📌|| RECOMMENDED
3 stories
Dalam Jagaan Devil [NOVEL] by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 3,261,091
  • WpVote
    Votes 170,173
  • WpPart
    Parts 65
Top 1 [Amazing Romance Genre🏅] Top [ GOOD STORYLINE 🏅] HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA SUDAH DIJADIKAN NOVEL "Ini bukan syurga, ini neraka! Kalau duduk dengan syaitan, sudah semestinya dia akan membawa aku ke neraka." Kemunculan Rayden Hidayat dalam hidupnya membawa satu makna. Lelaki berdarah kacukan cina itu dilahirkan daripada keluarga kongsi gelap. Dia tidak menyangka perwatakan Rayden yang agak dingin dan serius dapat membawanya keluar daripada dunia suaminya. Setahun perkahwinan Hana dan Ziat telah didirikan. Namun ia runtuh kerana nafsu duit. Ziat sanggup menjual isterinya kepada sesiapa sahaja yang membayarnya dengan wang tunai yang banyak. Sejak kehadiran Rayden sebagai pelanggan, dia mula merasakan sesuatu yang tidak kena apabila setiap malam lelaki yang sama bakal menempah isterinya. "Saya takkan lari daripada sini. Syurga saya dibawah telapak kaki suami saya."-Hana. "Itu bukan syurga tapi neraka. Just choose one, follow me or continue to satiate the devil's appetite."-Rayden Namun kehadiran Rayden dalam hidup Hana bukanlah satu maksud yang sia-sia. Dia datang dengan hajat tiga tahun yang lalu. Dia muncul sebagai memori pahit Hana yang sudah lama dilupakan. Siapa Rayden? Bagaimana aku boleh lupa tentang orang yang paling penting dalam hidup aku? "Ikut aku balik Hana!" -Rayden Hidayat "Aku suami kau yang sah Hana. Kalau kau lebih pilih bekas suami kau yang dah murtad, kau berdosa besar. Tiada ciuman syurga bagi kau Hana. Datang pada aku sekarang!" -Ziat Mana yang harus aku pilih? Dalam jagaan siapa yang lebih selamat untuk aku menetap? "Cinta boleh buat kita ingat semuanya tapi cinta juga boleh buat kita lupa yang Maha Esa. Cinta memang kejam!"- Rayden Hidayat
Suamiku Tinggi 189cm?!!  by MejiMoon
MejiMoon
  • WpView
    Reads 2,075,127
  • WpVote
    Votes 89,242
  • WpPart
    Parts 104
PANGGG!! Satu tamparan yang kuat telah hinggap di pipi kanan Najwa. Terasa amat sakit namun kesakitan itu tidak setanding luka di dalam hati yang sedang dialami olehnya ketika ini kerana suami yang selama ini dia cintai sanggup menampar dirinya di hadapan khalayak pelajar yang lain hanya gara-gara seorang gadis yang amat lelaki itu cintai,Adriana. Tanpa disedari, kedua-dua kaki Najwa berlari meninggalkan tempat itu. Dengan tudung sekolahnya yang tidak teratur akibat tamparan yang diberikan tadi membuatkan dia seperti pesakit mental yang sedang melarikan diri. Air mata Najwa yang laju mengalir di pipinya setia menemani hatinya yang kini hancur berderai. Adakah nasibku memang begini? Ditinggalkan oleh insan yang paling disayangi amat memeritkan. Namun aku redha dengan segala ketentuan-NYA. ----- "Saya akan selalu mendoakan kebahagian awak dengan si dia yang bertakhta di hati awak agar kekal bahagia selamanya dan terima kasih buat segalanya. "-Najwa "Aku tetap akan ceraikan kau dan aku tak perlukan doa kau untuk aku bahagia bersama Ana! "-Hakimi "Saya cintakan awak,Najwa."-Asyraf "Saya sukakan awak, sejak kali pertama saya jumpa awak lagi,Najwa."-Aiden "Saya harap sangat awak bukan adik kandung saya Najwa, sebab apa? Sebab diri saya dah mula cintakan awak."-Nabil. credit cover; @MorshiMello
Peluang Kedua by somebdy_
somebdy_
  • WpView
    Reads 6,661,374
  • WpVote
    Votes 178,764
  • WpPart
    Parts 94
Syafiha diminta oleh kawan baiknya untuk mengantikan pengantin perempuan dek kerana pengantin perempuan telah menarik diri dari majlis perkhawinan tersebut. Selamat bergelar isteri kepada Khairul, Syafiha sudah menjadi sebahagian daripada hidup Khairul. Dari status kawan baik bertukar menjadi suami isteri. Baginya semua ini bagaikan mimpi. Rumahtangga yang dibina tanpa dasar cinta itu akhirnya membuahkan hasil. Mula terbit bibit cinta antara mereka. Namun sayang, bibit bibit cinta yang mula tumbuh terbantut dek kerana orang ketiga. Kebahagiaan mereka selama ni hancur begitu sahaja. Beberapa tahun berlalu, Khairul sedar akan khilafnya. Dia mencari kembali isterinya. Mampukah Syafiha memberikan peluang kedua itu kepada Khairul? Mampukah mereka kembali bahagia? Atau sebaliknya?