Mafia story
21 stories
CINTA BUAT ABANG by wanalareina_
wanalareina_
  • WpView
    Reads 543,091
  • WpVote
    Votes 8,763
  • WpPart
    Parts 33
Dari kecil hidup bersama, tinggal serumah dan hidup sebagai adik beradik. Entah bagaimana perasaan cinta mulai tumbuh dalam diri. Ayana Bellinda dalam diam menyimpan perasaan terhadap abangnya itu. Perasaan itu cuba ditahan dan dipadam, namun benarlah cinta itu buta. Semakin dipadam rasa itu, semakin dalam cintanya pada si abang. Ayana seorang yang keras kepala dan nakal. Semua benda di lakukan untuk mendapatkan perhatian abangnya yang beku itu. Setiap larangan buatnya adalah kegemarannya. Elvis Ayden si abang yang menjadi pujaan hati seorang Ayana Bellinda. Bukan hanya adiknya itu, malahan pujaan orang ramai. Walaupun jarang bercakap dan bergaul dengan orang ramai, dia tetap dapat menarik perhatian orang sekelilingnya. Rahsia yang tersimpan selama ini membuatkan Ayana Bellinda nekad. Sebuah hubungan adik beradik yang harmoni akhirnya hancur apabila Ayana membuat sesuatu yang merosakkan diri serta keluarganya. *p/s jangan lupa vote and comment☘️
Mr.Cruel (BAKAL DIBUKUKAN ‼️) by ReginaAkhira
ReginaAkhira
  • WpView
    Reads 2,421,383
  • WpVote
    Votes 100,526
  • WpPart
    Parts 166
Segalanya adalah sebuah kebetulan.Takdir mereka telah pun bermula dengan pertemuan pertama tanpa sengaja antara mereka. Sejak pertemuan tragis itu, bayang hitam seolah-olah menghantui hidup Ayrena. Namun, siapa sangka corakan takdir menyatukan mereka berdua di atas satu ikatan. Satu janji telah di buat untuk melindungi gadis itu. "Aku boleh carikan Adrian. Tapi dengan syarat. Kahwin dengan aku!" -Darren Del Lucca Tatkala bahagia kian terasa, satu kebenaran yang terungkap menyebabkan Ayrena hilang arah. Lelaki yang bergelar suaminya selama ini, merupakan seorang Mafia yang sangat berkuasa. "Antara cinta dan kuasa, awak akan pilih kuasa awak, kan?" -Ayrena Rosebell "You know which one I will choose, Ayrena." -Darren Del Lucca Saat ego masih utuh, perasaan yang sudah tersemai dinafikan. Pelbagai tragedi yang berlaku membuatkan banyak rahsia mula terungkap. Kebahagiaan diragut sekelip mata saat pengkhianatan mula bermaharajalela. "Sejak aku dan kau disatukan, sejak itu aku berjanji untuk lindungi kau hingga akhir nafas aku. Kau tak boleh mati, kau janji dengan aku untuk kita hidup bersama. Jadi, aku nak kau bertahan. Untuk aku, untuk kita!"-Darren Del Lucca
[C] : PSYCHO MR HAZEL  by syaiain25
syaiain25
  • WpView
    Reads 1,783,682
  • WpVote
    Votes 74,640
  • WpPart
    Parts 95
~Saya sedar mencintai awak bukan satu kesalahan~ -She- RAYYAN AIDEN~. Sebut sahaja Y pasti dia digeruni oleh mafia-mafia lain, lelaki bermata hazel ini tidak terlalu kejam dan tidak terlalu baik juga, matanya boleh menggoda sesiapa sahaja yang memandang, dengan wajahnya yang kacak cukup melengkapkan mata hazelnya untuk menggoda para gadis di luar Namun tidak disangka hatinya terpaut kepada gadis bawah umur, dan lagi parah ia menjadi psycho kepada gadis itu. 2 tahun memendam perasaan akhirnya gadis itu sudah berumur 17 tahun. Sudah layak untuk berkhawin dan erti kata lain sudah layak untuk dia mengambil gadis itu menjadi isterinya yang sah Lelaki psycho dan budak baru nak matang? Boleh bahagia ke? Kalau nak tahu bacalah hahaha Thanks kepada yang sudi baca✨✨ I purple you 💜💜 -SYAIAIN [START ~ 2020] [END ~. ]
Mr Izzat:Love Contract by nabzilah
nabzilah
  • WpView
    Reads 20,760
  • WpVote
    Votes 328
  • WpPart
    Parts 20
Farah Ariesya,gadis kecil yang hidup bahagia sehingga bapanya kemalangan dan meninggal. Ibu dan kakak tirinya menghalaunya dari rumah. Kawan baik dan boyfriend Araa menghianatinya. Apa yang lagi teruk,dia telah membuatkan kerosakan kereta pada seorang ketua mafia White lion. Dengan hutang dari kereta itu,dia tidak dapat membayarnya kerana tiada duit. Akhirnya dia dipaksa membuat contract untuk mengahwini ketua mafia White lion. Hidupnya berubah hanya sekejap sehingga kematian anaknya. Ketua mafia meninggalkanya. Beberapa tahun kemudian dia telah berjaya di menjadi CEO VR building...
LOVING MR MAFIA {✓} by vionarch
vionarch
  • WpView
    Reads 1,019,264
  • WpVote
    Votes 43,925
  • WpPart
    Parts 52
[ BOOK ONE ] Tubuh kecil isterinya di seret tanpa belas kasihan sepanjang melangkah di lorong bawah tanah itu. Rayuan serta tangisan yang kedengaran dari wanita itu namun lansung tidak membuatkan dia merasa bersalah. Kerana dia perlu memberi pengajaran pada isterinya. "Awak... Please... Saya janji tak buat lagi. Jangan buat saya macam ni. Saya tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak. Tak nak!!" "DIAM LAH BODOH! KAU YANG BUAT AKU NAIK ANGIN, JADI, TERIMA LAH BALASANNYA." Jerkahan suaminya cukup untuk membuatkan hatinya terasa di hiris. Jika dia tahu amarah suaminya akan menjadi seperti ini, dia tidak akan lakukan perkara yang lelaki itu benci. Dia tidak suka dengan sisi suaminya yang satu ini. Nak atau tak nak dia kena terima balasannya. Tubuh lemah isterinya di humban kasar ke dalam sebuah bilik. Bau tidak menyenangkan mula memasuki rongga hidung wanita itu. Suhu di bilik bawah tanah itu sangat sejuk bagaikan di ais kutub. Baju yang di pakainya tersangat lah nipis sehinggakan rasa sejuk di bilik itu mula mencengkam badannya. "Awak... Jangan tinggalkan saya. Saya takut." Rayuan demi rayuan keluar di bibir pucat wanita itu namun lelaki itu masih dengan egonya. Bam! Pintu di tutup kasar lalu berjalan meninggalkan isterinya. Sejujurnya dia tidak sampai hati mahu melakukan itu pada isterinya namun mengingati perbuatan wanita itu membuatkan amarahnya memuncak. Wanita itu meringkuk di penjuru bilik sambil menangis tersedu-sedan. Air mata sudah tidak mampu untuk keluar lagi namun sedu-sedannya masih kedengaran. Betapa sejuknya suhu bilik itu sehinggakan jelas kelihatan nafasnya keluar dari hidung seolah-olah kabus. Perlahan-lahan matanya tertutup sebelum dia mula tidak sedarkan diri. Dia, si gadis malang. Damia Salsabila. Dan dia, si jejaka mafia. Sergio Manorav Mikael. • • • "Don't ever try to take my babygirl." - Sergio Manorav Mikael Start : 18/6/2021 End : 20/8/2021 Status : Completed Genre : Dark Romance Book cover : Athi (friend
Dendam Eafy ✔️ by aishzy
aishzy
  • WpView
    Reads 944,728
  • WpVote
    Votes 33,840
  • WpPart
    Parts 69
Pernah dengar istilah dendam memakan diri? Istilah benci bertukar sayang? Istilah itu semua berada dalam cerita mereka. Tentang pasangan yang dahulunya sahabat karib, kini sudah menjadi mangsa sang jejaka. EAFY LEO. Dia cuma mahukan hak keadilan di atas kematian ayahnya akibat ditembak oleh seorang konco musuh Catch. Mungkin semua sudah tertulis apabila Hanis juga ada kaitan dalam hal ini. Atau lebih tepat, Hanis menjadi mangsa keadaan. HANIS. Bukan main kepalang lagi rasa terkejutnya apabila bangun sahaja daripada pengsan, dia telah berada di sebuah bilik mewah yang sangat asing. Peluang untuk melepaskan diri makin bercahaya apabila kelibat Eafy muncul di ruang mata. Hanis fikir, sahabatnya itu adalah seorang penyelamat. Malah... Lain jadinya! "Kau percaya tak, kalau aku cakap... Aku adalah penculik sebenar?" Didera, diseksa dengan kejam dan lebih teruk lagi, dia diperkosa! Mana sifat belas kasihan lelaki itu? "Kalau aku mengandung, aku akan lari dari sini!" Kata-katanya itu bukan sahaja di mulut. Setiap apa yang dipertuturkan, dia sematkan dalam hati. Andai kata ada janin di dalam kandungannya, maka Hanis akan melarikan diri daripada kurungan Eafy. "Hannah, can I marry your mama?" Setelah apa yang mereka lalui, akhirnya mereka telah mengecapi kebahagiaan berumah tangga. Namun, satu demi satu ujian makin menduga. "Bad news, markas diceroboh polis." ••• Start : 3 October 18 End : 27 Januari 20 Status : Completed Genre : Romance © No plagiarism
The Chosen One by BabyRyens
BabyRyens
  • WpView
    Reads 1,203,086
  • WpVote
    Votes 62,420
  • WpPart
    Parts 90
Siri Kelima. Anneliese Cherina. Pelik? Ya, dia pelik. Pelik namun indah. Di mata manusia dia seorang yang cantik rupawan. Segala-galanya dia ada kecuali kekayaan. Disebabkan kematian kedua-dua orang tuanya, dia hidup bersama adik lelaki yang tercinta. Namun, siapa tahu apabila malang menimpa mereka? Nasib si adik yang menghidapi penyakit barah otak telah memaksa model tersebut agar mengerah lebih tenaga untuk mencari lebih banyak wang. Pada beberapa tahun lalu, Tengku Haikal @Aden melarikan diri demi mencari sebuah makna ketenangan sebaik sahaja cintanya ditolak oleh kakak iparnya sendiri. Hanya kerana ingin membuktikan bahawa dirinya sudah melupakan cinta pertama, dia nekad ingin mencari kekasih upahan. Dari kekasih upahan dipaksa pula menjadi isteri upahan apabila Tengku Lily ingin melihat sijil pernikahan mereka sebagai bukti. Oleh disebabkan 'permainan' tersebut, mereka berkahwin dan hidup dalam kepura-puraan. Ops, mungkin korang dah lupa bahawa Anneliese seorang yang pelik. Pelik dari segi apa? Bagi sesetengah orang ia satu anugerah namun bagi Anneliese ia satu sumpahan. Dia boleh melihat sesuatu yang agakkkkk pelik dan SEDIKIT menakutkan. Mujur sahaja Tengku Haikal tenang orangnya. Tak disangka-sangka jejaka tampan tersebut sentiasa menjadi penjaga setiap masanya. Pelbagai ragam dan aksi pelik membuatkan mereka jatuh cinta antara satu sama lain. Namun, di antara mafia dan ego, siapakah yang menang? "You pembunuh! Sedar dengan kenyataan tu!" - Anneliese Cherina. "Aku memang pembunuh but at least aku tak pelik macam kau. Hantu? Sape kata hantu tu wujud? Entah-entah kau yang hantu kut. Kau saje nak minta perhatian aku en?" -Aden. "I tak pelik! Semua orang yang korang dah bunuh tu, sentiasa ada dekat korang! Menanti nak balas dendam!" -Anneliese Cherina. "Oh, yeah? So, sampaikan mesej aku kat diorang yang aku harap diorang happy berpesta kat neraka! Cenyum sikit. Alololo comel! Maaaa..cam anjing!" -Aden.
✓ ENRIQUE DANNIKA by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 5,059,023
  • WpVote
    Votes 265,372
  • WpPart
    Parts 72
# 4th UNDER HE SERIES: •Enrique Dannika 💋 ~Under His Deadly Revenge~ Perempuan lemah? Perempuan lembik? Perempuan cengeng? Tapi bukan bagi CLARISSA ROSE. Dia bukan lemah. Dia bukan lembik. Dia bukan cengeng. Tapi dialah pemegang takhta Organisasi King. Pada mulanya, sukar untuk percaya. Organisasi King? Tetapi pemimpinnya seorang perempuan? Bukan sembarangan perempuan. Dia telah dilatih bermati-matian. Hanya untuk menjadi ketua King. Hidupnya sebagai King selama ini aman. Sehinggalah sesuatu barang yang penting dan sangat berharga milik keluarga King hilang dicuri. "I said, i don't take it! Aku cakap aku tak ambil benda tu! Tak pernah! Kau faham tak?! Aku tak kira. Aku nak kau lepaskan akulah perempuan!" ~Enrique Dannika Apa kes lelaki kena culik weh? Hidupnya sebagai student di bumi asing itu mula haru biru apabila dia diculik dan dituduh mencuri?! Dia ingat dia tu siapa sesenang maggi je nak culik aku. "I'm Athena Rose. Nice to meet you Mister Enrique. But i won't let you go until you give me back my property." ~Clarissa Rose "I'm a king, rude boy. Illegal weapons. That's my job." ~Clarissa Rose "Aku tak tanya." ~Enrique Dannika "You kiss me?! Kau gila. Haram bongok!" ~Enrique Dannika "I'm sorry. But it seem like you love it." ~Clarissa Rose Namun akhirnya Clarissa Rose melepaskan lelaki itu. Buat kali pertama, seorang King boleh salah target. "I'm sorry." ~Clarissa Rose "Aku akan balas dendam. Just wait and see." ~Enrique Dannika Kehadiran Leyla Yilmaz. Mengubah segalanya. Mengubahnya menjadi seorang yang lebih baik. "Mumtaz Ammara Rose? Wow. Are you kidding me?" ~Enrique Dannika "Apa awak buat ni?" ~Clarissa Rose "Balas dendam." ~Enrique Dannika Enrique Dannika. Dia... bukan lagi lelaki yang pernah diculiknya dulu. "Assalamualaikum. Kami daripada jabatan agama islam..." "Sesi membalas dendam baru bermula, sayang..." ~Enrique Dannika
✓ TUNKU NIEL NATHANIEL by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 2,978,549
  • WpVote
    Votes 188,010
  • WpPart
    Parts 52
# 2nd UNDER HE SERIES: •Tunku Niel Nathaniel 🎭 ~Under His Mysterious Spell~ Dalam perjalanan mencari seorang wanita bernama Helenna Mia De'Angelo, TUNKU NIEL NATHANIEL berjumpa pula dengan gadis cantik kelahiran Malaysia, QHAIYRA ARALYN. Jatuh cinta pandang pertama? Nonsense. Tapi memang benar dia sudah jatuh suka pada pandang pertama. Saat salam perkenalan yang dihulur disambut, bermulalah titik permulaan kisah manusia antara dua dunia yang berbeza. "Jom kita couple." ~Tunku Niel "Saya tak nak kita couple. Tapi saya nak kita bercinta." ~Qhaiyra Aralyn. Qhaiyra Aralyn terima. Dia suka Tunku Niel. Dia suka lelaki misteri disebalik mask emas itu. Namun dia terima Tunku Niel pada akhirnya. Lumrah bercinta. Hanya indah pada mulanya. "I hate violence. Mafia. Gangsters. Everything." ~Qhaiyra Aralyn Bimbang gadis itu akan terluka dengan kenyataan yang bakal diterima. Bimbang terancam keselamatan si pemilik hati. Tunku Niel memilih untuk menjauh. Angel deserves someone better. Tunku Niel pulang semula ke agenda asalnya. Dia perlu cari Helenna Mia D'Angelo dengan segera. Tanpa Tunku Niel sedar, Qhaiyra kecewa. Qhaiyra terluka. Tanpa khabar. Tanpa nota. Tunku Niel menghilang begitu sahaja. Dan di saat Qhaiyra Aralyn tersedar akan sesuatu, dia yakin Tunku Niel adalah si lelaki misteri di sebalik topeng emas itu. "You hate violence. You hate mafia. You hate gangsters. Remember?" ~Tunku Niel "I do hate violence. I do hate mafia. I do hate gangsters. Tapi saya tak benci cinta saya." ~Qhaiyra Aralyn "Kita sama-sama pernah terluka. Sekarang, terima saya sepenuhnya. Kita akan bahagia. Itu janji saya." ~Tunku Niel