🏅Pemenang Utama Anime Award 2021🏅
5 stories
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔ by Syaf_Asriqa
KERANA AKU BUKAN DIA (COMPLETED) ✔
Syaf_Asriqa
  • Reads 398,526
  • Votes 22,496
  • Parts 60
HUD AIDAN, siapa sangka di sebalik keceriaannya, dia pernah hidup umpama orang yang menunggu hukuman mati. Namun, ketika dia sedar akan khilafnya, dia diuji lagi apabila nyawanya menjadi taruhan oleh seseorang yang mahukan kematiannya. Bahkan, dia turut diuji dengan konflik keluarga. "Hud Aidan, aku nak kau mati! Kematian kau tu akan jadi trofi kemenangan aku!" NAURAH AFRINA, ketika menanti hari-hari bahagia, dia harus menerima kenyataan bahawa tunangnya terkorban ketika bertugas. Sakit yang dirasakan serta merta membuatkan hidupnya jadi mendung. Namun kerana kejadian itu, Afrina menjadi seorang gadis yang berhati beku. Tak semudah itu dia memberikan cinta kepada lelaki lain. Afrina dan Hud ditemukan apabila Afrina menjadi jururawat peribadi Datin Khalida. Sifat Afrina yang lancang sering menarik perhatian Hud lebih-lebih lagi gadis itu bisa mendiamkan ibunya yang angkuh. Namun dengan Dina, anak buahnya Hud, gadis itu seolah-olah seorang ibu yang lembut. Tapi, Afrina sering menolak salam perkenalan Hud. Semuanya kerana tragedi 14 tahun yang lalu... "Aku bencikan kau! Sebanyak mana pun kemaafan yang kau pinta, kau tak mampu nak ulang balik masa 14 tahun yang lalu! Apa yang kau dah buat pada aku tu terlalu kejam!" - Afrina Hud sedar bahawa dia bukan yang terbaik buat orang sekelilingnya. Apabila nyawa orang sekelilingnya turut terpalit dengan 'musuh misteri', dia nekad untuk melindungi mereka selagi hayat dikandung badan. Walaupun dia diancam, dia juga bertanggungjawab untuk melindungi orang-orang kesayangannya! "Aku kan dah janji yang aku akan lindungi kau dan aku tak akan sesekali biarkan sesiapa sentuh kau"- Hud Kerana tekad Hud, Afrina pula jadi buntu dengan perasaan sendiri. Dia masih ada sifat kemanusiaan walau sehebat mana sekali pun dia disakiti! "Kalau kau mati, sampai bila-bila aku tak akan maafkan kau Hud!" -Afrina "Memang aku bukan dia. Tapi aku nak lindungi kau untuk tebus semua kesalahan aku" - Hud MULA: 13 JULAI 2020 TAMAT: 28 FEBRUARI 2021
CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL] by Angel_k20
CODE NAME: RYZEN [TERBIT NOVEL FIZIKAL]
Angel_k20
  • Reads 162,489
  • Votes 5,301
  • Parts 14
Kehidupan ibarat permainan catur. Setiap strategi mempengaruhi hasil akhir. Harraz Zayne, code name Ryzen. Seorang ejen perisik lapangan terlatih yang sentiasa menjadikan misi sebagai keutamaan. Namun, pertemuannya dengan Shafa Raisha sungguh menggugat rasa sehingga dia rela dirinya dijadikan perisai buat gadis tersebut. Shafa Raisha, code name Shaurin. Juga seorang ejen perisik tetapi memiliki kepakaran dalam penyamaran. Tanpa disedari, pertemuannya dengan Harraz Zayne bukanlah kebetulan sebaliknya dirancang oleh seseorang. Yang tersembunyi kerana sesuatu yang ada padanya. "Kenapa kau selamatkan aku?" - SHAFA RAISHA Kes yang disiasat menyebabkan takdir antara mereka saling bertingkah. Insiden demi insiden yang berlaku sungguh menimbulkan tanda tanya. Tindakan drastik dalam membanteras jenayah terpaksa diambil oleh Harraz Zayne dan Shafa Raisha walaupun terpaksa membahayakan nyawa masing-masing. Masalah bertambah berat apabila seorang lelaki iblis bertopengkan malaikat mentargetkan Shafa Raisha. Mulut kata sayang tapi hati sebaliknya. Di depan kata cinta tapi di belakang lain pula ceritanya. Obsesinya begitu terserlah sehingga nyawa ibarat mainan! Shafa Raisha terperangkap dalam permainan kotor lelaki tersebut. Keadaan itu menjadikan Harraz Zayne terpaksa menunjukkan identitinya yang terlipat kemas daripada pengetahuan sesiapa pun. Siapa sebenarnya seorang jejaka yang bernama Harraz Zayne itu? Adakah benar dia hanyalah seorang ejen perisik seperti sangkaan Shafa Raisha selama ini? "Aku takkan benarkan kau dirampas oleh Nasrun." - HARRAZ ZAYNE. Dapatkah mereka menumpaskan musuh apabila bantuan yang dipinta tidak kunjung tiba? Tercapaikah target mereka untuk menutup kes dalam tempoh masa yang diberi oleh ketua masing-masing? Kanan dan kiri, musuh sentiasa mengintai. Asakan juga datang dari pelbagai arah. Melindungi dan memiliki, takdir antara mereka sungguh mencabar! Terbitan: Fajar Pakeer
HER, COFFEE | completed ✓ by hannazhya
HER, COFFEE | completed ✓
hannazhya
  • Reads 157,075
  • Votes 10,794
  • Parts 16
𝐀𝐌𝐀𝐘𝐀 𝐀𝐃𝐙𝐑𝐀 - Dia sukakan kopi. Cintakan minuman itu sehingga kini bergelar pengusaha francais kopi terkemuka, Her Cuppucino. Dan sebagaimana kopi, sebegitulah Amaya. Keras dan pahit. Tapi, Amaya bencikan kopi hitam! Jangan setitik pun kopi hitam muncul di depan mata! 𝐈𝐙𝐙 𝐈𝐒𝐇𝐑𝐀𝐐 - Dia pengarah muda yang sukakan kopi hitam tanpa gula. Bak katanya, 'ringkas dan padu'. Hanya kerana satu usahasama antara dua syarikat, mereka bertemu. Awalnya, hanya atas urusan perniagaan. Namun, lain yang terjadi apabila Izz tertarik dengan citarasa Amaya. "Awak buka kedai kopi, tapi awak benci kopi hitam?" - Izz Ishraq "Everyone is allowed to have their own preferences." - Amaya Adzra Tetapi, bagi Izz, ada sesuatu yang pelik soal Amaya. Ini bukan hanya soal citarasa, tapi sebuah kisah. Kisah kenapa boleh terbentuknya seorang Amaya yang pahit dan keras seperti kopi. Amaya tak pernah mengharapkan kasih sayang. Baginya, kasih sayang itu mahal harganya. Dia pilih untuk berdiri sendiri. Simpan segalanya sendiri. Kerana itulah dia, Amaya Adzra. Namun, di saat Amaya alami kehilangan terbesar dalam hidupnya, muncul Izz yang menghulur tangan dan kasih sayang. Benteng yang dibina hampir rebah, namun siapalah dia dengan seorang Izz Ishraq, yang jauh lebih hebat? 𝐀𝐦𝐚𝐲𝐚 𝐬𝐮𝐧𝐠𝐠𝐢𝐧𝐠 𝐬𝐞𝐧𝐲𝐮𝐦 𝐬𝐢𝐧𝐢𝐬. "𝑴𝒚 𝒑𝒂𝒔𝒕 𝒊𝒔 𝒆𝒙𝒂𝒄𝒕𝒍𝒚 𝒍𝒊𝒌𝒆 𝒂 𝒄𝒖𝒑 𝒐𝒇 𝒄𝒐𝒇𝒇𝒆𝒆. 𝑰𝒕'𝒔 𝒂𝒔 𝒃𝒍𝒂𝒄𝒌 𝒂𝒔 𝒅𝒆𝒂𝒕𝒉 𝒂𝒏𝒅 𝒂𝒔 𝒅𝒂𝒓𝒌 𝒂𝒔 𝒆𝒗𝒊𝒍." 𝐈𝐳𝐳 𝐦𝐞𝐦𝐢𝐧𝐭𝐚𝐬. "𝑩𝒖𝒕 𝒂𝒍𝒔𝒐, 𝒂𝒔 𝒘𝒂𝒓𝒎 𝒂𝒔 𝒂 𝒉𝒖𝒈. 𝑨 𝒄𝒐𝒎𝒇𝒐𝒓𝒕. 𝑨 𝒍𝒐𝒗𝒆 𝒔𝒚𝒎𝒃𝒐𝒍." Kerana seperti kopi, Amaya Adzra punya kehangatan di sebalik kepahitan itu.
Mafia Salah Landing by Nurinnalphaa
Mafia Salah Landing
Nurinnalphaa
  • Reads 67,912
  • Votes 7,128
  • Parts 33
"Perempuan adalah definisi kepada MENYUSAHKAN dan ANNOYING! Kan bagus kalau tak ada yang namanya perempuan dalam dunia ni..." Itulah kata-kata yang selalu diungkapkan oleh pewaris tunggal daripada keluarga mafia berpengaruh, "The Sly Moore", Alexander Raffael Moore yang berhati kental, tak ada perasaan, kejam dan 'badass'. Dalam hidup Raffael yang penuh dengan keganasan dan pertumpahan darah, Raff hanya dilatih untuk hidup dengan prinsip "Do or die". Suatu hari sebuah kemalangan yang tidak diduga menimpa Raff dan hampir meragut nyawanya. Namun Raff bernasib baik kerana telah diselamatkan oleh seorang lelaki tua penghidap dementia yang tinggal di sebuah perkampungan terpencil lalu dibawa untuk tinggal bersama keluarganya sebagai anaknya yang telah lama hilang. Surprisingly, majoriti ahli keluarga Orang Tua Simon dan juga penduduk kampungnya adalah terdiri daripada PEREMPUAN! Namun begitu, perempuan di sini jauh sekali berbeza dengan perempuan dalam tanggapan Raff - mereka perempuan yang 'tough' dan berdikari. Dalam kalangan perempuan di situ, Evanessa Martin, paling menyerlah keunikannya kerana di sebalik wajahnya yang manis dan rambut yang panjang keayuan, namun tidak sedikitpun dapat menyembunyikan sifat kelelakiannya dengan kekuatan fizikal dan sikap ganasnya yang mengejutkan. Malahan dia juga adalah seorang pelajar universiti jurusan undang-undang yang bercita-cita untuk menjadi seorang prosecutor! Adakah kehadiran perempuan-perempuan dalam hidup barunya itu mampu mengubah persepsi stereotaip Raffael? Mampukah identitinya sebagai seorang mafia terus dirahsiakan daripada keluarga Martin? Apakah pula akan terjadi kepada keluarga Mafia Moore setelah kehilangan pewaris tunggal mereka? Adakah Raffael akan kembali? Dan siapakah mastermind di sebalik segala peristiwa yang berlaku? Main genre : Romance, Action, Thriller, Comedy (Dark Comedy) Start : 23/09/20 End :
HI, ENCIK PROFESSOR! by Angel_k20
HI, ENCIK PROFESSOR!
Angel_k20
  • Reads 132,459
  • Votes 13,915
  • Parts 37
G.O.L, sebuah agensi penyiasatan milik Aralyn Awliya selalu menerima kes terpencil yang tidak dapat diselesaikan oleh pihak polis. Apa saja kes yang diberi, agensi itu berjaya membongkarkan kes itu dengan jayanya. Profesor Dr. Qarizh Zahwan, itu hanya gelarannya di siang hari. Apabila malam menjelma, si profesor sejuk beku itu akan bertukar karakter dan gelaran. Dia... The King. "Hai Mr Sejuk Beku, nak kawan dengan awak boleh?" - Aralyn. "Get lost!" - Qarizh. Kerana satu kes pembunuhan tanpa tanda, Aralyn dan Qarizh terpaksa bersemuka walau dalam tak rela. Arahan daripada Ketua Polis Negara, masing-masing perlu akur. Si Aralyn Awliya gadis detektif cengeng dan Qarizh Zahwan si profesor sejuk beku, mampukah mereka berdua menyelesaikan kes misteri pembunuhan kejam tanpa jejak tersebut? [SIRI KEDUA ABANG BODYGUARD] Tarikh mula: 29/07/2020 Tarikh akhir: - Cover: Zanieyzai Nota: DALAM PROSES EDITING. JADI, HARAP DIABAIKAN KESALAHAN TANDA BACA. 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺 ©️ HAK CIPTA TERPELIHARA ANGEL_K20. Tiada bahagian dalam novel ini dibenarkan untuk ditiru, dicedok atau diambil idea, diterbitkan atau disimpan semula dalam apa cara sekalipun. Jika tertangkap, pihak Angel_k20 berhak mengambil tindakan terhadap pesalah berkenaan. ANGEL_K20 29/07/2020 🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺🔺