nrrdlx's Reading List
4 stories
KOPI LEJEN by LejenPress
LejenPress
  • WpView
    Reads 4,950
  • WpVote
    Votes 96
  • WpPart
    Parts 3
Di sebalik warna hitam itu, Ada sejuta warna, Yang penuh rahsia, Jika kurang gulanya, ada cerita pahit dalamnya, Jika terlebih gulanya, ada cerita sakit sedia, Jika sempurna rasanya, pasti semua gembira... Secangkir kopi biasa, Membezakan yang miskin dan kaya, Kerana secangkir kopi juga Ada yang berlagak kaya padahal papa kedana. Manusia, Lihatlah kopi sana, Biarpun hitam langsung tidak menarik warnanya, Tapi... Menjadi kegemaran semua. Namun, Elak lah menjadi kopi, yang cantik dan sempurna Padahal Ada sakit dan haram di dalamnya....
Monolog by AriffMasrom
AriffMasrom
  • WpView
    Reads 28,302
  • WpVote
    Votes 484
  • WpPart
    Parts 9
Azman cuba lari dari masa silamnya kerana dia tidak mahu hidupnya yang dulu. Dia cuba bina hidup baru di tanah asing dan menjadi Azman yang baru. Itu misi utamanya. Kehadiran Lisa di sisinya sedikit sebanyak memberi satu sinar cahaya harapan buat dirinya. Cinta yang gagal dulu bukan lagi penghujung kisah cinta Azman. Walau pun Lisa cuma tahu sedikit sahaja tentang latar belakang Azman, tapi dia tetap terus berkawan dengan Azman. Namun, sepucuk e-mail yang tidak disangka-sangka diterima oleh Azman. Kisah lamanya terbongkar satu per satu. Lisa mula mengenali siapa Azman sebenarnya dan semua rahsia-rahsianya yang dahulu kini diketahui Lisa.
Al Kisah Di Sebuah Kolej by zhafrannamadiberi
zhafrannamadiberi
  • WpView
    Reads 81,417
  • WpVote
    Votes 2,945
  • WpPart
    Parts 36
Semasa merenung sendiri result spm, ada juga dia terfikir untuk terus ke Kuala Lumpur tanpa membawa sebarang barang dari rumah. Walaubagaimanapun keluarga harus diutamakan. Ihsan bukan anak durhaka drama tv. Sifat Ihsan itu bagus. Seketul manusia yang tak bosan menimba ilmu. Dari sekolah, kini dia melanjutkan pelajaran ke sebuah kolej swasta kerana result dia belum cukup bagus untuk ke uitm. Bermacam ragam manusia dia hadapi disana. Dari yang suka mainkan hati, yang sukakan pisang goreng, yang pantang tengok orang hensem, yang membaca buku 99 kata dan sampailah yang selalu rasa bagus. Ihsan cuba bertenang dan meneruskan perjalanannya di perantauan.
BERCAKAP DENGAN JUN by HasrulRizwan
HasrulRizwan
  • WpView
    Reads 7,549
  • WpVote
    Votes 216
  • WpPart
    Parts 7
Kematian ibunya meninggalkan kesan yang mendalam pada kehidupan seorang anak kecil. Sejak itu dia memencilkan diri dan hidup bersendirian di sebuah taman perumahan kosong dan terpinggir di ceruk hutan. Orang kampung mengatakan dia lelaki gila di rumah kosong. Masa berlalu dan dia membesar dengan menyara diri sebagai seorang penyeluk saku. Setiap hari dia keluar seperti orang yang bekerja, memakai pakaian yang kemas seperti ke pejabat namun melakukan kerja menyeluk saku di dalam transit di Kuala Lumpur. Dia lelaki yang cekap dengan mata yang menyihir dan magis di tangannya. Tidak pernah tertangkap dan tidak sesekali takut kepada apa-apa pun. Sehingga satu malam, seorang gadis muda melahirkan anak di taman perumahannya. Dia membantu melahirkan anak tersebut dan bermulanya detik itu, pada waktu dia memegang seorang anak kecil, seluruh kehidupannya berubah serta merta. Menjadi lelaki yang kecut dan ketakutan separuh mati.