Konflik ringan + happy ending
3 stories
Bukan Untuk Dimiliki by appleflakes
appleflakes
  • WpView
    Reads 4,675,355
  • WpVote
    Votes 259,645
  • WpPart
    Parts 75
Pertama : Singkirkan Ilya Humaira atau lebih tepat aku akan buat Airil Zafran ceraikan dia. Kedua : Kahwin dengan Airil Zafran, seperti yang kami rancang sepanjang sepuluh tahun menyemai cinta dan mengikat kasih sayang. Ketiga : Kami akan bahagia seperti yang aku impikan. Tetapi rancanganku ini tidak seindah yang dibayangkan. Memporak perandakan rumah tangga mereka berdua tidak semudah itu. Hati yang sentiasa mengingatkan aku tentang cintanya serta-merta berubah arah. Tetapi aku tidak peduli! Mana mungkin cinta yang bertaut selama sepuluh tahun boleh hilang begitu saja. Ketika aku leka mengejar bahagia yang tidak pasti, terjadi sesuatu yang akhirnya memakan diri sendiri. Airil Zafran tidak lagi menjadi igauan malamku, yang ada hanyalah satu sesalan. Dan sesalan itu juga menemukan aku dengan cinta yang sejati dan bahagia yang abadi.
KEKASIH BAYANGAN [COMPLETE] by MairaAdh
MairaAdh
  • WpView
    Reads 1,341,676
  • WpVote
    Votes 101,905
  • WpPart
    Parts 55
𝒌𝒆𝒌𝒂𝒔𝒊𝒉 𝒔𝒆𝒓𝒊𝒆𝒔 𝒗𝒐𝒍 1 "𝑪𝒊𝒏𝒕𝒂 𝒌𝒊𝒕𝒂 𝒂𝒃𝒂𝒅𝒊 𝒔𝒆𝒍𝒂𝒎𝒂𝒏𝒚𝒂..." "Saya lapar... Ada makanan tak?" Itu merupakan titik perkenalan di antara Hawa dan Muhammad. Masing-masing bagaikan ada daya tarikan yang membuatkan mereka saling terikat. Daripada perkenalan yang singkat itu mulai hadir bunga-bunga cinta di dalam hati Hawa dan Muhammad tanpa mereka sedari. Adam. Dia... Lelaki yang amat tergila-gilakan gadis itu sehingga tergamak melakukan perbuatan terkutuk itu. Itu sahaja cara yang mampu untuk dia mengikat Hawa dengannya. Kerana, tiada lelaki lain yang mampu menerima Hawa seadanya, melainkan dirinya sahaja. "Adam hanya tercipta untuk Hawa." Hanya kerana satu malam... Mengubah jalan cerita ini kepada Kekasih Bayangan. . . . "Bidadariku, Hawa Arlani..." "Sama ada abang atau Hawa yang pergi dahulu, kita tetap kena teruskan hidup sebab lambat-laun kita juga akan kembali kepada maha pencipta alam semesta ini. Setiap kehilangan itu akan menyedarkan kita sesuatu. Jangan dikejar cinta manusia yang takkan berkekalan, tetapi kejarlah cinta Allah yang berkekalan. Tak rugi kita kejar cinta Allah terlebih dahulu." start : 13 October 2020 end : 17 June 2021
Orked Thorns (Terbit) by Drizellla
Drizellla
  • WpView
    Reads 1,763,637
  • WpVote
    Votes 33,815
  • WpPart
    Parts 36
[TERBIT | EBOOK] Thorns series 1- 2020 🚩 BACAAN DEWASA SAHAJA. TIDAK SESUAI UNTUK PEMBACA BAWAH UMUR. "You..You siapa?" Setelah soalannya tidak bersahut, Tengku Orked pandang ke bawah sekali lagi. Air liur ditelan deras ke dalam kerongkong. Payau! "Kalau you dekat lagi , I terjun ke bawah!"Ancam Tengku Orked bila menyedari lelaki itu tetap tak makan saman dan masih tetap ingin mendekatinya secara perlahan-lahan. "Kalau kau orang Islam, kenapa nak ambil jalan mudah macam ni? Bunuh diri tu diharamkan dalam Islam." "Siapa you nak tazkirahkan I? Ya, I tahu bunuh diri tu haram dalam Islam tapi I tak ada pilihan lain sekarang ni! I dah tak ada jalan lain lagi!"Pekik Tengku Orked. "Kau ada pilihan lain kalau kau batalkan niat sekarang ni."Nod suara lelaki tersebut kedengaran makin dikeraskan. "Apa pilihan lain ada sekarang ni? Boleh you bagitahu dekat I?"Tengku Orked kesat air mata sendiri laju-laju. "Kau akan dapat jalan lain kalau kau ambil tangan aku. Pilihan ada dalam tangan kau. Take my hand." Tengku Orked tergamam seketika sejurus jari kasar lelaki itu melunjur kepadanya. Seolah mengharapkan dia menggapai tangan yang menadah itu, lelaki tersebut makin datang mendekat. "Tak. You tak kenal I dan I tak kenal siapa you. Dunia kita berbeza. Cara hidup kita tak sama dan kita ada pilihan kita masing-masing."Masih dirundung prasangka buruk terhadap jejaka misteri itu,Tengku Orked tetap meneguhkan tembok keegoan. "Just take my hand!" Prak! Kaki Tengku Orked terpijak papan reput secara tidak sengaja menyebabkan gadis itu melalak dengan wajah pucat lesi. Sebelah kaki masih berada pada papan yang masih elok manakala sebelah lagi telah menjuntai ke bawah berayun diawangan. "Help me!"Tengku Orked menjerit dan prak! Sekali lagi kayu reput dimana Tengku Orked bergantung harap tadi kian patah dan permukaan air yang berkocak hebat di bawah sana menandakan tubuhnya sudah terjunam ke dalam sungai...