200 stories
Ziyad Hayder ✔️ by _EISHA
_EISHA
  • WpView
    Reads 1,339,988
  • WpVote
    Votes 98,556
  • WpPart
    Parts 73
COMPLETED ✔️ BLURB ❝Maaf maaf, itu je yang kau tahu?❞ - Ziyad Hayder Pertemuan yang tak dijangka. Pertama kali, jejaka itu menyelamatkan dia daripada bekas tunang dia. Kali kedua berjumpa, kena marah sebab terlanggar dia di lapangan terbang! ❝I dah terlanggar encik dan I dah minta maaf. Encik kenapa nak marah-marah I pula?❞ - Sarah Sofea Tidak Sarah sangka rupa-rupanya 'Mamat Kerek' yang Sarah tak suka itu merupakan abang kepada sahabat dia. Entah, mungkin ini merupakan pakej 'two-in-one'. Mahukan ayah, anak sekali dapat. ❝Abang kau duda?❞- Sarah Sofea ❝Yes duda... hot kan? Hm...❞- Tuan Zayra Hayder Tak dapat dinafikan, sejak-sejak Ziyad menjadi seorang lelaki yang bergelar 'single daddy' ini, aura dia lain macam! ❝Do not hate me too much little girl.❞ - Ziyad Hayder ❝Selisih malaikat 44!❞ - Sarah Sofea Jika sudah dinamakan jodoh, benci mana sekalipun, tetap akan ditakdirkan bersama! ❝Then let's make it halal.❞- Ziyad Hayder Ziyad dan Sarah secara tiba-tiba menjalinkan ikatan cinta. Semuanya berlaku tersangatlah tiba-tiba dan tidak disangka oleh kedua-dua belah pihak. Namun begitu, mereka bahagia sehinggalah... Covid-19. Jodoh, Ajal dan Maut semuanya di tangan Tuhan. Siapa kita hendak menentukan? Mereka sudah berpisah. Banyak sudah air mata yang mengalir kerana perpisahan yang tidak diinginkan. Namun, nama mereka berdua sudah tertulis di luh mahfuz. Berpisah macam mana sekalipun, pasti akan dipertemukan semula kerana takdir dan jodoh. ❝Assalamualaikum isteri...❞ - Ziyad Hayder ❝Aku tak suka lihat mereka bahagia.❞ ❝Sarah takut, abang.❞ - Sarah Sofea Mampukah mereka untuk mengharungi cabaran setelah mereka menjalinkan hubungan yang halal? All Rights Reserved ©_EISHA START : 9 OCTOBER 2021 END : 22 JUNE 2024 ©2021
Menanti Bahagia  by hanaakhairul
hanaakhairul
  • WpView
    Reads 107,334
  • WpVote
    Votes 4,392
  • WpPart
    Parts 44
>> COMPLETED Takdir mempertemukan dia dengan gurunya sendiri, penyelamatnya dari diculik. Tidak tahu di mana letaknya akal fikiran, sekeping hati milik Hanis Syazrina tiba-tiba sahaja terpaut dengan guru muda itu. Namun apakan daya, niatnya untuk bersuamikan lelaki yang bergelar guru itu tidak kesampaian. Cinta pertamanya gagal? Ye, itulah perkara paling teruk yang pernah terjadi dalam sejarah hidup Hanis Syazrina. Faleeq Irham, dia bergelar guru. Walau belum berumah tangga, hatinya tetap tidak mampu menerima gadis lain selain satu nama yang sudah lama bertapak di hati. Entah bagaimana, Hanis Syazrina dengan beraninya menawar diri untuk menjadi isterinya. Berumah tangga dengan pelajarnya sendiri? Tak mungkin! "Cikgu kata cikgu single, saya nak kahwin dengan cikgu" - Hanis Syazrina "Stop lah Hanis, jangan mengarut boleh tak? Awak dekat dunia mana ni? Lupakan je lah niat awak untuk hidup dengan saya sebab saya takkan kahwin dengan pelajar saya sendiri. Saya dah nak kahwin dah pun, awak fokus untuk masa depan awak lebih baik daripada awak sibuk kejarkan orang yang tak nak dekat awak"- Faleeq Irham Namun siapa yang mampu melawan takdir, mereka dipertemukan semula. Jejak kasih di tengah jalan? Dengan rela hati Faleeq menerimanya sebagai isteri, namun hanya jasad sahaja bukan hatinya. Apa yang berlaku? "Saya jamin, cikgu akan jatuh cinta pada saya satu hari nanti!" - Hanis Syazrina. "Awak takkan mampu gantikan tempat dia" - Faleeq Irham. Masih wujudkah perkahwinan yang tidak dilanda badai? Semestinya tidak. Tiada jaminan buat rumah tangganya untuk kekal bertahan, masihkah ada ruang di dalam hati Hanis buat Faleeq setelah ruang itu dipersia berkali-kali? >> Jemput baca, jangan lupa vote tau 💗 🦋 Beautiful cover ; @lunnariz_ ⚠️ Plagiarism wasn't allowed
Hati Untuk Cikgu  by hanaakhairul
hanaakhairul
  • WpView
    Reads 323,899
  • WpVote
    Votes 10,462
  • WpPart
    Parts 48
>> COMPLETED Cikgu Thaqief! Sebut nama je dah cukup untuk buat seorang pelajar bernama Niaa Syafina menggelibas tak tentu pasal, lelaki itu sentiasa buat dunianya berhenti berputar. Lama menaruh harapan dalam diam sehinggalah satu kejadian mengeratkan hubungan mereka. "Saya nak mintak something boleh?" "Mintak apa tu?" "Mintak-mintaklah jodoh kita bersama" Dugaan demi dugaan berjaya ditempuhinya. Namun si dia yang iri hati dengan kebahagiaan Niaa Syafina sentiasa mencari jalan untuk meruntuhkan segalanya tanpa kenal erti putus asa, pada akhirnya dia berjaya. "Syafina awak dengar sini, saya sikit pun tak ada perasaan dekat awak. Hubungan kita selama ni sekadar pelajar dengan guru, tak pernah lebih daripada tu. Tolonglah cermin diri tu sikit, layak ke awak untuk saya? Sedar diri Syafina, you're nothing!" Kejadian hitam yang mengubah seluruh hidup mereka berdua itu berlaku dalam sekelip mata. Kebenaran terbongkar, bersusah payah lelaki itu mencari gadis yang sudah dipersiakan itu. Bertahun menghilang, namun dunia yang hanya sekecil zarah akhirnya pertemukan mereka semula. "Fina saya tahu saya salah, tapi saya betul-betul cintakan awak Fina. Cakap je lah apa pun dan saya akan buat demi dapatkan cinta awak semula, saya merayu sangat maafkan saya" "Baliklah cikgu, tak ada apa dah untuk cikgu dekat sini. Cikgu jaga je lah Ayra dengan wife cikgu baik-baik, jangan jadi bodoh kerana kesalahan sendiri" Berjayakah Thaqief menagih semula cinta pelajarnya yang sudah dia buang sewaktu dahulu? Bagaimana pula Ayra yang dikenali sebagai anaknya? Masih adakah ruang untuk Thaqief di hati Syafina setelah ruang itu dipersia? Cinta; 50% Konflik; 50% Selamat membaca! 🌸 IDEA NI HASIL DARI KEPALA OTAK AKU SENDIRI, KAU CIPLAK IDEA ORANG ESOK JAMBAN RUMAH KAU TERBAKAR! STARTED: 20 July 2020 IN EDITING: 14 Sept 2021 COMPLETED: 1 Nov 2021
Sofea Xenia by SidMedea
SidMedea
  • WpView
    Reads 450,221
  • WpVote
    Votes 12,179
  • WpPart
    Parts 58
Sofea seorang isteri yang digantung tak bertali. Terpaksa bekerja mencari rezeki demi si kecil, harta yang suami tak dipintanya tinggalkan. Hidup sebagai seorang ibu muda bukanlah sesuatu hal yang mudah. Empat tahun terpaksa menadah telinga mendengar hinaan orang sekeliling. Wanita murah? isteri malang? perempuan tak ada harga diri? Gelaran itu sudah berkali-kali didengarnya sampai dia jadi lali. Demi si kecil yang semakin meningkat dewasa, dia sanggup berpenat lelah asalkan si kecil tidak menerima nasib yang sama sepertinya. Sangkanya dia sudah bahagia dengan si kecil, rupanya suami tak dipintanya muncul kembali menginginkan dia untuk hidup bersama. Sofea menolak. Setelah pahit yang dia tempuh beberapa tahun ini, mudahnya lelaki tak guna itu inginkan dia semula. Tidak! Tidak akan! Sofea tidak akan semudah itu menerima Caden Elhasiq dalam hidupnya semula. Post : 25 Jan 2025 Completed : 02 Mac 2025
ZA'IM UKHROWI [C] by nurfrhnnh
nurfrhnnh
  • WpView
    Reads 1,223,900
  • WpVote
    Votes 42,804
  • WpPart
    Parts 68
# 1st Sambalado Series * karya pertama 'Crush' itu perkataan yang sesuai untuk si gadis yang ceria seperti Adra Umaira yang mencintai seorang lelaki dalam diam. Namun, sejak mengenali lelaki yang disukainya itu perlahan-lahan sikap sebenar gadis itu semakin hilang. Mula mendiamkan diri, sakit hati sendiri, memendam rasa apa yang dia rasa dan apa yang dilemparkan oleh lelaki yang bernama Za'im Ukhrowi. Semakin keruh hubungan persahabatan dari kecil mereka apabila kedua pihak keluarganya membina sebuah ikatan tanpa persetujuan Za'im iaitu ikatan pertunangan. "Kau dengar sini! Hadam betul-betul masuk dalam otak kau yang benak tu! Lepas aje habis paper SPM. tak ada lagi ikatan yang diagung-agung kau tu. Sementara ada lagi setahun ni, kau Jajalah dekat satu sekolah tittle bodoh kau tu!!" - ZA'IM UKHROWI Kata-kata yang dilempar oleh Za'im itu dipegang kuat sehinggalah pada hari dia memutuskan untuk menyambung pembelajaran di luar negara. Dia memohon dalam diam tanpa diketahui oleh Za'im, malah keluarganya sendiri. Selepas 8 tahun, Adra Kembali ke tanah air apabila dipaksa oleh Abinya. Semakin hari semakin Adra keliru, banyak perkara yang berlaku selepas dia pulang ke Malaysia. keluarganya dan keluarga Za'im diganggu dan dianiaya kerana mereka mengetahui rahsia besar yang Rido Mikael lakukan. Za'im yang dulu dikenali sebagai 'mr heartless' berubah 100 percent dan menjadi seorang lelaki sangat kuat melindungi diri Adra dari musuh tanpa gentar dan takut. "Awak sendiri yang cakap, kita tak ada apa-apa hubungan lepas je paper SPM tamat."- ADRA "Itu dulu, aku dah lama tarik balik kata-kata aku 8 tahun lepas. Kau je yang tak dengar." - ZA'IM "Semudah tu aje kan jawapan awak!"- ADRA Namun kuatkah Adra ingin melupakan apa yang dilakukan oleh Za'im 8 tahun dahulu? Sesenang itukah Adra dapat memaafkan Za'im? Sia-siakah dia melarikan diri selama ini? start : 26 january 2022 End : 24 February 2022
[C] | Sehangat Cinta Sejuknya Luka [TERBIT 2025] by Qstnaafrn
Qstnaafrn
  • WpView
    Reads 468,925
  • WpVote
    Votes 2,941
  • WpPart
    Parts 13
RAJA MALIK SYAHIR x EVELYN SKYE Dalam dunia korporat yang penuh dengan intrik dan misteri, Evelyn Skye, wanita Alpha; seorang pewaris empayar perniagaan yang cemerlang, berhadapan dengan cabaran besar dalam hidupnya. Evelyn diganggu oleh sesuatu yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Bau feromon yang menggugah naluri dan emosi dalam diri keturunan yang mempunyai darah serigala jadian. Bau ini, yang pada mulanya hanya sekadar gangguan, akhirnya membawa Evelyn ke dalam kancah konflik yang tidak pernah dia bayangkan. "By the way, nice perfume you're wearing," - Evelyn Skye Zarra Ayesha dapat merasakan bahawa Evelyn mempunyai minat yang mendalam terhadap dirinya sejak wanita berkarisma ini menjejakkan kaki ke syarikat milik keluarga Skye. Apa yang dia tidak tahu adalah feromon yang melekat di badannya menjadikan Evelyn tidak mampu berdiam diri dan cuba menyiasat maklumat tentang Zarra dengan lebih mendalam. "Malik, have you ever feel embarrassed of yourself? Apa guna jadi suami tapi lembab sentiasa? Bengap kau ni letak kat tepi jalan pun tiada siapa nak kutip tau!" - Zarra Ayesha "Malik cuma tak nak kecewakan bonda. Malik sedih kalau bonda menangis. Kalau Malik ceraikan Zarra, perempuan mana lagi yang sanggup terima lelaki lembab seperti Malik?" Raja Malik Syahir; pemilik bau feromon yang berjaya menjadikan Evelyn tidak tentu arah. Seorang lelaki yang sifat fizikalnya normal namun kurang dari segi mental. Gangguan kognitif yang terjadi sejak dia kecil menjadikan dirinya dibenci oleh isterinya sendiri. Setiap masa didera dan diugut dalam rumah tangga. Caci dan makian menjadi makanan ruji setiap hari di rumah yang hanya mampu berdiam dan tidak berdaya melawan kerana akal yang tidak sihat. Aura Evelyn Skye tiada siapa mampu melawan. Orang sekeliling takut dan tunduk dengan perintahnya. Siapa yang berani pasti akan kecundang awal kerana mereka belum kenal lagi lapisan bawang paling dalam seorang Evelyn Skye. "Haah. Aku suka lelaki bodoh. Comel what?"
[REVAMP] Cinta Berakhir Bahagia by the_areumi
the_areumi
  • WpView
    Reads 627,888
  • WpVote
    Votes 79
  • WpPart
    Parts 1
Agency Series (3) ⚠️ Trigger Warning ⚠️ This story includes scenes of domestic violence, emotional manipulation, unhealthy relationships, and situations that should not be imitated in real life. Please remember: this is a work of fiction. These behaviours are portrayed for the sake of the story and are never acceptable in reality. If you ever find yourself in such a situation, please seek help and support. Siapa sangka, kekasih hati yang hilang tanpa jejak, tiba-tiba muncul semula, mengganggu hidup Sharifah Helena. Kini, Eden Zahrin kembali, tapi kali ini sebagai bakal suami kepada sepupunya. "You were my biggest mistake, Helena." - Eden Zahrin Rancangan disusun dengan penuh teliti. Helena mahu Eden merasai kepedihan yang sama, ditinggalkan tanpa sebab yang jelas. Tambahan pula, hati kecilnya sakit melihat Eden bahagia bersama sepupunya, sedangkan dia? Terperangkap dalam bayangan kenangan yang tak pernah selesai. "It's about time you realized how it feels to be left by someone you love, now you will understand how much you hurt me." - Sharifah Helena "It can be really tough to let go someone you care about. Tak sangka ada orang yang masih tergila-gilakan aku, walaupun dah 12 tahun." - Eden Zahrin Pelan yang disangka sempurna, akhirnya mulai runtuh. Hidup Helena, yang selama ini bagaikan seorang puteri, kini berubah sepenuhnya, 180 darjah ke arah yang tak pernah dia duga. "Untuk kali ni, I merayu. Tolong terangkan dekat keluarga I." - Sharifah Helena "Kita kahwin, hm?" - Eden Zahrin Takdir mengikat mereka dengan cara yang tak terduga. Seorang perempuan, yang masih dihantui dengan kenangan cinta yang belum padam, dipaksa hidup bersama lelaki yang pernah meninggalkan luka dalam hatinya. Highest rankings: #1 novelmelayu #1 fiksyen #1 agency #1 drama #1 misteri #1 dendam #1 revenge #1 romance #1 kahwin #1 mystery #1 romantic #1 angst #1 love #1 malay
[B2] LUTHFI √ (UNEDITED) by bellofa
bellofa
  • WpView
    Reads 1,452,813
  • WpVote
    Votes 143,242
  • WpPart
    Parts 74
Baca Mahfuz dulu. Nak kenal siapa Eshan, baca book 1. Jangan skip, nanti tak tahu apa-apa hehe. Kawasan bahaya! HAHA.
[C || TERBIT] CINTA YANG TIDAK TERGAPAI by nurailirmela
nurailirmela
  • WpView
    Reads 1,338,707
  • WpVote
    Votes 7,916
  • WpPart
    Parts 12
Ezzaq Qayyum, Fayyad Hazim serta Alayya Dafeena merupakan sahabat baik di pusat jagaan anak yatim. Hubungan persahabatan yang terjalin sejak kecil membawa ketiga mereka layari kehidupan dewasa bersama, berjaya raih pekerjaan yang hebat pada mata masyarakat. "Sejujurnya, Fayyad dah lama sukakan Alayya" - Fayyad Hazim. Luahan hati Fayyad membawa Alayya pada awan-awangan. Tidak sangka...rupanya Alayya tidak bertepuk sebelah tangan. Hubungan kedua mereka semakin akrab, membiarkan Ezzaq sendirian bersama kesibukannya sebagai pegawai unit beruniform. Tarikh perkahwinan Fayyad serta Alayya semakin hampir. Berbaki 2 bulan sebelum majlis penuh indah itu, Alayya dikejutkan dengan kebocoran rahsia Fayyad. "Begitu mudah kau tikam belakang kawan kau, Ezzaq!" - Alayya Dafeena. "Aku yang tikam belakang Fayyad? Sedangkan Fayyad yang mulakan semua permainan ini. Aku! Aku lah mangsa sebenar!" - Ezzaq Qayyum. Permintaan terakhir Fayyad terpaksa dikabulkan oleh Alayya atas dasar cinta. Majlis pernikahan tetap berlangsung. Namun, Alayya dinikahkan bersama Ezzaq dan bukannya Fayyad Hazim. Rumahtangga yang di bina tidaklah seperti yang Ezzaq inginkan. Namun, jejaka ini tetap berusaha untuk beri yang terbaik buat wanitanya. Berbulan hubungan itu berlanjutan, tidak pernah sekalipun, Alayya cuba untuk terima Ezzaq sebagai suami. "Pegawai Khas Ezzaq Qayyum bin Ahmad Mifzal hilang sewaktu jalankan tugas menyelamatkan tahanan Malaysia" Hati Alayya rapuh. Saat itu, baru Alayya sedar akan silapnya pada sang suami. Doa tidak pernah putus dipanjatkan buat Ezzaq di sana. Persoalannya, adakah Alayya layak terima peluang kedua? Rahsia apa yang di simpan oleh Fayyad Hazim? Dan kemana...Fayyad menghilang?