annehana01's Reading List
6 cerita
Lecturer Itu Duda Aku! ✓ oleh Fahizah_Reena
Lecturer Itu Duda Aku! ✓
Fahizah_Reena
  • Membaca 986,056
  • Suara 13,337
  • Bagian 14
Berawal usia 26 tahun, dia telah menjadi janda. Janda tapi tiada anak. Diceraikan oleh bekas suaminya kerana lelaki itu punya pilihan hati sendiri. Al maklumlah, kahwin pilihan keluarga. Tapi, bila dia tak ada zuriat, keluarga mertuanya juga turut tidak menyukainya. Sikap manusia, kan? Berubah-ubah. Laila bangkit dan mahu sambung pelajaran di peringkat Universiti, menebus kembali masa yang dibazirkan selama bersama Qais Ukasy! Sekurangnya, jika dia punya segulung ijazah, dapatlah juga dia berlagak depan Qais yang sombong dan bongkak itu! Baru nak bahagia pada hari pertama menuntut di Universiti, segalanya terasa seperti langit runtuh atasnya. Lecturernya, adalah Qais. Dr Qais lebih tepatnya, terkejut... Walaupun dia tahu pekerjaan bekas suaminya, tapi ini sangat-sangat mustahil berlaku. Dia tak pernah tahu Qais dahulu mengajar di sini. Kalau tidak, dia sudah angkat kaki ke tempat pengajian lain. Bermulalah dari situ, kesinisan, ketegasan, dan kenakalan Dr Qais mengganggu dia. Laila tidak melayan, malah menjauhkan diri. Namun makin dia berlari, makin dikejar pula. Gila! Dr Qais itu gila! "Buat apa buang masa belajar, kau pandai ke? Dulu lembab sangat otak, aku ajar dan fahamkan kau pun. Masih tak boleh hadam kata-kata aku. Sebab tulah jugak aku tawar hati dan ceraikan kau." -Dr Qais Ukasy "Suka hati sayalah nak belajar pun. Ada habiskan duit awak? Huh... PTPTN adalah! Lembab ke tak lembab ke saya bersyukur diceraikan oleh lelaki yang..." -Laila Kaisara Macam anjing dengan kucing tapi setiap sindiran itu sedikit melukakan hati Laila, cuma dia pendam saja. Mujur ada adik perempuannya, yang turut belajar bersamanya. "Beri abang peluang untuk tebus salah abang..." -Dr Qais Ukasy "Oh, sorry! Saya dah ada kekasih hati... Tak lama lagi nak bertunang. Selamat tinggal, bekas suami berlagak!" -Laila Kaisara Start : 27 Okt 2022 Ending : 29 Dec 2022
THE RULES: BRAYAN [Complete] oleh CIK_ZALIKHA
THE RULES: BRAYAN [Complete]
CIK_ZALIKHA
  • Membaca 4,892,312
  • Suara 347,002
  • Bagian 92
"Maaf, Nayra. Saya terpaksa pecat awak." Perkataan pecat itu sudah 20 kali aku dengar. tak tau sebab mengapa dipecat. malang sungguh hidupku. Tak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba muncul pula surat misteri di hadapan rumah. Katanya, tawaran pekerjaan menjadi pembantu rumah. Gaji yang ditawarkan sungguh mengejutkan. Sepuluh ribu ringgit sebulan! Tak terkata Nayra dibuatnya. "Saya Nayra, saya ada dapat surat tawaran kerja jadi housemaid tempoh hari. Saya cuma nak tahu kalau saya masih layak bekerja di sana?" "Oh, saya memang nantikan awak telefon. It's okay, I will call the driver. Dia akan jemput awak nanti." Pelik. Selalunya aku yang patut ke sana, tapi mereka yang menjemput aku serupa aku ni tetamu istimewa. "Just call me, Madam. Ini rumah Tuan Brayan. Dia tiada di rumah buat masa sekarang, so dia suruh saya carikan orang untuk jaga rumah ni. And, saya gembira bila awak terima tawaran tu." "Tuan Brayan ke mana?" "Awak tak perlu tahu tentang tu. Tugas awak cuma jaga rumah ni seperti nyawa awak." Jaga rumah macam jaga nyawa, tak ke seram bunyinya? Tapi aku cuma fikir pasal duit, apa pun yang berlaku aku perlu redha sahaja. Dan setelah bersetuju dan sign kontrak, Madam berikan aku satu kertas peraturan. 1. Tak boleh bawa lelaki masuk 2. Dilarang bawa masuk makanan dari luar 3. Sentiasa letakkan note di pintu jika mahu keluar 4. Jangan benarkan lelaki masuk rumah Fuh! ketat sungguh peraturannya. Patutlah gaji tinggi bukan main! Tapi ada sesuatu yang tak kena, mengapa peraturan nombor satu dan empat sama? mungkin tersalah tulis? "Don't always stand outside the house, I don't like other men looking at you."-MISTERI note itu dilekatkan pada kepala katil milikku. Tapi siapa yang letak? bukankah aku seorang sahaja di dalam rumah ini? "Madam, are you sure yang Tuan Brayan tak ada di sini?" Makin hari, makin rasa diperhatikan. Benarkah lelaki itu tiada di rumah? atau dia sebenarnya selalu ada disampingku? "how dare you break my rules, Nayra!"
Aryanna Sufya oleh _unniesab_
Aryanna Sufya
_unniesab_
  • Membaca 35,277
  • Suara 1,060
  • Bagian 45
Kepulangan Aryanna Sufya ke tanah air membuka semula kisah yang telah lama terkubur dalam hidupnya. Pertemuan yang tak dijangka mula membuatkan hidup Aryanna tak keruan. Lebih memeritkan, pertemuan itu berlaku kerana adiknya. "Akak. Kenalkan..Ferhat. Ferhat Qushairi." - Zehra Wajah yang tak ingin diingat kembali, kini muncul semula di depan matanya. Kisah lalu mula bermain di fikirannya. "Aryanna...awak ke tu?" - Ferhat Qushairi "Awak pernah cakap yang awak tak nak tengok saya lagi. Kenapa sekarang awak datang cari saya?" - Aryanna Sufya Keadaan telah mengubah segalanya. Begitu juga dengan perasaan Ferhat terhadap Aryanna. Wajah yang dulu dibenci, kini bertukar menjadi wajah yang paling dirindui. "Saya sedar...yang saya dah mula cintakan awak." - Ferhat Qushairi Apabila hati mula memilih, muncul pula sang jejaka yang tidak disangka-sangka ingin menyunting Aryanna sebagai isteri. "Anna.. Awak ingat lagi kan, janji saya? Saya akan kahwini awak, bila saya balik Malaysia." - Iqram Asfad Kehadiran Iqram telah membuatkan Aryanna keliru. Dia perlu memilih antara lelaki yang pernah dicintainya atau lelaki yang sedang mencintai dirinya. Bagaimana pula nasib Zehra, setelah kisah cinta mereka terungkai? Dapatkah Ferhat mengejar cinta Aryanna atau sebaliknya?
Hacker 426 ✔️  oleh nurdinie03
Hacker 426 ✔️
nurdinie03
  • Membaca 3,484,809
  • Suara 337,508
  • Bagian 90
[KARYA PERTAMA] Huwaaa... Cantikkan cover tu? Cover yg lawa gila tu by @azleyanaaa [In Editing] Shafira Addina. Seorang perempuan biasa yang hanya menjalani kehidupan seperti gadis lain. Keluarganya lengkap dan sentiasa bersulamkan bahagia. Dan seperti manusia lain, Shafira juga punya sahabat yang susah senang bersama. Sehinggalah semuanya berubah dalam masa tidak sampai 24 jam. Dia hilang semuanya gara gara satu kejadian tak diduga. Dan kerana peristiwa hitam itu, dia telah menjadi satu-satunya pewaris harta dan syarikat yang ditinggalkan ayahnya. Macam mana dia nak hadapinya sendiri tanpa sesiapa di sisi? Sedangkan dalang kepada pembunuhan keluarganya juga tak dapat dicari. 426. Seorang yang penuh misteri. Dia akan muncul dalam cerita ni dengan nama 426. Penggodam terbaik dan terkenal dalam kalangan kongsi gelap, polis malah tokoh usahawan. Perlukan bantuan untuk selesaikan masalah? Benda kecil! 426 boleh selesaikan. Tapi bayarannya jangan dibuat main sebab duit boleh dicari tapi kalau yang diminta tu ialah benda yang tak ternilai harganya, apa yang akan dipilih? Ini kisah sweet-mystery antara Shafira dan 426. Sweet Reminder 👑 CH 426 ialah buku pertama saya jadi... ❄️ Ada typo yg masih tak dibetulkan ❄️ Pengolahan ayat yg tak berapa matang ❄️ Tatabahasa yg sgt kurang ❄️Ada scene yg sangatlah cringey mcm mintak kaki ❄️ Kecelaruan maklumat yang nyata. Kesalahan dari segi umur watak, nama dan apa2 jelah. Nak edit, ambil masa juga ni. Ampunkanlah author seorang ni. Apa-apa pun, terima kasih kalau ada juga yg masih sudi nak tekan read atau masukkan dlm rl awk semua.😘
Hati Yang Tersakiti (Complete)  oleh lavenderyana
Hati Yang Tersakiti (Complete)
lavenderyana
  • Membaca 814,092
  • Suara 24,975
  • Bagian 53
"Darling, ada panggilan. Dari Izz." Serta merta riak wajah Darleena yang tadi ketawa gembira berubah kepada bingung. "Ada apa ma? Leen tengah pakai inai ni, still tak kering lagi. Bagitahu Izz esok jelah boraknya." Dia ketawa lagi dengan sepupu-sepupunya. Esok akan menjadi hari paling bahagia untuk dia dan Izz. Kerana esok mereka berdua akan disatukan menjadi sepasang suami isteri. Setelah sekian lama dia menunggu hari esok tiba. "Aah, che ngah. Mengada je Izz tu nak call Leen masa-masa ni. Tak boleh sabar esok ke?" Darleena ketawa dengan usikan sepupunya. "Darleena, sekarang. Izz kata benda penting ni." Riak muka mamanya tidak bergurau. Dia rasa berdebar pula dengan apa yang cuba disampaikan tunangnya. "Ye ada apa Izz?" "Buat apa tu?" Darleena tersenyum. Dia menarik nafas lega. Ternyata panggilan serius yang dikata mama tadi cumalah Izz yang mahu bertanya khabarnya. "Tengah pakai inai. Kenapa call? Kan orang-orang tua ada cakap, tak elok bakal pengantin jumpa atau contact sehari sebelum kawin. Petanda buruk." Dia ketawa, cuba bergurau dengan Izz seperti yang mereka selalu buat. Tapi, gurauannya dibalas dengan tarikan nafas panjang Izz. "Izz? Ada apa?" Dia merasa tidak sedap hati semula. Sepupunya yang mahu mengetahui apa yang dibualkan dipandangnya sepi. "Kita batalkan perkahwinan ni?" "Kenapa?" "Rose dah balik." Mulutnya ternganga sedikit. Dan dengan itu, air matanya jatuh. Sedikit, lama-lama bercucuran. Keadaan menjadi lebih gawat apabila Darleena, gadis malang itu pengsan di malam perkahwinannya. Girls, tak salah jadi 'perigi cari timba'. Cuma, jangan salah pilih timba. Pastikan timba tu yang elok, bukan timba bocor macam ni. P.s : Cerita ni stress, geram, membuatkan korang betul-betul rasa hati yang tersakiti. Sape2 yg tak suka, jangan baca ye. 🤭🤬🤪 P.s lagi: Cerita ni banyak gila imbas kembali, so maybe korang akan rasa pening, yang faham, faham la. Yang tak faham, sorry, saya tak dapat nak ubah cerita ni 😔😣
BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔ oleh nrna__
BERIKAN AKU PELUANG ITU ✔
nrna__
  • Membaca 2,686,647
  • Suara 96,129
  • Bagian 71
Nur Hana Imani. Kesakitan masa lalu membuatkan dia serik untuk menyayangi dan mencintai mana mana lelaki. Peristiwa itu memberikan impak yang besar sehingga kan dia tidak mampu untuk melupakannya. Sehingga kini, nama lelaki itu, Naufal Uzzam masih melekat di mindanya. Bukan kerana mengingati, tetapi kerana membenci. Pinangan datang secara mengejut menyebabkan gadis itu terpinga pinga. Atas dorongan ibu dan jawapan dari Dia, Hana akhirnya menerima pinangan tersebut tanpa mengetahui siapakah gerangan lelaki itu. Suratan atau kebetulan, mampukah dia menerima takdir tatkala mengetahui lelaki itu ialah Naufal Uzzam? Mampukah peluang kedua memberinya bahagia? • • • • • • Nov 2016 - May 2017 • • 1st Novel • • Amylicious •