♥️💕
3 stories
CINTA HATI NAYLI (CINTA HATI CIK DOKTOR) (OH MY DOCTOR) by RabihahNurRidhuan
RabihahNurRidhuan
  • WpView
    Reads 3,027
  • WpVote
    Votes 82
  • WpPart
    Parts 11
Nayli yang menghidap penyakit Disosiatif Amnesia terpinga-pinga apabila dia diculik oleh seorang pemuda bernama Adrian. Lelaki bengis itu menuduhnya telah mencuri beg yang boleh menyelamatkan nyawa lelaki tersebut. Malangnya Nayli sendiri tidak ingat apa yang telah dia lakukan sebelum ini. Malah dia masih keliru bila dia yang berusia 12 tahun tinggal dalam tubuh dewasa Nayli. Adrian yang tidak percaya dengan penyakit Nayli menuduh Nayli sedang mempermainkannya. Dia menaruh rasa benci kerana bagi Adrian Nayli bersalah padanya. Melalui teman baiknya barulah Adrian tahu siapa Nayli yang sebenarnya. Setelah disingkirkan sebagai ahli lembaga pengarah oleh ibu tirinya, Adrian semakin tersepit bila ibu tirinya mahu menjual Aryana Resort, resort yang menjadi kenangan Adrian bersama arwah mamanya. Tersepit dengan keadaan tersebut, Adrian telah mengambil kesempatan atas penyakit yang dihidapi Nayli. Baginya Nayli adalah kunci kuasanya kerana kedudukannya sebagai anak jutawan terkenal. Dari situ dia mula membebaskan Nayli dan memaksa Nayli memainkan permainan mengikut peraturannya sendiri. Nayli yang berasa bersalah dengan apa yang telah dia lakukan kepada Adrian mengikut sahaja. Disebabkan permainan Adrian telah memerangkap Nayli kepada sebuah pertunangan. Tapi kenapa pula perasaan lain yang muncul dalam diri Adrian?Tetapi dapatkah Nayli ketenangan sedangkan dia tidak mengetahui siapa dirinya yang sebenarnya.Ketakutan pada masa lalu semakin mencengkam dirinya. Ketakutan pada warna pink, kemunculan nombor plat BV 17 dalam mimpinya membuatkan dirinya semakin tertekan. Ditambah lagi bila nombor plat itu dijumpai di rumah Adrian. Apa kaitan masa silamnya dengan Adrian? Dapatkah Nayli mencari ingatannya? Mampukah dia menghadapinya? Peristiwa perit apakah yang tidak sanggup dihadapinya hingga dia memilih untuk melupakannya? Dan apa kaitannya dengan Adrian? Dan kenapa ingatan 12 tahun?
MR LUTH: AKU BUKAN MALAIKAT |NOVEL| by CIK_ZALIKHA
CIK_ZALIKHA
  • WpView
    Reads 2,525,417
  • WpVote
    Votes 140,132
  • WpPart
    Parts 71
|ROMANCE+THRILLER| HANYA ADA SEPARUH CERITA KERANA TELAH DIJADIKAN NOVEL/EBOOK "Ya, aku memang gila. Gila cintakan isteri aku. Hawa Sofiah." Siapa sangka? Pertemuan yang tak dirancang itu telah menyatukan Hawa dan Luth kerana perbuatan terkutuk orang ketiga di dalam rumah agam Tuan Haji Zamani. Hari itu, telah merasmikan Hawa Sofiah adalah miliknya. Melangkah keluar daripada rumah agam itu, bermaksud dia membawa semua memorinya ikut bersama. Dia tak akan sesekali kembali ke rumah itu lagi. Sikap dingin dan berlagak suaminya itu, hanya Hawa Sofiah sahaja yang tahu untuk menghargainya. Dia tahu, sedingin mana pun Luth dalam hati tetap ada taman. Atau dalam hati tetap ada namanya. Hidup miskin atau kaya, mereka berjanji akan bersama. Namun, orang disekeliling mereka tidak pernah berpuas hati dengan kebahagiaan dia dan suami. Ada sahaja malah petaka yang menimpa. "Aku akan jadi malaikat buat kau Hawa. Aku takkan sesekali tinggalkan kau. Andai ditakdirkan aku tak boleh jadi malaikat sekalipun, aku akan tetap ada di sisi kau." "So sweet suami saya ni..." Tapi tak terduga juga, dibalik kemanjaan suaminya itu tersembunyi satu sisi gelap yang menakutkan. Tanpa pengetahuan Hawa, dia membunuh sesiapa sahaja yang berani menyentuh isterinya. Namun, sikap berang itu takkan sesekali dia tunjukkan di depan Hawa. Dia akan sentiada berlemah lembut di hadapan isteri dan bermanja seperti suami yang lain. Kerana sebisa-bisa lebah pun boleh menghasilkan madu. "Kalau aku psycho kau tinggal aku tak?" "Tentulah saya tak akan tinggalkan awak, sebab awak suami saya." "That's why I love you so much." Sampai hujung nyawa, dia akan sentiasa berada di sisi Hawa. Tiada siapa boleh menyakiti isterinya walau sebesar kuman sekalipun. Kerana aku sayang dia.