AmaleenaAnna's Reading List
53 stories
USTAZAH BASIKAL : Kembara Mustahil Ke Mekah by ahmadbinisa
ahmadbinisa
  • WpView
    Reads 518
  • WpVote
    Votes 15
  • WpPart
    Parts 4
Ahmad, seorang graduan Arkitek nekad meletakkan jawatan untuk mengejar impian berbasikal dari Malaysia ke Kota London. Namun, ibubapanya meminta beliau untuk berkahwin sebagai pra-syarat sebelum keluar mengembara. Ahmad dijodohkan dengan pilihan ibunya, iaitu seorang Ustazah Al-Quran yang tidak pernah ke luar negara, apatah lagi berbasikal ke luar negara. 1 tahun diperlukan oleh Ahmad untuk mempersiapkan mental dan fizikal isterinya supaya tabah mengharungi pengembaraannya yang penuh dengan dugaan dan cabaran. Berbekalkan RM1,900 sahaja, mereka mula berbasikal dan keluar dari Negara Malaysia. Pelbagai ragam suka duka mereka lalui di sepanjang Negara Malaysia, Thailand dan Myanmar. Macam-macam perkara ajaib dan tak masuk akal yang berlaku. Sepanjang kembara di Malaysia, mereka dapat duit sebanyak RM23,000 tanpa perlu bekerja. Di Thailand pula, mereka mula belajar untuk bercakap seperti ayam dan itik untuk teruskan hidup. Di Myanmar, mereka terpaksa tidur di semak akibat undang-undang yang tidak menyebelahi mereka. Dan macam-macam lagi kisah menarik di dalam buku ini. Semoga dengan membaca buku ini, para pembaca boleh mendapat inspirasi & motivasi untuk mengejar impian hidup di dunia ini. "Nothing is Impossible, Allah swt Always With You!" - Ahmad Isa
MENULIS by ReginaIbrahim
ReginaIbrahim
  • WpView
    Reads 38,629
  • WpVote
    Votes 670
  • WpPart
    Parts 190
Oleh kerana dinding Independent sudah penuh dengan 200 artikel dan perkongsian, hal hal menulis akan mula di kongsikan di sini. Seperti biasa hal hal menulis yang sama sama dipelajari dan ditekuni diharapkan menjadi bantuan untuk para penulis pemula yang tidak berlatar belakang sastera sewaktu di sekolah menengah. Dewasa ini pelbagai kursus ditawarkan dengan yuran tertentu. Masterclass, Kelas Novel, Bagaimana Menulis Dengan Bijak sehinggalah membawa ke Institutsi pengajian tinggi. Apakah segalanya berbaloi? Saya fikir ya. Namun bukan semua bernasib baik untuk ikut serta disebabkan kekangan masa dan kewangan. Menulis adalah luahan dari mata hati yang peka pada persekitaran, ia tetap BUKAN hal syok sendiri yang dilayani penuh nafsu. Saluran ini mahu memberikan ide dan cerita dalam dunia penulisan tempatan, seperti biasa penulis mempunyai tanggungjawab terhadap penulisan, isi dan kemampuan untuk mempertahankan karya. Ia merupakan proses yang unik, ada ketikanya berfomula dan ada saatnya menuntut kreativiti tertentu. Tidak lain tidak bukan untuk terus menjana pemahaman, menghibur, membantu, membentuk pemikiran di pihak pembaca. Segala panduan di sini adalah PERCUMA.
The Silent Killer by NurIzzahHani
NurIzzahHani
  • WpView
    Reads 3,624,954
  • WpVote
    Votes 165,419
  • WpPart
    Parts 64
Ini tak kelakar! ego seorang Nur Hani Syuhada tercalar kerana hadirnya manusia bernama Ahmad Irfan! Hani benci Irfan! tapi... dalam masa yang sama dia mengajar Hani erti hidup. mungkinkah dia? tak, yang penting cari Dia sebelum dia!
Nirnama by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 41,271
  • WpVote
    Votes 797
  • WpPart
    Parts 6
Seorang pendekar tanpa nama telah menjadi buah mulut ramai. Sikapnya yang ringan tulang membantu masyarakat di serata Tanah Semenanjung, dan berani menentang kezaliman orang-orang Jagat Suci, membuatkan dirinya menjadi bualan rakyat. Tiada siapa tahu akan namanya. Lantas orang ramai mula menggelarnya Nirnama - Tanpa Nama. Hasil campur tangan Nirnama yang terbaru, Wilayah Ujong jajahan Kerajaan Indera Kayangan jatuh ke tangan Kerajaan Semutar Putih, membuatkan Jagat Suci, pemerintah Kerajaan Indera Kayangan, penguasa Tanah Semenanjung, semakin sangsi dengan hakikat insan bergelar Nirnama. Apakah Nirnama akan memberi ancaman kepadanya? Apa kaitan Nirnama dan Kerajaan Semutar Putih? Siapakah sebenarnya Nirnama?
Tetamu Tuhan 50 Hari by HilalAsyraf
HilalAsyraf
  • WpView
    Reads 5,541
  • WpVote
    Votes 112
  • WpPart
    Parts 5
Novel Tetamu Tuhan 50 Hari membawa pembaca meneliti kisah Wasim, seorang pemuda berusia awal 30-an. Walaupun mempunyai isteri yang solehah, dia hidup terumbang-ambing dengan pendapatan yang cukup-cukup makan, solat tunggang langgang, kuat hisap rokok. Dia juga merupakan seorang anti-sosial, tidak betah bergaul dengan orang ramai. Tetapi tanpa disangka-sangka, Wasim mendapat panggilan untuk bertamu di Tanah Suci selama 50 Hari, bagi menunaikan Haji. Kosnya pula sudah ditanggung! Bagaimanakah Wasim menghadapinya?
N A S U H A (Terbit) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 207,818
  • WpVote
    Votes 17,296
  • WpPart
    Parts 22
Comedy | islamic | friendship __________________________________ Dari sebuah kesilapan, berdarah menjadi kesalahan. _____________________________________ Hanya bermula dari tersilap panggil, "Nama kau apa?" "Ally." "Ali?" Akhirnya berubah menjadi satu kesalahan fatal dalam kehidupan Ally Nasuha. • • •
LUQMAN ANNASAIE 1 © (TERBIT) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 303,780
  • WpVote
    Votes 7,030
  • WpPart
    Parts 19
||||||||||||||||||||||| Ini bukan kisah wali Allah. Bukan juga kisah imam muhaddis. Hanya sekadar sebuah kisah tentang pemuda yang mendambakan syurga. Syurga ibunya dan syurga akhiratnya. Saat hakikat diri ditolak oleh sang ibu, maka hanya tuhan mengetahui keperitan itu. Dan di sini juga kisah di mana dia hendak meraih kembali maaf sahabatnya yang pernah dia khianati satu waktu dahulu. Luqman Annasaie. Warda Ashikin. Ini bukan kisah cinta yang klise untuk ditatap. Sungguh, bukan kisah cinta klise. Tamat pada 4 Mac 2019
Contengan Jalanan by hlovatehood
hlovatehood
  • WpView
    Reads 21,262
  • WpVote
    Votes 1,286
  • WpPart
    Parts 46
Contengan pengalaman perjalanan cari Tuhan. Published May 2011, ISBN139789675118531 Goodreads : https://www.goodreads.com/book/show/11194664-contengan-jalanan