malay -
163 stories
Only You [C] by Mshalia__
Only You [C]
Mshalia__
  • Reads 166,180
  • Votes 9,084
  • Parts 57
Tengku Darweena. Cita-citanya ingin menjadi chef tercapai. Dia kini bekerja di sebuah hotel terbesar di Malaysia sejak setahun lalu. Kepulangan anak pemilik hotel itu, Tengku Ariz Zeyyan membuatkan Darweena rasa ingin mencampakkannya ke dalam periuk untuk dibuat sup. Baru kenal, terus diajak kahwin. Memang tak lah Darweena nak setuju. Kenal pun tak apatah lagi cinta. Akhirnya Ariz meminta peluang untuk membuat Darweena jatuh cinta padanya. "Darweena, kalau kucing sukakan ikan, saya pula sukakan apa?" "Entah." "Saya suka awak." Semakin lama, Darweena terbiasa dengan kehadiran Ariz. Rasa cinta mula bercambah di dalam hati namun tak ditunjuknya. Pada masa yang sama, mama Ariz tidak menyukai Darweena kerana menyangka dirinya adalah orang kampung. "Aku tak perlukan apa-apa penjelasan dari perempuan jijik macam kau. Semua dah jelas. Kau perempuan murahan." "Ariz." Darweena terperangkap dengan rancangan mama Ariz menyebabkan Ariz meninggalkan Darweena. Dan Darweena pulang ke pangkuan keluarga dengan hati yang lara. Setelah kebenaran terbongkar, ingin saja Ariz menjumpa gadis itu untuk meminta maaf dan menambat semula hatinya. Tapi kerana dia sudah terikat dengan perkahwinan bersama Tengku Haura Aryana, dia memendamnya. Satu peristiwa membuatkan Darweena dan Ariz bersatu dalam keadaan Darweena sudah terikat dengan pertunangan bersama Tengku Aril Zeyyan, kembar Ariz. Darweena sudah nenerima dengan hati terbuka manakala Ariz ego untuk menerima Darweena dalam hidupnya selepas kehilangan Tengku Haura Aryana. "Awak pergi mana?" "Suka hati aku lah nak pergi mana. Kau sibuk apa hal aku?" "Saya tanya je. Perlu ke nak marah-marah? Soalan saya pun senang je." "Bising lah kau ni. Berambus lah." Apakah kesudahannya? Read and vote Published : 6 June 2021 - 9 August 2021 I was 16 when I wrote this. Please don't judge
C| Raden's Queen by umyhaise
C| Raden's Queen
umyhaise
  • Reads 1,762,597
  • Votes 56,899
  • Parts 51
[ʀ.ɪ sᴇʀɪᴇs ᴠᴏʟ 2] ☾︎𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐑𝐚𝐝𝐞𝐧 𝐈𝐥𝐡𝐚𝐦 <> 𝐄𝐫𝐲𝐧𝐚 𝐀𝐦𝐚𝐧𝐝𝐚☽︎ Eryna Amanda, seorang gadis yang tidak diketahui dari mana asal usulnya. Namun, nasibya menjadi baik dengan adanya sebuah keluarga yang sudi mengambilnya sebagai 'anak angkat' sejak lahir. Dapat jua dia merasa mempunyai ibu bapa serta seorang kakak yang penyayang. Kewujudan Raden Ilham sebagai tunang kakaknya, Erina Khaisarah membuatkan dia gembira. Gembira kerana lelaki itu berjaya membahagiakan kakaknya. Lelaki itu juga sudah dianggap seperti abang kandungnya sendiri walaupun lelaki itu agak menakutkan baginya. Hari demi hari, kegembiraan dan kebahagiaan yang ada terasa bagai ditarik. Apatah lagi dengan kehadiran lelaki bernama Kasyah yang muncul secara tiba-tiba. Lelaki itu mula mengganggu hidupnya. Gangguan yang pada mulanya sedikit, semakin lama semakin menjadi-jadi bila Eryna Amanda kehilangan kedua ibu bapanya. Siapa sangka lelaki yang dianggap abang sendiri itu terpaksa diterima olehnya sebagai seorang suami? Hanya kerana satu sebab. Sebab yang memberi kesan terhadap diri Amanda hingga mati. Nasibnya sudah berubah sekarang, dia sudah tidak punya apa-apa. Yang ada hanyalah suami yang masih mengharapkan kakaknya. "Diam, Amanda. Kau dan aku. Kita ni sama je, entah dari mana, tiba-tiba muncul dalam hidup orang," -Kasyah "Jangan buat macam ni. Manda cuma ada kakak seorang je sekarang," -Eryna Amanda "Sudah, Amanda. Kau hanya seorang adik bagi aku dan tak lebih dari tu," -Raden Ilham Namun, walau apa pun lelaki itu tetap menjadi pelindung dan tempat dia bergantung. "𝐵𝑒 𝑚𝑦 𝑞𝑢𝑒𝑒𝑛 𝑡𝑖𝑙𝑙 𝑦𝑜𝑢𝑟 𝑙𝑎𝑠𝑡 𝑏𝑟𝑒𝑎𝑡ℎ" started: 31/12/22 ended:01/01/24 ⚠️content warning⚠️ - harsh words - abused content - umyhaise
Pencuri Hati! Mrs Doktor.. by NurulHuda015
Pencuri Hati! Mrs Doktor..
NurulHuda015
  • Reads 812,457
  • Votes 27,606
  • Parts 5
Cry. Forgive. Learn. Move on. Let your tears water the seeds of your future happiness. Hubungan yang bertahun-tahun dibina akhirnya terputus di tengah jalan. Luka yang ditinggalkan terlalu dalam, membuatkan Aira Adriana trauma untuk mempercayai lelaki bermulut manis. Baginya, cinta bukan lagi sesuatu yang indah-hanya sekadar janji kosong yang akhirnya membawa derita. Namun, siapa sangka pertemuan yang diatur oleh sahabat baiknya membuka kembali ruang di hatinya? Aqim Adrien, seorang lelaki yang hadir dengan niat baik, perlahan-lahan mengubah persepsi Aira tentang cinta. Dia cuba mendekati Aira dengan penuh kesabaran, membina kepercayaan yang telah lama musnah. "Saya ada dengan awak. InsyaAllah saya akan cuba bahagiakan awak." Ketika Aira mula yakin dengan perasaannya, kebenaran yang menyakitkan terbongkar. "Siapa perempuan tu, Ad? Siapa dia?! Jujur dengan saya!" "D-dia tunang saya... Saya minta maaf, Aira." Hancur hati Aira sekali lagi. Kali ini, dia berjanji tidak akan membiarkan dirinya jatuh dalam perangkap yang sama. "CUKUP! AKU DAH TAK NAK PERCAYA SEMUA LELAKI LAGI!" Aira nekad untuk melangkah pergi. Tiada lagi ruang untuk luka lama berulang. "Kalau aku boleh putarkan masa, aku taknak jumpa kau, Adrien. Aku taknak jumpa kau. Selamat pengantin baru." Namun, adakah ini benar-benar pengakhiran kisah mereka? Atau takdir masih punya rencana yang tersendiri? Cover: Theayraa
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚
lvndrella
  • Reads 1,939,622
  • Votes 81,357
  • Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
Dear Mr Crush!✔️ by sweetiecupcakee
Dear Mr Crush!✔️
sweetiecupcakee
  • Reads 611,552
  • Votes 47,877
  • Parts 41
The more you hide your feelings for someone, the more you fall for them. Dupdap dupdap dudap! Jantung berdegup laju setiap kali majlis dinner satu keluarga! Setiap tahun perasaan itu juga yang dirasanya dari kecil lagi. Engku Medina Syafiyya nama diberi. Medina ialah seorang gadis polos, sedikit pemalu, ceria, cantik, menarik perhatian ramai dan berbakat dalam nyanyian. Suara pemilik mata green emerald ini sering membuatkan orang ramai terpukau jika terdengar. Gadis itu juga telah menyukai sepupu jauhnya sejak dari kecil lagi. Namun tidak pernah ada keyakinan untuk memberitahu. Takut. Takut. Takut ditolak oleh seorang yang telah lama dia pandang dari jauh. Seorang yang buatkan dia berdebar setiap kali mendekati. Seorang yang melemahkan lutut untuk berdiri di hadapan dia. Seseorang itu, Tengku Faliq Aiden. Hero utama sekolah baru Medina Safiyya. Oleh kerana rupa paras dan segala tentangnya menarik perhatian jadi bukan Medina seorang sahaja yang meminati lelaki itu. Bezanya, gadis itu sudah lama memendam perasaan yang tulus dan bukan sekadar minat. Masa berlalu pantas, hadirnya hari lahir Medina, datangnya sesuatu permintaan dari keluarga mereka. Berkahwin. Repeat it again. Berkahwin. Berkahwin dengan crush sendiri? Dang! Dengar pun jantung bagai nak lompat. Medina sangat gembira mengetahui hal itu walaupun luarannya, dia hanya biasa-biasa sahaja. Namun di pihak Faliq, ia sukar untuk dikatakan. Ia seperti datang secara tiba-tiba dan sangat sukar untuk dipercayai. "Why am I so afraid to lose you, when you are not even mine?" Banyak perkara yang terjadi membuatkan hati Medina terluka. Adakah dia akan tetap berdiri dan memandang dari jauh? Perlukah dia beranikan diri? The best feeling is when you look at him and he's already staring. WAIT, WHAT?! Persoalannya, bolehkah mereka tetap bersama setelah semuanya berlaku dengan takdir? Bolehkah Medina hidup bahagia dengan orang yang telah lama dia inginkan? ©️swtcpkee hadiah cover dari @aazayeon
HANYA SEMENTARA ✔ by __Ibyyy__
HANYA SEMENTARA ✔
__Ibyyy__
  • Reads 576,239
  • Votes 16,085
  • Parts 75
⚠Known As: MY TEARS!⚠ SARAH IRDINA_ Dia memang seorang gadis yang cantik namun, dirinya tidak pandai dalam bab bergaya dan bersolek. Dalam sekelip mata sahaja, dia telah dikahwinkan dengan Tengku Mikael atas alasan 'terhutang budi'. Siapa cakap perkahwinan aturan keluarga ni bahagia? Kekal hingga mati? Tak! Semua tu hanya hayalan semata-mata. " Kau memang hodoh ke sejak kecil? Baju macam karung guni, beg besar gedabak macam nak lari rumah. Ceh, kau memang bukan test aku." __TENGKU MIKAEL. " Saya akan cuba untuk jadi isteri yang sempurna untuk awak. Tapi tolong terima saya seadaanya." __ SARAH IRDINA Cukup hanya setahun bahagia yang mereka kecapi sebelum badai berganti. Nafsu seorang suami tewas bila digoda dengan orang ketiga. Egonya tinggi melangit sehingga sanggup membuang isterinya yang telah banyak berkorban untuknya. " Dengan bersaksikan semua kawan aku, kau Sarah Irdina aku ceraikan dengan talak satu!" __ TENGKU MIKAEL. Sakit? Kecewa? Sudah tentu. Suami yang telah dia agungkan untuk menjadi pendamping hidup sehingga tua telah menjatuhkan talak ke atas dirinya. Hina ke seorang gadis sepertinya mencintai lelaki yang berpangkat Tengku? Dengan hati yang lara, Sarah telah membawa diri ke luar negara. Cukup susah untuk melupakan segala kenangan manis yang telah tercipta. Saat dia jatuh, ada tangan yang mengangkatnya kembali menjadi seorang yang lebih agung. Kini, wajah Sarah telah terpapar di akhbar dan majalah dengan pencapaiannya sebagai model yang terkemuka. Bahagia sungguh Sarah dengan hidup barunya. Namun, kebahagiaan hanya sementara bila Tengku Mikael muncul semula dalam hidup Sarah untuk menagih simpati setelah satu kebenaran telah terungkap untuk menginsafkannya. " Abang mohon untuk sayang maafkan atas kesilapan abang dulu dan untuk kebaikkan anak kita." __ TENGKU MIKAEL. " Maaf? Senang je kau minta maafkan? Ingat semudah tu je aku boleh lupakan semuanya?Bila kau dah buang aku, kau dah buang sekali anak ni." __ SARAH IRDINA.
THE RULES: BRAYAN [Complete] by CIK_ZALIKHA
THE RULES: BRAYAN [Complete]
CIK_ZALIKHA
  • Reads 4,843,612
  • Votes 345,081
  • Parts 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED) by msroses_
CINTA TAK BERSYARAT (COMPLETED)
msroses_
  • Reads 2,766,873
  • Votes 82,482
  • Parts 48
1st story ♥️ Maira Sofea, seorang jururawat yang sangat disenangi oleh orang sekeliling..Ramai yang bercita-cita nak jadikan dia menantu tapi awal awal lagi dia menolak .. Bagi Maira perkahwinan tu agak tak kena dengan jiwa dia .. Dia sudah bahagia dengan kehidupan dia sekarang. Termasuk wad tempat kerjanya.. Namun kecederaan yang dialami menyebabkan dia terpaksa berpindah ke unit lain.. Dan, satu peristiwa telah meranapkan segalanya.. Peristiwa yang menyebabkan dia terlibat dengan lelaki itu.. Ahmad Firash, pegawai perubatan yang sangat komited dalam kerja..Tapi dari segi kehidupan, dia seorang yang tidak sukakan komitmen. Baginya perkahwinan hanya akan menjadikan dia seorang yang tidak bebas. Kerana itu dia selesa berkawan dengan Syakira. Tapi tak tahu di mana silapnya, kecuaiannya meranapkan segalanya.. Peristiwa yang menyebabkan dia terlibat dengan wanita itu.. "Apa salah saya pada doktor sampai doktor buat saya macam ni? Apa?! Jawab Dr Firash! " - Maira "Aku minta maaf staff nurse, aku tak tahu apa dah jadi dengan aku.." - Firash "Akak rasa baik Dr Firash kahwin dengan Maira.. Kalau Maira mengandung macam mana?" - Raihana "Aku akan bertanggungjawab pada kau" - Firash "5 bulan je.. cukup 5 bulan kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya.." - Maira " Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau ni? " - Syakira Takdir.. Sebaik-baik takdir yang Allah dah tulis, siapalah mereka untuk menidakkan..Mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah..Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki..
Puteri Dhia: Untuk Aisar by sarahdianamarcella
Puteri Dhia: Untuk Aisar
sarahdianamarcella
  • Reads 892,350
  • Votes 38,244
  • Parts 86
Buku keempat Putera Aisar Iskandar Putera Mahkota Inderaloka. Seorang yang dingin, dan langsung tidak bercadang mencari suri hati. Tetapi prinsipnya sekelip mata berubah apabila dia bertemu dengan si dia. Tengku Puteri Dhia Aralyn Puteri Kerajaan Negeri Treez. Tetapi dia bertingkah seolah bukan puteri. Sejak dari kecil dia sering dimomokkan bahawa dia aneh, dan tidak punya rupa. Malah pekerjaannya sebagai seorang doktor langsung tidak menggambarkan dia sebagai puteri raja. Tiada siapa yang mengetahui bahawa Treez mempunyai seorang puteri yang cantik. Namun keduanya bertemu dalam situasi tidak dijangka. Sang Putera jatuh cinta, tetapi si Puteri bertindak lari. Sang Putera mencari empunya puteri, si Puteri menyembunyikan diri. Sang Putera dingin ais beku, si Puteri pula nakal berbatu batu. Namun keduanya diuji dengan pelbagai dugaan hingga akhirnya si Puteri nekad meninggalkan sang Putera. Sang Putera rela membuang takhta demi mencari si kekasih hati. Bagaimana kisah keduanya? Love- Yes Cliche- No Royal story tetapi bukan sebarang royal story. Its royal story moden. Tiada istilah klasik klasik digunakan. Juga pelbagai istilah perubatan digunakan. Jika tak pasti, boleh google atau dm author. Harsh word may include. Apologize if this book is not for your type. Start- 2 July 2023 End- 2 Sept 2023 Cover by @sofiah91. Thanks a lot to her..
Terlanjur Mencintainya (C) by idkwydlr
Terlanjur Mencintainya (C)
idkwydlr
  • Reads 298,064
  • Votes 7,962
  • Parts 39
"Umi kena faham along, along cuma tak nak memperjudikan kehidupan along dengan pilihan hati Umi" "Yang akan hidup dengan dia, along. Jadi seorang suami tu, berat tanggungjawabnya. Along yang kena didik isteri sendiri. Tapi, kalau dah tak sayang, tiada kasih antara kami, macam mana along nak jalankan tanggungjawab tu?" Tengku Aidan mengeluh perlahan. ... Kenapalah kau masih simpan lagi hadiah tu? Lepas tu, boleh pula bagi dekat isteri sendiri" pening kepala Tengku Adhwa dibuatnya. ... Author's note: Sebuah cerita yang ringan dan ringkas sahaja. Hanya suka suki guyss. Be easy on me 👉👈. Hopefully you are enjoying my first malay novel. Oh and saya lebih suka publish the whole chapters, tak payah menunggu 🤣 Do votes and comments untuk memeriahkan suasanooo ✨ Highest rankings: #1 shortchapters #1 shortstory #2 cinta #1 novel