my read
3 stories
Karena Jatuh Cinta ✔ by DiniAnf7
DiniAnf7
  • WpView
    Reads 14,280
  • WpVote
    Votes 335
  • WpPart
    Parts 7
Rank 1 di #kekinian . ~CERPEN~ Ini aku, yang pernah mengenal cinta yang tidak halal. Aku berusaha mengubah diriku ini. Mencoba mencuci kembali kain kotor menjadi kain yang kembali lagi suci Dan akhirnya, aku temukan Dia Iya Dia, cintaku yang sesungguhnya Dialah Tuhanku ALLAH SWT.
NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE! by mimieismail90
mimieismail90
  • WpView
    Reads 34,070
  • WpVote
    Votes 1,092
  • WpPart
    Parts 75
Mimpikan Aku Please! adalah novel terbitan Kaki Novel Sinopsis: Elise, seorang gadis yang cekal. Demi melindungi dirinya dari lelaki si hidung belang, Elise tega meninggalkan majlis akad nikahnya sendiri tanpa mempedulikan reputasi si ayah. Perbuatannya mengundang kemarahan tak bertepi Tan Sri Mokhtar. Juga dendam kesumat Zarith. Akbar si tukang masak yang perengus. Seksualitinya selalu sahaja menjadi bahan gurauan para pekerjanya di belakangnya. Misterinya Akbar di mata mereka, umpama Akbar muncul dari atas pokok, POPP!! Digelar lelaki perengus, gila kerja, tidak berkawan dengan sesiapa kecuali Akim. Sikap ayah yang selalu mengatur perjalanan hidup Akbar membuatkan dia nekad membawa diri. Lalu membuktikan tanpa harta ayahnya juga dia mampu hidup. Pertembungan di muka pintu Great Pan's memulakan segalanya antara Akbar dan Elise. Pertelingkahan Elise dan Akbar menghidupkan suasana kekeluargaan dan persahabatan di dapur Great Pan's. Buat pertama kalinya, Akbar merasakan satu perasaan asing buat seorang perempuan. Elise turut merasakan yang sama, cuma dia takut tanggapan Akbar terhadapnya. Tentang siapa dirinya yang hanya layak digelar anak derhaka. Namun sekuat mana pun Elise menafikannya, cinta antara mereka lebih kuat. Dendam di hati Zarith semakin bernanah melihat kebahagiaan Elise dan Akbar. Dan dia pasti akan memiliki Elise walau apa cara sekalipun. Tragedi menimpa benar-benar menguji cinta Elise dan Akbar. Bahagia seakan bukan untuk mereka. Elise membawa diri meninggalkan Akbar demi mengubat luka di hatinya. Dari kejauhan, dua hati saling berbicara, saling menyeru pulang ke pangkuan masing-masing. Tegakah Elise membiarkan cinta mereka gugur layu menyembah bumi?
Pencuri Cinta Kelas Satu by karyaseni2u
karyaseni2u
  • WpView
    Reads 115,411
  • WpVote
    Votes 1,963
  • WpPart
    Parts 15
Tajuk: Pencuri Cinta Kelas Satu Penulis: Illa Shanahila Penerbit: Penulisan2u ISBN: 978-967-0567-78-5 Harga: RM25(Semenanjung) // RM28(Sabah & Sarawak) Bagi Aisya Humaira, menjaga bayi sendirian selepas abang dan kakak iparnya berhijrah ke Dubai adalah perkara senang. Pada dia, menjadi ibu sebelum masanya langsung tidak mendatangkan masalah apabila mommy dan daddynya ada membantu. Dan, langsung dia tidak menduga, menjaga si kecil yang kerinduan ibu dan bapanya bukan sesenang yang disangka. Oleh itu, dia perlu mencari pak cik kepada anak buahnya itu. Tapi siapa? Zulfa, si cinta pertamanya tu menolak. Nak bina kerjaya dulu katanya! Bagi Amar Firzal, mencari isteri bukanlah satu kepentingan. Pada dia, mempunyai kerja yang stabil dan rumah sendiri merupakan satu kejayaan. Dan, langsung dia tidak menyangka, ibunya juga terpengaruh dengan tipikal ibu di dalam drama yang suka menggesanya agar cepat-cepat bernikah. Alasan demi alasan yang diberi hanya menjadi halwa telinga. Dan akhirnya dia akur walau masih takut untuk meluahkan rasa pada si gadis sepejabat yang lebih tinggi pangkatnya. Mana mungkin Cik Hanisa suka kepadanya.