tinieshaa's Reading List
8 cerita
TERSESAT KE ALAM BUNIAN oleh MiszJupiter
TERSESAT KE ALAM BUNIAN
MiszJupiter
  • Membaca 637,160
  • Suara 37,164
  • Bagian 68
Ashanty, gadis moden yang tidak percaya tentang wujudnya bunian dan hantu dikejar oleh makhluk ghaib dari asrama universitinya. Dia berlari hingga masuk ke dalam hutan hingga terjumpa sebuah menara hijau- menara yang belum pernah dia lihat sebelum ini. Pertemuannya dengan Indrawan, si pemilik menara hijau yang sangat dingin dan kasar, membawa dia ke suatu kampung yang menyimpan pelbagai cerita di dalamnya. Dia diburu, diancam dan dia tidak boleh larikan diri! "Aku akan selamatkan kau. Tak kira apapun yang berlaku, aku akan bawa kau keluar dari tempat ini."- Indrawan. "Kau janji takkan tinggalkan aku?"- Asha. "Maaf. Aku harus tinggalkan kau."- Indrawan. Siapa yang memburu Asha di universiti dan di kampung itu? Di mana sebenarnya Asha? Apakah yang akan terjadi kepada Asha dan Indrawan? 17/1 #9inmystery 26/1 #6inmystery 30/1 #4inmystery 17/2 #2inmystery 23/2 #1inmystery 3/10 #1inparanormal 16/10-7/11 #1inhorror 8/11 #1inmystery 29/12 #2inhorror 13/1 #1inhorror 7/2 #1infriendship 14/2 #1inhorror 7/3 #1inhorror 27/3 #1inhorror 15/4 #1inhorror 25/5 #3inthriller 29/6 #1inhorror 1/8 #1inthriller 12/8 #1inhorror
Hate To Love ✔ oleh arynlxa
Hate To Love ✔
arynlxa
  • Membaca 969,060
  • Suara 46,344
  • Bagian 52
Hubungan yang dijalinkan selama dua tahun berakhir apabila sang jejaka melarikan diri pada hari untuk mengikat tali perkahwinan. Aurelia terduduk tidak memahami mengapakah Anas Mikael meninggalkan di hari perkahwinan mereka. Zafriel Fiyan yang berada di Scotland kembali apabila mendengar berita tersebut. Kembalinya bukan untuk mengejek gadis itu, tapi kembalinya hanya untuk menyembuhkan luka di hati gadis itu. Aurelia yang terus-terusan membenci Zafriel lansung tidak menyedari bahawa jauh di sudut hatinya mempunyai perasaan yang berbeza terhadap Zafriel. Bagi Zafriel pula, mana mungkin dia mencintai gadis yang menjadi seterunya sejak dia kecil lagi. Tambahan sekarang, dia ada tunang, gadis pilihan datuk dan neneknya. Keadaan makin bercelaru apabila Anas Mikael kembali ingin menuntut kembali cintanya dan Damian Firyad meluahkan perasaan yang telah lama dipendam. "I dah lama sayang you." - Damian Firyad "You dah lupa ke apa yang pernah kita impikan dulu?" - Anas Mikael Aurelia tertekan dengan dua lelaki yang menuntut cintanya! Kalau boleh, dia nak je lari dari Malaysia dan stay kat tempat yang tiada orang akan menjumpainya. Lebih stress bila dia menyedari perasaannya terhadap Zafriel. Namun, Zafriel akan menjadi milik orang lain. Dia tidak mungkin akan bersama dengan Zafriel. She once say that she hate him. But in the end, she fall in love with me. "I just HATE him TO LOVE him." "You are my euphoria."
AISARA (COMPLETED) ✔ oleh Syaf_Asriqa
AISARA (COMPLETED) ✔
Syaf_Asriqa
  • Membaca 199,837
  • Suara 13,597
  • Bagian 47
"Dalam bulan ini, aku dah tibai tiga budak yang cuba nak try Inara. Setakat muka penyek, badan macam lidi mak aku, aku boleh guna satu jari sajalah tibai kau! Nak?" Setelah kematian Encik Rosham dalam sebuah tragedi, Aisar nekad untuk menjadi pelindung buat sahabatnya. Di mana Inara berada, di situ jugalah Aisar setia menjadi bayang gadis itu. Persis seperti janji yang sudah ditabur buat arwah ayah Inara. Bagi Nur Inara, Aisar itu menjengkelkan. Ada saja ulah nakal Aisar yang membuatkan nama terhormatnya sebagai ketua pengawas tercalar. Bermacam masalah yang Aisar buat. Ponteng sekolah dan bergaduh sudah sebati dalam diri seorang Aisar Mumtaz. "Tahun ni SPM tahu tak! Fokuslah. Cukuplah kotorkan nama aku dengan masalah yang kau buat!" "Nanti lepas balik dari sekolah, kita singgahlah kedai Pak Misai beli clorox. Sental nama kau yang kotor sampai bersih. Cerdik tak idea aku?" Tepuk dahi, geleng kepala sajalah yang Inara mampu di saat berhadapan dengan sikap tak matang Aisar. Dalam rasa jengkel, Inara masih menerima kekurangan Aisar. Semuanya atas nama persahabatan yang sudah termeterai sejak kecil lagi. Namun, sebuah tragedi hitam menimpa Aisar sehingga keluarganya dicemuh. Fitnah yang ditabur oleh seseorang membuatkan Aisar memutuskan untuk keluar dari kampung demi membina kehidupan yang baharu. Malahan, pemergian Aisar membuatkan Inara dilanda kesepian. Tahun demi tahun berganti, persahabatannya bersama Aisar bagaikan layang-layang terputus talinya. Luka di hati Inara menjadi nanah yang membuatkan jiwanya rapuh! Sehinggalah suatu saat, takdir mempertemukan Inara dan Aisar pada waktu yang salah! Pertemuan semula mereka merupakan sebuah keadaan yang cemas bila mana Inara diburu oleh seseorang yang ingin membalas dendam terhadap keluarga gadis itu. "Kau akan mati jika persahabatan kita diteruskan, Aisar!" "Demi nama Aisara, aku akan selalu menjadi bayang untuk melindungi kau!" MULA: 6 MAC 2021 TAMAT: 5 JUN 2021
Mrs. Aathif Naufal (EBOOK) oleh qkeiyaaaaa
Mrs. Aathif Naufal (EBOOK)
qkeiyaaaaa
  • Membaca 1,136,909
  • Suara 4,544
  • Bagian 9
"𝑻𝒉𝒆 𝑻𝒓𝒖𝒆 𝑳𝒐𝒗𝒆 𝑺𝒕𝒐𝒓𝒊𝒆𝒔 𝑵𝒆𝒗𝒆𝒓 𝑯𝒂𝒗𝒆 𝑬𝒏𝒅𝒊𝒏𝒈𝒔" Tuan Aathif Naufal vs Aura Medina TUAN AATHIF NAUFAL - Seorang lelaki berkerjaya. CEO di sebuah syarikat milik keluarganya. Dingin, sombong. Mamat kerek. Itu panggilan yang diberikan oleh seorang wanita kepada lelaki itu. Kacak? Ya, sehinggakan ada wanita yang sibuk terkejarkan dirinya. Kesetiaan hanya diberikan pada wanita yang disayanginya sahaja. Tiada yang kedua. "Jangan mengaku anak yang kau kandungkan tu anak aku" AURA MEDINA - Seorang anak tunggal. Kaya dan juga berkerjaya. Cantik dan seterusnya menjadi tumpuan oleh tiga orang lelaki. Sombong? Ya itu diri wanita itu. Sombong jika orang lain belum mengenali dirinya. Kuat? Dia wanita yang sangat kuat. Segala dugaan dan cabaran yang dia tempuhi dia akan hadapi dengan baik. "I think she's the perfect one for you cause I'm not--" No Plagiarism Allowed ⚠️ [Status: Completed] Start: 26 April 2021 End: 6 August 2021 Beautiful cover book from @the_nismicha ©️Qkeiyaaaaa
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| oleh CIK_ZALIKHA
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL|
CIK_ZALIKHA
  • Membaca 2,469,570
  • Suara 138,863
  • Bagian 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.
Be Mine •°Complete√°• oleh syfqhpiqah
Be Mine •°Complete√°•
syfqhpiqah
  • Membaca 483,408
  • Suara 20,357
  • Bagian 47
Zawana ialah gadis berumur 22 tahun. Cubalah teka. Dia tersuka dekat abang kawan dia, Akmal. Akmal ni pulak abang sulong daripada 3 orang adik beradik. Zawana berkawan baik dengan adik Akmal yang nombor 2, Aiman. "Ya Allah, hensemnya abang kau, Man." "Baik kau jangan dekat dengan dia weh kalau kau tak nak dibenci." "Kau dengan aku? Oh dear, perkataan layak pun tak sesuai untuk kau." Benci sangat ke Akmal dengan Zawana. Tapi kenapa? Apa salah Zawana sampai Akmal tak suka sangat dengan dirinya? "Mama nak Wana kawin dengan Akmal." "Wana setuju." "Akmal tak setuju, abah! Kenapa nak kena kawin dengan perempuan murah tu!" Mereka kawin jugak. Zawana dengan rela hati. Akmal pulak kena paksa. Zawana gembira, Akmal pulak terseksa. Zawana cintakan Akmal. Akmal benci Zawana. Entah bila agaknya nak habis dengan semua benda yang berlawanan dengan mereka ni? Boleh ke Zawana pertahankan rumah tangga yang Akmal sendiri langsung tak nak bina? "Aiman, macam mana aku nak buat Akmal jatuh cinta dengan aku?" So? Rasanya boleh ke? Ada caranya? Start: 3 Ogos 2020 End: 17 Ogos 2021 #1- novelmelayu (25 Ogos 2021)
My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓ oleh SM_441
My Husband Bad Boy 🖤 [C] ✓
SM_441
  • Membaca 76,380
  • Suara 3,144
  • Bagian 72
Pertemuan Uzmar dan Qaseh di Itali menjadi kan hidup mereka huru hara! Syed Uzmar seorang Mafia pergi ke Itali atas sebab menjejaki girlfriend nya yang dikatakan diculik oleh sekumpulan mafia yang merupakan musuh kepada Uzmar. Qaseh Camelia seorang gadis muda baru ingin mengenal dunia pergi bercuti ke Itali bersama dengan kawan-kawan nya namun dia terlepas flight. Takdir menemukan mereka berdua apabila Uzmar menyelamatkan Qaseh yang hampir diculik. Malangnya Qaseh tak tahu hargai pertolongan nya! "Siapa suruh? Lain kali biar je saya kena culik dengan diorang!" (Qaseh Camelia) "Tak tahu bersyukur punya perempuan! Kau ingat aku nak sangat ke tolong kau ha?!" (Syed Uzmar) "You Wanna see me Be A Bad Boy For You?" Qaseh mengangguk. "Baby girl, I want you beg it" suara deep Uzmar menyapa gegendang telinga Qaseh. Qaseh menelan air liurnya. Gadis yang tidak sengaja diselamatkan kini bertakhta di hatinya tetapi... Antara first love or new love? Mana yang menjadi pilihan Uzmar? ⚠️ A little Matured Content ⚠️ ⚠️ Bad Words ⚠️ This is My Second Novel! Thanks for support 🖤 All Right Copy And Reserve © SM_441 Start: 5/8/21 Finish:5/10/21 *Cover Book By Owner Book* Highest Ranking: #6 action #1 crush #5 bad boy # 2 sweet #1 hate love # 1 malay # 1 cinta #1 badboygoodgirl 🥈 Novel📚
My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATE oleh CIK_ZALIKHA
My Husband Mr.Pericolo [MHMP] COMPLATE
CIK_ZALIKHA
  • Membaca 5,896,092
  • Suara 245,252
  • Bagian 105
Ranking number 1 in romance 4/8/19 "you are mine, naura. Tiada sesiapa yang boleh rampas kau daripada genggaman aku. Selamanya, kau milik aku."-Aryan Louis "awak tahu apa maksud pericolo? Pericolo means danger. Awak betul-betul bahaya, buat saya takut untuk bergerak walau setapak."-Naura Qaisara "so? You think your husband mr.pericolo?" Rasa terikat dalam genggaman mr. Pericolo, ini semua kerana malam itu! Ya. Malam yang menemukan aku dengan dia dan malam yang menjadi mimpi ngeri aku. Rasa gerun, rasa seram, meremang semuanya ada! Kenapa aku harus bersama dia? "naura, saya boleh bawa awak pergi jauh dari lelaki tu" Faris Mampukah naura hidup dalam dunia mr.pericolonya? Apakah bahagia itu akan hadir sekelip mata? "dia tak psiko, tapi dia cuma mahu kau." Start write:19/7/19