Shelf of Classical
4 stories
CINTA SANG LAKSAMANA by AnnSelasih
AnnSelasih
  • WpView
    Reads 69,086
  • WpVote
    Votes 2,116
  • WpPart
    Parts 22
Cinta itu telah pergi. Lalu ia datang kembali. Dalam suratan takdir yang aneh. Cinta itu tak pernah ada Ia hadir tanpa undangan Dalam suratan takdir nan indah Adakah takdir yang indah ini akan berkekalan di dalam suratan takdir yang aneh ini? Sungguh! Mereka tak pernah berhenti mengharap.
Angel Of Sorrow by chiwooverse
chiwooverse
  • WpView
    Reads 217,602
  • WpVote
    Votes 15,934
  • WpPart
    Parts 41
Eric The Doll Maker, tiba-tiba sahaja terima jemputan untuk masuk ke satu akademi yang elit sahaja mampu masuk. Satu-satunya akademi yang orang kaya pun kena merayu kalau nak masukkan anak diorang. Eric dijemput begitu sahaja tanpa sebarang latar belakang. Apa identiti sebenar Eric? Pelajar-pelajar lain tertanya bagaimana dia dijemput walaupun tiada siapa pernah dijemput ke akademi elit itu. Aries, makhluk yang menyerang kerajaan-kerajaan menjadi satu ancaman. Apa yang akan terjadi?? #12 [28/12/2018] Start: 4 November End: -
RAYNA by snaamy
snaamy
  • WpView
    Reads 5,662
  • WpVote
    Votes 488
  • WpPart
    Parts 14
Rayna, gadis berusia 16 tahun, hidup bersendirian di sebuah perkampungan kecil jauh dari kota. Berbekalkan ilmu perubatan berasaskan herba yang diturunkan oleh neneknya, dia menyara hidupnya dengan memberi rawatan kepada orang kampung. Selepas kampungnya diserang membuat seluruh orang-orang kampung mati, kisah silamnya terungkap apabila dia mendapat tahu kejadian itu dilakukan oleh orang yang sama menyerangnya sehinggakan neneknya terkorban bertahun dahulu. Rayna lalu bertekad untuk membalas dendam dan mencari motif mereka cuba menangkapnya. Dia bertemu dengan seorang lelaki yang terkenal dengan panggilan 'Wira Perak' yang bersamanya dalam mengembara mencari setiap helaian daun yang gugur dari pohon yang hijau.
Hati Patik Sudah Dicuri, Hati Tuanku Bila Lagi? by Merci_Misha
Merci_Misha
  • WpView
    Reads 38,194
  • WpVote
    Votes 3,794
  • WpPart
    Parts 62
"Sahabatku, hamba rasa hamba telah jatuh cinta!" Zarina, anak dara pingitan Makcik Zakiyah yang diminati ramai jejaka, telah patah hati setelah mendapat tahu watak novel kegemarannya mati di medan peperangan. Sungguh, dari kecil sehingga besar, dia sering menghanyutkan diri dalam dunia novel. Sehinggalah muncul sebuah novel kegemarannya yang mana memaparkan seorang watak yang telah membuatnya jatuh cinta. Namun, dia setia kepada yang tidak nyata walaupun ramai yang telah melamarnya. Walaupun begitu, tiada sesiapa pun yang tahu perwatakannya yang sebenar. Di luar nampak lembut. Di dalam? Wah, siapa tahu. Dalam kesedihan dan keperitan yang dirasainya itu, tanpa disangka perlian sahabatnya menjadi nyata. Seorang jejaka yang berperwatakan sebiji dengan watak kegemarannya, muncul di layar mata! Apakah benar apa yang dia lihat ini? Apakah ini... cinta sejati? "Hamba akan cuba tarik perhatian dia! Tak nak pikat, sebab nanti bahaya!" Tekad Zarina. Tengku Shafhan Iyyad, putera impian para gadis, tidak tahu bahawa dirinya kacak. Malah, dia juga tidak lepas daripada memandang wajah Zarina yang comel dan mulus bak mutiara di laut. "Perasaan apa ni ya?" Soal Shafhan, tidak memahami rasa hatinya itu. Tetapi, suka dan duka bukanlah memenuhi cerita, namun lawak dan jenaka turut ada. Sahabat dan musuh haruslah dimasukkan, jikalau tidak, manakan cerita dapat berjalan? Mari kita lalui kisah si Zarina yang telah jatuh cinta dan Shafhan yang sedikit kureng orangnya. "Apa erti cinta sekiranya status memisahkan kita?" Bermulanya kisah di istana kerajaan negara Angin Putih. Genre :- Teen Fiction-Romance-Classic-Fantasy-Islamic • ────── ✾ ────── • Ditulis pada tahun : 2020 ♡Penulis : Merci_Misha / Haninay ♡Sumber : Wattpad 🌸🌸Lovely cover by @jebatqays_🌸🌸