Qayser: The Untold Secret
nuggetcaramel_
- Reads 1,910
- Votes 238
- Parts 14
[M A F I A]
Satu misi dijalankan sebagai balas budi majikannya. Misi dimana dia ditakdirkan bertemu aku. Tiada kisah lain dalam hidupku yang lebih indah selain bertemu dengannya.
Dia Adam Qayser, lelaki pertama buat aku jatuh cinta. Dia sanggup korbankan tubuhnya sendiri demi keselamatan diriku. Dia tiada harta mahupun harta peninggalan ibu bapanya. Namanya pun majikannya yang berikan.
"Qayser, pastikan kau jaga dia betul betul . Segala apa yang terjadi pada dia, laporkan pada aku,"- Encik Sufian
"Baik, Tuan,"- Qayser
Misi itu mungkin mudah pada awalnya, tetapi dalam sekelip mata ia berubah menjadi sukar disebabkan oleh syarat yang di tetapkan.
"Pastikan tak ada rasa cinta antara kau dengan Aiza. Lepas semuanya terbongkar. Aku akan kahwinkan Aiza dengan anak Ray seperti yang dijanjikan,"- Encik Sufian
3 bulan diberi untuk Qayser bersekolah disitu menjaga dan mengintipku, Aizatul Sofea. Misi itu menjadi semakin sukar selepas aku sendiri tahu bahawa Qayser sedang mengekoriku.
"Kalau kau cuba nak bunuh aku, bunuh saja. Tak ada orang suka aku. Family aku sendiri buang diri aku masa aku kecil. Tak ada sebab untuk aku hidup dekat dunia ni lagi,"- Aizatul
"Kau patut bersyukur sebab ayah kau masih risaukan kau. Aku duduk terbiar tanpa ibu bapa. Jangan fikir kau seorang je susah,"- Qayser
Semakin lama, semakin banyak yang aku tahu tentangnya. Kami mungkin baru 16 tahun untuk merasai perasaan cinta. Tapi segalanya menjadi indah pabila dia hadir dalam hidupku.
Babak indah itu hanya hadir seketika. Seketika sebelum Encik Sufian tahu segalanya yang terjadi antara kami.
"Qayser, pilih antara dua. Satu, kau dapat Aiza dan tanggung semua risiko. Dua, tinggalkan Aiza dan aku akan tanggung semua kos sara hidup kau dan jangan muncul lagi depan Aiza," - Encik Sufian
"Kau yang buang aku masa aku 4 tahun! Berani kau jual aku macam ni?!"- Aizatul
Ini bukan pasal aku tapi kisah cinta sedih Adam Qayser.
Start: 12 Julai 2021
End:
©Nuggetcaramel