya pada Adrian selepas wujud orang ketiga?
Dia, Dalam Ceritaku by shirawrote
shirawrote
  • WpView
    Reads 24,211
  • WpVote
    Votes 1,565
  • WpPart
    Parts 98
Camellia Husna dan Gibran Daniel-dua jiwa berbeza yang bertemu dalam takdir yang tidak dirancang. Seorang introvert yang lebih selesa tenggelam dalam dunia penulisan, seorang lagi bintang kampus yang menjadi kegilaan ramai. Dalam diam, mereka menyulam cinta, jauh dari mata dunia, sejak zaman universiti lagi. Namun, setelah Gibran melangkah ke dunia hiburan dan menjadi bintang yang digilai ramai, jurang antara mereka semakin melebar. Camellia yang selesa di balik tabir gagal mengikut rentak dunia Gibran yang penuh cahaya dan perhatian. Dalam satu pertengkaran besar, hubungan yang mereka bina sekian lama berakhir dengan luka yang dalam. Beberapa tahun berlalu, Gibran kini seorang pengarah muda dengan syarikat produksinya sendiri. Namun, satu perkara masih menghantui fikirannya-dia tidak pernah menemui seorang penulis skrip yang dapat memahami visinya seperti Camellia. Dan kerana itu, dia kembali mencarinya. Tapi kali ini, Camellia bukan lagi gadis yang sama. Adakah cinta lama mereka masih punya ruang untuk dibaiki? Atau adakah mereka hanya sekadar watak dalam cerita yang sudah tamat?
Peluang Kedua Buatku (S2) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 975,889
  • WpVote
    Votes 66,019
  • WpPart
    Parts 57
Kehidupan Amsyar Dizhwar dan Haura Mikayla semakin penuh dengan kemanisan selepas hadirnya cahaya mata pertama, Emir Raees. Namun bagi Haura, masih ada beberapa perkara yang diidamkan dalam hidup. Walaupun dikurniakan suami yang memahami, tanggapan orang luar tidak akan dapat dipulaukan sepenuhnya. Mampu ke dia untuk kekal kuat sebagai seorang isteri, seorang ibu, seorang menantu, seorang anak dan dalam masa yang sama mengejar keinginannya yang masih belum selesai. (Light reading)
Peluang Kedua Buatku | (c) by oniriquefairytale
oniriquefairytale
  • WpView
    Reads 6,858,391
  • WpVote
    Votes 284,101
  • WpPart
    Parts 64
Meskipun dibesarkan dalam keluarga yang dihormati, Haura Mikayla tidak pernah diajar oleh Dato' Azham dan Datin Suhaila mengenai kehidupan. Haura dibiarkan terkontang kanting di dalam masyarakat, dibiarkan sendiri mencari tujuan dan kebebasan hidup seorang diri, sehingga dia menjadi mangsa dalam percintaan yang disangkakan ikhlas. Memang benar, anak bongsu lebih kepada sifat manja namun sedih, kecik hati, kecewa banyak disimpan dan dipendam sendiri. Kadang dipersalahkan tanpa bukti. Sehingga dia membuat keputusan untuk tidak lagi meletakkan harapan kepada kaum Adam. "Mungkin saya ni sebenarnya dilahirkan tanpa pasangan kot?" - Haura Mikayla Amsyar Dizhwar, yang meletakkan keluarga sebagai keutamaan dalam hidup mula memikirkan soal hati apabila dipertemukan semula dengan adik kepada rakan karibnya, Hawwas Muazzam. "Saya terima awak. Baik buruk awak." - Amsyar Dizhwar Start; 19th September 2023 End; 7th November 2023
DIA PEMILIK HATI [C] by LeannaRose_
LeannaRose_
  • WpView
    Reads 5,686,412
  • WpVote
    Votes 206,639
  • WpPart
    Parts 70
[ᴋᴀʀʏᴀ ᴘᴇʀᴛᴀᴍᴀ] AULIA SAFINNA. Seorang gadis kacukan Germany yang berumur 24 tahun berasal dari keturunan yang berada. Memiliki rupa paras yang cantik yang mampu memikat hati semua lelaki. HARRAZ DANIAL. Sesiapa yang terpandangkan raut wajahnya akan toleh untuk kedua kalinya. Handsome sangat! Jawatan CEO yang digalasnya membuatkan dia digilai ramai gadis, tapi bukan bagi Aulia. Setiap kali mereka berjumpa ada je pertengkaran. Masing-masing tak nak kalah. Dah macam anjing dengan kucing! "Eh you ni buta ke sampai orang kat depan mata you pun tak nampak ? Mata letak kat mana? Lutut hah?" - HARRAZ DANIAL "Siapa yang buta sekarang ni awak ke saya? Dia yang keluar lift tak tengok kiri kanan nak salahkan orang pulak." - AULIA SAFINNA Akankah mereka akan terus bertikam lidah bila peristiwa pahit telah menimpa Aulia sehinggakan Harraz membuat keputusan untuk berkahwin dengan gadis itu untuk selamatkan maruah yang dah dinodai. Dan siapa sangka budak lelaki yang pernah selamatkan nyawa dia dulu adalah suaminya sendiri. "It's you abang, my little angel hero. Finally i found you back after 18 years." - AULIA SAFINNA Dan adakah mereka akan terus mengecapi kebahagiaan bila cinta sudah hadir dalam diri mereka bila munculnya orang ketiga dan orang keempat. "I tak akan lepaskan you Harraz. I akan buat apa sahaja untuk dapatkan you balik! Itu janji i." - NATASYA "Dari dulu you hanya milik i Aulia. Kalau i tak dapat you, i akan pastikan sesiapa pun tak akan dapat you walaupun i kena bunuh sepupu i sendiri." - RAZIF ⚠️ No plagiat ⚠️ 💯 idea dari Leanna Rose
MRS FIRASH ZAYDEN [C] by singlelove_
singlelove_
  • WpView
    Reads 761,178
  • WpVote
    Votes 22,417
  • WpPart
    Parts 67
Tengku Firash Zayden ❤️ Eva Raessa Kerana masa lalu, dia menjadi takut untuk berkahwin buat kali kedua. Dia berubah menjadi seorang yang dingin. Tidak pernah mahu kenal dengan mana-mana lagi wanita. Pertemuan tanpa sengaja menyebabkan dia telah mula membuka hatinya sekali lagi. Selepas banyak kali berjumpa, akhirnya mereka mulai jatuh cinta. Tiada siapa yang tahu status sebenar si jejaka. Menjadi seorang duda dan mempunyai seorang anak di usia muda sangat lah mencabar buat dirinya. Awalnya si gadis terkejut bila mengetahui status si jejaka. Adakah pertemuan tanpa sengaja mereka sehingga membawa ke sebuah pernikahan akan berakhir bahagia? Datangnya orang ketiga mengacau hubungan mereka, dapatkah mereka kekal bersama? Start : 16/01/2023 End : 19/04/2023
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,542,528
  • WpVote
    Votes 257,149
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
SCHICKSAL AREESYAH | Can I Lead Your Hand Forever? by cahhhsham
cahhhsham
  • WpView
    Reads 2,019
  • WpVote
    Votes 451
  • WpPart
    Parts 25
Schicksal yang membawa maksud takdir. Takdir tuhan yang menyatukan dua hati di antara Areeyan Raffell dan Aisyah Humayra. Perasaan cinta berputik apabila mereka mula saling mengenali antara satu sama lain dan mereka mula melatih hati untuk sayang dan cinta sebagai suami isteri. "aku akan cuba sayang dan cintakan kau aisyah" - Areeyan Raffell "saya sayang awak sangat-sangat, jangan tinggalkan saya ea awak?" - Aisyah Humayra "sayang jangan macam ni, abang nak pergi tandas jelah sayang" - Areeyan Raffell "abang...nak peluk abang..cepatlah, rindu ni" - Aisyah Humayra Semakin hari semakin bercambah rasa sayang itu di dalam hati Areeyan Raffell dan Aisyah Humayra. Daripada benci bertukar menjadi suka, daripada suka bertukar menjadi sayang. Lama kelamaan hati mereka saling berpaut antara satu sama lain dan mereka cuba menerima segala kekurangan masing-masing. mampukah mereka bahagia layak seperti pasangan lain? Start date: 12/6/21 [slow update] end date: ? $; konflik 20% $; love 80% $; jangan sengih sorang ii, nanti orang sebelah ikut sengih sekali $; and ya u knowlah ending apa kan? #top1- marriedlife
SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK by easyizzy
easyizzy
  • WpView
    Reads 570,434
  • WpVote
    Votes 44,094
  • WpPart
    Parts 50
[ 2021 ] SWEET : PIKAT HATI ENCIK KACAK "Tepi sikit boleh tak?" Hanya dengan sebaris ayat itu sudah mampu membuatkan NUR ELYANA ERIKA jatuh.Jatuh bukan sebarang jatuh, tapi jatuh hati dengan pemilik suara tersebut. Pertemuan mereka yang berlaku secara tidak sengaja itu telah merubah hidup Elyana.Hidupnya yang sebelum ini tidak pernah menyimpan perasaan pada seseorang, kini sudah berubah. Dari pagi sampailah malam, hanya wajah dan suara lelaki itu yang mengisi ruangan fikirannya.Tiada lain selain daripada hal lelaki itu.Tambahan lagi bila gadis itu sejak kecil lagi menyimpan angan - angan untuk mengahwini lelaki dingin dan sombong! Bagi FAER MAHFUZ pula, tiada apa yang menariknya untuk menyimpan gadis itu didalam memori.Dia yakin yang semuanya berlaku secara kebetulan dan bukan takdir. Masih ada yang perkara penting lain yang perlu dia uruskan.Dan sudah pasti, tidak berkaitan langsung dengan gadis yang dijumpai dikedai bunga tersebut. Semuanya memang benar kebetulan, tapi tidak setelah Elyana bertemu dengan Datin Farah aka umi Faer.Nak senang cerita, bakal ibu mertuanya, ehek! "Kamu suka anak auntie ke, Yana?"- DATIN FARAH. "Suka! Suka sangat - sangat, auntie."- NUR ELYANA ERIKA. "Faer tak kenal dia, umi."- FAER MAHFUZ. *** [Faermahfuz×Elyanaerika] [sweet×romance] Start : still waiting. Status : on going.
MR ALIEF AR-RAYYAN [HOLD] by _umairxh
_umairxh
  • WpView
    Reads 64,473
  • WpVote
    Votes 5,290
  • WpPart
    Parts 51
Status : On going❗ Alief Ar-rayyan x Nurul Farisha Aina Nurul Farisha Aina, Seorang gadis yang diluluskan belajar di sebuah kolej yang sama dengan sepupunya,Putri Khairinna. Selepas kematian ibu dan ayahnya dia dijaga oleh pensyarah dikolejnya dan ibu kepada senior ditempat belajarnya sendiri! Muhammad Alief Ar-rayyan! Student last year dikolejnya dan juga anak pensyarah yang dimaksudkan itu. Seorang lelaki yang cukup pakej, tapi dingin dengan mana-mana perempuan. Atas permainan tak masuk akal menyebabkan berlakunya kekeliruan dihati Alief sendiri. "Kalau ni sangat yang awak nak Alief, ceraikan saya, ceraikan saya!"- Farisha. "Nurul Farisha Aina binti Arif Marzuki, aku ceraikan kau dengan talak satu." - Alief "Love is blissful but love is hurting." Start -: 23.6.2021 End -: