nrlizztisml's Reading List
55 stories
Kalau Esok Aku Tiada  by Hidayahhumairah51
Hidayahhumairah51
  • WpView
    Reads 345
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 82
SINOPSIS Kalau Esok Aku Tiada Aisyah Humairah percaya setiap pertemuan yang hadir dalam hidup mempunyai sebabnya sendiri. Namun dia tidak pernah menyangka, pertemuannya dengan seorang lelaki bernama Hairul Naim bakal mengubah seluruh hidupnya. Hairul seorang lelaki yang dingin, pendiam dan sukar meluahkan perasaan. Berbeza pula dengan Aisyah yang ceria, lembut hati dan sentiasa mengutamakan orang lain walaupun dirinya sendiri sedang terluka. Dari sebuah perkenalan yang sederhana... lahir rasa kasih yang semakin mendalam. Dan daripada kasih itu... terjalin sebuah ikatan yang mereka impikan bersama. Namun saat kebahagiaan mula hadir, dugaan datang silih berganti. Pengkhianatan. Ugutan. Kemalangan. Dan sebuah rahsia yang mula memisahkan hati mereka. Di saat Aisyah disahkan mengandung dan sedang menghitung hari untuk bergelar seorang ibu, dunia mereka sekali lagi runtuh. "Puan Aisyah Humairah... kami sahkan puan menghidap kanser payudara tahap 3." Buat pertama kali dalam hidupnya, Hairul Naim mula takut kehilangan seseorang yang terlalu dia cintai. Persoalannya... adakah cinta mereka cukup kuat untuk melawan segala dugaan? Atau... mereka hanya menunggu waktu untuk mengucapkan- "Kalau esok aku tiada... adakah kau masih mengingati aku?"
LUKA YANG ENGGAN SEMBUH by Blvckmoon90
Blvckmoon90
  • WpView
    Reads 3,247
  • WpVote
    Votes 210
  • WpPart
    Parts 104
Zara mencintai Faris tanpa syarat. Dia bertahan saat lelaki itu masih membina mimpi dan masa depan mereka bersama. Namun ketika Faris akhirnya berjaya, hadir seorang perempuan bernama Ika Adriana- dan dalam sekelip mata, tujuh tahun cinta Zara musnah begitu sahaja. Pengkhianatan itu menghancurkan Zara sedikit demi sedikit... hingga dia mula percaya dirinya tidak pernah cukup untuk dicintai. Namun saat hidupnya paling hancur, hadir seorang lelaki bernama Aiman. Seorang guru yang tidak pandai mengungkap cinta dengan kata-kata manis- tetapi sentiasa ada setiap kali Zara jatuh. Sedangkan Faris pula mula menyedari... tidak semua kehilangan mampu ditebus semula. Kerana ada luka yang boleh dimaafkan- tetapi tidak semuanya mampu sembuh seperti dulu. LUKA YANG ENGGAN SEMBUH karya LEORNA KEITH Sebuah kisah tentang cinta, pengkhianatan, konflik family dan seorang perempuan yang hampir kehilangan dirinya sendiri demi terlalu lama bertahan.
Tiri Adalah Iblis by SazzyMe
SazzyMe
  • WpView
    Reads 13,454
  • WpVote
    Votes 59
  • WpPart
    Parts 23
Cerita Matang 🔞 Di tengah kelam dan bau tanah liat yang masih segar, perkuburan itu menjadi saksi bisu perpisahan yang menyimpan dendam yang belum terungkap. Di samping makam yang baru ditimbun tanah, berdiri seorang wanita yang kini menjadi ibu tiri kepada tiga orang anak lelaki dan perempuan mendiang suaminya Arman Amar. Di belakangnya, dua orang anak lelaki dan seorang anak perempuan berdiri kaku, air mata sudah kering namun rasa sakit masih menusuk di setiap sudut hati. Mata anak lelaki kedua tajam merenung wanita itu, penuh dengan kemarahan yang meledak dan rasa terkilan yang tidak terlukiskan. Dalam hatinya, dia yakin seandainya wanita itu tidak merajuk, tidak meluapkan kemarahan yang berlebihan pada malam terakhir ayahnya hidup, nasib suami dan ayah mereka pasti tidak akan berakhir begini. Kematian yang tiba-tiba itu kini sepenuhnya dia persalahkan pada wanita yang kini berdiri di hadapan mereka seolah-olah turut meratapi kehilangan itu. Tanpa suara, dia melafazkan janji dalam hati yang paling dalam: sebaik sahaja mereka kembali ke rumah yang dulunya penuh gelak tawa itu, dia akan pastikan setiap detik kehidupan wanita itu terasa seperti berada di neraka dunia. Rumah yang sepatutnya menjadi tempat berlindung kini bakal berubah menjadi medan perang yang sunyi, di mana dendam anak tiri bakal menuntut bayaran yang mungkin tiada penghujungnya.
MARRIED TO MY BOSS S1 Completed✅ by FairyShaax
FairyShaax
  • WpView
    Reads 128,701
  • WpVote
    Votes 3,209
  • WpPart
    Parts 22
♡ℳ𝒶𝓇𝓇𝒾ℯ𝒹 𝒯ℴ ℳ𝓎 ℬℴ𝓈𝓈 ( 𝒮1) ♡ Damia Nadra yang mencari kerjayanya untuk sara hidupnya sendiri & jatuh cinta dengan boss sendiri setelah memulakan kontrak dengan bossnya. Nak tahu kontrak apa? Zarif Marteen seorang yang bengis & bukan seorang yang playboy ,Zariff menjadi obsess setelah mengenali seorang perempuan yang bernama " Damia" dengan kecantikkannya , Ibunya juga memaksa anaknya untuk berkahwin. Damia Nadra~ "Abang Yad! Mia rindu Abang! Zariff dah benci Mia ! " Zarif Marteen ~ "Aku ceraikan kau talak 1 ! " Ziyad Mateen ~ " Tolong jaga diri kau bila aku dah takde dik . Tolong jaga Damia untuk aku,Jaga dia macam kau jaga diri kau , Aku sayang korang berdua" ♡𝕄𝕒𝕣𝕣𝕚𝕖𝕕 𝕋𝕠 𝕄𝕪 𝔹𝕠𝕤𝕤 ♡ 𝕊𝕥𝕒𝕣𝕥 : 𝟚𝟠/𝟠/𝟚𝟘𝟚𝟛 𝔼𝕟𝕕 : 𝟙𝟟 / 𝟡/ 𝟚𝟘𝟚𝟛 # I'm sorry if ada salah grammar or ayt x ok , i'm trying my best , this is my first time story 🫶🏻 no hate 🫶🏻 Warning : ⚠️ Sexy Storyline ⚠️Uncensored ⚠️18+ ⚠️Matured works ⚠️Red Flag hero { No Plagiarism allowed } { Read your own risk }
Bersulam Cinta (C) by mrshakita
mrshakita
  • WpView
    Reads 67,962
  • WpVote
    Votes 483
  • WpPart
    Parts 7
(♡Karya Ketiga♡) Hidup Nurin Qasrina bahagia bersama suami dan anak kembarnya. Namun, bahagia itu tidak lama setelah mereka mengalami kemalangan jalan raya dan suami serta anak kembarnya meninggal. Sejak kemalangan itu, pergerakannya terbatas. Hidupnya sunyi sepi tanpa arwah suami dan anak kembarnya. Sehinggalah dia sembuh dari kemalangan tersebut. Dia harus bangkit demi kelangsungan hidupnya. Ibubapanya serta keluarga banyak berjasa terhadap dirinya. Mereka yang banyak berikan perhatian sepanjang dia sedang berjuang untuk teruskan hidup setelah kemalangan itu yang sudah memasuki hampir 2 tahun itu. Pertemuan dengan jejaka tampan merangkap kawan baik sepupunya itu, membawa lembaran baru dalam hidupnya. Raez Iskandar yang sikapnya penuh berkarisma itu telah membuat hati Nurin Qasrina terpaut. Mampukah Nurin Qasrina buka pintu hatinya buat insan yang bernama lelaki.
Zed Hazim's: Sumpahan Seleanna by escritordyanne
escritordyanne
  • WpView
    Reads 2,734
  • WpVote
    Votes 251
  • WpPart
    Parts 7
3rd Addiction Series (SLOW UPDATE) [ Zed Hazim | Sel Seleanna ] Kita yang dulu.
𝑻𝒉𝒆 𝑴𝒂𝒇𝒊𝒂'𝒔 𝑷𝒐𝒔𝒔𝒆𝒔𝒔𝒊𝒗𝒆 𝑯𝒖𝒔𝒃𝒂𝒏𝒅 : NATHAN HENRY [𝐂] by melyssafy
melyssafy
  • WpView
    Reads 101,098
  • WpVote
    Votes 3,411
  • WpPart
    Parts 97
- 𝐓𝐇𝐄 𝐌𝐀𝐅𝐈𝐀'𝐒 𝐏𝐎𝐒𝐒𝐄𝐒𝐒𝐈𝐕𝐄 𝐇𝐔𝐒𝐁𝐀𝐍𝐃 - 𝗡𝗔𝗧𝗛𝗔𝗡 𝗛𝗘𝗡𝗥𝗬, 𝗛𝗔𝗡𝗔𝗨𝗥𝗔 𝗡𝗔𝗨𝗥𝗘𝗘𝗡 "Kau bukan lagi milik dunia luar. Kau milik aku. Jiwa kau, raga kau, dan setiap hela nafas kau... semuanya milik Nathan Henry." - 𝐍𝐀𝐓𝐇𝐀𝐍 𝐇𝐄𝐍𝐑𝐘 Hanaura Naureen tidak pernah menyangka hidupnya yang tenang akan hancur dalam sekelip mata. Diculik oleh sekumpulan lelaki misteri hanyalah permulaan kepada mimpi ngeri yang lebih besar. Apabila dia diselamatkan, wira yang muncul bukanlah penyelamat yang murni, melainkan seorang pemangsa yang jauh lebih berbahaya iaitu Nathan Henry. Henry adalah ketua sindiket antarabangsa yang dingin dan kejam. Baginya, dunia ini hanyalah sebuah papan catur, dan Hanaura adalah satu-satunya wanita yang paling berharga. Selama bertahun-tahun, Henry memerhatikan Hanaura dari bayang-bayang, menghapuskan setiap lelaki yang cuba mendekati, dan menunggu saat yang tepat untuk menjadikan wanita itu miliknya secara mutlak. Kini, Hanaura terperangkap di dalam "sangkar emas" yang dibina oleh Henry. Sebuah mansion mewah yang menjadi saksi kepada obsesi gila seorang lelaki yang tidak mengenal perkataan 'tidak'. Di dunia Henry, tiada jalan keluar. Di mata Henry, Hanaura adalah pemilikan mutlak. Apabila garis antara benci dan obsesi mula kabur, Hanaura terpaksa memilih, terus berjuang untuk kebebasan yang mustahil, atau menyerah kepada kegelapan lelaki yang sanggup membunuh demi memilikinya. "Jangan lawan, Naureen. Lagi kau lawan, lagi aku akan pastikan sangkar kau jadi lebih sempit. You are mine now. Forever." - 𝐍𝐀𝐓𝐇𝐀𝐍 𝐇𝐄𝐍𝐑𝐘 Adakah Nathan Henry satu-satunya "penyelamat" dalam hidupnya yang penuh dengan pengkhianatan ini? Walaupun cara Nathan Henry adalah dengan cara menculiknya? ⚠️Non-muslim / 18+ ⚠️Genre: Dark Romance / Mafia / Thriller ⚠️Tema: Obs
TENGKU EHSAN | EBOOK by eleutheromania____
eleutheromania____
  • WpView
    Reads 70,056
  • WpVote
    Votes 534
  • WpPart
    Parts 11
SLOW BURN + LIGHT CONFLICT BACAAN AWAL Perkahwinan yang diatur? Calon isteri pilihan bonda?! Itu perkara terakhir yang Tengku Ehsan jangka dalam hidupnya. Lebih mengejutkan apabila gadis berjubah dan bertudung labuh itu- yang baru pertama kali ditemuinya- mula menghantui fikirannya. Tenang, sopan... dan langsung tidak seperti perempuan-perempuan yang pernah hadir dalam hidupnya. Tidak mahu berkahwin dengan orang asing, Ehsan merangka satu perjanjian. Satu rancangan bersama gadis itu untuk menolak aturan keluarga mereka. Namun segalanya berubah apabila gadis itu memilih jalan yang berbeza. Keputusan yang mencabar ego Ehsan. Dan memaksa mereka disatukan. - "It takes two to tango, Miss Rosie-posie." - "I'm not what you think I am, Tengku Ehsan." In: 17/01/2026 Out: 28/01/2026
𝐌𝐑𝐒 𝐇𝐀𝐈𝐑𝐈𝐙 𝐌𝐈𝐊𝐀𝐄𝐋 || 𝐒𝐔 by flovverzaa
flovverzaa
  • WpView
    Reads 34,738
  • WpVote
    Votes 1,685
  • WpPart
    Parts 17
𝐌𝐚𝐟𝐢𝐚 𝐬𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐯𝐨𝐥 𝟐 || 𝐁𝐨𝐨𝐤 𝟐 Hairiz Mikael adalah seorang lelaki yang dingin sama seperti ayahnya Haikal Rafael. Bertubuh tegap serta memiliki personalitinya jauh lebih berbeza dari Haikal. Hatinya yang beku itu mampu cair kerana seorang gadis kampung bernama Haliza. Nuraliza seorang gadis yang miskin terpaksa bergantung hidup pada abang kandungnya Laith yang dulunya bersikap baik terhadapnya. Akibat sesuatu peristiwa, hidup Haliza berubah apabila dia di tuduh pembunuh oleh abang kandungnya sendiri kerana dia penyebab mama kandung mereka mati sampai sanggup menjualnya di kelab malam. Siapa sangka disebalik kejadian kecil itu mampu mengubah nasib Nuraliza kerana dia dipertemukan dengan seorang lelaki yang sanggup menyelamatkannya. "Tolong saya encik." - Nuraliza "Aku beli dia." - Hairiz Mikael ⚠️ No plagiat, karya ini adalah hasil dari idea saya sendiri.