• myrl •
4 stories
I Love You  por YaraAwan
YaraAwan
  • WpView
    LECTURAS 2,187
  • WpVote
    Votos 1,285
  • WpPart
    Partes 32
tajuk lama: The Last Sign Love Auriellia atau nama sebenarnya Nur Auriellia telah berkawan baik dengan Qayyum iaitu lelaki yang tinggal di sebelah rumahnya. Namun, beberapa bulan ingin menduduki SPM, hubungan mereka retak sehingga Qayyum menjauh darinya. Akibat pertengkaran yang kecil mereka tidak bersua muka 5 tahun lamanya selepas mereka habis SPM. "Lia, aku tahu kau masih suka Qayyum. Kau tak menyesal ke apa yang kau buat ni?"-Ikmal Jay. Ikmal satu-satunya yang masih setia dengannya sehingga mereka sudah masuk ke alam pekerjaan. Kemunculan Qayyum setelah 5 tahun mengejutkan Auriellia. Hatinya yang sudah ditutup rapat untuk lelaki itu semakin goyah. "Lia, aku tahu kita dah berbaik tapi aku nak hubungan kita lebih dari kawan. Aku nak kau."- Qayyum. Kesungguhan Qayyum untuk mengambil hatinya perlahan-lahan membuka ruang untuk lelaki itu. Lamaran yang diucap oleh Qayyum membuatkan Auriellia semakin percaya akan Qayyum. "Kita kahwin bulan depan eh? Kita tunang dulu. Nak?"-Qayyum. Sejak kedatangan Qayyum, hidup Auriellia semakin berwarna. Hidup Auriellia berubah sepenuhnya. Auriellia sudah kembali kepada dirinya yang lama. "Kenapa kau tak bagitahu aku Lia? Kau anggap aku ni apa? Aku ni tunang kau tahu tak?"- Qayyum. Kejadian yang menimpa Auriellia membuatkan Qayyum merasa dirinya tidak berguna mengakibatkan mereka bergaduh. Setiap pasangan pasti ada masalah masing-masing lagi-lagi mereka dalam fasa bertunang. Bak kata orang dugaan bertunang lagi berat. Namun, Qayyum dan Auriellia dapat menyelesaikannya dengan baik. "Lia, aku bahagia tengok kau. Aku tak sabar nak tengok kau kahwin. Lepastu pakai baju pengantin."- Qaseh. "Qayyum, kau janji nak kahwin dengan aku. Kau tipu aku lagi Qayyum! Kau tipu aku Qayyum! Kenapa?! Kenapa?!"- Auriellia. "I love you so much Lia."- Qayyum. Apa yang berlaku antara Qayyum dan Auriellia? Mari ikuti kisah mereka.
»Abolition« [ERROR#2] por Ly_Arlay
Ly_Arlay
  • WpView
    LECTURAS 75,357
  • WpVote
    Votos 8,261
  • WpPart
    Partes 31
Sequel kepada »ERROR« Daerah Kudat musnah, lenyap daripada muka peta dengan hanya sebiji bom. Tujuannya adalah untuk menghalang daripada wabak misteri terus merebak. Namun benarkah ia boleh dihalang? Wabak misteri akhirnya diberi nama, Ex16. Semua sangka ianya terhapus sekali bersama-sama dengan daerah Kudat tetapi sangkaan mereka meleset. Dalam kekecohan, Peter tekad untuk mencari Ana. Untuk menyelamatkan dunia, mereka perlu menyelamatkan satu-satunya penawar bagi wabak Ex-16 itu terlebih dahulu. Tetapi bagaimana jika... "Ana, saya perlu beritahu awak sesuatu. Dan saya harap awak bersedia." Dr Christine mengangkat wajahnya merenung Ana. "Apa dia?" "Awak telah dijangkiti."
»ERROR« [ZombieMalay] por Ly_Arlay
Ly_Arlay
  • WpView
    LECTURAS 161,913
  • WpVote
    Votos 15,838
  • WpPart
    Partes 34
"Semuanya telah berakhir," Daerah kecil Kudat menjadi huru-hara apabila satu wabak misteri melanda daerah tersebut. Tiada sesiapapun yang sedar sejak bila wabak tersebut muncul, namun ia tersebar dengan pantas malah belum ada penawar! Ana tekad untuk keluar dari daerah tersebut dengan selamat bersama rakan-rakannya. Namun semua itu bukanlah mudah. Sesiapa yang dijangkiti akan menjadi tidak waras dan hilang kawalan, mungkin lebih teruk. Tidak ada pilihan selain 'menghapuskan' mereka yang dijangkiti. Semua dugaan yang Ana dan rakan-rakannya hadapi adalah diluar batas kemampuan mereka. Terselamatkah mereka? Apakah yang sebenarnya berlaku disebalik misteri wabak tersebut? Dan sanggupkah Ana 'menghapuskan' andai ada antara rakannya dijangkiti? Ketahui dalam kisah ini
THE CURSED GUARDIAN:CHANGE INTO THE LIGHT[C] por MuhdHayatulAkmal
MuhdHayatulAkmal
  • WpView
    LECTURAS 300,905
  • WpVote
    Votos 20,662
  • WpPart
    Partes 62
"Come to me, Cursed Katana." Aizel Neifelheim, seorang remaja yang mempunyai kuasa. Oleh kerana kuasa yang dimilikinya itu, dia digelar Cursed Guardian oleh para guardian lain. Dia juga merupakan salah seorang daripada 5 Guardian Of Aster City. Bukan itu sahaja, dia juga merupakan salah seorang daripada 5 Lord Of Guardian. Bandar yang didiami kini bukanlah aman seperti yang difikirkan. Vager, makhluk yang tidak diketahui asal-usulnya sering menyerang bandar yang didiami. Bukan itu sahaja, terdapat sebuah organisasi haram telah beroperasi mencuri teras Vager dan ingin menggunakannya untuk mengancam keamanan sejagat. Aizel dihantar oleh Raja Lancer ke Kainar Highschool Academy atas satu misi. Iaitu untuk melindungi sekolah itu dari ancaman Vager dan juga daripada organisasi haram itu. "Even my power is a cursed power, I will use this power to protect the people that I love and finished my mission." Dapatkah Aizel menamatkan misinya itu? Ataupun dia terkorban?