best
29 stories
4.0 | WANITA MILIK TUAN ZARIEL [COMPLETED] by Yasmyns_Dahlia
Yasmyns_Dahlia
  • WpView
    Reads 932,275
  • WpVote
    Votes 43,281
  • WpPart
    Parts 60
*Previously known as HIS POSSESSION* Hidup berdua bersama mak di kampung, cukup membahagiakan Seroja. Adanya Irwan yang tak pernah jemu mengusik, melengkapkan lagi hari-harinya. Namun, takdir hidup tidak selalunya indah. Ujian yang datang bertimpa-timpa membuatkan Seroja tidak mampu bangkit sendiri. "Seroja tak tahu apa yang patut Seroja buat sekarang, Abang Wan." - Seroja Irwan, satu-satunya tempat untuk Seroja mengadu nasib. Lelaki itu tak pernah jemu meminjamkan bahu dan telinganya kepada Seroja. "Seroja ambillah duit ni. Buat belanja kat sana nanti." - Irwan Keluar dari kampung dan berjauhan dari si emak, bukanlah satu pilihan yang Seroja mahukan. Akan tetapi, dia terdesak. Rentetan itu, Seroja cekalkan juga hati. "Maafkan Seroja ya, mak. Seroja tak ada niat nak tinggalkan mak tapi Seroja terpaksa. Abang Wan... tolong Seroja tengok-tengokkan mak ya?" - Seroja Di tempat baru, Seroja bertekad untuk bekerja keras. Dikerah tulang empat keratnya demi kelangsungan hidup. Namun, tatkala menerima perkhabaran bahawa si emak semakin tenat, Seroja jadi nanar. Terduduk memikirkan wang yang belum cukup dikumpul. Sehinggalah Zariel datang, menghulurkan tangan. "Aku boleh tolong kau... tapi ada syaratnya." - Zariel Bagi Zariel, kesempatan yang ada tak boleh dibiarkan pergi. Semakin meningkat umur, hidupnya semakin sunyi dan kosong. Apatah lagi melihat teman-temannya bahagia menjalani kehidupan bersama anak dan isteri. Lainnya Zariel, dia hanya mahukan anak untuk melengkapi hidupnya. "My offer is not free, Kirana. You have to give me something in return. Kita berdua dalam situasi yang sama. Cuma kau, perlukan duit. Dan aku... perlukan waris." - Zariel Memikirkan kesihatan mak yang kian melarat, pilihan apa lagi yang Seroja ada selain menerima? Dan Seroja terpaksa akur kalau itu syarat yang Zariel tetapkan. Demi kasihnya terhadap si emak, Seroja tiada jalan lain selain menerima tawaran Zariel itu. Start : 19/8/24 End : 4/5/25
His Bambina by sffullmoon_
sffullmoon_
  • WpView
    Reads 3,250,759
  • WpVote
    Votes 139,137
  • WpPart
    Parts 95
Abang, sebenarnya kan Sophea nak bagitahu abang yang Sophea suka kan abang - Aryanna Sophea Tch! kau tu budak lagi sebaya dengan adik aku, apa je yang kau tahu? Belajar pun belum habis lagi nak borak benda bodoh macam ni. Kau ni betul atau tidak? Layak ke kau untuk suka aku? Dengar sini, aku tak akan pernah suka dekat kau, faham? - Fahim Mikhael Logik ke perasaan cinta tu daripada budak umur 19 tahun terhadap orang dewasa 23 tahun? Kerana benci Fahim mengambil remeh tentang cinta yang dikatakan oleh Sophea. Bagi nya Sophea yang berumur 19 tahun tidak mengerti apa itu maksud cinta sebenar. Hubungan yang terputus dahulu kini datang kembali apabila kedua nya sudah ada kerjaya masing-masing. Besar sangat ke salah I pada you, Sophea- Fahim Mikhael You tanya I? Ia tak besar Fahim tapi cukup untuk bagi I merana - Aryanna Sophea Fahim akui yang dia dah termakan dengan kata kata sendiri. Disebabkan kata-kata sepupunya, dia benci Sophea serta merta tetapi benci bertukar jadi cinta bila cerita sebenar terbongkar. Dia mahu kan gadis itu semula, Sophea berubah 360 pada pandangan nya. Sophea yang dia kenal tidak sama sekali dengan Sophea yang berada di depan matanya sekarang ini.
Cinta Bayangan: Arsyad Lutfan | C ✔️ by ikahhnaj_
ikahhnaj_
  • WpView
    Reads 110
  • WpVote
    Votes 19
  • WpPart
    Parts 21
|Spin-off Hanya Dia 1| ARSYAD LUTFAN | AIRIZ IMAN AIRIZ IMAN gadis yang jauh terpesong. Gemar melakukan perkara-perkara yang sudah jelas haram dalam Islam namun apakah dayanya kalau itu sudah menjadi hobinya? Belum pernah hatinya terdetik hendak menyentuh sehelai tudung apatah lagi telekung yang sepatutnya digunakan ketika menghadap tuhan. Namun, hidupnya berubah apabila takdir menghadirkan seorang lelaki yang entah dari mana datangnya. ARSYAD LUTFAN lelaki yang serba boleh. Melukis? Memasak? Bahkan membuat kek juga dia mampu. Tinggal jauh di Terengganu namun datang ke tempat orang demi sebuah pekerjaan. Disebalik kesempurnaan yang terdapat dalam diri seorang lelaki bernama Arsyad, terdapat kelemahannya yang hanya dirinya tahu. Hubungannya dengan yang esa. Baginya, dia seorang pendosa yang tidak cukup taubat dalam memohon keampunan kepada tuhannya. " apa jijik sangat ke aku ini sampai kau tak nak pandang aku? " - Airiz Iman " saya bukan sengaja tak mahu pandang cik Airiz...saya buat kerana saya hormat cik. " - Arsyad Lutfan Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya. Dan kita manusia tidak boleh mengubah sunatuallah yang telah ditetapkan oleh yang esa. Begitulah juga, setiap pertemuan pasti ada perpisahan... Start : 23 Disember 2025 End : 4 Januari 2026 Warning ⚠️ : This story has no intention to discredit anyone, whether dead or alive.
Rahsia Takdir Antara Kita  by scarletwani
scarletwani
  • WpView
    Reads 2,267,605
  • WpVote
    Votes 56,639
  • WpPart
    Parts 69
COMPLETE ✅ (The Best Floriarity Romance 2020🏅) (Top🥈Novelist Award Of Sad Romance) Hidup Nur Hanis berubah 360 darjah apabila dituduh berhubungan bersama Huzair Adha merangkap abang kepada teman lelakinya. Atau lebih tepat lagi,bakal abang ipar Nur Hanis sendiri! "Saya tak sangka,Hanis..awak sanggup curangi saya. paling saya tak dapat terima,awak curang bersama abang saya sendiri!" - Firdaus Adha Hanis dibuang oleh keluarga akibat tidak dapat menerima berita yang memburukkan maruah keluarga mereka. Paling sedih,Ibu mertua dan adik iparnya seakan akan membenci Nur Hanis selepas berkahwin dengan Huzair Adha. "Mungkin saya tak patut muncul dalam dunia ni. Mungkin kelahiran saya adalah satu kesalahan yang amat besar. Please Huzair,jangan cari saya lagi" -Nur Hanis "Aku sangka kau adalah wanita paling mulia dalam dunia ni tapi aku silap, kau adalah perempuan paling durjana yang pernah aku jumpa,Hanis!" - Huzair Adha Siapa sangka takdir Allah yang kita sendiri tak dapat dijangka. Dan siapa sangka semua yang berlaku ini adalah rancangan semata mata.
𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐈𝐊𝐌𝐀𝐋 𝐇𝐀𝐊𝐈𝐌𝐈 by utieyab
utieyab
  • WpView
    Reads 569,818
  • WpVote
    Votes 22,364
  • WpPart
    Parts 60
( 𝓒𝓸𝓶𝓹𝓵𝓮𝓽𝓮 𝓢𝓽𝓸𝓻𝔂 ) ( 𝓑𝓸𝓸𝓴 2 ) RANKING NO 3 ACTION 🏅 RANKING NO 1 DINGIN🏅 Tengku Ikmal Hakimi anak kepada Tengku Irfansyah dan Putri Qhaisara Qistina. Dia seorang yang tampan dan dingin. Dia juga dari keturunan mafia. Dingin, hati beku dan pendiam itulah sifatnya. Tidak suka bergaul dengan orang ramai. Terutama sekali dengan perempuan. Hanya orang terdekat sahaja dapat bergaul dengannya. Pada usia yang muda dia telah mencapai banyak kejayaan. Dia menjadi kebanggaan keluarganya sendiri. Nur Walisah. Seorang gadis cantik molek dan bermulut kasar. Sikapnya yang seperti lelaki yang menyebabkan dia tidak mempunyai ramai kawan. Dia hanya rapat dengan beberapa orang sahaja. Seorang yang degil dan agak menjengkelkan. Mulutnya seperti peluru, ada sahaja benda yang akan dia katakan. Pantang menyerah dalam sesuatu hal. "Woii! Mamat buta, mata mana hah? Tak reti tengok jalan elok-elok ke?" - Walisah "Apa woi? Girl better you diam! Cakap itu biar lembut sedikit." - Tengku Ikmal Hakimi Seorang kasar dan seorang lagi dingin. Jika bertembung, masing-masing tidak mahu kalah. "Minah tomboy ni kan! Mulut kau boleh diam tak? Bising ah!" - Tengku Ikmal Hakimi "Mulut aku, suka hati aku ah! Kau diamlah setan!" - Walisah "Amboi, kau. Suka hati kau je cakap aku setan kan?" - Tengku Ikmal Hakimi "Takkan aku nak cakap kau iblis pula." - Walisah Mereka berdua tidak sehaluan. Ada sahaja benda yang mereka gaduhkan. Tetapi, makin hari makin timbul satu perasaan yang pelik dalam diri mereka berdua. "Awak, aku..aku.." - Walisah "Kau apa?" - Tengku Ikmal Hakimi Apakah perasaan tersebut? Adakah suka ataupun benci? "Jangan berani sentuh dia, kalau korang masih mahu hidup." - Tengku Ikmal Hakimi Adakah takdir menyatukan mereka berdua? Ataupun tidak? Mungkinkah mereka akan berpisah atau bersama?
+10 more
[C || TERBIT] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI by nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    Reads 1,340,782
  • WpVote
    Votes 7,926
  • WpPart
    Parts 12
Ezzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata masyarakat. "Sejujurnya, Fayyad dah lama sukakan Alayya" - Fayyad Hazim. Luahan hati Fayyad membawa Alayya pada awan-awangan. Tidak sangka...rupanya Alayya tidak bertepuk sebelah tangan. Hubungan kedua mereka semakin akrab, membiarkan Ezzaq sendirian bersama kesibukannya sebagai pegawai unit beruniform. Tarikh perkahwinan Fayyad serta Alayya semakin hampir. Berbaki 2 bulan sebelum majlis penuh indah itu, Alayya dikejutkan dengan kebocoran rahsia Fayyad. "Begitu mudah kau tikam belakang kawan kau, Ezzaq!" - Alayya Dafeena. "Aku yang tikam belakang Fayyad? Sedangkan Fayyad yang mulakan semua permainan ini. Aku! Aku lah mangsa sebenar!" - Ezzaq Qayyum. Permintaan terakhir Fayyad terpaksa dikabulkan oleh Alayya atas dasar cinta. Majlis pernikahan tetap berlangsung. Namun, Alayya dinikahkan bersama Ezzaq dan bukannya Fayyad Hazim. Rumahtangga yang di bina tidaklah seperti yang Ezzaq inginkan. Namun, jejaka ini tetap berusaha untuk beri yang terbaik buat wanitanya. Berbulan hubungan itu berlanjutan, tidak pernah sekalipun, Alayya cuba untuk terima Ezzaq sebagai suami. "Pegawai Khas Ezzaq Qayyum bin Ahmad Mifzal hilang sewaktu jalankan tugas menyelamatkan tahanan Malaysia" Hati Alayya rapuh. Saat itu, baru Alayya sedar akan silapnya pada sang suami. Doa tidak pernah putus dipanjatkan buat Ezzaq di sana. Persoalannya, adakah Alayya layak terima peluang kedua? Rahsia apa yang di simpan oleh Fayyad Hazim? Dan kemana...Fayyad menghilang?
𝐌𝐚𝐰𝐚𝐫 𝐔𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐇𝐮𝐦𝐚𝐢𝐫𝐚 by lvndrella
lvndrella
  • WpView
    Reads 2,175,417
  • WpVote
    Votes 88,015
  • WpPart
    Parts 37
"Jangan paksa perasaan aku, Maira. Aku tak boleh cintakan kau sama macam aku cintakan arwah Zaharah. Kau bukan dia."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Mana mungkin dia menerima kehadiran wanita lain selain daripada Zaharah. Dia seolah-olah enggan menerima bicara segenggam takdir yang melakarkan seribu dusta. Jiwa dan akalnya masih lagi percaya bahawa Zaharah pasti akan kembali di dunia. Sayang dan cinta kepada Humaira? Mustahil. Rasa itu masih belum berputik di dalam hatinya. Masih belum dapat dia utarakan. Dia masih menafikan itu. Menyelimuti semuanya dalam satu perasaan benci yang mendalam. Bagaimana mungkin dia melupakan kenangan indahnya bersama Zaharah? Bahkan setitik tinta sekalipun tidak dapat mengukir aksara untuk mengutarakan mahalnya kenangan di antara mereka. Maha dalam kasih seorang Azriel terhadap Zaharah. "Abang minta maaf, Zaharah. Abang dah kahwin dengan perempuan lain."-𝐊𝐀𝐑𝐋 𝐀𝐙𝐑𝐈𝐄𝐋 Sedangkan Humaira? Menyimpan harapan yang tinggi menggunung. Kasihnya tumpah. Namun tiada siapa yang kutip. Penantiannya seiring waktu yang berjalan itu seolah-olah tidak berguna. Hati Azriel bukan untuknya. Sehingga apa yang dia harapkan itu luntur. Hancur menjadi debu-debu lara. Humaira memilih untuk mengalah. "Kita berpisah boleh?"-𝐋𝐀𝐔𝐑𝐀 𝐇𝐔𝐌𝐀𝐈𝐑𝐀 Akankah kewujudan cinta di antara mereka itu nyata? Akankah bahagia menjadi milik mereka? © lvndrella ⚠️ Hanya manusia berhati ultraman yang LAYAK baca.
Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️) by ReginaAkhira
ReginaAkhira
  • WpView
    Reads 2,553,646
  • WpVote
    Votes 107,005
  • WpPart
    Parts 177
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu, bayang hitam seolah-olah menghantui hidup Ayrena. Namun, siapa sangka corakan takdir menyatukan mereka berdua di atas satu ikatan. Satu janji telah di buat untuk melindungi gadis itu. "Aku boleh carikan Adrian. Tapi dengan syarat. Kahwin dengan aku!" -Darren Del Lucca Tatkala bahagia kian terasa, satu kebenaran yang terungkap menyebabkan Ayrena hilang arah. Lelaki yang bergelar suaminya selama ini, merupakan seorang Mafia yang sangat berkuasa. "Antara cinta dan kuasa, awak akan pilih kuasa awak, kan?" -Ayrena Rosebell "You know which one I will choose, Ayrena." -Darren Del Lucca Saat ego masih utuh, perasaan yang sudah tersemai dinafikan. Pelbagai tragedi yang berlaku membuatkan banyak rahsia mula terungkap. Kebahagiaan diragut sekelip mata saat pengkhianatan mula bermaharajalela. "Sejak aku dan kau disatukan, sejak itu aku berjanji untuk lindungi kau hingga akhir nafas aku. Kau tak boleh mati, kau janji dengan aku untuk kita hidup bersama. Jadi, aku nak kau bertahan. Untuk aku, untuk kita!"-Darren Del Lucca
Dia Amanah Buatku | 𝐂 by flowerryian
flowerryian
  • WpView
    Reads 250,729
  • WpVote
    Votes 10,387
  • WpPart
    Parts 62
KARYA PERTAMA Arash Arjuna, seorang pegawai Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) yang disenangi ramai kerana akhlaknya yang murni. Dia diberikan didikan agama yang mencukupi tetapi setiap insan pasti mempunyai kekurangan tersendiri. Aleeya Mikayla, dia bekerja sebagai seorang pakar bedah jantung yang cemerlang. Dia dikurniakan keluarga yang bahagia pada mulanya tetapi berubah sekelip mata kerana satu tragedi hitam yang melanda keluarganya. "Saya memang hidup hanya untuk dipersalahkan ke? Saya tak mampu nak hadap." - Aleeya Mikayla "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." - Arash Arjuna - "Mungkin kau adalah jawapan pada semua doa yang aku langitkan." - Arash Arjuna "Saya tak sebaik yang awak fikirkan. Saya pun benci diri saya apatah lagi orang lain?" - Aleeya Mikayla Apa yang akan terjadi di antara mereka selepas ini? ⚠ cliche ⚠ typo di mana-mana ⚠ DILARANG PLAGIAT Start - 27/9/2024 End - 7/5/2025