Isyazura's Reading List
9 stories
Dos (Takdir Kita)  by Jungnapark_
Jungnapark_
  • WpView
    Reads 102
  • WpVote
    Votes 18
  • WpPart
    Parts 12
Seorang COO yang juga merupakan seorang Mafia iaitu Haris Rizwan. Berhasrat menyelamatkan seorang gadis Gangster iaitu Lya Naura yang merupakan kumpulan pencuri paling licik dalam mencuri hasil-hasil pungutan kumpulan-kumpulan besar dalam bandar. Salah satunya adalah syarikat Eiffel. Sebuah syarikat pengumpul bongkah emas (gold bar) sebagai aset jangka masa panjang dan juga salah satu alat pelaburan syarikat. 5 tahun yang lalu Qien iaitu ayah Rizwan terkorban dalam satu tugas. Namun, mayatnya lansung tak ditemui. Chief Qua iaitu salah seorang ahli kumpulan ayahnya sering membohongi Rizwan tentang perkara sebenar di sebalik kemalangan itu. Membuatkan dia ingin bertindak seorang diri. Mencari kebenaran. Bermulalah, pengkhianatan antara dua kumpulan gelap ini.
𝐓𝐰𝐢𝐥𝐢𝐠𝐡𝐭 𝐎𝐟 𝐃𝐞𝐬𝐭𝐢𝐧𝐲 [ C ] by LadyQuill_
LadyQuill_
  • WpView
    Reads 43,862
  • WpVote
    Votes 2,479
  • WpPart
    Parts 85
Aisy Humaira|| Nathaniel kayzen Terpisah dalam letupan, dipertemukan dalam rahsia. Aisy dan Nathaniel, dua kanak-kanak yang diculik dan dijadikan eksperimen. Letupan memisahkan mereka Aisy hilang ingatan, Nathaniel berubah menjadi lelaki dingin yang memburu masa silamnya. Sepuluh tahun kemudian, mereka bertemu semula tanpa menyedari ikatan lama. Aisy diuji dengan fitnah dan kehilangan, sementara Nathaniel bersumpah untuk mencari kebenaran. Dalam kegelapan, cinta dan dendam bertembung. Mampukah mereka merungkai misteri yang menyelubungi masa lalu, atau segalanya telah terlam bat? STATUS: Complete Start:11/2/2025 End:27/10/2025
Serunai Maut ✔ (TERBIT PBAKL25) by Leena_syiha
Leena_syiha
  • WpView
    Reads 1,247,027
  • WpVote
    Votes 70,219
  • WpPart
    Parts 31
SERUNAI MAUT SUDAH DITERBITKAN DI BAWAH PENERBITAN MANGOSTEEEN. Untuk update terkini, sila follow akaun @leena_syiha di Instagram, TikTok, Thread dan join channel telegram. Tekan link di profile penulis. ____ Seluruh dunia digemparkan dengan kematian beramai-ramai di sebuah feri mewah yang berlabuh di Pulau Jengka. Tiada siapa tahu apa sebabnya. Henry dan Iman segera menyiasat kes itu. Sehinggalah penyiasatan itu membawa kepada sebuah mitos yang tidak mampu dipercayai sesiapa. Serunai maut. Kata penduduk pulau; jangan buka lampu. Kata mereka; pulau ini ada 'penjaga'. Pegangan mereka khurafat. Akidah mereka rosak. Kes bertemu jalan mati. Ada sesuatu yang tidak selesai. Henry tiada pilihan. Falah diperlukan untuk membantunya.
KOMA (Terbit) by TheFnlini
TheFnlini
  • WpView
    Reads 5,047
  • WpVote
    Votes 411
  • WpPart
    Parts 16
TERBIT DI BAWAH RUMAH PENERBITAN AHA‼️ Dapatkan KOMA di shopee @ahashoppe2020 segera ⚠️AMARAN⚠️: cerita ini mengandungi pengkhianatan, kematian, pengorbanan, penderitaan dan kesengsaraan karakter mahupun pembaca. 🚫Read at your own risk🚫 ----- "Apa kau buat ni, Alya?" "Itu patut jadi soalan aku, Ayman. Aku perhati sejak kau sedar dari koma, perangai kau lain. Semua yang terjadi kau kata salah." "Dah benda memang haram." "Haram?" Alya berdecit. "Sejak bila kau kisah halal haram ni? Mungkin kau dah lupa sebab kemalangan tu, jadi aku akan ingatkan kau balik..." kata-kata Alya diberhentikan separuh jalan. Entah mengapa, jantung Ayman berdegup laju menantikan ayat yang bakal menyusul keluar. "...Islam dah lama mati." ----- Sejak terbangun dari komanya, pelbagai perkara aneh terpaksa dilalui Ayman. Dunia yang dihuninya sekarang seolah mimpi ngeri yang entah di mana penghujungnya. Orang ramai berbunuh-bunuhan, halal haram tidak lagi menjadi satu hal. LGBT berleluasa, sepertimana nilai agama yang kian memudar. Manusia hanya Islam pada kad pengenalan, namun jauh sekali terpesong dari kebenaran. Dia tidak boleh membenarkan perkara itu terus bermaharajalela. Atas sebab itu, dia dan sekutunya telah bertekad untuk memulakan dakwah bagi mengembalikan agama yang telah hilang. Walau apa jua taruhannya, mereka tidak akan berputus asa. Hatta terpaksa berdepan kematian sekalipun... kerana andai bukan mereka, siapa lagi? ;D-42 ----- - 35% dakwah/islamic - 50% dystopian - 10% sci-fi - 5% dark fantasy
LYCANS, THE TALE OF LEGENDS | PART ONE [C] by JejakaMerah
JejakaMerah
  • WpView
    Reads 1,490,059
  • WpVote
    Votes 92,816
  • WpPart
    Parts 195
MOHON BACA STORY AIDEN : THE SON OF LYCANS TERLEBIH DAHULU, KERANA STORY INI BERKAIT DENGAN STORY AIDEN. ***************************************** 'Aeryz nak jadi lagenda! Macam atuk! Macam ayah!' Aku menengking. Mereka semua tersenyum mendengar kata-kata aku... 'Hurmmm...Aiden, Arria... Tolong keluar dari sini... Aku nak bersembang berdua dengan Aeryz...' Lycans berkata perlahan. Aiden dan Arria mengangguk kemudian keluar dari pondok kayu... Lycans duduk di sebelah aku. Aku tidak mengendahkan dia... 'Kenapa ni..? Aeryz malu...?' Lycans menyoal seraya mengusap belakang aku. Aku mengangguk... 'Hurmm... Aeryz nak jadi lagenda...?' 'Ya... I know...Its imposibble...Aeryz tak sekuat atuk...' Aku membalas perlahan. Lycans tersenyum... 'Atuk juga lemah dulu... Its not easy to be a legend...' 'Apa maksud atuk...?' 'You wanna know my story...? How i become a legendary hunter...?' Dia berkata seraya mengukir senyuman sekali lagi. 'Yes... Tell me, Lycans...'
Pewaris by AfeefahAfif
AfeefahAfif
  • WpView
    Reads 286,304
  • WpVote
    Votes 17,819
  • WpPart
    Parts 76
Safiyah bukanlah seorang yang berani. Tapi taklah penakut sangat. Suam2 kuku katanya. Safiyah seorang yang tidak suka hal hidupnya diketahui orang .Mungkin itu membuatkan safiyah mendapat gelaran "Peah kering"disekolah. Namanya yang sangat cantik telah ditukar menjadi Peah. Hidup Peah adalah seperti remaja biasa hinggalah sesuatu terjadi dan mengekorinya. "Aku tak perlukan khadam macam kau!! Kau setan yang di laknat. Pergi!!"- Saifiyah "Bayu tetap sahabat Peah sampai bila-bila."- Puteri Bayu. "Biar aku yang menyambutnya. "-Toriq.
AIDEN, THE SON OF LEGEND™ [C] by JejakaMerah
JejakaMerah
  • WpView
    Reads 2,250,961
  • WpVote
    Votes 125,425
  • WpPart
    Parts 151
[Completed] Kisah cinta fantasi diantara si serigala, Aiden Lycans dan juga si gumiho, Eilya Eara. Aiden, The son of Lycans merupakan pemburu makhluk buas yang terkenal dengan gelaran, si anak lagenda. Lycanstrophes. Bahkan begitu, dia menyimpan dendam kesumat kepada Lycanstrophes dek sejarah hitam yang berlaku ketika dia kecil. Namun, segalanya berubah apabila kedatangan si gumiho, Eilya Eara membuka pintu hatinya yang telah sekian lama terkunci. Seekor naga pemusnah dunia pula, bakal bangkit untuk menghuru-harakan keadaan. Phantom Assasins pula memburu Aiden dalam diam untuk menyeru sang naga, Deathwing. "Eilya, it is true? Kau sukakan aku?" -Aiden, The son of Lycans. "Hurmm, saya selalu berada dengan siapa lagi? Kalau bukan awak?" -Eilya Eara, The gumiho- "Merlin, aku tak pasti samada anak aku buat-buat bodoh, or dia sememangnya bodoh?" -Lycanstrophes, The legendary hunter- "Dah kau bodoh, anak kau pun ikut sama bodohlah, apa punya bangang soalan..." -Merlin, The great one- Kisah cinta fantasi yang cheesy, komedi dan disulami dengan adegan aksi hasil karangan JejakaMerah. #Mature Content#
EMBUN (ON GOING) by BELLNAWRA
BELLNAWRA
  • WpView
    Reads 32,562
  • WpVote
    Votes 756
  • WpPart
    Parts 11
Wanita dan kecantikan ibarat isi dan kuku.. tidak akan terpisah! Hasutan demi hasutan dibisik ke telinga membuatkan seorang lagi anak Adam terpesong akidahnya. Segala yang diamalkan membuahkan hasil namun ada harga yang perlu dibayar. KETURUNAN! "Ingat! Sebelum roh terpisah dari badan, engkau harus mencari 'Tuan' baru yang darahnya mengalir darahmu." "Lelaki? Kenapa tidak perempuan?" "Rahsiakan segalanya dari pengetahuan mak.. termasuk tentang Qaseh." "Apa nenek buat kat sini? bukan ke nenek dah.. mati?" # 2 in Saka 6 April 2019
ARSALAN RAJA BUMANTARA • [C] by fieqashah
fieqashah
  • WpView
    Reads 17,565
  • WpVote
    Votes 1,692
  • WpPart
    Parts 60
✅ COMPLETED~ 27/7/2024 "Pancung sajalah aku! Aku tidak tahan melihat kemunduran minda manusia-manusia di Cenderawasih ini! Dikawal dek penjajah seperti boneka!" - Laksamana Haq Arsalan ... "Cinta semangat Haq!" - Laksamana Haq Arsalan. "Habis? Jikalau Cinta mati, Haq akan hidup tanpa semangat?" - Cinta Kasturi. ... "Apa gunanya berhempas pulas berlatih jikalau aku dilarang turun ke medan pertempuran? Aku mahu lindungi engkau, Haq!" - Cinta Kasturi. "Lindungi Haq di medan peperangan akan membahayakan diri Cinta sendiri. Jadi, kekallah di sini." - Haq Arsalan. "Engkau silap, Haq. Aku menyayangi suamiku melebihi diri sendiri." - Cinta Kasturi. Peperangan Bentala-Bumantara diakhiri dek sebuah mimpi ngeri yang menyerang lena para tukang tilik di ketujuh-tujuh empayar Bentala. Namun, meskipun peperangan telah bertemu penghujung, empayar Antaboga masih menyimpan hasrat untuk menakluk negara Cenderawasih, satu daripada negara di daratan Bumantara. Hari demi hari, tahun demi tahun, dekad demi dekad, perlahan-lahan Antaboga mencucuh api hasutan untuk menguasai minda pemerintahan Cenderawasih. Sehinggalah kaum kerabat kesultanan Cenderawasih berpecah belah. Kehidupan di Cenderawasih kembali huru-hara. Hanya satu nama yang diharapkan untuk menegakkan keadilan dan menghalau para durjana. Beliaulah, Laksamana Haq Arsalan. Akan tetapi, perjalanan beliau bukanlah mudah. Duka lara, derita dan sengsara perlu dibayar demi menebus keamanan dan keadilan.