FairuzZalina's Reading List
18 stories
Bukan Wanita Simpanan by biri_biriputih
biri_biriputih
  • WpView
    Reads 227
  • WpVote
    Votes 19
  • WpPart
    Parts 2
Perkahwinan secara rahsia yang berlaku di antara Tuan Zairan dan Zahra. Benarkah rasa cinta di antara mereka tak pernah wujud? Kalau benar, mengapa dirinya tidak dilepaskan sahaja? Dia adalah seorang isteri tetapi tidak dianggap. Angkuh mulut Tuan Zairan saat dia berkata yang dia tidak memerlukan wanita di dalam hidupnya, namun ketika dia rapuh, siapa yang dicari kalau bukan isterinya sendiri? Seego-ego dia, dia tetap gigih mencari perhatian daripada Zahra sehinggakan insan-insan di sekeliling curiga dan mula menganggap bahawa Zahra adalah seorang wanita simpanan milik Tuan Zairan. Hakikat, Zahra adalah seorang isteri. Dia bukan wanita simpanan.
GERIMIS (Terbit) by NureenMirza
NureenMirza
  • WpView
    Reads 207,307
  • WpVote
    Votes 8,887
  • WpPart
    Parts 20
BLURB GERIMIS Empat tahun Nara menanti kehamilannya. Asalkan yakin dan berusaha, dia percaya rezeki ALLAH itu tetap ada. Saat doktor mengesahkan dia hamil, Nara cukup teruja. Sangkanya, Jazlan turut gembira mendengarnya. Namun, lain pula yang terjadi. Di saat ingin membuat kejutan kepada Jazlan, khabar duka pula yang diterimanya. Jazlan mengaku telah bermain kayu tiga! Berbulan lamanya Jazlan curang dengan si janda muda beranak dua. Hancur luluh hatinya. Mengapa Jazlan tidak sabar menunggu rezeki daripada ALLAH? Mengapa Jazlan tergamak menduakannya? "Abang dah pujuk Wafa, tapi Wafa tak nak bermadu. Maafkan abang sebab terpaksa lepaskan awak." "Abang rela buang Nara demi menjaga hati perempuan tu? Abang cakap sayangkan Nara, tapi semua tu bohong!" Akibat pertelingkahan itu, Nara diceraikan dengan talak satu. Malam itu juga, dia dihalau dari rumah. Dalam hujan gerimis, takdir Yang Maha Esa menemukannya dengan Haq, seorang duda beranak satu. Bertemu Dazrin, anak kesayangan Haq, dia bagaikan mati hidup semula. Namun, sikap Haq yang sukar ditebak membuatkan hidupnya haru-biru. Apa sahaja yang dilakukan serba tidak kena. Dia bagaikan selumbar yang menyucuk mata dan hati Haq. Salahkah jika dia ingin berkongsi kasih dengan anaknya? Sementelah, dia tidak punya sesiapa di dunia ini.
KAU TETAP SEMPURNA by imzafira_
imzafira_
  • WpView
    Reads 1,811,067
  • WpVote
    Votes 59,341
  • WpPart
    Parts 67
KAU TETAP SEMPURNA(C) ARYAN MIKAEL | ALYSSA MAISARA Start : 01 OCT 2023 End : 15 FEB 2024 { READ AT YOUR OWN RISK }
SUAMI AKU,BOSS AKU! by chiyogOtyou
chiyogOtyou
  • WpView
    Reads 5,921,771
  • WpVote
    Votes 161,147
  • WpPart
    Parts 66
Muhammad Mikail Ariff adalah anak sulung kepada Dato ' Kamal Hasan,dia akan menjadi satu-satunya pewaris utama Syarikat Fajar Holdings.Dia dipaksa berkahwin dengan seorang gadis yang telah menjadi pembantu peribadi Papanya.Gadis muda itu menurut sahaja perintah selepas Dato' Kamal memaksanya untuk berkahwin dengan anaknya.Pelbagai liku hidup yang harus dijalani oleh gadis muda tersebut. Semua perlu diuruskan sendiri apabila ahli keluarganya semua sudah tiada.Gadis kecil itu sentiasa tabaj dan reda ketentuan ilahi. "Once aku dah dapat kau, teruk malam pertama aku kerjakan kau! "-ARIFF Mikail. "Aku tahu la aku ni comel, jangan la cubit aku sesuka hati kau! "- Hawa NAWFA "It sounds pretty good! You will deserve it! " - Sara AMELINE Nak tahu apakah kesudahan perkahwinan secara paksa mereka! Teruskan membaca!!
ISTERI YANG TERSAKITI✔️ by atsyarine
atsyarine
  • WpView
    Reads 587,066
  • WpVote
    Votes 16,156
  • WpPart
    Parts 49
[COMPLETE] << 𝓯𝓸𝓻𝓬𝓮 𝓶𝓪𝓻𝓻𝓲𝓪𝓰𝓮 𝓼𝓮𝓻𝓲𝓮𝓼 >> ** 𝐓𝐄𝐍𝐆𝐊𝐔 𝐀𝐊𝐈𝐅 𝐃𝐙𝐔𝐋𝐊𝐈𝐅𝐋𝐈 - Seorang jejaka yang tidak suka dengan mana-mana wanita yang cuba mendekatinya kerana sikap buruk sangkanya. Sehinggalah, arwah tokmanya yang mahu seorang wanita ini menjadi isteri kepada Akif. Kerana tiada pilihan, Akif setuju berkahwin dengan seorang wanita yang dia sangat benci. 𝐀𝐘𝐄𝐒𝐇𝐀 𝐁𝐀𝐇𝐈𝐘𝐀𝐇 - Seorang wanita yang sangat lemah lembut dan sopan santun ini lah yang terpaksa berkahwin dengan lelaki yang sangat membenci dirinya. Sehingga lelaki itu sanggup menghina dan memukul kerana lelaki itu menganggap Bahiyah setuju untuk kahwin dengannya kerana mahukan harta. "Kau jangan ingat, kau dah jadi isteri aku. Aku akan layan kau baik tapi aku akan layan kau sebiji macam sampah!" - 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐤𝐢𝐟 𝐃𝐳𝐮𝐥𝐤𝐢𝐟𝐥𝐢 "Saya ikhlas jadikan awak sebagai suami saya." - 𝐀𝐲𝐞𝐬𝐡𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐢𝐲𝐚𝐡 "Percayakan abang, abang betul-betul cintakan sayang." - 𝐓𝐞𝐧𝐠𝐤𝐮 𝐀𝐤𝐢𝐟 𝐃𝐳𝐮𝐥𝐤𝐢𝐟𝐥𝐢 "Kenapa masa saya cakap yang saya cintakan abang, abang tak percaya saya pun?" - 𝐀𝐲𝐞𝐬𝐡𝐚 𝐁𝐚𝐡𝐢𝐲𝐚𝐡 Semakin lama, terbit rasa cinta dan sayang Akif kepada Bahiyah. Sehinggalah wanita itu melarikan diri, barulah Akif rasa bersalah dengan apa yang dia sudah buat pada isterinya. Mampukah Akif mendapatkan kembali cinta dan sayang dari isterinya itu? START : 31/12/2022 END : 8/2/2023 QTHYUCKIE
VOUS DETEST by yuyuaira
yuyuaira
  • WpView
    Reads 528,652
  • WpVote
    Votes 22,703
  • WpPart
    Parts 56
[KARYA KETIGA YUYUAIRA] ~~~ NAURA ZULAIKHA Ibu bapanya meninggal dunia sekali gus menjadikan dia sebagai anak yatim piatu pada usianya 15 tahun. Mulai saat itu dia dijaga oleh sahabat ibunya memandangkan ibu dan bapanya juga yatim piatu. Dia disenangi oleh semua orang sekelilingnya kecuali anak lelaki keluarga angkatnya. Sejak kali pertama bertemu dia dibenci oleh lelaki itu. Tidak pernah sekali pun dia dilayan dengan baik oleh lelaki itu. Ditakdirkan untuk menjadi isteri orang yang bencikan dia sangat sukar dan sulit. RAYQARL AYDEN Kehadiran gadis itu di dalam kehidupannya membuatkan dia rasa seolah-olah dia dipinggirkan walhal kasih sayang yang diterima sama sahaja. Kebencian dia pada gadis itu membuak-buak. Perkahwinan yang diamanatkan oleh datuk mereka menambahkan lagi bara kebencian yang mendalam di hati. Namun, perkahwinan itu juga menjadi peluang untuk dia menyeksa gadis itu dari segi mental. Dia bukanlah seorang yang suka menyakiti fizikal seseorang tetapi dia hanya ingin menyeksa mental gadis itu. Makin lama bersama makin dia sedari bahawa hatinya telah lama terpaut pada sang isteri namun saat itu si isteri telah berubah menjadi dingin dengannya. Pelbagai cara dilakukan supaya hati si isteri mampu ditambat kembali. ✧══════•❁❀❁•══════✧ START: 20 APRIL 2020 PUBLISH: 06 OKTOBER 2021 ENDING: 21 OKTOBER 2021
SELEMBUT HATI FARHAH UMAIRAH by yuyuaira
yuyuaira
  • WpView
    Reads 38,229
  • WpVote
    Votes 1,531
  • WpPart
    Parts 22
[KARYA KEDUA BY YUYUAIRA] ~~~ FARHAH UMAIRAH Kehidupannya sangat disenangi oleh semua orang. Mempunyai ibu bapa yang sangat penyayang dan seorang kakak yang rapaat dengannya. Seorang yang sangat cantik, lemah lembut, dan periang. Namun, segalanya telah berubah hanya kerana satu malam. Malam yang mengubah kehidupannya. Kerana malam itu, dia dibuang keluarga. Kerana malam itu, dia dibenci oleh kedua orang tuanya. Malam itu terjadi kerana hasad dengki seseorang tanpa dia sedar. Dia diperangkap. Tapi takde siapa percaya. Kejadian itu mendekatkan lagi dirinya dengan Ilahi. Dia hanya berserah. Kerana dia tak dapat berbuat apa-apa. Segala usahanya tak menjadi. Dia hanya mampu berserah dan berdoa. Dia membawa diri jauh dari keluarganya. RAYYAN IZZARIL Seorang lelaki yang suka memainkan hati perempuan. Pantang dicabar dan diperlekehkan. Pertemuannya dengan Farhah Umairah mengubah segalanya. Dia telah melakukan kesalahan yang sangat besar. Dia telah musnahkan kehidupan gadis itu yang tak sepatutnya dibuang keluarga. Sungguh dia berasa kesal. Tambahan lagi dia langsung tak dengar khabar berita tentang gadis itu. Perkenalan itu juga membuat dia berubah. Dia semakin mendekatkan diri dengan Ilahi. Dia berubah menjadi lelaki yang bersikap dingin dengan wanita. ~~~ "Percayalah. Farhah tak buat semua tu. Semua tu hanya fitnah. Rayyan. Bagitahu semua yang ini bohong,"-FARHAH UMAIRAH "Kau nak aku cakap semua ni bohong sedangkan kita dah buat semuanya. Terus terang jela yang kita memang buat benda tu,"-RAYYAN IZZARIL "Maafkan saya tapi saya tak selesa berduaan dengan encik Rayyan,"- FARHAH UMAIRAH "Abang mintak maaf. Abang tahu abang salah. Bagi abang peluang. Please,"-RAYYAN IZZARIL ~~~
Isteri Upahan  {Complete } by Fyfuza
Fyfuza
  • WpView
    Reads 160,406
  • WpVote
    Votes 4,043
  • WpPart
    Parts 21
AIREEN ELLYSA, gadis yang kini sedang terdesak. Memerlukan wang untuk menyara hidup, dia hidup sebatang kara tanpa ibu bapa disisi. Tapi ada dia kesah? Huh, tanpa ibu bapa hidup dia lagi aman rasanya! Kematian ayahnya sungguh memberi impak kepada Ellysa sendiri. Ibu? Huh, tiada apa yang menarik tentang wanita yang bergelar ibu itu! Hanya pandai lepaskan tanggungjawab pada orang lain sahaja! Buat masa kini, dia hanya tanam anggur sahaja. Mujur teman serumah merangkap BFFTJ dia sudi menanggung makan minumnya Namun memang tak pernah lagi tercatat dalam kamus hidup dia tu yang akan berjumpa spesies lelaki bajet bagus, bajet handsome, ahh semua benda lah dia bajet! Menyampah! Setiap kali mereka bertemu pasti akan berakhir dengan pertengkaran, percakaran. Macam Tom and Jerry aja lagaknya! "Kau ni memang spesies perempuan tak ada mata ehh?" -KHAIL REDZA "Ewah-ewah mulut. Sebelum awak balik dengan keadaan lagi parah daripada ni, baik awak cakap elok-elok sikit!" -AIREEN ELLYSA "Kau ni,memang jenis butalah! Dah sah-sahlah aku kena belasah. Huh, dasar minah buta!" -KHAIL REDZA "Ciss mulut! Huh, elok-elok muka tu lebam sikit-sikit je, kang bertambah lebam baru!" -AIREEN ELLYSA "Tak sedar diri betul. Badan kecik besar tapak tangan aku aja, ada hati nak tambah lebam?Mimpilah dik oi!" -KHAIL REDZA Huh, mamat ni, memang dia blacklist kan. Kalau jadi jodoh ni, erghh minta jauhlah! Simpang malaikat 44, tetapi Ellysa semakin terdesak. Last sekali dapat upah kalau,jadi isteri. Tapi masalahnya yang offer tu, siapa lagi kalau bukan mamat bajet bagus tu, Khail Redza! Start: [20/12/18] End:[ 15/07/19]
Masihkah Ada Cinta ✔️ by _aneesahlan
_aneesahlan
  • WpView
    Reads 498,539
  • WpVote
    Votes 14,324
  • WpPart
    Parts 44
Beautiful Cover by DE BEAUTY GRAPHIC. ARIQ ILHAN, ketidakrelaan dirinya memperisterikan NAJWA NABILLA telah menimbulkan rasa benci terhadap isteri yang dinikahinya. Kegagalannya memperisterikan Qisya Alina dan terpaksa menerima Najwa Nabilla membuatkan dia bengang. Dia nekad untuk menyiksa hati isterinya. Namun dia tewas dengan permainannya sendiri. Ketulusan hati Najwa menyentuh sekeping hati milik Ariq. Ariq tersepit antara Najwa dan Alina. "Aku sayangkan kau tapi aku tak nak lukakan hati dia!" Oleh sebab jalan itu bersimpang-simpang, Ariq harus membuat pilihan. Masihkah Ada Cinta untuk isterinya atau cintanya hanya untuk Alina sahaja? Andai tak mampu dimiliki, mampukah untuk dilepaskan? Andai tak bisa dikasihi, mampukah untuk dibenci ? Nukilan A N E E S A H L A N 🌸