random
5 stories
Barbaric Stranger by raenees
raenees
  • WpView
    Reads 7,231
  • WpVote
    Votes 800
  • WpPart
    Parts 8
[ E-BOOK ] Didn't your parents always warned you about stranger danger? Tiada suami, tidak berkahwin... Tiba-tiba ada bayi. JACINTA KAYEESA tidak pernah terduga bayi kecil jatuh dalam dakapannya. Sejak peristiwa kematian kakak dan abang iparnya, dia bertanggungjawab untuk menjaga si kecil. Bukan mudah untuk menjadi mama muda yang mengejut. Hidupnya berputar 360 darjah kerana tidak lagi hidup berseorangan. Sungguh berat dugaannya tatkala pada hari yang sama si kecil hadir, seorang lelaki misteri memecah masuk bilik stornya. Bukan dengan keadaan yang baik tetapi dengan keadaan yang cedera teruk. Luka diperut terbuka besar, membuatkan si gadis mahu pengsan. "A-awak penyamun ke?" "No." Ngeri untuk mengingati kejadian malam tadi. Tambahan lagi, saat si kecil melihat lelaki misteri itu maka bermulalah pemanggilan encik penyamun dengan panggilan papa. Tidak keruan jiwanya kerana lelaki itu muncul dan menghilang sesuka hati tanpa nama. Kadang-kadang kemunculan lelaki itu sering membuat darahnya menggelegak. Apa yang dibuat, ada sahaja yang dibantas. Hatinya sedikit berdebar setiap kali mata mereka bertemu kerana lelaki itu sangat baik dengan anak buahnya. "You know what? Saya tak pernah nampak awak dalam kawasan perumahan dekat sini. Bila saya fikir, awak ni siapa? - JACINTA "Kailo." Satu persatu rahsia terbongkar sehinggakan menggugat nyawa orang sekelilingnya. Malah, hatinya terasa dipijak tatkala melihat encik penyamun bermesra dengan ibu lain. Adakah lelaki itu berbaik dengannya sebab kesian? Adakah lelaki itu sudah memiliki sekuntum bunga idaman di taman? "Why are you ignoring me?"- KAILO "Saya cuma jaga the line between us."- JACINTA Dapatkah si gadis membongkar rahsia misteri lelaki itu? Bagaimanakah dengan debaran pelik di dada setiap kali bertemu dengan encik penyamun? © 2023 Raenees. All right reserved. © Hak cipta terpelihara.
Di Bawah Salju by khrnisoff
khrnisoff
  • WpView
    Reads 707,755
  • WpVote
    Votes 53,992
  • WpPart
    Parts 60
[COMPLETED] Dia hanya gadis yang cuai. Tidak pandai berbohong malah polos. Keberanian sebati dalam jiwanya menyebabkan dirinya bangkit untuk meneruskan kehidupan. Dialah Adira Humaira, yang tersesat di dalam hutan semasa mengembara bersama pasukan berkudanya. "Aduh! mana kawan kawan aku ni. Ya Allah janganlah aku sesat waktu macam ni." - Adira Humaira Seorang pemimpin yang berkuasa dan gagah. Menolak semua ajaran sesat. Menghancurkan salib itu haknya. Memburu dan berperang itu menjadi kebiasaan baginya. "Musnahkan semua salib, jangan biar satu pun tersisa di sini." - Qaid Darwisy Menegakkan Islam sudah semestinya. Dia bukan lahir lahir sudah pandai berperang tetapi dia di ajar dari kecil untuk menjadi panglima perang. Tiada niat untuk berlawan dengan kaum yang lemah tetapi muncul seorang wanita di dalam hutan yang berani ingkar arahannya. Dia tidak marah, cuma ego lelakinya tercabar. "Kau tidak mahu mendengar arahan aku?" - Qaid Darwisy "Semestinya tidak." - Adira Humaira "Kejar dia." - Qaid Darwisy Di situ, bermulanya bertempuran antara mereka berdua. Menjadikan nyawa sebagai taruhan sehingga kemuncaknya seorang daripada mereka mengundur diri. start : 28102019 end : 06072021
Steely Gaze by raenees
raenees
  • WpView
    Reads 44,628
  • WpVote
    Votes 4,647
  • WpPart
    Parts 31
❦ 𝐓𝐡𝐞 𝐜𝐨𝐚𝐜𝐡 𝐚𝐧𝐝 𝐭𝐫𝐚𝐢𝐧𝐞𝐞 ❦ "Call me if you want him." Hanya kerana sehelai stickey note yang ditinggalkan, rumahnya dikepung dengan beberapa orang manusia berbadan besar, bersut hitam dan bersentaja api. Eshal Habeeba tidak pula berasa takut malah menyambut penceroboh tersebut dengan gembira. "Aren't you scared to meet us?" - Thauri Uzma "I believe there's no bad parents when they would do anything to save their child." - Eshal Habeeba Bagi Eshal Habeeba, pertemuan mereka bagaikan bulan jatuh ke riba. Dengan misi, Eshal Habeeba mengambil kesempatan terhadap pertemuan indah mereka berdua yang dirancang-Nya. Eshal mendaftar sebagai seorang pelajar untuk belajar seni mempertahankan diri. Lama kelamaan Eshal memanjat dinding lelaki itu bina dan dia tersedar. Thauri Uzma, lelaki itu penuh dengan kejutan. He's blind. He can feel your presence, emotions, energy and scents. He's gifted with those abilities. "Lepas ni, awak jangan malu makan depan saya tau. Saya boleh tengokkan awak." -Eshal. Makin lama dia panjat makin hatinya terusik. Bukan kerana kesian tapi kerana ketabahan lelaki itu. Hatinya mula terpaut namun ditutup rapat mulutnya. Alangkah terkejutnya dia, Uzma juga terpaut dengan tali yang dia campak. Bersyukur kerana dia tidak bertepuk sebelah tangan. Eshal Habeeba bukan gadis seperti di luar sana. Gadis itu lebih misteri. "Run pumpkin!" - Uzma. "Stop telling me to run! Don't lose me, Uzma! Once you lose, I..." - Eshal. Bulan demi bulan berlalu, kehilangan lelaki itu menikam sanubari Eshal Habeeba bagai kaca terhempas ke batu. Bukan mudah baginya untuk membiasakan diri kerana bayangan lelaki itu umpama siang menjadi angan-angan, malam menjadi buah mimpi. Di kala memulihkan dirinya... "Hey..." - Uzma. "The most breathtaking star in the universe is you, pumpkin." - Thauri Uzma Adakah kehadiran lelaki itu kenyataan atau khayalan semata-mata? © 2020 Raenees. All right reserved.
The Mob's Gardener by raenees
raenees
  • WpView
    Reads 2,042
  • WpVote
    Votes 244
  • WpPart
    Parts 9
[ E - BOOK ] *Bab bab yang dipublish adalah sample.* Jadi pekebun untuk encik mafia? Apa-apa sahaja boleh terjadi. Siapa tahu? ISLA DAMINI dengan gembira mengisi borang untuk menjadi tukang kebun di sebuah rumah orang kaya. Peluang didepan mata terus dikaut. Bagus untuknya mengasah bakat bidang penanaman dan pada masa yang sama mengumpul duit. Isla dikatakan tuan rumah begitu garang. Sangat garang dan serius dua puluh empat jam. Muka ketat dan dingin. Bak kata pekerja di situ. Majikannya, SIR NUMAIR. "Saya tanya nama awak apa?" "Hud." "Dahlah. Cakap dengan awak macam cakap dengan dinding..." Baru sahaja Isla berdiri, lengan baju terasa ditarik sehinggakan terduduk semula dia dipondok. Mata terkelip-kelip memandang kolam ikan. Lelaki disebelahnya, dipandang hairan. "Teman aku." Si gadis tidak tahu lelaki yang dijumpa pada malam itu ialah Sir Numair. Dengan begitu mudah ditipu. TERNGANGA si gadis di tengah dunia itu. Kalah mood swing perempuan. Kalau marah aje, rasa macam ribut taufan melanda. Isla perlahan-lahan mengenali sisi baru lelaki itu. Semua pekerja di situ melarangnya mendekati majikan mereka kerana mempunyai sisi hitam seperti khabar angin. Namun lelaki itu membuatkan hatinya bergetar hebat. Sanggup menggadaikan nyawa demi seorang yang baru sahaja kenal, dirinya. "Awak janji datang jumpa saya balik?" Mata berair. "Yes." Si gadis berasa sedih dengan ketiadaan jejaka yang dinantikan pulang setiap hari. "Why unknown number calling me? Who is this?" - HUD "Hud!" - ISLA Isla Damini bersangka kebahagian akan bersamanya buat selama-lamanya namun sangkaannya meleset tatkala nyawa menjadi ugutan. Kebahagian mereka hanya sekejap sahaja. "Isla!" "Hud... Saya dekat sini," bisiknya dalam tangisan. Apakah kesudahan cerita mereka? Mampukah mereka mencintai antara satu sama lain walaupun nyawa mereka dalam bahaya? [ HUD X ISLA ] © 2023 Raenees. All right reserved.
Guardian of Altana by IzzMushroom
IzzMushroom
  • WpView
    Reads 61
  • WpVote
    Votes 9
  • WpPart
    Parts 3
BOOOOOOMMM!!!!! Bom-bom magic jatuh menghentam sebuah bandar yang aman. Sekaligus beberapa rakyat tercedera dan ada juga rakyat yang mati. Api-api mula terbentuk lalu menjilat rumah-rumah. Beberapa jeritan rakyat kedengaran di seluruh pelusuk bandar. Dalam keadaan yang huru-hara itu, serentak, muncul portal putih dan portal hitam. Dari kedua-dua portal itu, keluarlah dua kumpulan manusia. Tanpa lengah, kedua kumpulan itu saling menyerbu antara satu sama lain. %%%%%%%%%% Kelihatan seorang gadis berambut merah bersama pedang yang unik berjalan menuju ke pokok yang agak tua. Di pokok itu ada beberapa kertas yang di atasnya tertulis tulisan kuno yang tidak dapat difahami oleh author sendiri. Si gadis kemudian menyandarkan pedang itu ke pokok lalu duduk di atas rumput berwarna hijau itu. Dia dengan tenang mengeluarkan sebuah buku dan membacanya. %%%%%%%%%% Tik tik tik tik tik tik..... Hujan turun renyai-renyai. Kelihatan sekumpulan manusia berpakaian hitam berdiri tengah tanah perkuburan. Kedengaran tangisan halus dari beberapa manusia di situ. Ada yang memalingkan muka dan ada yang hanya memandang ke hadapan dengan muka sedih. Berita kehilangan kawan dan ahli keluarga sangatlah sakit untuk diterima. %%%%%%%%%% Enoki. Sebuah planet yang mempunyai bentuk yang pelik. Altana. Tenaga kuasa yang menjadi rebutan seluruh makhluk di situ. Sekiranya ia jatuh ke tangan yang salah, hancur satu alam. Ryota. Seorang gadis berambut merah yang mempunyai 2 orang "abang". Selain "abang-abang"nya, pedang katana pemberian gurunya menjadi peneman hidup. %%%%%%%%%% "Hah, apa yang aku mimpi ni?" gadis yang berada di atas katil itu menggeleng kepala lalu- sambung tidur laaa... apa lagi? %%%%%%%%%% SELAMAT MEMBACA SEMUA ngehehee Jgn lupa vote, comment, share and follow if story ni syok. :)