🚢
4 stories
Enam Terpilih by fazryzafatyn
fazryzafatyn
  • WpView
    Reads 113,296
  • WpVote
    Votes 11,093
  • WpPart
    Parts 51
Atas dasar rasa ingin tahu, Aleya membuat keputusan untuk menerima satu jemputan misteri ke Perlis. Ezlan pula yang dikurniakan satu kebolehan cuba mengubah takdir, namun malangnya, bas yang dinaiki dia dan Aleya telah mengalami kemalangan maut. Mereka berdua telah terkandas di dalam hutan aneh bersama empat orang lain yang tidak dikenali, iaitu Adan, Fuad, Hani dan Zana. Mereka berenam cuba bertahan dalam pelbagai rintangan tanpa mengetahui bahawa mereka mempunyai satu persamaan. Apakah yang akan berlaku kepada mereka? Dapatkah mereka menyelamatkan diri mereka? (Completed)
Pluto by FithFith
FithFith
  • WpView
    Reads 11,177
  • WpVote
    Votes 960
  • WpPart
    Parts 25
(Sekuel HILANG) Setahun berlalu sejak pelajar 5 Sains 1 mengetahui siapa diri mereka yang sebenar. Malaysia dan dunia juga tahu. Maka, sebuah agensi angkasa ingin melibatkan mereka dalam perjalanan eksperimental ke Pluto. Lapan pelajar daripada kelas itu pergi atas dasar hendak mengumpul maklumat dan sampel dari Pluto. Perjalanan sukar mereka tempuhi, namun apabila sampai sahaja di Pluto, mereka sedar ada sesuatu yang perlu dilakukan untuk terus hidup. Kerana ada yang yang mengancam nyawa mereka.
Hilang by FithFith
FithFith
  • WpView
    Reads 57,561
  • WpVote
    Votes 3,238
  • WpPart
    Parts 27
SPM baru sahaja berakhir apabila puan pengetua dan guru-guru telah memaklumkan kepada para pelajar 5 Sains 1 berkenaan penglibatan mereka dengan program pertukaran pelajar dengan pelajar-pelajar dari sesebuah sekolah di Amerika Syarikat. Meskipun rasa hairan dan risau telah bersarang di hati, sekumpulan pelajar ini lebih berasa gembira dan tidak sabar untuk pergi berjalan-jalan di AS bersama kawan-kawan. Sememangnya, malang tidak berbau. Kapal terbang yang mereka naiki terhempas ketika dalam perjalanan ke AS. Rasa hairan bertambah apabila kesemua penumpang kapal terbang itu telah terkorban, kecuali para pelajar 5 Sains 1. Hari berganti hari, mereka menunggu sahaja pertolongan yang entah bila kunjung tiba ke pulau yang tidak pernah terlukis di peta dunia itu. Bersama-sama, mereka berjuang untuk melawan trauma dan meneruskan kehidupan. Namun, perjuangan mereka dirasakan bagai akan berakhir apabila mereka menemukan sesuatu. Satu demi satu.
C | INTO THE WORLD by yami_kage
yami_kage
  • WpView
    Reads 6,566
  • WpVote
    Votes 1,178
  • WpPart
    Parts 41
Tidak pernah sekali pun, mereka jangkakan yang mereka akan disedut masuk ke dalam buku terbiar, tidak lupa juga berhabuk yang mereka jumpai di bahagian belakang perpustakaan yang gelap. "Apa ni? Kenapa pakaian aku sama-tak, sebijik dengan pakaian Sleeping Beauty?!" "Belle? Seriuslah? Gila gempak!" "Um, baju aku sama macam Rapunzel" "WEH! AKU JADI ASTRID DO" "Hehe! Korang, comel tak aku dengan hoodie merah ni?" "Heh~ Alice in Wonderland, huh. Not bad" Bagaimanakah mereka menempuhi segala cabaran yang bakal menimpa mereka untuk pulang semula ke dunia mereka? Adakah cerita ini hanya berkisahkan tentang cerita bertemakan penggembaraan dan aksi? Mungkinkah ia lebih daripada itu? _________________________________________ πšπšŽπšŠπšπšŽπš›'𝚜 πšŒπš˜πš–πš–πšŽπš—πšπšœ πšŠπš›πšŽ πš–πš˜πšœπš πš πšŽπš•πšŒπš˜πš–πš’πš—πš πš‘πšŽπš›πšŽ!πŸ’™ #𝟼 - π™΅πšŠπš’πš›πš’πšπšŠπš•πšŽ ♀ 𝟸𝟺 | 𝟷𝟷 | 𝟷𝟾 #𝟺 - π™΅πšŠπš’πš›πš’πšπšŠπš•πšŽ ♀ 𝟸 | 𝟷𝟸 | 𝟷𝟾 #𝟺 - π™΅πšŠπš’πš›πš’πšπšŠπš•πšŽ ♀ 𝟼 | 𝟷𝟸 | 𝟷𝟾 #𝟺𝟸𝟢 - π™Ώπš›πš’πš—πšŒπšŽπšœπšœ ♀ 𝟷𝟸 | 𝟷𝟸 | 𝟷𝟾 #𝟷𝟷𝟺 - π™΅πšŠπš’πš›πš’πšπšŠπš•πšŽ ♀ 𝟷𝟸 | 𝟷𝟸 | 𝟷𝟾 #𝟷 - πš πš˜πš—πšπšŽπš›πš•πšŠπš—πš ♀ 𝟼 | 𝟾 | 𝟸𝟷 Start : 2018 End : 2019