bvtterswyt's Reading List
6 truyện
TERNYATA HANYA DIA (TERBIT) bởi msroses_
msroses_
  • WpView
    LẦN ĐỌC 1,935,151
  • WpVote
    Lượt bình chọn 15,597
  • WpPart
    Chương 12
2nd story 💙 Tengku Harraz Iskandar Dia, lelaki yang berpewatakan dingin. Kisah silam yang dialami menyebabkan dia terlalu sukar untuk mempercayai manusia yang bergelar wanita. Peritnya ditinggalkan bersama anak yang masih kecil membuatkan dia allergic dengan perkataan isteri dan perkahwinan. Dia sudah berjanji, dia tidak akan sekali-kali melibatkan diri dengan cinta lagi! Dalam hidupnya cuma ada kerja dan si comel Amanda sahaja. Tiada apa yang lebih penting daripada kebahagiaan anaknya itu. Dia sanggup lakukan apa sahaja asalkan anaknya bahagia. Nurina Amani Dia, seorang wanita yang lemah lembut. Kerjayanya sebagai seorang guru tadika menampakkan dia seorang yang ceria. Di luar, semua orang nampak dia bahagia. Tetapi tiada siapa yang tahu, luka yang diberikan oleh ibubapanya ketika dia masih kanak-kanak membuatkan dia fobia dengan perkahwinan. Dalam kamus hidupnya tidak pernah ada perkataan cinta. Baginya cinta itu tidak wujud. Baginya perkahwinan yang bahagia itu hanyalah kisah dongeng yang direka semata-mata. "Mommy, can you hug me, peyishh" -Tengku Amanda "I'm not your mommy sayang. Nanti Acik Amani carikan your mommy, okay? " - Nurina Amani "Tolong jadi mommy kepada anak aku. Aku sanggup bayar berapa je yang kau nak" - Tengku Harraz Iskandar "Tengku ni dah gila la saya rasa. Apa kata Tengku pergi refer diri sendiri ke Hospital Psikiatrik?" - Nurina Amani Apabila luka dan fobia ditolak ke tepi demi kebahagiaan si kecil, mampukah hubungan yang dibina dipertahankan apabila ada yang ingin meruntuhkan?
CINTA TAK BERSYARAT (TERBIT) bởi msroses_
msroses_
  • WpView
    LẦN ĐỌC 2,938,205
  • WpVote
    Lượt bình chọn 1,988
  • WpPart
    Chương 10
1st story ♥️ Maira Sofea dan Ahmad Firash, permulaan kisah mereka jauh daripada indah. Seorang jururawat dan seorang pegawai perubatan yang menjadi seteru sejak tanggapan pertama yang tidak menyenangkan. Setiap kali bersua, ada sahaja kata-kata yang menyakitkan hati keluar daripada mulut kedua-duanya. Ironinya, ada satu persamaan antara mereka berdua apabila perkataan "perkahwinan" tidak pernah wujud dalam kamus hidup masing-masing. Namun... akibat kecuaian orang lain, mereka terjerat dalam satu peristiwa yang meranapkan segalanya. "Kenapa doktor buat saya macam ni?!" - Maira Sofea "Aku akan bertanggungjawab pada kau." - Ahmad Firash "Lima bulan je. Cukup lima bulan... kalau saya tak mengandung, saya nak doktor ceraikan saya!" - Maira Sofea Perkahwinan yang tidak pernah terlintas dalam fikiran masing-masing, akhirnya berlaku. Hubungan yang mereka tahu akan ada titik penghujung, ditempuh tanpa pengetahuan orang sekeliling. Tanpa mereka sedar, tempoh yang singkat itu diam-diam memberi makna yang lebih besar. "Nurse biasa macam kau ni ingat layak ke untuk doktor macam dia? Kau tak rasa dia malu ke ada isteri macam kau?" - Syakira Farhana Namun, apabila kenyataan lama diungkit kembali, mampukah mereka mempertahankan cinta yang baru mula berputik? Atau adakah ianya sekadar disebabkan rasa tanggungjawab dan rasa kebergantungan? Dalam menidakkan, mereka akur, cinta itu tetap salah satu anugerah daripada Allah. Walaupun tanpa syarat untuk mesti memiliki.
Raja dan Tengku | H bởi nynjelly
nynjelly
  • WpView
    LẦN ĐỌC 9,146
  • WpVote
    Lượt bình chọn 931
  • WpPart
    Chương 13
3 | by NYNJELLY_ || Raja Arman x Tengku Dahlia || Kisah harian Raja dan Tengku! Bacaan santai. "A King may rule but a Queen will conquer" Tengku "A true Queen will stand by her King even at his lowest moments" Raja Start : 25 November 2021 End : ١ sesuai dibaca! ٢ terlalu banyak gula ٣ idea datang dari lamunan penulis sendiri ٤ jangan copy nama!
+7 tag khác
Sir Miang itu DUDA?! | NEW VER bởi nynjelly
nynjelly
  • WpView
    LẦN ĐỌC 51,746
  • WpVote
    Lượt bình chọn 3,556
  • WpPart
    Chương 29
1 | by NYNJELLY_ Isteri kesayangan abang. Hari pertama Harleen Sophia memasuki Universiti. Pada mulanya dia ingat akan berjumpa dengan lelaki kacak seperti gurunya pernah berkata saat dia masih di sekolah menengah dahulu tetapi.. "Awak pandang saya buat apa? Sambung la kerja yang tak siap ni. Saya tahu lah saya ni hensem! Tapi jangan pandang lama-lama." Watak heronya pula bernama Ariel Eidzlan si duda yang mempunyai seorang anak lelaki berumur 5 tahun. Sir Ariel atau dipanggil 'Sir Miang Duda' selalu mengusik dan saling berdebat kata dengan Harleen Sophia sampai lah mereka, "Aku kahwinkan dikau dengan Harleen Sophia binti Mohd Jamal Asri dengan mas kahwinnya berjumlah RM ___ tunai!" "Ish, takmauu, saya takmau panggil macam tu!" "Awak jangan madukan saya tau, saya takut berkongsi suami miang saya ni, nanti madu saya lari pulak" ᪥᪥᪥ start : 1 . 6 . 21 end : ________ ᪥᪥᪥ ١ jangan di plagiat ٢ impian nak kahwin dengan duda ٣ idea datang dari lamunan penulis sendiri ٤ jangan copy nama!
C | TUAN RIZQY'S PRIORITY  bởi _reallisa
_reallisa
  • WpView
    LẦN ĐỌC 344,193
  • WpVote
    Lượt bình chọn 20,398
  • WpPart
    Chương 58
MAFIA SERIES || BAD BOY SERIES Disebabkan satu peristiwa, dua hati bersatu. Dari musuh menjadi pasangan. Menentang peristiwa yang akan mendatang. Tengku Aiman Ieskandar, seorang jejaka yang tidak tahu apa erti sayang dan seorang jejaka yang tidak mahu bertentang mata atau memupuk cinta bersama gadis - gadis yang ada di hadapan mata. Tetapi, apabila datangnya Nurfa Adreana di dalam hidupnya, dia berubah seratus peratus dirinya hanya untuk wanita kesayangannya. Tengku Aiddan Iman, seorang jejaka yang berlainan perwatakan nya. Terpaksa bergabung hati bersama si gadis, Isya Danisya. Hari demi hari, perasaan cinta dan sayang mula menghadirkan diri ke dalam hati masing - masing. Tengku Aisy Rizqy, seorang jejaka mafia yang digeruni ramai. Hati sedingin batu, tidak mampu dicairkan. Tetapi letak sahaja Lisa Mikayla di hadapan matanya, pasti jejaka itu akan bertukar lemah lembut. Dari hati yang sedingin batu kini bertukar menjadi hati dipenuhi bunga. Dapatkah mereka menumpaskan Im Arsyad, ketua mafia merangkap musuh utama mereka? Mampukah mereka menyatukan kerjasama yang sempurna? Mampukah rumah tangga mereka diselamatkan?Semua jawapan ada di dalam buku ini. Selamat membaca! Lisa nak korang semua share, comment and the last thing is, vote! Goodluck!
Bidadari Tuan Ryan bởi miss-syaara
miss-syaara
  • WpView
    LẦN ĐỌC 12,940
  • WpVote
    Lượt bình chọn 1,434
  • WpPart
    Chương 16
Amaran daripada Red Alpha merupakan permulaan titik pertemuan Haura Medina dengan ketua kumpulan tersebut, Aariq Faryan Xavier atau lebih dikenali sebagai Ryan Xavier. Mereka bertemu bukan kerana cinta, tetapi kerana hutang bapa Haura sendiri. Makin bertambah rasa bencinya pada Ryan apabila lelaki itu tegar memisahkan adik-adiknya daripada dia. Mula-mula, benci. Namun tiada siapa tahu takdir Tuhan, bukan? Hati manusia itu sifatnya sentiasa berbolak-balik. Tanpa Haura dan Ryan sedar, masing-masing sudah mula simpan satu rasa yang sama. Rasa itu tak lama sebelum Nia Irdeena kembali semula dalam hidup Ryan membuatkan lelaki itu keliru dengan perasaan sendiri. Joshua Wang cuba memancing cinta Haura. Ryan tak senang duduk apabila melihat Joshua berusaha untuk memenangi hati Haura. Tercabar naluri lelakinya. Sampai suatu masa, sebuah rahsia terbongkar. Hancur hati Haura apabila mengetahui Ryan adalah punca hidupnya menjadi gelap gelita dan kehilangan tempat bergantung. "Love, please trust me. Bukan aku yang buat." - Ryan "Percaya apa lagi, Ryan? Dah terang-terang semuanya berpunca daripada awak!" - Haura Ryan putus harapan. Untuk apa lagi merayu kalau sudah tiada rasa percaya dalam diri Haura terhadapnya? Ryan akur. Jika itu yang Haura mahukan, dia terima. Tetapi Haura pula bagaimana? Bisakah dia teruskan hidup tanpa Ryan yang dia sayangi di sisinya? ☕☕☕ Start ; 3 September 2021 End ; ? ✉ 100% idea from my sexy brain! ✉ Cover by me ♡ ✉ Do follow, vote and comments. ✉ Don't worry, my story doesn't have 🔞 part. 🚫 No hate comments! ☡ STRICTLY NO PLAGIARISM! ©Aara's2021project