We've updated our Content Guidelines.
Review the latest guidelines to keep sharing stories safely.
doneeee 🫶🏻
148 stories
Racing Flame by bluebixxx
bluebixxx
  • WpView
    Reads 1,180,820
  • WpVote
    Votes 58,719
  • WpPart
    Parts 58
DAREEQ EZRA, seorang pelumba Formula 1 yang terkenal dengan gelaran 'Born Racer'. Seawal umur 18 tahun, dia mula mencipta sejarah sebagai pelumba paling muda yang meraih podium. Namun seiring umurnya meningkat, dia mula rasa tekanan dengan kerjaya dan kejayaan sendiri. Kesilapan sedikit mengundang kecaman orang. Dia mula hilang keyakinan. ZEANISSA, seorang gadis yang langsung tak tahu dengan dunia motorsport. Senang cerita, dia tak berminat. Disebabkan ajakan rakan-rakannya, dia akhirnya jejakkan kaki buat pertama kali di litar lumba. "Aku nak pergi dari sini. Aku tak nak duduk sini. Kau ada caranya?!" - Zeanissa Sakit yang dirasakan tidak terperi apabila dia dibenci dan diperlakukan teruk oleh rakan baik sendiri. Zeanissa benar-benar terluka. "Kau pernah cakap kau tak nak duduk dekat sini. Kau tanya aku caranya, and ini jawapan aku." - Dareeq Ezra Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba dia dilamar oleh si driver Mercedes AMG Petronas yang sangat popular dalam dunia Formula 1. Zeanissa mati akal. Namun memikirkan kesedihan yang sedang ditanggungnya, dia bersetuju. Untuk berkahwin dan ikut Dareeq ke Monaco. Perkahwinan yang pada mulanya hanya sekadar atas dasar kepentingan mereka perlahan-lahan menimbulkan perasaan yang melibatkan hati. Namun hubungan yang baru mekar seperti bunga perlahan-lahan layu. "Apa lagi yang abang tipu Zea? Apa lagi?!" - Zeanissa "Abang minta maaf. That freaking jealousy's eating me up. It's killing me inside." - Dareeq Ezra 📎story ni rekaan semata mata 📎maaf kalau grammar berterabur 📎light conflicts Start writing : 04/09/2025 Publish : 17/11/2025 End : 15/12/2025
When We Love Again by lavhmymy
lavhmymy
  • WpView
    Reads 291,543
  • WpVote
    Votes 26,117
  • WpPart
    Parts 56
[3rd romance] Aidar Zhafran | Qisya Irina Lima tahun lalu, Qisya Irina pergi tanpa menoleh lagi. Dia penat mencintai lelaki yang tidak pernah benar-benar melihatnya. Aidar Zhafran, lelaki yang paling dia cintai sepanjang hidupnya tetapi juga lelaki yang memusnahkan hatinya perlahan-lahan. Setelah bertahun berlalu, takdir mempertemukan mereka semula. Qisya sudah belajar berdiri sendiri, membina hidup tanpa bayangan Aidar. Tapi kedatangan lelaki itu kembali mengusik perasaan yang cuba dia kuburkan sekian lama. Aidar tidak datang untuk meminta simpati, tetapi untuk menebus kesalahan yang menghantui dirinya sejak hari Qisya pergi. Namun memaafkan tidak semudah yang disangka. Luka yang lama berparut kembali berdarah, dan cinta yang disangka telah mati mula bernafas perlahan-lahan. Di antara masa lalu yang menyakitkan dan peluang untuk memulakan semula, Qisya perlu memilih. Terus berpaling, atau membuka hatinya sekali lagi untuk lelaki yang pernah menghancurkannya. Kerana kadang-kadang, cinta yang sebenar bukan tentang jatuh lagi, tetapi tentang berani untuk mencintai semula. beautiful cover: @pplyoumayknow
Bunga Jagaan Bodyguard [C] by Nur_Haura
Nur_Haura
  • WpView
    Reads 203,422
  • WpVote
    Votes 9,099
  • WpPart
    Parts 53
Gelaran Miss Universe Malaysia menaikkan nama Dewi Anggerik sebagai model dan selebriti tanah air. Saat dia dipuji dan dipuja, ramai yang mahu melihat dia jatuh ke dasar paling dalam. Pelbagai gossip tersebar dan kritikan diterima, tidak menjadi kudis pada diri Anggerik. Dia percaya itu semua adalah halangan untuk dia kekal berdiri teguh di dalam industri ini. "Sebab I Dewi Anggerik. Ada orang kat luar sana nak tengok hidup Dewi Anggerik sehancur-hancurnya." Kes pecah rumah Dewi Anggerik menggegarkan media massa. Pelbagai spekulasi timbul, banyak fitnah tersebar, dan keselamatan diri terancam. Mengebabkan dia melanggar perjanjian dengan Tan Sri Aman, datuknya. Zuhair Elyas, pengawal peribadi yang diupah datuknya muncul untuk menjaganya. Dalam kata lain, segala gerak-gerinya diperhatikan oleh Tan Sri Aman. Tetapi sehari bekerja dengan Anggerik, jejaka itu sudah berani melamar gadis itu. "You baru bekerja dengan I baru sehari. Buat apa I nak share hidup I dengan you?" - Dewi Anggerik "Sebab tu la saya ajak Cik Anggerik kahwin dengan saya. Senang sikit cik share apa-apa dengan saya." - Zuhair Elyas Kehilangan dulu buat hati Anggerik keras seperti batu. Zuhair pula tidak jemu dengan lamarannya biarpun tidak diendahkan oleh gadis itu. Dalam bait si jejaka, terselit nasihat untuk Anggerik hadam di dalam jiwa. Apabila ribut datang melanda hidup Anggerik, jejaka itu menjadi sandarannya. Segala perit yang dilalui suatu ketika dulu dihakis sedikit demi sedikit sehingga rahsia sebenar terbongkar. Lamaran Zuhair Elyas ada maksud. Jagaan jejaka itu penuh tersirat. Antara sedih dan kecewa, Anggerik memilih untuk melupakan.
28 August. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 332,341
  • WpVote
    Votes 15,125
  • WpPart
    Parts 32
Hael Nuh | Alaia Zanera. There are some things in life we can't control. Our love is one of them ∞ Alaia Zanera, nama itu secantik gerangannya. Lemah lembut, manja dan sopan, itu antara karakter yang dimiliki gadis itu. Namun, tiada siapa yang tahu rahsia disebalik raut wajah polos itu. Hakikat sebenar, Alaia menyembunyikan sesuatu rahsia tentang dirinya. Selepas rahsia itu bocor, sudah tentu itu mengundang kemarahan keluarga Alaia. "Kenapa you setuju untuk kahwin dengan I, Nuh? Kenapa you setuju dengan permintaan papa? I berani kerat jari I yang I akan berubah, okay? Kita tak perlu kahwin." - Alaia Zanera. "Kau ni tak reti bersyukur ke?" - Hael Nuh. Ya. Itu arahan papa Alaia, Encik Adam. Gila, bukan? Tidak perlu rasanya mengheret Hael dalam masalahnya. Dia tidak mahu terikat dengan Hael. Dan dia juga yakin yang Hael juga tidak mahu terikat denganya. Hael Nuh, sebaris nama itu dulu sering dipuja Alaia. Siang dan malam, gerangan itu yang dicari Alaia. Hubungan kekeluargaan mereka cukup dekat. Dan kerna itulah, Hael patuh dengan arahan Encik Adam untuk berkahwin dengan puteri tunggalnya. Saban hari, perkahwinan yang mulanya terbina atas permintaan keluarga itu dirasakan lari dari paksi asalnya. "Isn't clear?" - Hael Nuh. "What?" - Alaia Zanera. "I have feelings for you." - Hael Nuh. Hael pilih untuk berterus terang tentang perasaan sebenarnya pada Alaia. Namun, segalanya terasa begitu pantas. Alaia masih dibelenggu kenangan dulu. Dia masih keliru dengan perasaan sendiri. Tapi Hael tidak mudah melatah. Hael masih tegar menanti dan cuba menambat hati si isteri. Namun... "I sakit Nuh... I sakit selagi bergelar isteri you. Tolong, lepaskan I. I don't want to be your wife anymore." - Alaia Zanera.
The King of Dévil. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 583,509
  • WpVote
    Votes 15,563
  • WpPart
    Parts 39
Rayyan Haider Yeong | Halena Sofia. [Inediting]
The Greatest Love #3 by queenz_isya
queenz_isya
  • WpView
    Reads 1,059,501
  • WpVote
    Votes 67,894
  • WpPart
    Parts 74
The Greatest #3 TGMS 2 Tengku Zachary Ares x Tengku Irina Dalisha Zachary dan Irina-dua jiwa yang sama, terpantul dalam satu cerminan. Mereka berkongsi personaliti yang dominan, ego yang tinggi, dan hati yang dingin. Sejak dahulu, mereka terbiasa hidup tanpa emosi, menjadikan hubungan mereka sekadar perjanjian tanpa rasa. Namun, selepas perpisahan itu, Irina kembali ke London, tempat di mana hatinya benar-benar berada. Dia memutuskan segala ikatan yang masih bersisa di Malaysia, meninggalkan masa lalu tanpa menoleh ke belakang. Zachary dan Irina kembali menjalani kehidupan masing-masing, tetapi kali ini sebagai individu yang berdiri sendiri. Tiada lagi ikatan yang menyatukan mereka seperti dahulu, tiada lagi perkahwinan yang bertahan atas dasar kontrak. Dua tahun yang pernah mereka habiskan bersama kini hanya tinggal kenangan yang membeku dalam sejarah. Namun, sejauh mana mereka mampu mengabaikan bayangan satu sama lain? Adakah perpisahan benar-benar menandakan sebuah pengakhiran, atau mungkinkah takdir masih mempunyai rancangan lain untuk mereka? Start: 26/3/2025 End: 23/4/2025 TW: STRONG F... LANGUAGE/MATURED READ AT YOUR OWN RISK
𝐎𝐧𝐞 𝐀𝐧𝐝 𝐎𝐧𝐥𝐲 | C by missdiraa
missdiraa
  • WpView
    Reads 427,204
  • WpVote
    Votes 18,147
  • WpPart
    Parts 81
𝐓𝐮𝐧𝐤𝐮 𝐀𝐥𝐪𝐚𝐟 𝐙𝐚𝐲𝐧𝐞 | 𝐇𝐚𝐧𝐞𝐞𝐧 𝐐𝐢𝐬𝐭𝐢𝐧 "Anggap semuanya cuma perasaan yang tak pernah wujud sekalipun," Tunku Alqaf Zayne tahu satu perkara sejak awal bahawa Haneen Qistin bukan untuk dimiliki. Berkali-kali dia melangkah pergi selepas penolakan yang sama, berkali-kali juga hatinya memilih untuk setia menunggu dari jauh. Namun takdir tidak pernah meminta izin. Satu persatu kehilangan yang dialami Haneen meninggalkan luka yang tak kelihatan, tetapi terasa pada setiap hela nafas Haneen. Dalam ruang kosong yang ditinggalkan duka, Alqaf hadir bukan sebagai pengganti, tetapi sebagai lelaki yang masih menyimpan rasa yang tak pernah mati. Pertemuan demi pertemuan menumbuhkan sesuatu yang mereka cuba nafikan. Di sebalik senyuman dan jenaka ringan, terselit perasaan yang semakin sukar disembunyikan. "Qaf... tolong jadi suami aku?"- HANEEN QISTIN "Tidak. Lebih baik kau cari lelaki lain." - TUNKU ALQAF ZAYNE Di situlah Alqaf mula memahami rahsia yang disimpan Haneen. Dan Haneen pula akhirnya melihat apa yang Alqaf simpan untuknya selama ini. "Something buruk tu takkan terjadi dan aku takkan benarkan benda tu jadi." Antara kenangan yang belum sembuh dan cinta yang datang perlahan-lahan, mampukah mereka memilih satu hati, satu janji, dan satu-satunya yang benar?
KÏNG. by nadyreen
nadyreen
  • WpView
    Reads 206,093
  • WpVote
    Votes 8,583
  • WpPart
    Parts 43
Raja Adrain | Safira Aedrina. before you read please be alert: this story may contain themes or situations that are sensitive or triggering for some readers. if at any point you begin to feel uncomfortable while reading, I strongly advise you to stop for your own well-being. please be aware that the hero in this story carries red flag traits that may disturb your peace of mind or emotional balance. read with discretion. thank you for reading, X.
Unforgettable Love [TERBIT] by nsyqilla
nsyqilla
  • WpView
    Reads 9,087
  • WpVote
    Votes 156
  • WpPart
    Parts 8
4th story :) Sayf Elman | Teja Malaiqa Dalam kehidupan yang penuh liku dan cabaran, kasih sayang yang berakar dalam menjadi penguat jiwa. Teja Malaiqa. Pengacara dan pelakon yang berjiwa seni dengan aura yang memukau dan suara yang lantang, selalu menjulang martabat wanita di mana sahaja dia melangkah. Sayf Elman. Arkitek landskap yang menghidupkan ruang dengan sentuhan hijau penuh makna. Dari zaman sekolah, benih cinta yang tumbuh dalam hatinya untuk Teja tidak pernah pudar malah makin berkembang subur setiap hari. Apabila orang tuanya mencadangkan mereka disatukan ia bagaikan mimpi yang menjadi kenyataan, manis dan sempurna. Seperti bonsai yang memerlukan kesabaran dan kasih sayang yang teliti, hubungan mereka berkembang perlahan walau diuji oleh badai dan patahnya dahan namun tetap dipelihara dengan penuh cinta dan pengertian. Setiap luka menjadi ikatan yang menguatkan, setiap kegembiraan menjadi akar yang semakin menebal. Di bawah naungan ikatan yang tidak mudah goyah... Mereka menemui makna sebenar kekuatan, pengorbanan dan keindahan cinta yang lahir daripada kesederhanaan dan ketulusan. Start: 25 June 2025 Finish: 7 August 2025
✓ TENGKU RAFAEL LUTH by Blqs_Rose
Blqs_Rose
  • WpView
    Reads 7,913,578
  • WpVote
    Votes 348,522
  • WpPart
    Parts 73
# 5th UNDER HE SERIES: •TENGKU RAFAEL LUTH 🍁 ~Under His Real Life Imagination~ TENGKU RAFAEL LUTH menyimpan rasa terhadap Dhiah Nageena. Seorang artis wanita baru popular yang menjadi kekuatannya untuk meneruskan kehidupan. Pelbagai usaha telahpun seorang Tengku Rafael Luth lakukan dan dia tak akan berputus asa. Mungkin Dhiah Nageena masih belum mengenalinya kerana dia masih bersembunyi disebalik bayangnya. NURI NAFEESA gembira apabila diterima bekerja di syarikat seni bina milik CEO muda ternama itu. Gembira gila. Alhamdulillah rezeki. Tapi tiba-tiba encik boss panggil dan cakap yang dia... tak suka dengan aku? Habis tu kenapa ambil aku bekerja?! "Kau interview dengan Encik Rais kan?" ~Ku Raf "Tapi kenapa Encik Boss tak suka saya? Saya kan nak kerja. Bukannya nak suruh encik boss ambil saya jadi isteri. Kan?" ~Nuri Nafeesa Tengku Rafael rasa huru hara dengan perempuan itu. Dia serius 24 jam. Si burung kakak tua tu pula asyik membebel, happy go lucky je 24 jam. Stress! "Woi burung kakak tua!" "Nama saya Nuri lah encik boss. Nu.ri Na.fee.sa." Namun di atas kesalahan Tengku Rafael sendiri, Nuri Nafeesa yang harus menanggung semuanya. Menanggung segalanya. Semuanya. "Kita rahsiakan dahulu hubungan kita." Nuri Nafeesa terpaksa menahan segala rasa apabila Dhiah Nageena mula jatuh hati pada Tengku Rafael. Lelaki yang selama ini memberinya coklat. Memberinya bunga. Namun bukan itu sebabnya. Dhiah Nageena hanya menyukai Tengku Rafael hanya kerana paras rupa. Pangkat dan juga harta. Dan sekali lagi. Nuri Nafeesalah yang menanggung segalanya. Siapa yang tak sakit hati melihat suami bermesra dengan perempuan lain. Lebih-lebih lagi dengan kawan baiknya. Disaat segalanya terbongkar. Diantara tiga hati, siapa yang akan menerima. Siapa yang akan membenci dan siapa yang akan terus mencintai. "Kau isteri aku dan akan selamanya jadi isteri aku." ~Ku Raf "Jangan seksa hati awak Raf. Bukan saya yang hati awak mahukan." ~Nuri