♟ ; eclipsed affection
34 stories
KEKASIH TERAKHIR [COMPLETED] by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 1,492,441
  • WpVote
    Votes 16,161
  • WpPart
    Parts 7
𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 2 "𝑱𝒂𝒅𝒊𝒌𝒂𝒏 𝒂𝒌𝒖 𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒕𝒆𝒓𝒂𝒌𝒉𝒊𝒓..." TUAN IAN AL- FATTAH. ARLUNA INSYIRAH. NAWAL SALWANA. Di sini kisah mereka bermula... "Saya akan bertanggungjawab." - Ian Perkahwinan yang terjadi atas rasa bertanggungjawab, menyatukan dua hati itu meskipun si lelaki sudah beristeri. Dia... Tuan Ian Al-Fattah. Seorang lelaki yang mencintai dua orang wanita di dalam satu masa yang sama. Bukan mudah untuk dia. Dan, bukan mudah untuk dua wanita itu. Disakiti dan tersakiti. Nawal yang tersakiti diduakan di dalam diam dan Luna yang disakiti dengan penyakit yang dihidapi. Alzheimer. Penyakit yang tiada ubatnya. "Jangan pernah lepaskan saya. Sampai saya mati, abang tetap suami saya. Tiada yang lain." - Nawal "A... awak suami saya? B... bila kita berkahwin?" - Luna "Asyhadu Al Lailaha Illallah Wa Asyhadu Anna Muhammadar Rasulullah." أَشْهَدُ ألا إله الا الله و أشْهَدُ ان مُحَمدا رَسُوْل الله "Tenang la di sana wahai bidadari-bidadariku." Bukan milik dia. Tetapi milik Allah. Hanya la pinjaman sementara, mengajar erti sebenar 'kesyukuran' kepadanya. start : 27 June 2021 end : 5 December 2021
TUANKU HANA 3 ✔️ by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 2,462,556
  • WpVote
    Votes 66,799
  • WpPart
    Parts 30
(COMPLETE)
𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 [TERBIT] by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 1,412,171
  • WpVote
    Votes 189
  • WpPart
    Parts 7
𝐔𝐧𝐝𝐞𝐫 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐒𝐞𝐫𝐢𝐞𝐬 𝐕𝐨𝐥 𝟐 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐇𝐚𝐟𝐟𝐚𝐳 𝐃𝐚𝐢𝐲𝐚𝐧 | 𝐃𝐚𝐫𝐢𝐬𝐚 𝐇𝐚𝐮𝐫𝐚 "Jangan harapkan cinta daripada aku." Hanya disebabkan satu kejadian, mereka akhirnya disatukan. Maruah keluarga terus menjadi pertaruhan apabila kekasih yang dicintainya selama enam tahun terus menghilang. Pedih? Tidak terkata pedihnya saat dia cuba menjaga hubungan itu selama bertahun-tahun. Semuanya sia-sia ketika hadirnya seseorang telah merosakkan semuanya. Tengku Haffaz Daiyan, dia memiliki segala-galanya. Namun, jatuh cinta pada seorang gadis selama bertahun-tahun menjadi titik permasalahan yang membawa amarah besar kepada lelaki itu. "Kau cuma pengganti." - TENGKU HAFFAZ DAIYAN Pengganti. Itulah yang menjadi gelaran buat Darisa Haura. Seorang gadis yang hadir disaat genting hingga menjadi pengantin dalam satu hari. Harga diri menjadi satu keutamaan membuatkan dirinya terjebak dalam kebohongan sendiri. "Sejak awal, aku tak patut pun letak diri sebagai 'pengganti' Nara. Aku tetap kalah dengan Nara. Aku dah penat duduk dalam bayangan Nara." - DARISA HAURA Perkahwinan yang disangka dalam kebahagiaan hanyalah bayangan semata-mata. Kehilangan. Penderitaan. Satu persatu mulai menyempitkan perasaan hingga dia berundur. Namun, takdir membawa mereka bersama kembali. "I always keep my promise. No matter what happen in our future. Insya Allah, aku janji aku tetap jadikan kau bidadari dunia akhirat aku. Cuma kau yang layak untuk digelar bidadari Tengku Haffaz Daiyan." - TENGKU HAFFAZ DAIYAN Saat cinta melebihi apapun, Saat masjid dilanda badai yang kuat, Akankah cinta yang dijanjikan akan kekal abadi seperti yang diungkapkan selama ini? Akankah masjid yang dibina tanpa cinta ini akan kukuh seperti masjid yang lainnya? "Dari-Mu aku datang. Dan kepada-Mu, aku kembali."
I AM NOT FOR SALE [NOVEL] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 3,795,191
  • WpVote
    Votes 29,380
  • WpPart
    Parts 13
Warning! Novel ini memerlukan kesabaran yang tinggi. Jika tidak, anda bakal mengeluarkan kata-kata kesat. Sekian, terima kasih. Neldia rose, nama sahaja macam kaya tapi hanya orang kampung biasa. Tahap kesombongannya kalah orang bandar. nak pikat? Di beri bunga, di buang ke tong sampah. Di bagi cincin, di ambil tapi bukan tuannya. Di beri rumah, tengok berapa tingkat dahulu Di beri duit, come to me baby sayang. Semua lelaki yang ingin memikatnya hanya dipandang sebelah mata sahaja. jangan dikata pandang, jeling pun tidak mahu. tetapi jika, Nik ashraf. bunyi tapak kaki sahaja sudah buat dia tercari-cari di mana lelaki itu berada. mengapa? kerana dia kaya, dia mempunyai rupa, dan dialah putera bagi Neldia Rose. Tetapi apakan daya, cinta itu telah dirampas oleh musuh kampungnya. Adinda. gadis ayu kampung yang menjadi rebutan para lelaki alim. siapa tak jatuh cinta dengan adinda? dia baik, bukan seperti neldia rose yang Gold digger! hanya kerana tidak mahu terlepas Nik Ashraf, dia sanggup melakukan sesuatu luar jangkaan yang menyatukan mereka berdua. "aku tahu, kau kawin dengan aku sebab nak harta kan? aku boleh bagi kau harta. tapi bukan kasih sayang. kau boleh minta apa sahaja yang kau nak dalam rumah ni, duit, emas, belian and eveything. but.. takkan lama."-Nik ashraf. "Kalau i nak sayang you jugak?" "orang gold digger macam kau perlukan kasih sayang ke?" mulanya mahu harta, tapi lama kelamaan pabila cinta mula mengetuk pintu hati. semuanya sudah dilupakan. apakah neldia rose akan tetap menjadi isteri mata duitan dimata nik ashraf? "Kalau nak harta, kenapa perlu mahu hati? cinta itu kan buta dan takkan kekal lama?"-Neldia Rose. Beautiful cover by @CIK_ZALIKHA
The Promise  | KPI 2✔️ by sweetiecupcakee
sweetiecupcakee
  • WpView
    Reads 279,774
  • WpVote
    Votes 16,697
  • WpPart
    Parts 26
"A promise is a promise" Book 2 untuk Ketua Pengawas Itu Suami Aku ❤️[180 in romance:16/06/18] [24/03/2018] La Promesse Kehadiran lelaki itu telah mengubah hidupnya.Kini Tengku Aiyra Arissya bahagia di samping suami tercinta,Tengku Fariz Daniel bersama anak mereka, Tengku Farish Danish.Namun adakah ianya akan berkekalan? Penganggu dan perosak hubungan datang dikala bahagia telah dicapai.Pelbagai cabaran yang datang membuatkan Fariz dan Aiyra perlu bertabah. Perkahwinan yang dulunya dilakukan dengan terpaksa mesti dikekalkan demi kebahagiaan masing-masing dan Danish.Perjanjian setia bersama telah dibuat! Janji mesti ditepati.Namun begitu,adakah ianya akan berkekalan selamanya?Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.Mereka percaya setiap ujian yang dihadapi mempunyai makna. "Bulan eh?That's right .Kekadang besar kekadang kecil..."-Aiyra "Do you really love me,Aiyra?"-Fariz "I wish I didn't care about anything.." "But I do care.I care about everything too much." DINASIHATKAN UNTUK BACA KPISA DULU #Daniyra ©️sweetiecupcakee 2018 hadiah cover dari @aazayeon
MR PIRATE [Complete] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 5,621,110
  • WpVote
    Votes 405,615
  • WpPart
    Parts 98
"Siapalah engkau agaknya Mr Blue?" Tindakan seorang jejaka misteri yang menyelamatkan nyawanya daripada mati lepas beberapa tahun yang lalu membuatkan Husna teringat sampai sekarang. Mengapa Mr Blue? Kerana di dalam mimpi indah itu cuma menampakkan mata biru yang dianugerahkan buat lelaki itu. Sangat cantik. Buatkan dia jatuh cinta pada pandangan kali pertama mata mereka bertembung. Dan dia pasti, bukan cuma dia sahaja yang merasakan perasaan aneh itu. "Salah satu kenangan yang mahal. Adalah pertemuan kita."- misteri. Kemunculan Nathan iaitu bakal Ceo Ocean Resort, buatkan Husna semakin yakin jodohnya berada di jarak yang dekat. Lelaki itu juga memiliki mata biru sama seperti mimpinya. Namun disaat dia ingin meluahkan isi yang terbuku dihati, nasib malang menimpa diri sendiri. Dia terperangkap ditengah-tengah pulau. Atau lebih menakutkan, di kawasan zone merah. "Sudah nama pun Lanun. Kalau jumpa sesuatu yang berharga, tak mungkin aku akan lepaskan. Rugilah kalau macam itu."- Lanun "Saya akan cari jalan keluar walau apa pun caranya asalkan bukan tinggal dekat tempat miskin ni!"- HUSNA "Kalo kau mau keluar, keluarlah, tapi kalo aku jumpa kau balik. Memang teruk nasib kau nanti aku kerjakan."-LANUN Si Lanun itu memang lelaki tak mempunyai hati. Kalau ada pun, mungkin dah digoreng dengan minyak tanah. Egh, boleh jadi gila kalau dia terus tinggal di kampung kecil ini. "Sampai bila lagi kita nak tunggu, pa? Nasib Husna dalam bahaya. Kita kena selamatkan dia sekarang!"-Nathan "Siapa aje yang boleh hidup dekat tengah-tengah pulau sana? Mungkin Husna dah mati lemas?"- Datin Khadijah Apakah nasib malang yang bakal menimpa Husna? Adakah dia menjadi tawanan si Lanun atau sebaliknya? "Kenapa awak tutup sebelah mata ek? Saja nak acah-acah Lanun?"-Husna "Setiap cacat cela yang dilahirkan bersama ada keistimewaannya. Dan istimewa tu hanya untuk yang teristimewa juga."-Lanun Siapakah Mr Blue yang sebenarnya? "It's you?!"-Husna
The Devyn's Maid | TERBIT by sweetiecupcakee
sweetiecupcakee
  • WpView
    Reads 3,936,157
  • WpVote
    Votes 42,472
  • WpPart
    Parts 12
MULA : 16 NOV 2019 TAMAT : 17 APR 2020 "Kau jaga aku, aku jaga kau." The Devyn's Maid. Wujudnya gelaran itu kepada insan bernama Elvina Naura. Seorang anak yang dimanjakan dengan kemewahan oleh keluarganya. Sehingga suatu hari kebahagiaan itu hilang sekelip mata selepas kematian ibu tercinta. Akibat terasa dicabar dengan keadaan ketika itu, dia tekad untuk keluar dari rumah. Keluarnya si dia dari kesenangan hidup sehingga mencetuskan pergaduhan dengan seorang lelaki kacukan bernama Tuan Rizqish Devyn. "Kalau you tak nak minta maaf, I jerit you ni sexual harassment dekat I." - Elvina Naura. Dari pergaduhan itu, Tuan Rizqish mula ingin mengenali gadis itu dengan lebih dekat. Dia mencari jalan untuk memaksa gadis itu bekerja sebagai pembantu rumahnya. Tidak disangka bahawa lelaki itu akan mengajak Elvina berkahwin secara tiba-tiba akibat masalah yang dihadapinya. Apabila ditolak, kelemahan Elvina dicari. Dia dikurung bersama hamster di dapur. Ya, binatang comel berbulu itu digunakan oleh Tuan Rizqish untuk mengugut Elvina. "Kau nak kahwin dengan aku ke tak?" - Tuan Rizqish. Hari demi hari berlalu dengan kerenah keras kepala Elvina Naura dan sikap Tuan Rizqish yang sentiasa nak betul. Semuanya mula menjadi memori buat dua keping hati itu. Hingga suatu tragedi terjadi membuatkan Tuan Rizqish kesal. Apabila bahagia hendak dikecapi, pasti ada sahaja cabaran yang datang. Dapatkah mereka bersama selamanya? swtcpkee MULA : 16 NOV 2019 TAMAT : 17 APR 2020
Ketua Pengawas Itu ✔️ by sweetiecupcakee
sweetiecupcakee
  • WpView
    Reads 3,198,645
  • WpVote
    Votes 176,842
  • WpPart
    Parts 64
Because no matter what, I'd still choose you. Highest rank [#1 in romance](3-8/08/18) [#4 in romance 10/02/18][13/2/18] Start:22/09/17 END:17/02/18 ⚠️KLISE, CRINGE, BANYAK SALAH EJAAN&TATABAHASA⚠️ ⚠️JUST FORRRR FUN, DON'T TAKE SERIOUS⚠️ Kepercayaan dalam sesuatu hubungan adalah sangat penting tetapi bolehkah dia percaya, setelah menganggap semuanya adalah sama. Kecewaan dan kebencian dalam diri akibat peristiwa lama telah membuatkan dia lemah dan keliru. Benci atau maafkan? Percaya atau sama sahaja? Tengku Aiyra Arissya terlalu takut untuk menerima cinta baru hanya kerana kenangan lama masih menghantui dirinya. Sukar dia mempercayai seseorang begitu juga mencintai semula. "Are you crazy? Aku tak nak kahwin dengan kaulah, Fariz!Aku rela jadi anak dara tua dari berkahwin dengan kau!" Kata tidak setuju sudah lama diungkap tetapi hati ibu bapa mesti dijaga. "Mama! Tolong! Fariz gatal!" Kini hari-hari Aiyra dipenuhi dengan usikan malah gurauan kasar Tengku Fariz Daniel. "Pusing padang, 6 rounds. Kau nak lari ke, mengesot ke merangkak ke, ikut suka kau la asalkan cukup enam."- Daniel. Hari-hari berlalu bersama sampailah dia semakin takut untuk menerima harapan semula. "Stop panggil aku 'sayang' kalau kau tak sayang aku." - AIYRA "Siapa cakap aku tak sayang?" - DANIEL Apakah daya apabila satu per satu manusia yang datang untuk menghancurkan hubungan yang kian bertambah baik? Tanpa sedar, dia mencintai dalam diam akan tetapi siapa yang cintakan siapa? Perasaan sayang dan cemburu juga muncul dalam sepi. Bolehkah bahagia dengan perkahwinan yang diaturkan oleh keluarga? Di usia begini? #Daniyra❤️ ©️sweetiecupcakee 2017-2018 💕hadiah cover dari @aazayeon FR cerita ni tak logik. saya tulis zaman newbieee 2017. ~Hanya untuk bacaan santai~
Dewi Mariana: Keunggulan Dan Kejatuhan Melaka (Ebook) by KudinaKufazly
KudinaKufazly
  • WpView
    Reads 19,090
  • WpVote
    Votes 8
  • WpPart
    Parts 5
Empayar Kesultanan Melaka. Sultan Mahmud Shah × Dewi Mariana. Seorang darah diraja, dan seorang lagi berdarah bangsawan. dua-duanya sama taraf, beza gelaran sahaja. Cinta mula berputik, dari mata jatuh ke hati. Sultan Mahmud Shah terpaut akan Dewi Mariana kerana kesopanannya manakala Dewi Mariana pula terpaut akan Sultan Mahmud Shah kerana auranya. Auranya mencengkam. Kesopanannya berjaya meluluhkan hati seorang Raja. Namun semuanya berubah apabila sesuatu mula terbongkar, kedudukan Dewi Mariana mula tergugat. "Ampun Tuanku, Permaisuri Dewi Mariana bukanlah suci seperti yang disangkakan." -Bendahara Tun Perak. .
The Invisible Love by harleenxira
harleenxira
  • WpView
    Reads 52,789
  • WpVote
    Votes 6,291
  • WpPart
    Parts 16
[ Cerpen Collection since 2020 ] Cinta itu tidak terlihat. Kau pusinglah satu dunia, untuk mencari bagaimana bentuknya cinta, tak akan kau temui. Kerna cinta itu lahirnya dari hati dan jiwa. Bukan bisa madah yang keluar dari kata kata. Sejauh mana pengertian kalian tentang cinta? Bagaimana ingin mempamerkan rasa cinta yang tidak terlihat oleh dua mata? Tanpa mengungkapkannya? Cinta itu tidak terlihat. Tapi mampu bikin kalian tidak mampu melihat. *** Satu buku yang menempatkan kisah kisah pendek berunsurkan cinta. Kerna cinta itu tidak terlihat, penulis sampaikan dalam bentuk tersirat. Bukanlah disini tempatnya bagi yang judgemental. Isinya baldu. Permainan sastera penuh bagaikan lagu. Kerna cinta itu tidak terlihat, hati ini mula mencorakkan kisah berkarat. ***