yaya_studio's Reading List
4 stories
Sejuta Cinta Arian by -rxcklessly
-rxcklessly
  • WpView
    Reads 11,887
  • WpVote
    Votes 1,131
  • WpPart
    Parts 28
Setelah peristiwa hitam itu terjadi dalam hidup Nora, dirinya tekad untuk melarikan diri jauh dari hinaan dan makian orang ramai. Perbuatan lelaki-lelaki remaja tersebut telah mengguris hatinya dan menggadai maruahnya. Sebuah perjanjian yang disangka suci dan sejati merupakan permainan agung yang tidak mampu disaingi. Meskipun kata-kata yang diungkapkan merupakan suatu penipuan, namun Nora yakin perasaan yang hadir untuk Arasy bukan satu gurauan. Mata biru jejaka itu sentiasa menjadi tatapan manis setiap hari. Ketawa dan gembira yang dikongsi bersama dengan The Fallen Boys kini tinggal memori pahit buat Nora. Adakah mampu Nora lepaskan segala kenangan bersama mereka? Adakah dirinya bersedia untuk memulakan hidup baru? Lagi-lagi, sebagai seorang wanita yang bernama Arian. No. 1 in #Relationships
Cinta Seorang Isteri by Izzat92izzati
Izzat92izzati
  • WpView
    Reads 661,761
  • WpVote
    Votes 16,641
  • WpPart
    Parts 82
Cinta Amni Jasmina dikhianati suami sendiri, Hafidz Zayyan. Dalam diam Hafidz menjalin semula cinta yang terhenti dengan kekasih lamanya, Saffiyah Dania. Saffiyah Dania seorang janda yang mempunyai anak satu. Tapi, itu semua tidak menjadi batu halangan bagi Hafidz. Cinta Hafidz terhadap Saffiyah tiada titik noktah. Dia bertekad ingin menjadikan Safffiyah Dania sebagai isterinya dan mula mengenepikan perasaan Amni. Dalam diam, Amni memendam rasa, menyalahkan diri sendiri kerana tidak mampu memberikan zuriat kepada Hafidz. Dengan hati yang tidak rela, dia harus mempertahankan rumah tangganya! Nasi telah menjadi bubur. Keegoan Hafidz yang menginginkan Saffiyah sudah tidak dapat dibendung lagi. Dia pernah menjadi separuh gila apabila Saffiyah hilang tanpa berita. Dengan hati yang retak seribu, Amni melepaskan Hafidz demi Saffiyah. Di saat dia melepaskan Hafidz, dengan takdir Tuhan dia telah dikurniakan nyawa yang hidup di dalam rahimnya. Tetapi, dia merahsiakan hal tersebut dari pengetahuan Hafidz memandangkan sakit hatinya terhadap Hafidz masih lagi berbekas. Amni semakin bahagia hidup bersama dengan permata hatinya. Dan di saat itu juga seorang pemuda telah menghulurkan cinta kepadanya. Niqrees Qashfi, pemuda yang sentiasa mencintai Amni sejak dari zaman persekolahan lagi. Di saat dia mengejar semula cinta Amni, dia turut menghadapi masalah yang kronik terhadap adik lelakinya, Naufal Qashfi dek kerana kesilapannya yang tidak dapat dimaafkan. Tetapi, demi cinta dan kasih sayang, Niqrees tega menghadapi semua itu. Tanpa di duga, Hafidz muncul semula menagih cinta Amni. Kegilaannya semakin menjadi-jadi sehingga sanggup mengorbankan anaknya sendiri kerana Amni telah menolak cintanya itu. Hati Amni telah mati untuk lelaki itu. Tetapi apakah ada pilihan untuk Amni memandangkan permata hatinya turut menjadi korban? Apakah kesudahan cinta Niqrees? Adakah dia mampu memiliki hati Amni? Apakah kesudahan persengketaannya dengan Naufal?
Isteri Bukan Pilihan by AiniMursid
AiniMursid
  • WpView
    Reads 982,879
  • WpVote
    Votes 24,422
  • WpPart
    Parts 39
Cuba bagitahu sikit, isteri mana yang nak biarkan suaminya dengan perempuan lain? Okay, mungkin ada isteri orang lain yang baik hati tapi yang pastinya bukan aku! Bukan Ainan Syafeya! Sebagai isteri, aku memang akan gunakan pelbagai cara supaya dia pandang aku seorang saja. Memang aku akan goda dia habis-habislah senang cerita! Namun, siapa yang lebih pintar dalam menggoda? Siapa lagi kalau bukan Dalila, kekasih hati yang seharusnya berkahwin dengan Syafzan namun tak direstui oleh keluarga. "Sayang, you pilih. You nak isteri you atau you nak I? Kalau you nak I, you kena ceraikan dia. Now!" -Dalila "Eh, ewah-ewah suka hati nenek moyang awak je suruh Syafzan ceraikan saya. Dia suami saya, saya isteri dia, tak adanya dia tergamak nak ceraikan saya!" -Ainan Syafeya "Sayang... mana you pilih?" -Dalila "Ainan Syafeya binti Abdul Rashid." -Syafzan Fawaz "Haa... aku dah kata, suami aku mesti pilih aku punya..." -Ainan Syafeya "Aku ceraikan kau dengan talak satu. Kau tinggal je dalam rumah ni, biar aku yang pergi." -Syafzan Fawaz Aku tergamam. Begitu mudah Syafzan menjatuhkan talak? Benarkah Syafzan tak cintakan aku? Jika begitu, apa makna sayang dan cinta yang selama ini dia selalu ucapkan?
BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔ by nrna__
nrna__
  • WpView
    Reads 2,852,172
  • WpVote
    Votes 100,332
  • WpPart
    Parts 70
Kalau disoal tentang cinta, jawapan 'tidak ada', 'tidak akan ada' dan 'tidak mungkin akan ada' yang akan diberikan oleh Nur Hana Imani. Mustahio dia mahu memburu cinta lagi setelah dilukai oleh 'dia' yang dipuja sekian lama. Tiada angin, tiada ribut, khabar pinangan datang entah dari mana mengejutkan empunya diri. Sudahlah tiada teman lelaki, tiba-tiba disunting untuk menjadi milik orang. Persis drama melayu gilanya! Andai ini aturan Tuhan, mampukah Nur Hana Imani memberi peluang lagi untuk hatinya berbahagia dengan cinta? • Nov 2016 - May 2017 • • In editing process - start : June 2025 • • 1st Novel • • Amylicious | nrna •