🕊️
6 stories
Silent Melody [✔️] by arniey11
arniey11
  • WpView
    Reads 381,714
  • WpVote
    Votes 34,118
  • WpPart
    Parts 112
(Amaran: karya ini mengandungi masalah keluarga, despresi, bunuh diri, bipolar/DID dan beberapa lagi sakit mental. Kepada yang tidak dapat dgn semua itu diharapkan jangan membaca karya ini.) "Aku benci keluarga ini." Itulah kalimat yang terkunci di dalam diri ini. Aku terikat dengan kata itu sepanjang hidup. Hari menjelang minggu, minggu menjelang bulan, bulan menjelang tahun tetapi kalimat itu tidak pernah hilang. Malah menambahkan lagi kesengsaraan diri ini. Dan semua itu sebab aku adalah penyebab ibu aku pergi. Aku dilahirkan di dunia ini dianggap sebagai pembawa malang. Tidak ada satu pun ahli keluarga aku menyayangi aku. Semua mereka berfikir aku adalah pembawa malang. Aku tidak salah tetapi kenapa mereka menyalahkan aku? Atau mungkin aku memang pendosa sebagai manusia yang hidup. Aku sakit. Sakit dan penat menerima kenyataan ini. Dan disebabkan semua ini jugalah, jiwa kedua aku muncul. Muncul sebagai pengganti diri aku yang sungguh sakit dan penat untuk menerima kenyataan sebenar. "Aku bukan Rechel, aku Emerline." P/S karya ini mengisahkan hidup Rechel iaitu kwn kepada Claire di tears of melody Start: 1.1.2021 End: 4.4.2021 Cover by: @AizackMesle
Dalam Lamunan Kita by hanimiyooo
hanimiyooo
  • WpView
    Reads 335,478
  • WpVote
    Votes 19,706
  • WpPart
    Parts 47
Satu kejujuran. Satu pengkhianatan. Itu sahaja yang diperlukan untuk Haider mengubah pemikirannya tentang cinta dan kepercayaan. Hidupnya musnah kerana itu. 'Cinta' adalah benda yang tidak ingin dirasai oleh Haider untuk selamanya. 'Kepercayaan' bukanlah suatu perkataan yang dia akan percayai lagi. Kedua - dua benda ini tidak akan lagi Haider berikan kepada sesiapa untuk selamanya. Sehinggalah, Pada suatu hari, dia mula bermimpi tentang seorang gadis yang tidak pernah dikenalinya. ⚠️ Anxiety, Depression, Panic Attacks, Disturbing Scenes
AKU ☑️ by nhsaaddiah
nhsaaddiah
  • WpView
    Reads 4,992
  • WpVote
    Votes 219
  • WpPart
    Parts 20
Mac 12 2020 - #6 kemurungan , #13 depresi #32 aku Wajah Rasyid yang terbakar terlayar di hadapan kaca mata Naaila. Dia tidak mahu membunuh lagi. Namun perilaku Ehsan, apa yang telah lelaki itu bisikkan pada mama dan papanya membuatkan dia mahu lelaki tersebut mati. Dia betul-betul benci dengan Ehsan. Naaila mengeluh panjang. "Ya Allah, aku dah cuba. Kenapa aku masih lagi berada ditempat yang sama?" tanya Naaila bersendirian. Hati ini selalu diluka hingga tiada rasa dalam jiwa, untuk aku ketawa gembira seperti dahulu kala. Hati aku ini dipagut rasa kecewa, hingga tiada lansung belas rasa apa dalam jiwa, semua; aku rasa kosong. Dia permainkan semua yang aku ada; segala apa yang aku pernah ada. Naaila menutup buku nota tersebut. Dia bangun dan meletakkan buku nota tersebut ditepi bantalnya. Dia rasa bersyukur kerana dia seorang manusia yang telah dikurniakan bakat dalam bidang penulisan. Dia tidak perlu risau akan sesiapa yang mungkin akan membaca buku nota tersebut. Kata-kata yang dia gubah semuanya berbelit, tidak mungkin hanya akan membuahkan satu maksud. Dia cuba untuk menutup matanya, namun tidak mampu. Wajah Danish bermain-main di dalam mindanya. ~~~~~~~~~~~~~~ "AKU" berkenaan seorang wanita yang bernama Naaila. Dia mengalami depresi yang teruk akibat perbuatan jahat bekas teman lelakinya. Dia cuba untuk mencari agamanya, mengukuhkan tiang hidupya, namun tidak mampu. Dia selalu rasa mati; dia mahu mati. "AKU" bukan kisah cinta biasa. "AKU" kisah duka seorang wanita yang membunuh kerana rasa cinta pada lelaki yang betul-betul menghargai dirinya.
SKIZOFRENIA [✓] by nurkmohdf
nurkmohdf
  • WpView
    Reads 539
  • WpVote
    Votes 81
  • WpPart
    Parts 6
Ini sebuah kisah tentang seorang gadis yang bermasalah disekolahnya. Dia terpaksa menggunakan khidmat tutor secara tanpa rela kerana gurunya menyangka dia tidak lagi berkemampuan untuk berjaya dalam pelajaran. Namun hakikat sebenarnya dia seorang yang bijak. Segala sikapnya yang tidak mengambil peduli tentang perkara sekeliling sebenarnya disebabkan oleh sebuah peristiwa hitam yang menimpa dirinya beberapa bulan yang lalu. Dia dibayangi oleh lelaki yang disukai dan disayanginya setiap masa. Perwatakannya yang sentiasa mengasingkan diri dan penuh misteri itu menyebabkan rakan tutor dia berasa curiga. Misteri apakah yang bakal dirungkai oleh rakan tutornya itu? Apa sebenarnya telah berlaku kepada gadis itu? 16/6/20
Hidup by izzosh
izzosh
  • WpView
    Reads 127,497
  • WpVote
    Votes 1,503
  • WpPart
    Parts 12
Kau patut bersyukur. Jadi kau- seharusnya menadahkan tangan bersyukur dengan hidup kau. Kau dapat kehidupan yang mengasyikkan dan membahagiakan. Kau dapat ketawa dengan ikhlas. Walaupun kadang, kebahagiaan itu tidak seperti yang kau impikan. Sekurang-kurang kau pernah alami benda yang paling aku impikan. Aku? Aku lain. Aku lain sangat daripada kau. Aku tak dapat rasa apa yang kau rasa. Untuk manusia seperti aku, semua yang kau rasa tu, ibarat angan-angan mat jenin. Aku takkan dapat rasa walau secebis yang kau rasakan. Hidup aku tidak seperti yang aku harapkan. Kau tidak akan faham. Kau tak rasa apa yang aku rasa. Sakitnya, sukar untuk aku ungkapkan dengan kata-kata. --- "Jangan musnahkan hidup kau untuk perempuan sial macam aku." Sungguh, Tiara Nasuha tidak menyangka semua ini bakal terjadi. Yang pasti, Dia benci keluarganya, yang tak pernah anggap dia macam ahli keluarga. Dia benci Adrian Ezryl, yang sesuka hati mempermainkan hatinya. Dia benci Zariq Amran, yang gemar mengambil kesempatan keatas dirinya. Dia benci Arash Farhan, yang selalu bermadah manis namun semuanya hanya sementara. Dia benci Tuhan. Yang tak pernah menulis takdir yang indah buat dirinya yang sering menderita. ••• ADULT CONTENT Karya sulung @aerythronium [bee] Status : Editing Progress Start : - November 2015 First Completed: 20th October 2017 During editing process, there might be a slight change of venues, small characters, scenes and small plots that will not change the story line. I will definitely not change the real/first ending. Thank you. - Achievements : ▷ Tag #1 in RatedM [ 28 July 2016 ] #18 in Random [ 28 July 2016 ] ▷ Wattys2016 Kategori : ◐ Pelopor ◑ Menjadi Perbualan Ramai
Rumah Terakhir ✔️ by EvyanaKim
EvyanaKim
  • WpView
    Reads 216,849
  • WpVote
    Votes 16,323
  • WpPart
    Parts 85
"Berat sangat ke masalah awak sampai mengeluh macam tu." Pertemuan pertama Hifza Yelda dan Izzar Naresh tidaklah semudah seperti drama cinta yang lain. Hifza Yelda bertindak sombong agar tidak didekati oleh Izzar Naresh kerana tidak mahu menerima orang baru dalam hidupnya. Dia fikir tindakannya itu akan membuatkan Izzar Naresh akan putus asa dan pergi tapi tidak! Lelaki itu tidak putus asa, malah sedaya upaya untuk tetap hadir dalam kehidupan Hifza Yelda. "Bila abang Izz cuba masuk dalam kehidupan seseorang. Abang Izz kena terima semua tentang orang tu. Bukan hanya tentang kelebihan tapi tentang semua kekurangan, kelemahan, kesakitan dan trauma gelap yang disembunyikan. Semua tu abang Izz kena terima!" "Abang akan terima semua tu. Semua yang Hifza sembunyikan." Sikap tidak putus asa Izzar Naresh akhirnya membuatkan dia semakin lama semakin rapat dengan Hifza Yelda, bahkan semakin lama dia kenal gadis itu. Dia melihat sisi gelap yang disembunyikan oleh gadis itu. Apa yang berlaku dengan kehidupan Hifza Yelda membuatkan dia tidak mahu menerima orang baru dalam kehidupannya? Apakah Izzar Naresh diberi peluang merebut hati gadis itu agar mencintai dirinya? Baca Rumah Terakhir, cerita yang diisi dengan Puisi dan Depresi. Start - 1 November 2021 End - 28 November 2021 Edit : 14 March 2022